You are on page 1of 20

MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA DI ALOR STAR PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-5-2007

PENDAKWA RAYA V. ABDUL RAHMAN BIN JUSOH

PENGHAKIMAN

PERTUDUHAN [1] Orang Kena Tuduh dituduh di hadapan saya dengan pertuduhan berikut;Bahawa kamu pada 25hb Julai 2006, pada jam lebih kurang 8.30 malam, di Jalan Titi Karangan, sungai Karangan, di dalam daerah Kulim, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan suatu perbuatan bagi tujuan mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 946 gram,oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

KES PENDAKWA [2] Bagi membuktikan kes mereka di hadapan saya pihak pendakwa membawa

keterangan yang menunjukkan penggunaan dua orang anggota polis yang bertindak sebagai agent provocateur, berbincang dan berurus dengan tertuduh untuk membeli dadah jenis cannabis dari tertuduh. Pihak pendakwa telah memanggil seramai enam orang saksi. Saksi-saksi material yang mereka kemukakan ialah SP4, Kopral Detektif 91568, Abdul Razak bin Awang Mustafa dan SP5, ASP (pada masa itu Cif Inspektor) Hasan bin Mohamad Salih. SP4 seorang anggota polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, sementara SP5 pada masa itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kulim.

[3]

Adalah menjadi kes pendakwa SP4, adalah agent provocateur yang telah

berurus secara lansung dengan orang kena tuduh untuk membeli dadah dari tertuduh. Menurut SP4 pada 2.7.2006 beliau menerima maklumat dari sumber tentang terdapat seorang lelaki Melayu dengan nama panggilan Man membekal dadah jenis cannabis (ganja) dalam bentuk mampat di kawasan Labu Besar, Kulim. SP4 kemudian memberitahu ketua beliau, SP5 tentang maklumat tersebut. SP5 setelah dimaklumkan sedemikian telah mengarahkan SP4 menjadi undercover menjejak maklumat tersebut, bersama seorang lagi anggota polis Lans Kopral Mohd Fauzi bin Yaakob (Kopral Fauzi)

[4]

Sumber SP4 juga memberikan nombor talipon Man yang boleh dihubungi iaitu jam 7.45 malam, SP4 hubungi Man

019-4525627. Pada malam itu lebih kurang

dengan menalipon nombor yang diberikan oleh sumber beliau, untuk berunding tentang

jual beli dadah. Beliau menggunakan talipon bimbit beliau 016-4812526. Melalui perbualan talipon dengan Man, Man sanggup membekalkan dadah jenis ganja kepada SP4 dengan harga RM2500.00 sekilo gram. SP4 meminta tempoh satu hingga minggu.

[5]

Seminggu kemudian, pada 9.7.2006 SP4 bersama Kopral Fauzi berjumpa

dengan Man di satu taman permainan kanak-kanak setelah diarah oleh SP5 untuk berbincang dengan Man bagaimana cara nak serah dadah ganja tersebut. SP4 dan Kopral Fauzi pergi ke sana menaiki sebuah lori. Di sana mereka berjumpa dan berbincang dengan Man dan pertemuan tersebut merupakan pertemuan mereka kali pertama. Man ini kemudiannya dicamkan oleh SP4 sebagai orang kena tuduh. Di dalam pertemuan tersebut Man perkenalkan diri beliau dan selepas berkenalan Man dan SP4 berbincang tentang urusan jual beli ganja tersebut. Pada masa perbincangan Kopral Fauzi ikut sama. Semasa perjumpaan itu mereka berbincang tentang harga dadah cannabis tersebut dan bagaimana cara menyerahkan dadah tersebut. Mereka bersetuju dadah akan diserahkan oleh tertuduh apabila wang diserahkan SP4 dan Kopral Fauzi kepada tertuduh. Harga yang disetujui RM2500.00 satu kilogram cannabis.

[6]

Di dalam perjumpaan itu juga SP4 memberitahu tertuduh supaya berhubung

melalui telefon kalau ada apa-apa. Selepas perjumpaan itu, pada 13.7.2006 tertuduh hubungi SP4 beritahu dadah sudah ada di dalam simpanan beliau dan bertanya bila SP4 boleh ambil dadah tersebut. SP4 beritahu orang kena tuduh dia tidak boleh datang ambil lagi sebab bekerja. Selepas itu pada 15.7.2006 jam lebih kurang pukul 10.45

pagi tertuduh menalipon SP4 lagi dan bertanya bila SP4 boleh datang ambil dadah tersebut. SP4 memberitahu beliau ada di luar kawasan. Selanjutnya pada 20.7.2006, tertuduh sekali lagi menalipon SP4 dan bertanya bila SP4 boleh datang ambil dadah tersebut. SP4 beritahu tertuduh beberapa hari lagi dan tertuduh berkata jangan

tangguh lama sangat. Pada 22.7.2010, tertuduh menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit kepada SP4 dan bertanya samada SP4 boleh datang ambil ganja atau tidak pada malam itu dan SP4 menjawab melalui pesanan ringkas juga beliau tidak dapat datang sebab masih sibuk bekerja. Pada 25.7.2006 tertuduh sekali lagi hantar pesanan ringkas kepada SP4 bertanya bila SP4 boleh datang ambil ganja. SP4 jawab esok. SP4 kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ibupejabat Polis Daerah Kulim dan SP5. Setelah dimaklumkan perkembangan tersebut SP5 bersetuju untuk menjejak maklumat ini dan untuk membuat operasi. Pada jam 3.00 petang hari yang sama SP4 menghubungi orang kena tuduh memaklumkan beliau bersetuju untuk mengambil dadah tersebut pada hari itu, 25.7.2006. Orang kena tuduh kemudian mengatur tempat pertemuan untuk

menyerahkan dadah tersebut kepada SP4 di Taman Desa Aman pada jam lebih kurang 7.00 malam.

[7]

Berikutan dengan maklumat tersebut SP5 mengatur satu taklimat kepada

anggotanya pada pukul 5.00 petang. Di dalam taklimat tersebut SP5 memaklumkan maklumat berkaitan satu lelaki Melayu bernama Man akan menyerahkan dadah jenis cannabis kepada SP4. Penyerahan akan dilakukan di kawasan Taman Desa Aman pada jam 8.00 malam hari tersebut, 25.7.2006. Di dalam taklimat tersebut telah

ditetapkan pembahagian anggota dan kenderaan yang akan pergi ke tempat pertemuan tersebut dan juga masa untuk sampai ke sana. SP5 juga memaklumkan isyarat yang akan digunakan kalau SP4 pasti dadah ada pada target ialah SP4 akan berkata Lan ambil duit. Ini adalah isyarat untuk buat serbuan. Taklimat habis lebih kurang jam 6.30 petang.

[8]

Selepas habis taklimat SP5 dan anggota berkumpul dan berlepas ke tempat Kesemua mereka pergi ke sana menggunakan sebuah lori. Lori tersebut

kejadian.

sebuah lori kayu yang bahagian belakangnya bertutup dengan canvas. Kopral Fauzi memandu lori tersebut. SP4 duduk di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, di sebelah pemandu. SP5 dan anggota serbuan yang lain duduk di bahagian belakang lori yang bertutup dengan canvas.

[9]

Seperti yang dijanjikan dan ditetapkan oleh Man mereka pergi ke Taman Desa

Aman. Sampai di sana didapati orang kena tuduh tidak ada di situ. Orang kena tuduh kemudian hubungi SP4 melalui talipon bimbit dan memberitahu tempat penyerahan ditukar dan menyuruh SP4 pergi ke jalan arah ke Baling di satu trafic light simpang Karangan. Orang kena tuduh memaklumkan dia akan tunggu dengan motosikal di tepi jalan di sana. SP4 pula memaklumkan kepada tertuduh dia akan gunakan lori untuk pergi ke sana. SP4 juga berhubung dengan SP5 melalui telefon perubahan tempat penyerahan barang. memaklumkan

[10]

Sampai di tempat yang disebutkan, SP4 nampak orang kena tuduh berada di

tepi jalan di atas motosikal. Kopral Fauzi berhentikan lori beberapa kaki dari motosikal tersebut, di tepi jalan. Kedudukan kepala lori bertentangan dengan motosikal. Jarak di antara kepala lori dengan motosikal tersebut lebih kurang tiga kaki saja. Semasa berhenti tersebut SP4 nampak motosikal Man jenis Kriss dan warna motosikal tersebut biru. Setelah lori berhenti SP4 turun berjumpa orang kena tuduh dan bertanya mana barang? Orang kena tuduh yang berada di atas motosikal kemudian pegang satu bungkusan plastik dan tunjukkan kepada SP4 serta membuka bungkusan plastik

tersebut. Bila orang kena tuduh membuka bungkusan palstik tersebut SP4 nampak satu ketulan mampat dibalut dengan sesuatu seperti cellotape di dalam bungkusan plastik itu. Pada masa itu SP4 ada berhampiran dengan orang kena tuduh dan Kopral Fauzi masih berada di atas lori dan lampu lori masih menyala.

[11]

SP4 kemudian beri isyarat dengan berkata Lan, bawa duit. Kopral Fauzi turun

dari lori dan dalam masa yang sama SP5 dan anggota-anggota serbuan yang lain turut turun dari lori. Sampai berhampiran dengan orang kena tuduh SP5 terlebih dahulu perkenalkan diri beliau sebagai polis. Kemudian berlaku pergelutan antara SP5 dan tertuduh dan SP5 berjaya menahan orang kena tuduh. SP5 kemudian buat

pemeriksaan ke atas beg plastik berwarna hitam bertulis Hong Leong Fashion Trading (P11A ) yang beliau lihat sedang dipegang tertuduh sebelum ditahan.

[12]

Dari

pemeriksaan tersebut SP5 mendapati di dalam beg plastik tersebut

terdapat satu plastik lutsinar berisi satu ketulan mampat (P11B) yang dibalut dengan kertas timah. SP5 mengesyaki ketulan mampat daun kering tersebut adalah dadah jenis ganja. SP5 kemudian membuat pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan orang kena tuduh. Di dalam poket sebelah kanan hadapan seluar jeans yang dipakai SP5 beliau jumpai tiga plastik lutsinar berisi tiga ketulan mampat daun kering (P112, p13 dan P14), disyaki dadah jenais ganja. SP5 juga menjumpai dompet di poket belakang

seluar tersebut dan di dalam dompet tersebut terdapat kad pengenalan atas nama Abdul Rahman bin Jusoh. Di dalam dompet juga dijumpai wang tunai yang bercampurcampur sejumlah RM369.00 dan sebuah handphone. SP5 juga periksa motosikal tertuduh, jenis modenas kris tidak ada nombor pendaftaran depan dan belakang dan tidak ada raga motosikal.

[13]

Ketulan mampat yang dibalut plastik lutsinar yang dijumpai di dalam bungkusan

plastik serta yang dijumpai di dalam poket seluar tertuduh yang dirampas oleh SP5 ini kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk di analisa. Di Jabatan Kimia Pulau Pinang ketulan-ketulan mampat tersebut telah diterima oleh Ahli Kimia, Encik Teoh Choon Ping (SP2). SP2 kemudian menjalankan analisis terhadap bahan yang dirampas tersebut dan disahkan sebagai cannabis seberat 945 gram. Ketulan mampat dan tiga bungkusan plastik dijumpai di dalam poket seluar orang kena tuduh telah dikemukakan sebagai. Pada asasnya itulah kes pendakwa terhadap orang kena tuduh.

PENGHUJAHAN

[14]

Di akhir kes pendakwaan, peguambela tertuduh membuat penghujahan lisan.

Beliau menghujahkan antara lainnya terdapat perbezaan barang yang telah dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia berdasarkan perbezaan keterangan di antar SP5 dan SP2. SP5 pegawai yang merampas ketulan mampat tersebut mengatakan di dalam laporan polis beliau (P) bahawa ketulan mampat tersebut berbalut kertas timah sementara SP2 yang menjalankan analisa ke atas ketulan mampat yang dihantar kepadanya mengatakan di dalam laporan polis kimia beliau (P) mengatakan ketulan mampat yang beliau terima dari SP6 dan kemudiannya beliau jalankan analisis dibalut dengan kerajang aluminium. Peguambela orang kenan tuduh juga menghujahkan

siasatan yang dijalankan oleh Pegawai penyiasat, ASP Saw Hang Chye, SP6 tidak lengkap kerana antara lainnya tidak menyiasat nombor talipon yang digunakan oleh SP4 untuk berhubung dengan tertuduh. Oleh itu keterangan SP4 tentang perhubungan talipon di antara SP4 dan orang kena tuduh tidak dapat dipastikan.

[15]

Peguambela orang kena tuduh mengemukakan hujah bahawa berasaskan

keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwa dan oleh kerana terdapat percanggah keterangan tentang bahan yang membaluti ketulan mampat dedaun kering tersebut secara umumnya menunjukkan pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan meminta tertuduh dibebas dan dilepaskan dari pertuduhan ini.

KEPUTUSAN MAHKAMAH UNTUK KES PRIMA FACIE

[16]

Di akhir kes pihak pendakwa saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya

membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Di dalam memutuskan kes prima facie ini saya berpandu kepada nas-nas duluan. Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan :

A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase"prima facie case"is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as:

A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.

The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the

prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.

[17]

Di dalam PP V. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah

Persekutuan telah meletakkan panduan tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang hakim atau majistret di dalam memutuskan kes prima facie iaitu:

For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-

(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;

(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;

10

(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;

(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.

[18]

Saya telah pertimbangkan kesemua keterangan saksi-saksi pendakwa di dalam

kes ini. Di dalam kes ini terdapat keterangan SP4 (agent provocateur) yang mengatakan orang kena tuduh telah berurusan dengan beliau untuk menjual dadah setelah mendapat maklumat dari sumber. Selain dari menalipon orang kena tuduh untuk berbincang tentang urusan jualbeli dadah tersebut, SP4 juga memberi keterangan beliau bersama Kopral Fauzi telah bertemu dengan orang kena tuduh pada 9.7.2006, hampir dua minggu sebelum tarikh kejadian. Pada tarikh tersebut SP4 dan Kopral Fauzi telah berjumpa dengan orang kena tuduh di sebuah taman permainan di Kulim. Di dalam pertemuan itulah SP4 dapat mengenali orang kena tuduh. Pertemuan tersebut berlaku hasil dari perhubungan talipon di antara SP4 dan orang kena tuduh sebelum pertemuan itu. Selepas pertemuan tersebut pula terdapat perhubungan

talipon di antara SP4 dan orang kena tuduh bagi tujuan mengatur bila dan di mana SP4 boleh mengambil dadah yang dijanjikan. Keterangan SP4 juga menunjukkan

beliau melewat-lewatkan pengambilan dadah tersebut dari orang kena tuduh dengan alasan-alasan tertentu sehingga akhirnya SP4 bersetuju untuk mengambil dadah dari tertuduh pada malam 25.7.2006.

11

[19]

Perkara pertemuan kali pertama di taman permainan ini tidak pernah disoal

balas secara jelas oleh peguambela orang kena tuduh. Pemeriksaan balas peguambela terhadap SP4 berkait dengan pertemuan kali pertama hanya meletakkan dua soalan sahaja iaitu tentang nombor pendaftaran lori yang digunakan oleh SP4 dan Kopral Fauzi untuk pergi ke taman permainan tempat pertemuan tersebut dan kedua samada SP4 telah mencatat nombor pendaftaran motorsikal yang digunakan orang kena tuduh untuk pergi ke sana pada malam tersebut. Saya dapati pihak pembelaan telah gagal untuk menyoal balas SP4 mengenai satu fakta yang material iaitu adanya pertemuan di antara SP4 dan Kopral Fauzi dengan tertuduh. Kegagalan pihak pembela menyoal balas SP4 tentang pertemuan ini secara materialnya adalah memudaratkan mereka (lihat Wong Swee Chin V. PP [1981] 1 MLJ 212) dan mereka dianggap mengakui berlakunya pertemuan tersebut. Oleh itu keterangan SP4 tentang pertemuan itu mestilah diterima oleh mahkamah ini. Inferens yang boleh dibuat dari wujudnya pertemuan tersebut ialah memang terdapat urusan jualbeli dadah berlaku di antara SP4 dan orang kena tuduh dan lanjutan dari pertemuan tersebut terdapat perhubungan talipon di antara mereka mengatur penyerahan dadah tersebut sehinggalah akhirnya SP4 bersetuju untuk terima dadah yang dijanjikan pada malam 25.7.2006. Dari

keterangan yang dikemukakan juga telah membuktikan pertemuan pada malam 25.7.2006 adalah hasil rundingan lebih awal yang berlaku di antara SP4 dan tertuduh. Melalui pertemuan di taman tersebut SP4 berupaya mengecam dengan pasti identiti orang yang datang berjumpa beliau membawa dadah untuk diserahkan kepada beliau pada malam itu adalah orang kena tuduh. Perkara pengecaman identiti orang kena tuduh ini penting kerana penegasan pihak pendakwa bahawa pada malam itu orang

12

kena tuduh ada berseorangan dan tidak ada orang lain bersama dia sementara orang kena tuduh pula melalui pemeriksaan balas cuba menunjukkan ada orang lain pada malam itu.

[20]

Di dalam memutuskan kes prima facie ini saya telah pertimbangkan hujah

peguambela tentang percanggahan keterangan di antara saksi-saksi pihak pendakwa. Saya dapati memang terdapat sedikit percanggahan di antara keterangan saksi-saksi pendakwa tentang catatan mengenai barang-barang kes seperti yang dihujahkan oleh peguambela iaitu bahan yang membaluti ketulan mampat dadah yang dijumpai tersebut samada bahan tersebut kertas timah atau kerajang aluminium. Di dalam laporan polis yang dibuat oleh SP5 selepas tangkapan (P ) SP5 mengatakan ketulan mampat tersebut dibaluti kertas timah. Pihak pendakwa mengemukakan keterangan ketulan mampat yang dirampas SP5 tersebut kemudiannya diserahkan kepada SP6 dan SP6 kemudiannya menghantar ketulan mampat tersebut kepada SP2 untuk dijalankan analisis. SP2 yang menjalankan analisis ke atas ketulan mampat tersebut di dalam laporan kimianya (P) mengatakan ketulan mampat tersebut dibaluti kerajang aluminium. Saya dapati percanggahan ini bukanlah material. Tidak ada ujian sebenarnya telah dijalankan untuk menentukan apakah jenis sebenar bahan kertas yang digunakan, aluminium atau timah? Apa yang lebih penting ialah kertas (foil) tersebut terletak di bahagian dalam yang membaluti dadah cannabis dalam bentuk ketulan mampat tersebut. Bahagian luar ketulan mampat tersebut pula dibaluti plastik lutsinar (P ).

Pada plastik lutsinar ini SP5 yang merampas bahan tersebut telah membuat tandaan dan apabila ketulan mampat ini diserahkan kepada SP6 beliau juga membuat tandaan

13

beliau di atas plastik lutsinar ini. Pihak pendakwa juga mengemukakan keterangan keterangan menunjukkan semasa ketulan mampat tersebut diterima oleh ahli kimia tandaan yang dibuat oleh SP5 dan SP6 masih sama dan jelas dilihat.

[21]

Saya dapati percanggahan ini bukanlah percanggahan yang material kerana

hanya berbeza dari segi memperihal bahan yang membaluti ketulan mampat tersebut. Perbezaan memberi perihal (describe) bahan yang membaluti ketulan mampat tersebut dengan tepat tidak menjadikan keterangan SP5 dan SP2 tidak boleh dipercayai (lihat Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15). Mahkamah juga perlu mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukan secara bersama dan bukanlah secara berasingan bagi setiap keterangan saksi. Apabila keseluruhan keterangan yang dikemukakan dipertimbangkan saya dapati ketulan mampat yang telah dirampas oleh SP5 tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada pegawai penyiasat yang kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan disahkan sebagai cannabis oleh SP2. Ketulan mampat tersebut adalah sama kerana terdapat tandaan jelas yang dibuat di atas plastik lutsinar yang membaluti bahagian luar ketulan mampat tersebut. Saya dapati tidak terdapat pemutusan rantaian keterangan tentang ketulan mampat yang menjadi barang kes paling penting di dalam kes ini dan saya berpuashati barang yang sama telah dirampas, disimpan, dianalisa dan akhirnya dikemukakan dimahkamah ini.

[22]

Keterangan saksi-saksi pihak pendakwa terutamanya SP4 dan SP5 tentang

penangkapan orang kena tuduh dan jumpaan dadah di dalam milikannya pada malam tersebut telah membuktikan orang kena tuduh mempunyai pemilikan dan jagaan ke 14

atas dadah tersebut dan tahu bahan tersebut sebagai dadah berbahaya jenis cannabis. Bahan itulah yang hendak diserahkan oleh orang kena tuduh kepada SP4 hasil urusan jualbeli dadah yang telah mereka lakukan. Berasaskan keadaan tersebut saya mendapati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan orang kena tuduh diarahkan untuk membela diri.

PEMBELAAN

[23]

Orang kena tuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Keterangan pembelaan tertuduh agak ringkas iaitu pada malam 27/7/2006 seorang kawannya bernama Roslan yang beliau kenal sebagai Lan datang ke rumahnya dan ajak beliau pergi ke Taman Desa Aman kerana nak buat urusan perniagaan. Lan menyuruh beliau membawa motor beliau ke sana. Mereka kemudian pergi ke Taman Desa Aman dan sampai di Taman Desa Aman Lan turun dari motornya dan membuat panggilan talipon. Selepas itu Lan ajak beliau pergi ke Titi Karangan. Sampai di Titi Karangan Lan turun dari motor, berdiri di tepi jalan dengan membawa satu bungkusan plastik. Orang kena tuduh tetap berada di atas motor.

[24]

Orang kena tuduh seterusnya mengatakan kemudiannya sebuah lori datang ke

tempat itu dan berhenti di situ. Sebaik saja lori tersebut berhenti beberapa orang turun dari lori tersebut dan menjerit polis. Lan lari dari situ masuk ke dalam hutan berhampiran. Bungkusan plastik yang sedang dipegangnya dicampak ke atas tanah semasa lari ke dalam hutan tersebut. Orang-orang yang mengejar Lan kemudian

15

datang kepada orang kena tuduh di atas motor dan bertanya kepada beliau ke mana Lan pergi. Beliau kemudian ditangkap kerana tidak dapat memberitahu mereka ke mana Lan pergi.

[25]

Orang kena tuduh kemudian diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Semasa pemeriksaan balas ini tertuduh mengatakan dia tak pasti tarikh beliau ditangkap. Di dalam pemeriksaan utamanya tertuduh menyebut tarikh 27.7.2006, dengan pasti. Tarikh ini sebenarnya dua hari selepas tarikh di dalam pertuduhan. Orang kena tuduh juga mengatakan beliau tidak berapa rapat dengan Lan dan hanya tahu Lan tinggal di Kulim tetapi tidak pernah pergi ke rumah Lan. Beliau mengatakan beliau telah memberitahu polis tentang Lan ini selepas beliau ditangkap.

[26]

Saya telah pertimbangkan keterangan pembelaan ini dengan sepenuhnya

bersama keterangan diperingkat pendakwaan. Pembelaan tertuduh hanya berkait dengan kewujudan Lan atau Roslan ini sahaja. Di dalam pembelaannya orang kena tuduh sama sekali tidak menyentuh tentang adanya perbincangan tentang urusniaga jualbeli dadah di antara beliau dan SP4 sebelum malam kejadian ini. Keterangan tentang urusniaga jualbeli dadah ini merupakan asas kepada kes pihak pendakwa yang telah saya putuskan telah berjaya membuktikan kes prima facie.

[27]

Di dalam Balachandran v Public Prosecutor (supra) Mahkamah Persekutuan

telah putuskan bahawa apabila suatu kes prima facie telah berjaya diadakan keterangan rebuttal mestilah dikemukakan untuk menimbulkan keraguan ke atas kes

16

pendakwa. Ini bermakna keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa mestilah antara lain menyangkal (rebut) kes pendakwa bahawa telah ada perbincangan untuk urusniaga jual beli dadah yang berlaku di antara SP4 dan beliau. Asas kes pendakwa selanjutnya adalah pada malam orang kena tuduh ditangkapn tersebut beliau datang untuk menyerahkan kepada SP4 hasil perbincangan jualbeli dadah tersebut. Di dalam pembelaannya orang kena tuduh samasekali tidak mengemukakan keterangan rebuttal tersebut yang menunjukkan tidak pernah ada pertemuan di antara beliau dan SP4 sebelum malam 25.7.2006 tersebut yang membincangkan perkara jualbeli dadah. Apa yang dikemukakan oleh tertuduh hanyalah beliau telah pergi ke situ pada malam itu kerana mengikut kawannya Lan. Keterangannya tidak menyangkal keterangan pihak pendakwa bahawa tertuduh pernah berjumpa SP4 sebelum ini dan tertuduh berada ditempat kejadian kerana beliau ada urusan untuk serahkan dadah kepada SP4 pada malam itu. Di atas alasan itu sahaja tertuduh telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan ke atas kes pendakwa,

[28]

Bagaimanapun Mahkamah ini tetap perlu menimbangkan pembelaan tertuduh

bagi menentukan samada pembelaan tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwa (lihat Mohd Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 dan Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263). Secara materialnya pembelaan orang kena tuduh adalah beliau tidak mempunyai pemilikan ke atas dadah tersebut iaitu beliau tidak mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dirampas tersebut kerana dadah tersebut dibawa oleh Lan ke situ dan beliau tidak ada kena

17

mengena dengan dadah tersebut. Pembelaan tertuduh berasaskan wujudnya Lan di situ. Oleh itu persoalannya ialah adakah Lan benar-benar wujud pada malam itu.

[29]

Pembelaan orang kena tuduh ini memang bercanggah dengan keterangan saksi

pendakwa, SP4 dan SP5 yang mengatakan pada malam itu hanya orang kena tuduh seorang sahaja berada disitu. Jika keterangan pembelaan beliau diterima atau dipercayai maka keterangan kedua-dua saksi pendakwa tersebut mestilah ditolak

sama sekali. Saya dapati saya tidak dapat mempercayai keterangan pembelaan tertuduh ini tentang adanya Lan di situ pada malam itu. Saya menerima keterangan SP4 terutamanya bahawa tertuduh seorang saja di situ pada malam itu kerana saya dapati perjumpaan pada malam itu adalah hasil dari pertemuan sebelumnya di antara beliau dan SP4 yang diikuti dengan perhubungan talipon di antara mereka. Semua ini berlaku sebelum kejadian pada malam 25.7.2007 ini. Kedatangan SP4 dan pasukan polis ke tempat tersebut juga berasaskan kepada janji SP4 untuk menerima dadah dari orang kena tuduh di situ, setelah ditukar dari Taman Desa Aman seperti yang dipersetujui dahulu. Berasaskan kepada perjumpaan yang diadakan terdahulu saya dapati SP4 memang boleh mengecam dengan pasti identiti orang kena tuduh sebagai orang yang akan menyerahkan dadah kepadanya pada malam tersebut. Saya sedar bahawa keterangan SP4 sebagai seorang agent provocateur tertakluk kepada pertimbangan biasa (lihat kes Wan Mohd Azman bin Hassan @ Wan Ali v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 141 ).

[30]

Keterangan SP4 ini disokong oleh keterangan SP5. Memang benar boleh

dihujahkan SP5 sudah pasti menyokong keterangan seorang saksi yang menjadi orang 18

bawahannya bagi mempastikan sabitan terhadap tertuduh. Hubungan kerja sedemikian tidak menjadikan keterangan SP5 yang menyokong keterangan SP4 bahawa tertuduh seorang sahaja yang berada di tempat kejadian pada malam itu ditolak. SP5 adalah seorang saksi yang kompeten. Saya dapati tidak ada alasan sama sekali untuk saya menolak keterangan SP5.

[31]

Berasaskan pertimbangan ke atas keseluruhan keterangan dan keadaan di

dalam kes ini saya dapati kewujudan Lan atau Roslan ini amat diragukan malahan saya dapati sebenarnya Lan atau Roslan ini tidak wujud dan hanya ditimbulkan oleh tertuduh untuk melepaskan diri dari pertuduhan ini. Di dalam keadaan pembelaan tertuduh semata-mata bergantung kepada wujudnya Lan dan Lan ini sebenarnya tidak wujud maka pembelaan tertuduh sama sekali tidak dapat menimbulkan apa-apa keraguan terhadap kes pendakwa yang telah membuktikan adanya perbincangan dan perundingan di antara SP4 dan tertuduh yang menunjukkan tertuduh telah bersetuju menjual dadah kepada SP4. Saya dapati pihak pendakwa membuktikan pada masa ditangkap tertuduh telah melakukan suatu perbuatan bagi tujuan mengedar dadah

berbahaya iaitu Cannabis seberat 946 gram kepada SP4, satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh di dapati salah dan disabitkan dengan kesalahan tersebut.

[32]

Di atas sabitan tersebut orang kena tuduh tertakluk kepada hukuman yang

diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya iaitu hukuman mati mandatori. Bagi melaksanakan hukuman tersebut orang kena tuduh akan digantung

19

pada lehernya sehingga mati di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

Bertarikh: 16hb Oktober 2010

................................................................. (MOHD ZAKI BIN ABDUL WAHAB) Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di Malaya, Alor Star, Kedah.

Untuk Pendakwaan Ahmad Zakhi bin Daud, Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Kedah.

Untuk Orang Kena Tuduh Encik J. Martin Magendran, JM Martin & Associates

20

You might also like