You are on page 1of 6

FAM

PERLU AMBIL TINDAKAN BANTERAS ULAT TIKET

PENGENALAN
Gejala ulat tiket dalam sukan bola sepak semakin berleluasa dan banyak memberi kesan negatif terhaddap banyak pihak. Persatuan Bola Sepak (FAM) perlu lebih tegas dan peka dalam mengambil tindakan terhadap sindiket ulat tiket perlawanan bola sepak negara ini.

Sepatutnya pihak FAM dapat mengaut banyak lagi keuntungan yang lebih besar daripada hasil jualan tiket tetapi disebabkan kewujudan sindiket ini, FAM terpaksa menanggung pelbagai masalah.

ANTARA KESAN-KESAN DARIPADA SINDIKET INI IALAH : Peminat bola sepak tanah air terpaksa mendapatkan harga tiket yang mahal. Ada yang sanggup menanggung risiko dengan membeli dari ulat tiket. Sesetengah sindiket ini lebih pintar mengambil peluang memalsukan tiket. Pembeli tiket tidak dapat menonton perlawanan dan tidak dapat masuk stadium kerana tiket tidak sah.

ANTARA CANDANGAN MENYELESAIKAN SINDIKET INI IALAH : FAM perlu mewujudkan sistem pass tahunan dan penyokong perlu membeli pass tersebut. Penjualan tiket secara online. Tiket untuk persatuan negeri perlulah dijual secara telus dan ahli politik tidak dibenarkan membeli secara pukal. Kawalan ketat di sekeliling pintu masuk stadium. Selaraskan jumlah tiket yang dicetak mengikut purata peminat.

KESIMPULAN
Gejala sindiket ulat tiket yang semakin menjadi-jadi di negara kita pada hari ini telah memberi banyak kesan negatif dan mampu melumpuhkan pengurusan sektor sukan tanah air. Oleh yang demikian, bukan FAM sahaja yang perlu mengambil langkah-langkah membanteras gejala sindiket ulat tiket ini malahan semua pihak mestilah berganding bahu antara satu sama lain bagi menggelakkan martabat sukan bola sepak daripada diserong oleh negara luar.

You might also like