You are on page 1of 6

STESEN 1 Objektif 1)

Jambatan Duniawi :

Membina semangat berpasukan dan nilai kerjasama dalam perbincangan antara ahli kumpulan.

2)

Membina daya kreativiti dan meningkatkan kemahiran berfikir antara peserta.

3) Alatan :

Membina kesabaran yang tinggi antara peserta. Batu bata (2), kertas A4 (10), botol air (1) :

Langkah-langkah

1. Fasi memberikan taklimat berkenaan penggunaan alatan yang disediakan. 2. Peserta dikehendaki membina sebuah jambatan yang kukuh menghubungkan antara 2 biji batu bata menggunakan sekeping kertas A4. 3. Jambatan diuji dengan menggunakan botol air yang mengandungi sedikit air di dalamnya. 4. Kumpulan yang membina jambatan yang tidak kukuh akan dikenakan denda.

STESEN 2 Objektif 1) 2) Alatan :

Masam Manis Kehidupan :

Membina nilai bertolak ansur dan kerjasama antara peserta. Menguji kepekaan peserta terhadap persekitaran. Roti, perasa oren, teh, kopi, air minuman, kain penutup mata (12) :

Langkah-langkah

1. Fasi mengasingkan antara peserta lelaki dan perempuan dan menutup mata setiap ahli kumpulan. 2. Fasi menyediakan roti, air oren tanpa gula, air teh tanpa gula, air kopi tanpa gula, dan air minuman. 3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencicah roti dengan kesemua jenis air yang disediakan.

4. Peserta dikehendaki menyatakan jenis air yang telah dicicah kepada fasilitator.

STESEN 3 Halangan Berpagar Objektif :

1) Menguji sikap kepimpinan antara peserta dan kepatuhan kepada arahan ketua. 2) Menguji tahap kesabaran antara peserta dan berkumpulan antara peserta 3) Menginsafi nikmat pancaindera yang telah dikurniakan. Alatan : Meja, kain penutup mata : pentingnya semangat

Langkah-langkah

1. Fasi menyediakan beberapa buah meja dalam keadaan berbaris. 2. Mata setiap peserta ditutup kecuali ketua kumpulan. 3. Ketua kumpulan akan melalui berisan meja tersebut dalam keadaan merangkak atau menyusup. 4. Ketua kumpulan dikehendaki mengarahkan setiap ahli lain yang ditutup mata mereka untuk melalui deretan meja tersebut mengikut kehendaknya.

STESEN 4 Teka Silang Kata Objektif :

1) Menguji kemahiran berfikir peserta. 2) Menguji semangat berpasukan antara pelajar dan tolak ansur dalam perbincangan. Alatan : Pen, set teka silang kata (8) :

Langkah-langkah

1. Fasi memberikan taklimat dan memberikan set teka silang kata kepada peserta. 2. Peserta dikehendaki mengadakan perbincangan kumpulan dalam masa yang telah ditetapkan. 3. Set teka silang kata disemak fasi dan sebarang kesalahan atau melebihi waktu yang ditetapkan akan didenda.

STESEN 5 Sungai Batu Objektif :

1) Menjana semangat berpasukan dalam kumpulan. 2) Sokongan dan kepercayaan masyarakat sekeliling penting untuk memajukan seseorang murid. 3) Kepekaan terhadap arahan yang diberikan dan mensyukuri nikmat

pancaindera yang diberikan. Alatan : Kain penutup mata (2), batu bata (6) :

Langkah-langkah

1. Fasi menyusun batu bata mengikut kesesuaian dan taklimat diberikan berdasarkan situasi sungai dan batuan di dalamnya. 2. Dua peserta dikendaki memakai kain penutup mata dan arahan diberikan oleh ahli kumpulan lain dalam jarak tertentu untuk membantu mereka melalui kesemua batu bata tersebut dalam keadaan beriringan tangan tanpa memijak tanah. 3. Kesemua ahli kumpulan akan didenda atas sebarang kesalahan yang dilakukan ahli kumpulan.

STESEN 6 Puzzle Objektif :

1) Menguji sikap kepimpinan antara peserta dan kepatuhan kepada arahan ketua. 2) Menguji tahap kesabaran antara peserta dan pentingnya semangat berkumpulan antara peserta. Alatan : Puzzle :

Langkah-langkah

1. Fasilitator menyediakan puzzle dan taklimat diberikan. 2. Puzzle harus diselesaikan bersama semua ahli kumpulan dalam masa yang ditetapkan. STESEN 7 Belon Buta Objektif :

1) Menjana semangat berpasukan dalam kumpulan. 2) Kepekaan terhadap arahan yang diberikan dan mensyukuri nikmat

pancaindera yang diberikan. Alatan : Belon, kain penutup mata :

Langkah-langkah

1. Fasi megarahkan sebahagian daripada ahli kumpulan menutup mata dan sebahagiannya tidak. 2. Peserta dikehendaki membuat barisan yang lurus dan mempunyai jarak serta disusun secara bergilir antara yang menutup mata dan yang tidak menuyup mata. 3. Peserta yang menutup mata yang berada paling hadapan akan melontar belon kepada rakan dibelakang yang tidak menutup mata tanpa

memusingkan badan dan peserta kedua dikehendaki memberikan belon kepada peserta ketiga yang juga menutup mata dalam secara terus dan permainan diteruskan. 4. Belon kedua hanya boleh dimainkan sekiranya belon yang pertama telah sampai kepada murid yang paling belakang (bekas disediakan).

5. Sekiranya bolen itu pecah, bolen tersebut tidak akan dikira dan belon seterusnya dimainkan. 6. Permarkahan dibuat berdasarkan bilangan belon yang berjaya sampai ke tempat penamat. 7. Masa yang diberikan hanya 5 minit,jika gagal penalti selama 2 minit akan dikenakan.

STESEN 8 Gelas Bocor Objektif :

1) Menguji tahap kesabaran dan nilai kerjasama antara peserta. 2) Meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran berfikir peserta. Alatan : gelas polisterin (1), kertas A4 (8) :

Langkah-langkah

1. Fasi menyediakan gelas polisterin yang berisi air di atas sehelai kertas A4 di kawasan rata. 2. Peserta dikehendaki mengadakan perbincangan dan berusaha memindahkan gelas yang mengandungi air tersebut daripada kertas A4 yang telah disediakan. 3. Dua kali percubaan diberikan kepada setiap peserta dan kumpulan yang gagal akan didenda.

MEMBINA TEKA SILANG KATA


Jom kenalpasti negeri di Malaysia

You might also like