You are on page 1of 3

HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI

No.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,


28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur
____________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh,
PAHANG.

28 FEBRUARI 2010

Tuan,
Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan
Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah, ingin
memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang saya dapati
banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.
2. Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya berharap
dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya semasa mengulangkan kaji
pelajaran.
3.

Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan:
I.
II.
III.
IV.
V.

Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5.


Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5.
Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5.
Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5.
Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

5. Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan pemohonan saya ini. Kerjasama dan
keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
................................................
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Mohd Tarmizi bin Wahid


No. 74, Kampung Merapoh,
28000 Kuala Lipis,
Pahang.
____________________________________________________________________________
Pengurus Penerbitan,
Pustaka Mayaraya,
45, Jalan Petaling 5,
47500 Petaling Jaya.

12 DISEMBER 2011

Tuan,
Penghargaan dan Pesanan Buku
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat tuan kerana begitu aktif
menerbitkan buku-buku akademik yang bermutu. Banyak murid termasuk saya yang memperoleh
manfaat daripada penerbitan ini kerana pencapaian saya semakin memberangsangkan.
2. Untuk maklumat tuan, saya telah mendapat 5A dalam UPSR tahun yang lalu. Kejayaan ini saya
peroleh hasil daripada bimbingan guru yang berdedikasi, perbincangan dengan rakan, dan latihan
serta ulang kaji yang berterusan. Semasa saya mengulang kaji pelajaran, buku-buku terbitan
syarikat tuan menjadi pilihan. Tampaknya pilihan saya ini tepat. Hal ini demikian kerana keputusan
peperiksaan saya yang kurang memuaskan sebelum ini telah dapat diperbaiki.
3. Tahun hadapan saya akan belajar di sekolah menengah pula. Saya berhasrat untuk terus
menggunakan buku-buku terbitan syarikat tuan. Jika tidak berhalangan, sudilah kiranya pihak tuan
mengirimi saya senarai buku PMR terbitan syarikat tuan berserta borang pesanannya.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Tahniah kepada tuan dan kakitangan syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
............................
(MOHD TARMIZI BIN WAHID)

You might also like