You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh peristiwa Tajuk jurnal 1.

Masalah /peristiwa

:Ke- 1 : Pertama : 30 Jun- 4 Julai 2013 : Merancang projek-projek yang hendak dilaksanakan

Pada minggu pertama, kami telah merancang projek-projek yang hendak dilaksanakan pada waktu internship ini. Antara cadangan yang dikemukakan oleh saya dan rakan internship adalah seperti berikut:a) Mengemaskini papan kenyataan di sekolah. b) Mewujudkan Bilik Bimbingan dan Kaunseling c) Penambahbaikan Taman Herba d) Melaksanakan perhimpunan mingguan e) Mengadakan pertandingan mewarna antara kelas. Selepas berbincang dengan guru besar dan guru pembimbing kami, kami telah membuat keputusan untuk membuat dua projek kumpulan serta satu projek individu. Projek kumpulan yang dipilih ialah Penambahbaikan Taman Herba serta Pembinaan Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bagi projek individu pula, saya mengambil keputusan untuk membuat Pertandingan Pembinaan Model. Pada minggu ini, kami telah mula membersihkan Bilik Bimbingan & Kaunseling. Selepas itu, kami telah merancang pelan bilik tersebut. Seterusnya, kami telah membuat kertas kerja bagi projek tersebut.

Selain itu, saya juga telah mengajar murid-murid Tahun 5 Vetri matapelajaran Sains. Pada minggu ini, saya telah membuat eksperimen yang berkaitan dengan kajian tindakan saya. Pada proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah merakam reaksi murid sewaktu membuat eksperimen.

Disemak oleh guru Pembimbing

Disemak oleh Guru Pebimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like