You are on page 1of 34

TAJUK 1 - MORFOLOGI BAHASA MELAYU MAKNA MORFOLOGI lmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan

ongan kata. Struktur kata - susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata - rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

PEMBENTUKAN KATA Bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar-besar dan baju-baju. Pengimbuhan Kata Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Pemajmukan Kata Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Penggandaan Kata Proses menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Definisi Imbuhan Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk

terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan dibahagikan kepada dua unsur yang besar Imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu Iimbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil, Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh. Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. Imbuhan-Imbuhan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran. Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca Akhiran man man wan wan wati wati nita nita

maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera

seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

Imbuhan Arab Parsi Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran. Awalan biadap bilazim binormal Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin hadirat munafikat qariah solehah

bi-

-wi -i -iah -in -at -ah

Imbuhan Yunani Latin Inggeris Imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-. Awalan probarat antikerajaan poliklinik autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

proantipoliautosubsupraheteroheksahidrohomo-

-isme -isme -ik -ik -si -si -al -al -is -is

hiperkilomakroinfrainter-

Awalan hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal

Akhiran

PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Prosesproses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan. Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an Ber-....-an -er-emKata dasar bawa kuat nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi gilang Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ). Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan. Berikut ialah beberapa contoh lain : Kata Dasar libat lanjur balik Imbuhan terlibat terlanjur terbalik Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan

sambung Proses Pemajmukan

sinambung

kesinambungan

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu : Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. urus niaga berurus niaga cari gali mencari gali reka bentuk direka bentuk daya serap daya serapan Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum, lipat ganda melipatgandakan surat khabar persuratkhabaran urus niaga diurusniagakan ibu bapa keibubapaan Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. rumah sakit rumah-rumah sakit guru besar guru-guru besar Raja Muda Raja-raja Muda Timbalan Naib Canselor Timbalan-timbalan Naib Canselor Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan. setiausaha setiausaha-setiausaha jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab Proses Penggandaan Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak.

Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu : Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Sekolah sekolah-sekolah makan makan-makan besar besar-besar baju baju-baju Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan. pelari pelari-pelari perbualan perbualan-perbualan kekasih kekasih-kekasih kejadian kejadian-kejadian

Penggandaan Separa Proses mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu : Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet.: jari jejari jejari siku sisiku sesiku sungut susungut sesungut pohon popohon pepohon laki lalaki lelaki pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan tersenyum tersenyum-senyum bercakap bercakap-cakap setinggi setinggi-tinggi membantu bantu-membantu mencuit cuit-mencuit menari tari-menari mengejar kejar-mengejar Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal 2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan 3 Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciriciri keharmonian vokal, sayur sayur-mayur ramah ramah-tamah cerai cerai-berai Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, kayu kayu-kayan tanah tanah-tanih simpang simpang-siur Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai. Kata Akronim Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia UMNO United Malay National Organisation Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Bernama Berita Nasional Malaysia Intan Institut Tadbir Awam Negara Proton Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidak berdasarkan prinsip yang jelas.

TAJUK 2 - PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal - Tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, Kata Tunggal Satu Suku Kata dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi ABIM, UMNO, ADUN, MAS. cerpen, purata, tadika, taska, cereka Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional)

Kata Tungga Dua Suku Kata

Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)

Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, telemeN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diperter-, se-, te-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -kan, peN-...-an, per-...-an, pel--an, ke--an meN--kan, ber--kan, ber-, -an, di-kan, meN-- , di-- , diper--kan, diper--, memper--kan, memper-ke--an -el-, -em-

(Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif)

-el-, -er-, -em-, -in-

Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah. bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab alat-alat tulis, guru-guru besar, kapalkapal terbang, semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit, dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian.

Kata Majmuk Bebas

Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa

Kata Majmuk yang Mantap

Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak - semua, banyak, sekumpulan, persatuan, para, pertubuhan, barisan, sebahagian) Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) Kata Majmuk Terbitan (Apitan)

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah. Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpangperenang, gunung-ganang

Golongan Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) Kata Nama Am (Abstrak) Kata Nama Khas (Hidup - Manusia) Kata Nama Khas (Hidup - Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) Kata Ganti Nama (Diri Pertama) Kata Ganti Nama (Diri Kedua) Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) Kata Ganti Nama (Tunjuk) Kata Ganti Nama (Tanya) Kata Ganti Nama (Tempat) baju, seluar, kucing, masjid mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin. Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba baginda, beliau, dia, ia, mereka ini, itu apa, siapa, mana, berapa sana, sini, situ

Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja membeli, menggunakan, mendiami, Kata Kerja Transitif (Aktif) mengabaikan, mempererat, menyiram dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, Kata Kerja Transitif (Pasif) disiram Kata Kerja Tak Transitif bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, (Tak Berpelengkap) menguning, membesar, terduduk, Kata Kerja Tak Transitif tinggal, beransur, berbantalkan (Berpelengkap) Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, Kata Adjektif Pancaindera manis, basah, halus Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat

dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata Kata Penyambung Ayat Kata Penyambung Ayat dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, Kata Hubung Gabungan sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif yang Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan Kata Pascakata yang, -nya -nya Kata Prafrasa akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam Kata Praklausa wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

TAJUK 3 - PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU Definisi Kata Tunggal Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Kata Tunggal dalam bahasa Melayu Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis I. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: a. Kamu. b. Sudah? c. Ini? Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: a. di mana? b. ke Kuala Lumpur c. dari Terengganu Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : KV Contohnya : yu, ru, ya VK Contohnya : am KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek KVKK Contohnya : bank, zink, golf, KKKV Contohnya : skru, skaf, KKKVK Contohnya : Skrip, straw Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat VK + KV Contohnya : undi, asli, unta VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan KV + V Contohnya : dia, bau, ria KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea KV + KV + V Contohnya : mulia, barua II.

KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela Kata Akronim Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya. a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton -

Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: a. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan didalam diambil, b. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, c. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, d. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjuk dan -indalam sinambung. Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, Contohnya : Awalan Perkataan peNpepelukis, pewangi, penyanyi = pempembalut, pembeli, pemberi penpendatang, pencari, penjual pengpengguna, pengayuh, pengukur pengepengebom, pengetin, pengecat perperasap, perbara, pertapa pepesara, pekedai, peguam keketua, kehendak, kelepek

Awalan jurumahatataprasubsupraekadwi-

Perkataan jurubahasa, jurujual, juruterbang mahasiswa, mahaguru, maharaja tatabahasa, tatanegara, tatanama prasejarah, prakata, prasangka subbidang, subsistem, subkategori suprakelas, suprasistem, suprakategori ekabahasa, ekasuku, ekahala dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Awalan Perkataan meN= memelukis, menari, merasa memmembeli, memberi, membalut menmendaki, menduga, mentadbir mengmengaji, mengasuh, menghasut mengemengebom, mengetin, mengecat mempermemperisteri, memperbesar, memperoleh berberkata, bersetuju, berbangga terterkata, terasa, tersenyum didiatur, dibeli, disuruh diperdiperisteri, diperbesar, diperoleh Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu : Awalan Perkataan ter terpandai, termerah, terpanjang seseputih, sehalus, sejernih Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Akhiran Perkataan -an ajaran, silaan, bacaan -wan ilmuwan, budayawan, usahawan -man budiman, seniman -wati seniwati, peragawati -isme nasionalisme, sosialisme, komunisme --in hadirin, muslimin -at hadirat, muslimat -ah ustazah, sultanah

Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu kan dan i . Contohnya : Akhiran Perkataan -kan lahirkan, ambilkan, hulurkan -i ikuti, jalani, sertai Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. Contohnya : Apitan Perkataan peN-.....-an: pe-....-an pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pem-.....-an pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pen-....-an pendakian, pencucian, pentauliahan peng-.....-an penguduran, penggandaan, pengkhayalan penge-.....-an pengesahan, pengeboman, pengekodan pe-......-an per-.....-an ke-...-an pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan

Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Apitan perkataan meN-......kan me-.....-kan memajukan, melakukan, menanyakan mem-.....-kan membezakan, memfatwakan, memberikan men-....-kan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan meng-....-kan menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan menge-....kan mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan ber-....-kan beralaskan, berbekalkan, berjudulkan ber-....-an bertaburan, bergantungan, beratapan di-...-kan ditaburkan, didorongkan, digulingkan meN-.....-i me-....-i melalui, menyedari, mewarnai men-...-i mendahului, mencucuri, menjauhi mem-...-i membanjiri, membelakangi, membasahi meng-....-i menghendaki, mengawasi, mengkhianati di-......-i dianugerahi, didekati, dianuti

Apitan diper-.....-kan diper-....-i memper-.....-kan memper-....-i ke-....-an

perkataan diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan diperingati memperdengarkan, memperlihatkan, memperingati kehujanan, kepanasan, kecurian

Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an. Apitan Perkataan ke-.....-an kemelayuan ke-.....-an keinggerisan ke-.....-an kearaban Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif. Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. sisipan perkataan -eltelunjuk, telapak, kelemumur -erseruling, keruping -emkemuning, kemuncup Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. Sisipan Perkataan -elselerak, gelembung -erserabut, gerodak -emgemilang, gemuruh, sementara -insinambung

TAJUK 4

PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU

Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Contoh: kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). Jenis-Jenis Kata Majmuk Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas bandar hijau bom tangan hijau daun kuning langsat terima kasih campuk aduk guru besar segi empat panjang dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, Duta Besar Ketua Setiausaha Setiausaha Politik Timbalan Ketua Perpustakaan Profesor Madya Timbalan Naib Canselor Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa segi tiga telefon dail terus pita suara

medan sinaran segi empat panjang

Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam panjang tangan anak emas rabun ayam pilih kasih tumbuk rusuk Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu : antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera suruhanjaya jawatankuasa tandatangan kakitangan tanggungjawab kerjasama warganegara olahraga pesuruhjaya matahari Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum.

Antaranya : 1. Kata Nama Contohnya : peribadi, hulubalang 2. Kata Adjektif Contohnya : sukacita, dukalara 3. Kata Sendi Nama Contohnya : daripada, kepada 4. Kata Hubung Contohnya : manakala, walhal, barangkali 5. Kata Tanya Contohnya : bagaimana Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Contohnya : Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu : a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya : campur aduk ambil alih daya serap menjadi bercampur aduk menjadi mengambil alih menjadi daya serapan

b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya : campur aduk ambil alih satu padu menjadi menjadi menjadi mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan

Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1. kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak

Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit 2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar berlari-lari cinta-mencintai mencari-cari bantu-membantu sepandai-pandai kejar-mengejar Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki 2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.

kusut-masai ipar-duai

rempah-ratus lintang-pukang

TAJUK 5 - GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja. Jenis-Jenis Golongan Kata Nama Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. a. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia. b. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut: c. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut: Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut: Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.

(a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan mekan, me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat. ii) Pengarang itu menulis buku. iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. (b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me, ber-, ber-an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian. Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning. Pemuda itu sedang berbual.

(c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. (iii) Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.

TAJUK 6 - GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali. Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu a. kata adjektif sifatan atau keadaan b. kata adjektif warna c. kata adjektif ukuran d. kata adjektif bentuk e. kata adjektif waktu f. kata adjektif jarak g. kata adjektif cara h. kata adjektif perasaan i. kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: kuat pintar nakal keras lemah sihat bijak cergas jahat i. Budak nakal selalu kena marah ii. Dia lemah dalam matematik iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iv. Anak Pak Kamar bijak sekali. v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: jingga perang hitam putih biru kelabu i. Adik suka pakai baju hijau. ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning. iv. Kereta merah itu kepunyaan abang. v. Dia memiliki mata berwarna biru. Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: tebal nipis tinggi Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. gemuk kurus rendah panjang pendek kecil

Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi. Badannya semakin kurus. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: lurus bengkok lonjong Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. bulat leper buncit bujur bundar tajam

Jalan lurus mudah dilalui. Bentuk buah kelapa itu lonjong. Mukanya bujur sirih. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. Matanya tajam memandang ke hadapan

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: kerap jarang baharu i. ii. iii. iv. v. awal lewat dahulu sering silam lampau

Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

nyaris dekat hampir jauh Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: pantas lambat laju Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. deras gopoh cermat ligat perlahan cepat

Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berpusing ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: kasih sayang cinta Contoh ayat: i. ii. iii. iv. v. takut hendak rindu malu geram marah

Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut: Indera sentuh lembik halus i. ii. iii. iv. v. Indera dengar kasar kesat licin keras

Lantai itu licin kerana baru dicuci. Kulit mukanya sangat halus. Kain yang kesat itu ialah kain lap. Buku itu berkulit keras. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

nyaring merdu i. ii. iii. iv. v.

lembut garau

mersik serak

Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Alunan musik itu mersik.

Indera pandang comel cantik i. ii. iii. iv. vi. hodoh buruk molek segak

Pemuda segak itu guru saya. Kakaknya suka berpakaian cantik. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Indera bau wangi busuk i. ii. iii. iv. v. hanyir hancing harum tengik

Bunga ros itu harum baunya. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Indera rasa manis masin i. ii. iii. iv. v. kelat payau masam lazat

Setiap hari kita minum air tawar. Semua orang suka makanan lazat. Buah limau masam rasanya. Saya tidak suka minum ubat pahit. Kuih tradisional itu terlalu manis.

Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata

tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : dan, atau, tetapi wah, amboi, cis apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan : ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010) Jenis Kata Tugas Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. Ayat

Gabungan

dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii) Kata Hubung Pancangan Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. Relatif yang Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. Guru itu menyatakan bahawa Komplemen bahawa muridnya sangat rajin. Semua pihak harus menyedari

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila (iii)

Keterangan

Ayat bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar. Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.

Kata Praklausa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa aduh, amboi, cis, oh, Syabas, awak telah berjaya! Kata Seru celaka, eh, wah, syabas, Aduhai, awak datang lambat aduhai, wahai sangat! Harga barang itu berapa? Mengapakah dia menangis semalam? Kesihatannya sekarang berapa, bila, bagaimana, bagaimana? Kata Tanya mengapa, apa, siapa, mana Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri? Manakah baju baharu saya? Siapakah yang datang semalam? Jangan buang sampah di sini. jangan, usah, sila, jemput, Janganlah bersusah hati. Kata Perintah minta, tolong, harap, sila, Harap saudara dapat datang jangan, petang ini. Silalah masuk. Ya, itulah orangnya. Betul, tanyalah dia untuk Kata Pembenar ya, benar, betul, benar mendapatkan kepastian. Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita. Hatta istana itu pun siaplah. hatta, maka, syahadan, Kalakian berlakulah adapun, alkisah, kalakian, Kata Pembenar permusuhan antara kedua-dua sebermula, sekali peristiwa, kerajaan itu. arakian Maka baginda pun bertitah

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas

Ayat kepada Bendahara Paduka Raja. Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.

(iv)

Kata Prakfrasa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Pekerja itu telah pulang. Murid-murid itu baru tiba. Mereka pernah ke utara Malaysia. Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer. Bantu Aspek: telah, Semua pihak sedang sibuk Kata Bantu baru, pernah, sedang, menyiapkan kerja. masih, akan, belum Adik masih membersihkan meja. Semua kenderaan akan diperiksa esok. Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi. Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan. Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri. Bantu Ragam: hendak, Halaman di hadapan rumah mahu, harus, mesti, harus dibesarkan lagi. boleh, dapat Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga. Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka. Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, Bangau itu terlalu kurus. terlalu, paling, agak Cadangan yang Kata Penguat Kata penguat hadapan dikemukakannya paling ialah perkataan yang menarik. letaknya di hadapan kata Pendapatnya agak bernas. adjektif.

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas

Ayat

Penguat belakang: sekali, benar, nian Lukisan di dinding itu cantik Kata penguat belakang sekali. ialah perkataan yang Lambat benar bas itu tiba. letaknya di belakang kata Dia keluar sebentar nian. adjektif. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah. Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

Siapakah majikan kamu itu? Apatah daya kita. Orang itulah bapanya. Kami juga ingin ke bandar. Kami ingin juga ke pekan. Hujan hanya turun pada musim dingin. Hujan turun hanya pada musim dingin. Itu bukan mereka. Roti bukan diperbuat daripada besi. Dia tidak berlari. Rumah lama itu tidak besar sangat Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya. Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya. Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa. Kenyataan itu adalah tidak benar. Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.

Kata Nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

Kata Pemeri - Hadir di hadapan frasa nama: ialah ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa Hadir di hadapan frasa utama dalam adjektif dan frasa sendi predikat. nama: adalah

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas Menunjukkan tempat: di Menunjukkan: tempat, arah dituju, waktu atau masa: ke Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari

Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripa da Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada

Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk Bertugas membawa makna tujuan: demi Membawa maksud rujukan: tentang Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana

Ayat Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok. Arah: Mereka menuju ke selatan. Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang. Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan. Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok. Punca: Dia menerima surat daripada kakak. Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam. Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka. Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik. Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi. Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini. Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki. Rumah bagi pekerja sedang dibaiki. Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.

Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara. Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara. Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak Membawa maksud rujukan: terhadap Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara

Kata arah

atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta Menunjukkan bilangan

Ayat Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu. Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa. Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air. Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya. Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu. Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya. Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti. Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya. Buku itu ada di atas meja. Dia duduk di antara Ramli dan Salmah. Mereka bersembunyi di bawah rumah. Petani itu berjalan di tepi danau. Kami mendirikan khemah di belakang rumah.

Kata bilangan

Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai. Bilangan tak tentu: Segala

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit

Ayat persiapan telah dibuat.

(v)

Kata Pascakata -nya yang hadir selepas perkataan. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Memberi penegasan kepada kata yang Kata penekan bergabung dengannya: -nya Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama Kata pembenda sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Lajunya ialah 100 km sejam.

AKTIVITI Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prafrasa dan kata pascakata. Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tegas beliau, krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus

memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta. LATIHAN Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut. Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya. Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. "Hilwah... kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan." "Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

You might also like