You are on page 1of 9

Kek Coklat Kukus DJ

koleksi kek coklat kukus dayang. Lembut dan sedap! Selamat Mencuba!

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 12-10-2009

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )


125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak) 1/3 cawan serbuk koko (diayak) 1/3 cawan horlicks (diayak) 4 biji telur gred AA 225 gm mentega 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising) 1/2 cawan susu pekat manis 1 sk esen vanilla Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek) 2. Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima). 3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi. 4. Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar. 5. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan. 6. Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.

7.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. 8. Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist) 9. ***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri

Kek Cantik Marie (Kukus)

Satu lagi koleksi kek kukus dayangjack. Sedap dan lembut. Boleh cuba jika berminat.

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 06-07-2009

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )


1 cawan tepung naik sendiri 5 biji telur A 250 gm mentega/marjerin 1/3 cawan milo 2 sb serbuk koko 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco) 1 sdt esen vanilla 3/4 cawan gula halus 1/2 cawan susu pekat manis biskut marie secukupnya (dipatah2kan) Cara-cara

1.

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2. 2. Pukul mentega dgn gula sehingga btl2 hancur dan kembang. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.

3.

Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata. Masukkan gula hitam atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.(gambar menunjukkan gula hitam yg dyg gunakan : gula hitam homemade boleh rujuk kat sini : http://www.myresipi.com/top/detail/6594)

4.

Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

5.

Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. Tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit (bergantung pd jenis pengukus) (tekan2 sedikit (jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya) 6. Ulangi langkah 5 hingga habis. Untuk lapisan terakhir tidak perlu letak biskut marie. Kukus selama lbh kurang 1 jam lg atau sehingga masak.

7.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

8.

***nak tgk gambar dari dekat, sila singgah ke blog dayang. tq (http://dayangjack.blogspot.com/2009/07/kek-cantik-marie-kukus.html) 9. ***semasa melapis adunan kek, sila guna api sederhana shj.

Kek yogurt

guna biskut oreo

yani@myresipi.com

Created on : 24-09-2006

Bahan-bahan ( 18cm )

500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g) 50ml susu segar 200ml fresh cream 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap) 5g serbuk gelatin 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon) 9 keping biskut oreo (96g) 20g butter Cara-cara

1.

Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.

2.

Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.

3.

Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.

4.

Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.

5.

Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.

6.

Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul

7.

Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.

8.

dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.

9.

Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.

10.

Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.

Puding Karamel Lapis Coklat

Zurisha@myresipi.com

resepi simple

Created on : 27-08-2013 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi Zurisha

Bahan-bahan ( 10 orang makan )



Bahan A : 1 tin susu cair 3 biji telur 5 sudu besar gula 1 sudu kecik esen vanilla Bahan B : sama seperti di atas,.cuma tambahkan 4sudu besar serbuk koko dan chocolate emulco Bahan c : 4 sudu besar gula 8 sudu bsr air

Cara-cara
1. langkah pertama : masukkan gula ( bahan C ) dalam loyang dan letak atas api kecil. 2. bila gula dah cair dan warna keperangan,masukkan pula 8 sudu air tadi..tunggu sehingga gula tadi cair atau dikenali sbg karamel. 3. sementara itu , satukan Bahan A dan pukul hingga sebati ( boleh menggunakan mixer atau pemukul tgn) 4. panaskan alat pengukus dan letak loyang yg mengandungi gula / karamel tadi.. 5. masukkan pula Bahan A yg telah dipukul tadi, Kukus lebih kurang 45minit dgn api sederhana atau sampai masak 6. dalam bekas Bahan A tadi,.masukkan pula Bahan B ( nk guna bekas lain pun tak apa,.kalo rajin nak cuci ) heheheh 7. Bila bahan A dah masak,.tuang pula bahan B dan kukus sampai masak. 8. bila dah masak, tunggu sampai suam dan balikkan atas pinggan besar .. lepas itu,.bolehlah disimpan dlm peti ais sebab puding karamel ni sedap di makan ketika sejuk..selamat mencuba.

Kek pisang kukus

Kek pisang kukus yg mudah

blh disediakan oleh sesiapa saja terutama yg br nak blaja buat kek

amydanish@myresipi.com

Created on : 31-03-2009

Bahan-bahan ( 22cm )

2 cwn gandum 1 st baking powder 1 st soda bikarbonat 4 bj telur gred A 1 cwn pisang dilecek 3/4 cwn minyak masak 1 st esen banana 3/4cwn gula Cara-cara ayak gandum, soda dan baking dlm bekas lain,putar telur dgn mixer hing kembang kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. putar lg sampai sebati masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali tambahkan esen pisang kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit

1. 2. 3. 4. 5.

Apam polkadot/ladybug

Resepi diubahsuai dari internet...lebih sedap & mudah..

QayAttu@myresipi.com

Created on : 03-01-2012

Bahan-bahan ( 50 biji papercup kecil )


250 gram tepung serbaguna(tepung kek) 200 gram gula icing 200 ml santan (santan dalam kotak KARA) telur 2 biji satu sudu kecil ovalatte sedikit esen vanila pewarna mengikut citarasa piping bag Cara-cara Mula-mula pukul telur ,selepas itu masukkan gula.pukul hingga kembang. Masukkan ovalatte dan esen vanila.Tepung diayak terlebih dahulu. Masukkan tepung bersama santan pula..adun sebati sehingga kembang. Setelah adunan sebati ,barulah dibahagikan kepada beberapa bahagian kemudian diwarnakan. Masukkan ke dalam piping bag.Dan lukis corak ladybug dan sebagainya

1. 2. 3. 4. 5.

6. Pastikan adunan diletak dalam bekas acuan yg sesuai supaya tidak berlambak. 7. Kukus selama 5-6 minit dengan api sederhana.

You might also like