You are on page 1of 4

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya siapkan tugasan ini.

Tugasan bagi subjek minor bahasa melayu sekolah rendah pada kali ini agak mencabar bagi saya. Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki membuat satu cadangan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )yang lengkap untuk salah satu kemahiran bahasa dengan mengintegrasikan konsep 5P dan EMK Kreativiti dan Inovasi serta

keusahawanan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Antara kemahiran bahasa ialah Kemahiran Mendengar dan Bertutur/Kemahiran Membaca/ Kemahiran Menulis/ Aspek Seni Bahasa/ Aspek Tatabahasa ). Selain itu, saya juga dikehendaki menjelaskan sejauhmanakah Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Bahasa Melayu dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugasan ini mmerlukan tahap komitmen yang tinggi, kesabaran yang tinggi dan pemahaman yang mendalam terhadap sukatan pembelajaran bahasa melayu. Untuk menyelesaikan tugasan ini, saya perlu mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan tersebut dari pelbagai sumber ilmiah yang diperlukan samada bahan-bahan dari internet, surat khabar, buku rujukan mahupun dokumen sukatan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap sumber rujukan yang saya perolehi ini perlu ditelaah dan difahami terlebih dahulu kerana kehendak soalan yang berikan berdasarkan tugasan ini memerlukan saya untuk membuat ulasan yang jelas perkaitan antara Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian, untuk menyiapkan tugasan ini saya perlu meningkatkan pemahaman saya menegenai sukatan pembelajaran bahasa melayu agar saya dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti disamping meningkatkan ilmu pengetahuan saya di dalam dunia pendidikan. Semasa kajian yang saya lakukan untuk meenyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa sukatan pelajaran yang terbaharu ini lebih terperinci dan senang untuk difahami berbanding sukatan pelajaran yang lama. Hal ini demikian, Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan suatu penambahbaikan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia daripada Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Seperti kata-kata hikmah, usaha itu tangga kejayaan,

saya telah bertungkus lumus dalam menjayakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Dengan adanya kemudahan seperti perpustakaan awam dan negeri, talian internet dan suarat khabar ini telah membantu saya dalam membuat kajian dan mencari maklumat mengenai tugasan yang diberikan kepada saya. Walau bagaimanapun, untuk mencari dan mengumpul maklumat mengenai tugasan ini saya perlu berusaha dengan lebih keras dan memberi komitmen yang mendalam agar saya tidak terlepas pandang walaupun terhadap maklumat yang kecil. Kadang-kadang saya mengambil masa sepenuh hari dari pagi hingga malam untuk menyiapkan salah satu soalan tugasan yang diberikan. Walaupun perasaan saya pada ketika itu merasa agak penat dan letih namun saya tetap mengambil keputusan untuk terus membuat tugasan tersebut. Hal ini kerana saya tahu bahawa untuk berjaya kita perlu mengharungi pelbagai kesusahan dahulu sebelum mencapai kejayaan bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Kita perlu menghadapi pelbagai batu penghalang dalam hidup kita untuk mencapai kejayaan tetapi jika kita bertindak sebaliknya maka kita akan kecundang sebelum mengecapi. Pada mulanya, saya agak kepeningan ketika mencari maklumat mengenai tugasan ini kerana setiap maklumat yang diperolehi kelihatan agak samar-samar pada pandangan saya. Saya tidak dapat memahami maklumat dengan sejelasnya namun begitu saya tidak berputus asa sebaliknya saya cuba memahami setiap maklumat tersebut dengan mengkajinya berkali-kali. Akhirnya, pemahaman saya menjadi lebih jelas dan saya dapat meneruskan kajian saya untuk tugasan yang seterusnya. Walau bagaimanapun, saya juga menghadapi pelbagai masalah semasa proses mencari dan mengumpul maklumat mengenai tugasan ini . Apabila kawasan tempat tinggal saya tidak mempunyai talian internet yang terlalu perlahan dan ini membantutkan dan melambatkan kajian saya serta menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal dan cepat. Hal ini demikian, saya merupakan seorang individu yang suka bertindak melakukan sesuatu tugasan atau kerja dengan lebih awal dan tidak suka kerja yang bertangguh-tangguh. Kerja yang suka bertangguh boleh memberikan tekanan kepada diri saya sekaligus akan menjejaskan kualiti tugasan saya. Disebabkan talian internet di kawasan kampung saya terlalu perlahan dan kadang kala mengalami beberapa gangguan maka saya mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah siber cafe yang terletak tidak jauh depan sekolah menengah saya dulu. Saya menggunakan siber cafe itu sebagai tempat untuk saya mencari dan mengumpul maklumat tugasan melalui talian internet.

Selain itu, disebabkan masa untuk saya menyiapkan tugasan ini jatuh pada hari cuti raya maka saya terpaksa menyiapkan tugasan tersebut di kampung halaman. Apabila berada di rumah , terdapat pelbagai perkara yang membuatkan saya sibuk tambahan pula pada cuti raya ini seperti menghias rumah, membantu ibu bapa saya dan menziarahi sanak saudara pada hari perayaan. Hal ini sedikit sebanyak memberikan gangguan kepada saya dan menyukarkan untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa berfikiran positif terhadap perkara yang saya perlu hadapi. Justeru itu, saya menganggap semua perkara ini sebagai satu ruang masa bagi saya untuk berehat seketika daripada membuat tugasan. Tambahan pula, saya perlu bertindak secara bersistematik agar setiap perkara yang dilakukan berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya telah membuat satu jadual harian yang akan membantu saya membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Sungguhpun proses menyiapkan tugasan ini agak mencabar bagi saya namun pengalaman ini telah meningkatkan pemahaman saya tentang sukatan, huraian sukatan dan dokumen standard Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Berdasarkan pemahaman saya mengenai tugasan ini, Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini

menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan menjadi rujukan kepada guru-guru untuk menentukan tahap pencapaian penguasaan murid. Setiap sukatan yang terdapat di dalam KSSR dibuat dengan lebih terperinci berbanding KBSR. Bagi KSSR, sukatan pelajarannya dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusian; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan keterampilan Diri. Enam tunjang berikut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Manakala bagi KBSR pula, sukatan pelajarannya mengandungi Organisasi Kandungan yang merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian kurikulum. Huraian sukatannya pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hasil pembelajaran dan kemahiran, huraian hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti. Kedua-dua Sukatan Pelajaran ini memecahkan huraian sukatannya kepada beberapa tahap dan aras. Pada pemahaman saya juga,dokumen standard Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Standard kandungan merupakan penyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam

suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula membawa maksud penyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan. Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah ini juga terbahagi kepada tahap 1 dan tahap dua. Pada tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar,bertutur, membaca dan menulis manakala pada tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan dan melalui kemahiran membaca pula, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid

berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

You might also like