You are on page 1of 19

NAMA: NOR ADILLA BINTI CHE MOHAMAD

NAMA: NUR AFIFAH BINTI AZMI

KUMPULAN: J 1.8 NAMA PENSYARAH: CIK NURUL HUDA BINTI MOHD BISRI

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan Sindrom Mengoncang Bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak. Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang. Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka. Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

KES KANAK-KANAK DI MALAYSIA


Kehilangan kanak-kanak keletah, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun dilaporkan pada 20 Ogos 2007 setelah pergi keseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya. Pada 20 September 2007, iaitu 30 hari selepas kehilangannya, mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian oleh seorang pekerja sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Utama disahkan sebagai Nurin. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan berita tersebut setelah ujian DNA dilakukan ke atas mayat dan kedua ibu bapa Nurin menunjukkan perkaitan di antara mereka. Pada masa yang sama tumpuan rakyat Malaysia kembali melihat penderaan seksual ke atas kanak-kanak sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.
Pada masa kini, 5 kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :1) pengasingan, 2) penolakan, 3)menakutkan, 4)sikap tidak peduli 5)sikap merasuah fikiran.

Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebih tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanakkanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait.Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification). Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanakkanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang,termasuk kemurungan klinikal,kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder),kerisauan,kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa,dan simptom lain.

Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur. Menyentuh bahagian sulit. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak. Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual. Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual. Membuat panggilan telefon lucah, Merogol. Melakukan seks oral. Meliwat. Melacurkan. Mengintai. Mencium. Mengusap. Mempamerkan aksi lucah.

Percayalah
Kanak-kanak jarang sekali mengadakan cerita. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada mereka. Mempercayai kanakkanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, Saya percayakan kamu atau Itu bukan salah kamu akan mamulihkan mereka.

Bertenang
Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.

Tegas
Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya


Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.

Sokong
Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.

Laporkan kes penderaan


Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.

.
1. Hubungan pelaku dengan persekitaran
Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanakkanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.

2. Umur pelaku
Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini. 3. Taraf perkahwinan pelaku Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku


Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.

5. Jenis pekerjaan pelaku


Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

6. Jumlah pendapatan pelaku


Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandarbandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman


Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.

8. Jaringan sosial
> Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka. >Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Hubungan pelaku dan mangsa boleh diperincikan lagi supaya motif penderaan ini dapat dikenal pasti. Bagi kes yang melibatkan Nurin, pelaku jelas mempunyai niat untuk mendera mangsa. >Penderaan dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh. Pelaku seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas. Pembunuhan kejam Nurin menyebabkan ramai orang tidak dapat melelapkan mata kerana ianya melibatkan penderaan terancang dan pembunuhan yang menyayat hati. Seperti kata Bapa Nurin, Jazimin: "Harap kerajaan akan membuat sesuatu," cukup memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bagi melihat pelaku dera seksual tersebut dijejaki, ditangkap dan diadili.

Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap. Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri. Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu. Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar. Masalah perhubungan. Berasa tidak berupaya/tidak berdaya. Berahsia. Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa. Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri. Menagih dadah atau alkohol. Memakai pakaian berlapis-lapis. Maruah diri yang rendah. Berperangai seksual. Gagal memberi tumpuan. Gangguan pemakanan.

Ibu Bapa 1)Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan. 2)Kenal-pasti tanda-tanda penderaan seksual. 3)Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi. Golongan Dewasa 1)Tawarkan kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi. 2)Sebarkan kesedaran dan maklumat kepada umum. 3)Bergiat secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya. 4)Belajar mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda. 5)Sukarela untuk dilatih sebagai para kaunselor. Kanak-Kanak (bawah 18 tahun) 1)Ketahui siapa yang harus dihubungi. 2)Ketahui hak anda. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1)Melatih pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak. 2)Melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan. 3)Melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat 1) Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut: 2) Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The Children, MCRI Memahirkan diri dengan khidmat bantuan. 4) Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak. 5) Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI. dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat. 6) Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya

Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti Laksana pengendalian pendedahan. Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti. Laksanakan Polisi Perlindungan. Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan. Jabatan Kebajikan Masyarakat Latih Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak. Laksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti. Latih pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah.

SUMBER RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki /penderaan_fizikal_kanak-kanak. http://ms.wikipedia.org/wiki/penderaan_ mental_kanak-kanak. http://ms.wikipedia.org/wiki/penderaan_seksual_kanak-kanak. http://usrah keluarga.blogspot.com/2007/09/faktor-faktorpenderaan-seksual-kanak.html http://www.wao.org.my/news/derakanak.htm

You might also like