You are on page 1of 2

Pengenalan Pendatang asing tanpa izin (PATI) dirujuk sebagai mereka yang masuk dan tinggal di Malaysia secara

haram atau tanpa mengikut prosedur kemasukan pekerja asing yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen. Selain itu, PATI juga merupakan mereka yang meneruskan untuk tinggal di Malaysia walaupun permit yang sah sudah tamat tempohnya. Terdapat juga dalam kalangan mereka tinggal di Malaysia menggunakan permit yang palsu. PATI ini juga merupakan mereka yang menyalahgunakan permit untuk masuk dan bekerja di Malaysia, contohnya menggunakan permit pelancong atau permit pelajar untuk terus bekerja di Malaysia. Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Program ini mempunyai 6 peringkat iaitu peringkat PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN,

PENGUATKUASAAN, dan PENGUSIRAN. Program 6P dilaksanakan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin pada 22 Jun 2011 dan berkuat kuasa bermula 11 Julai 2011.

Jumlah tangkapan PATI dalam Operasi Bersepadu 6P 2013.

Negara Indonesia Myammar Bangladesh Nepal Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, Nigeria, Thailand & China Jumlah

1 September 2013 717 555 387 229 545

16 September 2013 1355 941 597 322 340

2433

3555

Statistik menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah PATI dari 1 September sehingga 16 September 2013 iaitu dari jumlah 2433 orang kepada 3555 orang. Melalui operasi ini PATI dari negara Indonesia dan Negara Myammar menunjukkan jumlah

tangkapan paling ramai iaitu seramai 2072 dan 1496 orang. Jumlah keseluruhan PATI yang berjaya ditangkap dari 1 September hingga 16 September 2013 ialah 5988 orang.

You might also like