You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK Format Laporan 1. Muka Hadapan 2. Isi Kandungan 3. Biodata Kumpulan 4. Pengenalan 5. Objektif Projek 6.

Peralatan/Perisian Yang Digunakan 7. Hasil/Keputusan Projek 8. Prosedur Pelaksanaan Projek 9. Masalah dan Penyelesaian 10. Kesimpulan

Penerangan 1. Muka Hadapan Hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Semua maklumat hendaklah betul dan tepat. 2. Isi Kandungan Merupakan senarai kandungan yang terdapat dalam laporan. Pelajar boleh menambah mana-mana item yang dirasakan sesuai. 3. Biodata Kumpulan Merupakan bahagian dimana pelajar dikehendaki untuk menyertakan bersama maklumat-maklumat diri setiap ahli kumpulan. 4. Pengenalan Merupakan penerangan secara umum berkenaan dengan amali yang dijalankan. Antara maklumatnya ialah tarikh menjalankan amali, tempoh amali disiapkan, tajuk amali dan sebagainya. 5. Objektif Projek Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk: a. Menguji kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

b. Mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul semasa melaksanakan projek. c. Mendedahkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian, pengumpulan data dan maklumat serta pembentangan hasil projek. d. Memupuk sikap berdikari pelajar sewaktu proses menyempurnakan projek. e. Memupuk semangat kerjasama dan penglibatan dalam kumpulan. f. Melatih pelajar dalam membuat pembentangan bagi hasil projek. 6. Peralatan/ Perisian Yang Digunakan Menyenaraikan semua peralatan/ perisian yang digunakan dalam menjalankan projek. Boleh dibuat dalam bentuk jadual beserta dengan spesifikasi dan catatan yang sesuai. Jika terdapat alat yang diperlukan huraian lanjutan, disertakan gambar dengan cara label yang betul.

Peralatan / Perisian Set Komputer

Spesifikasi Catatan Hardisk 10GB RAM 1GB Network Card Virtual Machine VmWare 8.0 ** Untuk Spesifikasi :: Sila mengikut tetapan yang dah dibuat pada VmWare 7. Hasil/ Keputusan Projek Membincangkan hasil kerja atau keputusan projek. Kandungannya adalah seperti ketepatan hasil kerja, hasil pengiraan, analisis data serta segala keputusan yang berkaitan dengan amali berkenaan. Contoh: Tugasan Installasi Debian Hasil Projek Domain Name: Host Name : User Account : Password : Network Addres : IP Server : IP Client : Gateway: Subnet Mask : Catatan Installasi berjaya dilaksanakan dimana tetapan yang dibuat adalah mengikut format yang diberikan. Terdapat masalah semasa membuat penetapan tetapi berjaya di selesaikan. Ping antara server dan client berjaya dilakukan.

Setting Network

8. Prosedur Pelaksanaan Projek Membincangkan langkah projek yang sebenar dijalankan mengikut kumpulan masingmasing. Bab ini merupakan bahagian yang paling penting dalam laporan dan kebiasaanya melibatkan markah penilaian yang tinggi. Oleh demikian, ia perlu diterangkan dengan terperinci dan disokong dengan gambarajah atau dokumen sokongan lain yang sahih dan berkaitan. Penulisan bab ini memerlukan pemahaman yang tinggi terhadap projek yang dijalankan. Segala kelakuan peniruan boleh mencacatkan penilaian laporan. Contoh: a. Installasi NOS b. Installasi DNS c. Installasi Webmin d. Lain-lain 9. Masalah dan Penyelesaian Bahagian ini memberi ruang kepada pelajar mempelajari cara penyelesaian masalah yang dihadapi sepanjang melaksanakan projek. Misalnya membincangkan faktor kegagalan mendapat hasil kerja yang sepatutnya serta langkah pemulihan yang diambil. Setiap masalah yang dikemukakan oleh pelajar mestilah relevan dengan kerja amali. 10. Kesimpulan Merupakan penghujung kepada laporan projek. Pelajar perlu menyimpulkan secara keseluruhan tentang projek yang telah dilaksanakan

You might also like