You are on page 1of 14

Pada mulanya, NCTM menerbitkan Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics .

Dokumen ini menjadi acuan untuk perubahan kurikulum pada tahun 1990-an yang berkenaan tentang penyelesaian masalah.
Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics diterbitkan bagi memudahkan para siswa/siswi menyelesaikan masalah dalam Matematik.

Pada tahun 1991, NCTM menerbitkan Professional Standards for Teaching Mathematics.
Dokumen ini menjelaskan visi tentang mengajar matematik dan membuahkan pemikiran yang terkandung di dalam Standar Kurikulum.

Seterusnya, NCTM menerbitkan Assessment Standards for School Mathematics pada tahun 1995. Dokumen ini menunjukkan dengan jelas bahawa perlunya mengintegrasikan penilaian dengan pengajaran dan menyatakan kunci penilaian dalam menjalankan perubahan kurikulum Matematik.
Dari tahun 1989-2000 ketiga-tiga dokumen ini telah mengarahkan gerak perubahan dalam pendidikan matematik.

Principles and Standards for School Mathematics (April 2000)

Satu garis panduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K-12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik pada masa akan datang.

Pertama, prinsipal- prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. Prinsipal- prinsipal ini merangkumi isu- isu seperti keadilan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan teknologi.

Kedua, standard NCTM mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti; nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis data dan kebarangkalian.

Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi dan perwakilan. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.

Ketiga, NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru.
Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations Volumes dicetak supaya guru- guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. Kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations.

The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar.
Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guruguru K 12.

Keempat, NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan, tahunan atau regional.
Persatuan ini bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Selain itu, Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik.

Reflections

Merupakan satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. Guru boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study, video kerja pelajar dalam kelas, tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru.

Teaching Children Mathematics; 2. Mathematics Teaching in the Middle School; 3. The Mathematics Teacher; 4. The Journal for Research in Mathematics Education. 5. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter, the NCTM News Bulletin, lebih 200 buah buku pendidikan, video dan bahan-bahan lain.
1.

Setiap tahun dalam bulan April, persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk digunakan oleh guru dalam kelas mereka.

You might also like