You are on page 1of 39

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA AL-QURAN

DALAM PENDIDIKAN ISLAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MEMBACA AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Oleh
ENGKIZAR SIQ. SPd.I
(P51186)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2011
ABSTRAK
Tulisan ini bukanlah hasil sebuah kajian, tetapi merupakan sebuah analisis konten dari
penulis tentang perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari waktu
kewaktu, disamping itu dibicarakan juga kepentingan belajar dan mengajarkan al-Quran
berdasarkan dalil al-Quran dan Hadits, sebagai pendukung dan sokongan hujah atau
pendapat dalam tulisan ini penulis juga menyertakan hasil-hasil kajian pendidikan AlQuran yang telah dijalankan peneliti/penyelidik baik di Malaysia maupun di Indonesia,
perlu penulis tegaskan bahwa, salah satu perkara yang agak banyak dibicarakan dalam
tulisan ini ialah tentang Metode Tartil yaitu sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran
al-Quran yang relatif baru berbanding kaedah lainnya. Selanjutnya juga dibincangkan
hasil kajian faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
1.0 PENGENALAN

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat
kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling
agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada
seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan
membaca al-Quran (al-Buti, 1991)
Adapun al-Quran ialah qaraa yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun.
Selain itu, disebut juga sebagaiqiraah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata
antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Quran pada
mulanya seperti qiraah iaitu masdar (infinatif) dari kataqaraa, qiraatan dan quranan
(Manna Khalil al-Qattan, 1992)
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara
fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami
dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup
manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:
Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran
dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat
Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka (al-Qushairi, 1995)
Menurut Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa alQuran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana
membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanakkanak. (Yusof Qardhawi, 2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal
Al Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf
dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.
Quraish Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat Islam dengan
kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran telah dikumpulkan segala yang
diperlukan oleh manusia berbentuk kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai
perumpamaan, adab, kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti
keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik terhadap kitab-kitabNya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan adab-adab pembaca, membimbing
mereka melaksanakan ajaran al-Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat
yang baik (Anis Ahmad, 2004)
Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat manusia tanpa mengira
bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi sumber asas kepada manusia untuk
dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai
hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca,
mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.
1.2 KEPENTINGAN BELAJAR DAN MENGAJAR Al-QURAN

Kepentingan mempelajari serta mengajarkan al-Quran suatu yang tidak dapat


dipertikaikan lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia.
selanjutanya Mohd Ali (1991) dan Haron Din (1992) membaca al-Quran adalah ibadah
yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul
serta mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid. hal ini selaras jika dirujuk kepada
beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan pendidikan
al-Quran diantaranya yang bermaksud:
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul
baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu
berada dalam lindungan singgasana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain
daripada perlindunga-Nya; mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.(AthTabrani)
Manakala pada riwayat lain. Daripada Uthman bin Afan r.a berkata: bahwasanya
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang
yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat
Bukhari)
(al-Nawawi, 1995). menjelaskan takrifan hadis ini adalah tentang seseorang yang paling
mulia disisi Allah s.w.t. ialah mereka yang mempelajari al-Quran dengan sebaik-baiknya
dan kemudian mereka mengajarkan pula kepada orang lain. Maksud mempelajari disini
bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih mempelajari. Iaitu belajar memahami serta
mengamalkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Memahami pandangan dan Hadis di atas. Tegasnya matlamat terpenting pendidikan alQuran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai
seorang individu yang boleh berjaya ditengah-tengah kehidupan masyarakat. Manakala
bagi seorang muslim mewariskan al-Quran kepada generasi selanjutnya merupakan tugas
dan tanggung jawab. Serta mempelajari serta mampu mengajarkan bagi seorang yang
mempunyai ilmu dibidang al-Quran merupakan amalan pekerjaan yang terpuji lagi mulia.
Meskipun begitu, kesalahan dalam membaca al-Quran akan menyebabkan satu dosa
kepada pembacanya. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan melalui sabda Nabi s.a.w
yang bermaksud: Berapa ramai orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran sendiri
melaknatinya(Al-Bukhari dan Muslim)
Kesalahan dalam pembacaan ini disebabkan kelalaian mengenal pasti makhraj huruf,
hukum tajwid, kelancaran bacaan dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan
al-Quran. Oleh itu Islam menuntut agar umatnya memahami konsep mempelajari alQuran dengan menguasai bacaan, kefahaman, penghayatan, hafazan, taranum dan
meneruskan pengajaran kepada generasi selanjutnya (al-Badry 1983, Mohd Yusuf 2000).

(Mohd Zulkifli dan Mohd Yusoff 2008) Menyatakan kegagalan membaca al-Quran
dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim.
Antara kesan buruk tersebut ialah
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna badah-ibadah yang lain yang melibatkan bacaan alQuran
2. Secara tidak lansung seseorang tidak memuliakan al-Quran, kerana melanggar hukum
dan etika yang telah diatur dalam pembacaan al-Quran.
(Abdul Halim El-Muhammady 1991) Membaca al-Quran dengan betul penting untuk
menentukan ibadah yang dilakukan sah atau tidak sah. Oleh itu mempelajari dan
membaca al-Quran mestilah secara musyafahah iaitu diterima dari mulut ke mulut,
seperti Rasulullah s.a.w. menerima al-Quran dari Jibril. a.s
Kesimpulannya, membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim
kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap pembacanya, namun
mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti
dipenuhi, disamping hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca alQuran akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh seseorang
tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan mempertingkatkan ilmu tilawah alQuran agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu kita membaca.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan oleh Allah S.W.T
kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W
diperintahkan Allah S.W.T agar menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi
kandungan al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah
kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.
Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting
sebagai sumber dan panduan yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan
memenuhi segala kehendak manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran
adalah mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang
usianya. Kehidupan dunia ini adalah diumpamakan sebagai menjalani satu perjalanan
untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah
pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang
secara serentak (Wahbah az-Zuhaili, 2005).
Melalui al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya kepada Allah sahaja
sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah
dan Rubbubiyyahkerana Allah S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad,
2000). Ini juga ditegaskan melalui firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 21
yang bermaksud:
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang
sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Mahmud Yunus)

Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani bahawa kitab suci alQuran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan bukan dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau
pun makhluk lain. Justeru itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan
utama yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati kebenarannya.
Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim berkewajipan memikul dan melaksanakan
segala apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman
Allah S.W.T dalam surah al Baqarah, ayat 147 yang bermaksud:
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang
bimbang.(Mahmud Yunus)
Selanjutnya Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa
ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai
penyelidikan. Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum
mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam alQuran dan ahli pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan
matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka
jalan kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah
menjadi asas untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan
Allah S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di
bumi yang fana ini.
Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi Allah S.W.T dan
tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada orang lain juga sangat besar pahalanya.
Oleh sebab itu al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding
dengan kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya serta
mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada
Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini kembali ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T
melalui firmannya dalam surah al-Isra ayat 9. yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar
gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan (amalan) yang saleh;
sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar .(Mahmud Yunus)
Membaca al-Quran adalah ibadat yang diberi pahala oleh Allah S.W.T kepada
pembacanya. Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada umat Islam sehinggakan
setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan. Perkara ini telah dinyatakan
Rasulullah S.A.W melalui Hadis riwayat al-Thirmizi yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka satu huruf yang
dibaca itu akan digandakan satu kebajikan, dan satu kebajikan itu akan digandakan
menjadi sepuluh kebajikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi alif
satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat al-Thrmizi).
Kesimpulannya, kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab dalam pengajaran
dan pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran, para pendidik di sekolah mahupun di

institusi pengajian tinggi mesti mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan
kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk disampaikan
kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih berkesan lagi. Manakala bagi para
pendidik dan guru al-Quran, mereka haruslah menyelami segala kelebihan al-Quran
kemudian menyampaikan kepada para murid dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk
menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka untuk mendengar, membaca dan
mempelajari al-Quran.
Tegasnya, kewajiban seorang muslim dalam belajar dan mengajarkan al-Quran telah
begitu terang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W . Justeru,
kewajiban yang dimaksud tidak hanya terhad kepada mendapatkan kabaikan dan pahala
sesuai dengan janji oleh Allah S.W.T. mahupun anjuran sebagaimana dinyatakan
Rasuluhlah S.A.W melalui hadis riwayat Ahmad yang bermaksud.
bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat memberi syafaat
kepada pembacanya (Riwayat Ahmad).
Namun kawajiban yang dimaksud juga meliputi tugas dan tanggung jawab sebagai
khalifah Allah S.W.T di muka bumi yang telah diamanahkan untuk memelihara,
menyiarkan al-Quran dan menegakkan agama Allah S.W.T.
1.3 SEJARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN
Perbincangan sejarah pengajaran al-Quran adalah merujuk kepada tinjauan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran yang berlansung di zaman permulaan Islam.
1.3.1 Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Zaman Rasulullah S.A.W
Sejarah pengajaran dan pembelajaran al-Quran menurut Al-Buti (1991) dan Mohd Yusuf
(2000) bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang beribadat di Gua Hira. Baginda
dilantik menjadi pesuruh Allah secara resmi dengan turunnya ayat al-Quran yang
pertama. Dengan perutusan kenabian ini, maka bermulalah pendidikan yang
bersumberkan wahyu. Hal ini jelas berdasarkan surah al-Alaq yang mengandungi
perkataan Iqra yang memberi erti belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Bacaan yang
diajar oleh Jibril a.s dan dibaca oleh Rasulullah S.A.W bukan semata-mata bacaan, tetapi
ia dilakukan untuk diikuti dan difahami sehinggakan Rasululullah S.A.W apabila
diturunkan wahyu kepadanya, baginda tidak henti-henti menggerakkan lidah dan bibirnya
sehingga Allah S.W.T melarangnya berbuat demikian. Allah S.W.T memberi jaminan
kepada rasul-Nya berkaitan amalan menghafal al-Quran dan membetulkan bacaan rasulNya. Hal ini diterangkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah al-Qiamah,
ayat 16 dan 17 yang bermaksud :
Janganlah engkau (ya Muhammad) menggerakkan lidah engkau dengan Quran supaya
bersegera membacanya (ketika dibacakan jibril kepada engkau). Sesungguhnya Kami
menghimpunkannya (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacannya (dilidahmu).
(Mahmud Yunus)

Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukkan bimbingan Allah S.W.T kepada rasul-Nya
tentang kaedah mempelajari al-Quran melalui malaikat Jibril a.s. Dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Quran pada peringkat awal ini, Jibril a.s sebagai guru,
membaca kepada Nabi S.A.W dan baginda diminta supaya mendengar dan memerhatikan
bacaan Jibril a.s. Rasulullah S.A.W semasa melalui proses bacaan al-Quran ini baginda
tidak tergopoh-gapah dalam bacaan dan hanya mengikuti bacaan al-Quran apabila
malaikat Jibril a.s selesai membacanya. Proses ini berlaku apabila keadaan sebelumnya
Rasulullah S.A.W tergopoh-gopoh dalam bacaan akibat tekanan suasana yang cemas
kerana pengalaman yang baru dihadapi dengan kedatangan malaikat Jibril a.s (Al-Buti,
1991).
Rasulullah S.A.W dalam mempelajari al-Quran amat memerlukan pertolongan Allah
S.W.T kerana sebenarnya dalam mempelajari al-Quran berbeza dengan mempelajari
sesuatu yang lain. Allah S.W.T telah memberi jaminan kepada rasul-Nya bahawa alQuran yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.AW tidak akan dilupai selama-lamanya.
Dengan jaminan ini, maka setiap kali Jibril a.s datang membawa wahyu kepada
Rasulullah S.A.W, baginda mendengarnya dengan penuh perhatian dan apabila Jibril a.s
selesai, Nabi membacanya sebagaimana Jibril a.s membacanya.
Nabi Muhammad S.A.W memulakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di rumah
baginda sendiri, kemudian beliau juga mengajarkan al-Quran dirumah al-Arqam bin Abi
Arqam dalam usaha membentuk peribadi para sahabat. pengajaran dan pembelajaran alQuran ini seterusnya berkembang ke Madinah dengan adanya rombongan dari Madinah
yang datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan beriman kepada baginda yang seterusnya
memperkembangkan ajaran al-Quran di sana. Setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke
Madinah, pengajaran dan pembelajaran al-Quran berterusan di rumah baginda dan
seterusnya di Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang berguru secara
langsung dengan Rasulullah S.A.W. Mereka mempelajari al-Quran secara hafalan
daripada Rasulullan S.A.W hingga lahirlah kumpulan huffaz yang terkenal, Abu Bakar,
Uthman, Ali Ibn Masud, Aishah dan Hafzafsah (Al-Buti 1991). Tegasnya pada
peringkat ini para sahabat masih meneruskan kaedah yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W
dengan Jibril dalam pendidikan al-Quran. Melalui kaedah hafalan ini telah berjaya
melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan mengahafal al-Quran.
Menurut al-Sabuni (1985) bahawa jika sesiapa berjalan pada waktu malam di Madinah
melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran dengungan yang kuat seperti bunyi
lebah dalam sarangnya. Itulah dengungan sahabat yang sedang membaca al-Quran.
Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya
yang lain.
Kesimpulannya, terdapat empat langkah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman
Rasulullah S.A.W iaitu pertama, membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah S.AW.
membaca al-Quran secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibril a.s. Maka dengan
cara ini jugalah baginda S.AW. mengajarkannya kepada para sahabat. Kedua,
menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung di sebalik
ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Ketiga, menghafaz. Selain ayat-ayat al-Quran ditulis di

pelepah-pelepah tamar, tulang dan kulit terdapat juga para sahabat yang menghafal ayat
al-Quran. Keempat, mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami
daripada ayat yang dihafal.
Berdasarkan perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman
Rasulullah S.A.W, jelas memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan
dilakukan untuk memastikan kelansungan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hafazan diteruskan lagi pada zaman sahabat
untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Al-Quran yang telah dipelajari oleh sahabat
telah berjaya melahirkan ramai para huffaz. Para sahabat menggunakan kaedah hafalan
bukan sahaja terhad kepada pendidikan al-Quran, malah pendidikan Hadis dan ilmu-ilmu
juga terikut dengan cara yang sama. Oleh itu, kaedah hafalan adalah merupakan satu
kaedah yang penting dalam mempelajari al-Quran di zaman sahabat. Kaedah ini berjaya
melahirkan golongan sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat.
Tegasnya, pengajaran dan pembelajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru
memperdengarkan bacaan surah-surah pendek dan murid mengulanginya beberapa kali
bersama guru sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini
sangat sesuai lebih-lebih lagai pada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat menanam
benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka.
2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN.
Kaedah dalam perbicangan ini merujuk kepada pandangan Mohd Athiyah al-Abrasyi
dalam karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah wa al-Taalim. Iaitu jalan yang
diikuti oleh murid untuk memudahkan kefahaman dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Ahmad 2004). Tegasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran ialah
metode serta perancangan materi yang disusun sebelum seseorang guru memasuki kelas
dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam kelas.
2.1 Kaedah Al-Baghdadiyah
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia.
Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu Negara Iraq dan diperkenalkan di Indonesia
seiring dengan kedatangan saudagar dari Arab dan India yang singgah di Kepulauan
Indonesia (Mohd Zainul 2008). Manakala menurut (Komari 2008) menjelaskan kaedah
ini sudah bermula dari pemerintahan khalifah Bani Abbasiyah dan di Indonesia kaedah
tersebut telah diperkenalkan pada awal tahun 1930an sebelum kemerdekaan. Kaedah ini
juga dikenal dengan kaedah sebutan eja atau latih tubi, tidak diketahui pasti siapa
pengasasnya.
Pendekatan yang digunakan oleh kaedah ini adalah pelbagai iaitu daripada yang konkrit
kepada abstrak, daripada yang mudah kepada kompleks, daripada yang umum kepada
yang khusus. Secara amnya terdapat tujuh belas langkah yang mesti dilalui murid selama
mengikuti pengajaran dengan kaedah ini. Jika diperhatikan terdapat beberapa
karakteristik dan tarikan-tarikan tertentu dalam strategi pengajarannya. Misalnya, 30

huruf hijaiyah akan selalu ditampilkan kepada murid di setiap langkah yang dilalui
selama pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan agar huruf-huruf tersebut menjadi
tumpuan ke atas murid pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlansung, pada
setiap langkah guru akan memperdengarkan kepada murid pelbagai variasi bunyi
sehingga pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Tegasnya, kaedah al-Baghdadiyah merupakan sebuah pengajaran dan pembelajaran
membaca al-Quran yang boleh menghantarkan murid untuk boleh membaca al-Quran.
Walau bagaimanapun menurut (Qomari, 2008) terdapat beberapa kelemahan kaedah ini
diantaranya: (i) memerlukan masa yang lama untuk menghantarkan murid boleh
membaca al-Quran (ii) penyampaian materi terkesan berulang-ulang dengan pola yang
sama setiap kali pertemuan sehingga murid akan cepat jenuh dan bosan (iii) tidak ada
buku panduan khusus bagi guru sehingga matlamat pengajaran dan pembelajaran kurang
tercapai.
2.1.1 Kaedah Qiraati
Kaedah Qiraati ditemukan oleh KH Dachlan Salim Zarkasy di Semarang Jawa Tengah
Indonesia pada awal tahun 1970. Latar belakang pengasas menulis kaedah ini ialah,
bahawasanya semenjak dari tahun 1960 beliau mengajar al-Quran belum terdapat sebuah
kaedah yang boleh dijadikan panduan tetap bagi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Beliau menyatakan kaedah yang sedia ada. Misalnya, alBagdadiyah terlalu mengandalkan dari segi hafazan murid, disamping itu kaedah tersebut
juga belum mengajarkan sebuah standar membaca al-Quan seperti at-Tartil.
(Kementerian Agama Indonesia 1994)
Pada tahun 1986 beliau menerbitkan buku pertama dengan judul Pelajaran Membaca alQuran. Buku tersebut terdiri dari enam jilid iaitu siri satu sampai enam dan beliau
menyatakan bahawa tidak semua orang boleh mengajarkan kaedah Qiraati akan tetapi
semua orang boleh pandai membaca al-Quran dengan Qiraati. Dalam
perkembangannya kaedah ini dapat diterima oleh masyarakat luas baik di Indonesia
mahupun di luar Negara.
Kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan
cepat. Pada awal tahun 1980 sehingga 1995 kaedah ini hampir digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran diseluruh Indonesia. Walaubagaimanapun
menurut (KH Dachlan 1986) pengajaran dan pembelajaran al-Quran akan kurang
berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai menyebabkan guru
tidak sempat memberi bimbingan berkesan keatas setiap murid dalam sesuatu pengajaran.

2.1.2 Kaedah Iqra


Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran yang
disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini

bertujuan agar murid dapat belajar membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat
dan cepat. Kaedah ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. Asad Humam (Pengarah
Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta). (Mohd Alwi
Yusoff et.al 2008).
Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia kemudian
menggunakan kaedah Qiraati selama tiga tahun. Setelah melalui percubaan dan
peyelidikan yang mendalam beliau menemukan beberapa perkara yang masih perlu
disempurnakan untuk kepentingan muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran
membaca al-Quran. Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qiraati,
ternyata kurang memberi sambutan yang baik, pihak kaedah Qiraati tetap berpegang
kukuh dengan cara yang sudah disusunnya. Atas dasar itu, setelah tidak berjaya
mengadakan penyempurnaan, ia menulis dan menyusun sendiri buku Iqra tersebut (Usep
Fathudin 1994).
Mohd Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah ini digunakan
dalam Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta dan wilayah persekitarannya yang
berpusatkan di Masjid dan Musholla. Kegiatan ini diadakan seminggu sekali, kerana
kaedah ini mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka pada masa
itu ditubuhkan 600 majelis pengajian al-Quran yang diikuti oleh semua lapisan
masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang dewasa.
Pengkaji menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra iaitu; (i) bacaan terus (tanpa
analisa dan dieja) ertinya murid tidak diperkenalkan nama-nama huruf hijayiyah namun
murid lansung diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil dari ayat al-quran. (ii)
penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran dan pembelajaran guru
menggunakan satu set buku yang mengandungi enam juzuk. (iii) guru menggunakan
teknik pengajaran cara belajar murid aktif (CBMA) murid dijadikan Student Center
berpusatkan kepada murid. (iv) Talaqqi Musyafahah, dalam pengajaran dan pembelajaran
murid berdepan lansung dengan guru. (v) tahap berasaskan pencapaian individu, masingmasing murid akan mempunyai rekod pencapaian belajar yang akan dinilai guru pada
setiap kali pengajaran dan pembelajaran. (vi) seorang guru akan membimbing lima atau
enam orang murid dalam satu masa, jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil
murid tertentu untuk menjadi penunjuk ajar dan penyemak bagi murid lain diperingkat
bawah. (vii) praktis, murid hanya diajarkan dengan sebutan sampai boleh membaca
dengan baik dan tepat, tanpa diperkenalkan dengan teori tajwid. (viii) sistematik, silabus
tersusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan letak yang
seimbang. (ix) komunikatif, adanya panduan yang tersedia bagi guru sehingga pembaca
mudah memahami dan bagi murid menyeronokkan jika mereka mempelajarinya. (x)
kelenturan dan mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa, bermula dari kalangan kanak-kanak
usia pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan bahkan peringkat dewasa.
Kesimpulannya. Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra telah tersebar luas di Indonesia,
mahupun Negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Di
Malaysia kaedah Iqra dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran
di sekolah-sekolah seluruh Negeri. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd

Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah Iqra di 27 buah sekolah di
beberapa buah negeri di bawah kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah
agama swasta. Secara keseluruhan mereka menyatakan kaedah Iqra pada umumnya
memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di
sekolah rendah kebangsaan.
2.1.3 Kaedah Al-Barqy
Kaedah Al-Barqy ditemukan dan ditulis oleh Muhadjir Sulthon (Pensarah Fakulti Adab
Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel) Surabaya Jawa Timur Indonesia pada tahun
1965. Pada awal perkembangannya kaedah ini digunakan untuk murid sekolah rendah
Islam at-Tarbiyah Surabaya. Setelah kaedah ini berjaya digunakan selama beberapa tahun
di sekolah-sekolah rendah Surabaya. Maka tahun 1978 pengasas kaedah ini menulis buku
pengajaran al-Quran dengan judul cara cepat mempelajari Bacaan al-Quran al-Barqy
(Komari 2008).
Untuk lebih memperkukuhkan serta meperkenalkan lagi kaedah ini terhadap masyarakat,
Muhadjir Sulthon menubuhkan sebuah lembaga dengan mengambil awalan namanya
sendiri iaitu Muhadjir Sulthon Manajemen (MSM). Tujuan ditubuhkannya lembaga ini
ialah, untuk membantu program pemerintah dan kerajaan di Indonesia dalam
memberantas buta baca tulis al-Quran dan membaca huruf jawi di daerah persekitan
Surabaya. Kementerian Agama Republik Indonesia (1998). Hal ini disokong oleh kajian
(Muslim, 2008) tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan
menggunakan kaedah al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Quran Nurut-Taqwa Malang.
Hasil kajian melaporkan setelah diadakan ujian post terhadap responden kajian secara
keseluruhan. Pencapaian murid berada pada tahap yang membanggakan.
Kaedah ini disebut dengan anti lupa. Kerana mempunyai susunan materi yang apabila
murid lupa dengan huruf-huruf yang telah mereka pelajari sebelumnya, maka ia akan
dengan mudah dapat mengingat kembali dengan bantuan guru dan pelbagai strategi yang
telah sedia ada di dalam buku tersebut. Beberapa karakteristik kaedah ini ialah (i) murid
tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada akhir materi buku. Kerana
cukup satu siri buku sahaja untuk sampai kepada tahap kemahiran al-Quran. (ii) kaedah
ini menggunakan satu siri sahaja sehingga biaya yang dikeluarkan mendapatkan dan
mempelajari kaedah ini amat murah berbanding kaedah-kaedah yang lain. (Komari 2008)
Walau bagaimanapun, sepanjang bacaan dan pengamatan pengkaji. Meskipun kaedah alBarqy telah lama ditemukan dan menjadi sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran alQuran yang telah berjaya. Kaedah ini tidak begitu popular di Indonesia mahupun luar
Negara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam seperti al-Bahgdadiyah,
Qiroati dan Iqra. Namun di Malaysia kaedah ini masih lagi digunakan di beberapa
sekolah di Negeri Selangor yang pengkaji temui, seperti sekolah Sri Al-Amin Sungai
Tangkas Bangi. Pada masa tersebut pengkaji berkesempatan mengajarkan kaedah Tartil
dalam kelas pemulihan al-Quran di sekolah tersebut.
3.0 METODE TARTIL

Perbincangan ini akan menerangkan secara singkat tentang metode tartil yang meliputi.
(i) Pengenalan metode tartil. (ii) perkembangan dari semasa kesemasa. Pengkaji perlu
menjelaskan perkara di atas mengingat bahawa, metode tartil merupakan sebuah kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baharu dan belum banyak dikenal
oleh guru-guru pendidikan Islam sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia.
3.1 Pengenalan Metode Tartil
Metode Tartil ditemukan dan ditulis oleh Hj. Gazali Pada awal tahun 1993. Beliau adalah
Pensyarah Al-Quran Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAIPIQ) Negeri Sumatera Barat, Indonesia. Pada mulanya metode ini dinamakan Metode
Cepat dan Praktis Membaca al-Quran. Latar belakang diperkenalkan metode ini adalah
setelah melihat fenomena metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang
berkembang saat ini. Diantaranya adalah metode al-Baghdadiyah, Qiraati, Iqra AlBarqy dan Basmallah. Hasil dari kajian yang beliau dapati, masih terdapat kekurangankekurangan yang perlu diperbaiki, antaranya dari segi masa pembelajaran dan
kecenderungan sikap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran (Gazali,
1995)
Beliau menambahkan metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berkembang
saat ini belum dapat memberantas buta baca tulis al-Quran di kalangan murid-murid,
metode-metode yang sedia ada juga belum mampu memberi hasil yang baik untuk
membolehkan murid membaca Al-Quran. Perkara sedemikian disebabkan murid merasa
jenuh dan bosan kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk boleh mahir
membaca al-Quran, disamping itu metode yang kurang menarik juga merupakan faktor
penyumbang kegagalan pengajaran dan pembelajaran al-Quran seingga pada hari ini
masih rmai lagi murid tidak boleh membaca al-Quran dengan baik, bahkan ada juga yang
langsung tidak boleh membaca al-Quran. (Gazali, 2007)
Setelah mendapatkan saranan dan nasihat daripada pihak Kementerian Pendidikan dan
Masyarakat di Bandar Padang, beliau pun bersetuju untuk membukukan metode tersebut
dengan tujuan supaya metode ini dapat dikenal oleh masyarakat dan menjadi panduan
bagi guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan al-Quran di Bandar Padang.
Setelah metode tersebut ditulis dalam bentuk naskah, ianya kemudian dihantar ke PT
Angkasa Raya Bandar Padang untuk dicetak. Pada mulanya pihak percetakan
mengabaikan naskah tersebut selama setahun. Mereka meragui keberhasilan metode
tersebut kerana metode tersebut belum pernah digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Untuk meyakinkan pihak percetakan, maka Hj. Gazali bersedia
membuktikan kelebihan metode beliau dengan mengajarkan kepada anak pemilik
percetakan PT Angkasa Raya. Pemilik kilang itu pun bersetuju dan akhirnya Hj. Gazali
berjaya membimbing anak pemilik kilang itu sehingga dia mahir membaca dan menulis
al-Quran dengan hasil baik dan masa yang lebih singkat. (Gazali, 1995)
Disebabkan keberhasilan beliau mengajarkan metode Tartil kepada anak pemilik kilang
tersebut, maka pada tahun 1995 pihak percetakan Angkasa Raya bersedia menerbitkan
metode Tartil tersebut dalam bentuk sebuah buku yang berjudul Tartil Belajar Membaca

Al-Quran, Cepat dan Praktis. Semenjak dari itu, metode tersebut mulai digunakan oleh
guru-guru pendidikan al-Quran yang berkhidmat di Taman Pendidikan Seni al-Quran
(TPSA) Bandar Padang. (Gazali, 1995)
Setelah metode Tartil digunakan selama dua tahun di pelbagai lembaga pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di Bandar Padang. Pada tahun 1997 penulis melengkapkan
metode tersebut dengan membukukannya kembali dan diberi judul metode Tartil 2 Ilmu
Tajwid Praktis. Buku metode Tartil siri 2 tersebut dijadikan sebagai buku pegangan
kedua bagi murid setelah mempelajari buku siri satu. Kini buku tersebut telah menjadi
dua buah siri dengan judul Metode Tartil 1 Belajar Membaca dan Menulis Al-Quran
dan Metode Tartil 2 Ilmu Tajwid Praktis. (Gazali, 1995)
Adapun metode Tartil siri satu mempunyai materi pengenalan huruf asas dari setiap huruf
hijaiyah, membaca huruf berbaris satu, membaca huruf bertandi mati (sukun), membaca
huruf bertandi tasydid (musyaddad) dan membaca huruf yang berbaris dua (tanwin).
Manakala buku siri metode Tartil dua pula, murid akan diajarkan dengan ilmu tajwid
dimulai dengan mempelajari materi melamakan bunyi bacaan (Mad), membaca huruf
yang bunyi bacaannya didengungkan (Ghunnah), dan bunyi bacaan yang tidak
didengungkan (Bilaghunnah) serta cara mengenal pasti tanda berhenti (Waqaf) disamping
cara memulakan kembali bacaan setelah berhenti (Ibtida). (Gazali, 2006).
3.2 Karakteristik dan Strategi Pengarajaran Metode Tartil
Terdapat beberapa karakteristik yang memberi perbezaan pada kaedah ini berbanding
dengan kaedah-kaedah lainnya, sehingga menjadikan kaedah ini lebih praktis, menarik
dan efektif untuk dipelajari. Antaranya:
1) Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.
2) Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang
digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
3) Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan
muratal (Tartilul Quran).
4) Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.
5) Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.
Pengkaji akan menerangkan secara terperinci karakteristik seperti yang telah dijelaskan di
atas. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru untuk mengatur
strategi dan kaedah-kaedah pengajaran metode Tartil kepada murid-murid ketika sesi
pembelajaran. Apabila guru dapat mengikuti perkara tersebut, maka matlamat dan tujuan
pengajaran dapat dicapai. Seperti berikut
1. Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.

Pada materi pelajaran memperkenalkan huruf, guru akan mengajarkan kepada murid cara
menulis dan membaca huruf hijaiyah yang belum berbaris. Materi akan dimulai dari surat
Al-Baqarah ayat satu diawali dengan memperkenalkan huruf ALif,Lam dan Mim. Setelah
guru selesai memberikan materi menulis dan membaca tersebut selama sepuluh minit.
Langkah selanjutnya ialah. Guru akan memilih beberapa orang murid untuk mengulang
bacaan yang telah didemontrasikan guru. Kemudian guru memberikan arahan kepada
semua murid untuk mengulang kembali bacaan yang sama.
Langkah selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk membuka buku
pada materi membaca huruf alif, lamdan mim yang telah sedia ada pada buku induksi.
Guru akan memberikan arahan agar murid membaca kembali secara bersama-sama
materi yang telah diajarkan. Setelah murid selesai membaca secara bersama-sama. Maka
materi dilanjutkan dengan menulis kembali huruf alif, lam dan mim yang telah sediaada
dalam buku pegangan murid.
Untuk pertemuan selanjutnya guru akan menulis huruf zal dankaf. Seterusnya guru akan
melakukan langkah yang sama seperti pada pertemuan pertama. Proses sebegini akan
terus berlanjut pada pertemuan-pertemuan berikutnya. Namun begitu, kreatifiti guru
sangat digalakkan dalam menggairahkan kelas agar murid tidak mudah jenuh dan bosan.
Apabila guru telah selesai memperkenalkan semua huruf hijaiyah dan murid pun telah
mampu menguasai materi pelajaran. Sebagai tes ujian kefahaman murid dengan materi
yang telah dipelajari, guru akan menulis surat al-Baqarah ayat satu hingga ayat lima.
Kemudian murid diminta secara individu untuk membaca semua huruf-huruf tersebut
dengan cara meng eja bermula dari hurufalif pada ayat satu sampai huruf Nun pada
akhir huruf ayat lima surat al-Baqarah. Apabila seseorang murid telah mampu dengan
betul dan mahir membaca semua huruf tersebut, ini bermakna mereka telah boleh
melanjutkan materi pelajaran berikutnya.
Materi pelajaran akan dilanjutkan dengan mengenal baris dalam al-Quran, membaca
huruf berbaris satu, membaca bacaan yang bertanda mati, membaca bacaan yang
bertanda tasydiq dan membaca bacaan yang bertanda tanwin. Proses pengajaran dan
pembelajaran pada buku siri satu akan mengambil masa selama delapan belas kali
pertemuan. Meskipun begitu, pada proses pengajaran guru tidak dibenarkan melanjutkan
materi berikutnya sebelum murid menguasai dengan mantap setiap materi yang telah
ditetapkan.
2. Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang
digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
Tugas guru tidak terhad hanya mengajarkan bagaimana cara membaca ayat al-Quran
kepada murid. Guru juga mengajarkan kepada murid cara menulis huruf dan ayat-ayat alQuran sesuai kaedah penulisan ayat yang baik.
Langkah yang dilakukan ialah. Pada setiap pengenalan materi samada dalam buku siri
mahupun siri dua. Guru akan menulis terlebih dahulu materi yang akan diberikan.

Misalnya, materi pengenalan huruf alif. Pada masa guru menulis huruf tersebut, murid
harus memberikan perhatian dengan baik bagaimana huruf tersebut ditulis oleh guru. Ini
bertujuan, menghindari terjadinya kesalahan murid untuk menulis ulang huruf tersebut
pada buku induksi. Misalnya menulis huruf alif, jika murid memulai menulisnya dari
bawah maka namanya juga tetap huruf alif, akan tetapi secara penulisannya murid
melakukan kesalahan. Sebab menulis huruf tersebut hendaklah dimulai dari atas.
Disamping menulis huruf-huruf hijaiyah yang telah dipelajari. Pada setiap pertemuan
murid juga akan diajarkan bagaimana menulis ayat-ayat al-Quran yang telah sediada
didalam buku pegangan murid. Tugas guru ialah, memberikan arahan kepada murid
untuk menulis kembali ayat-ayat yang telah ada untuk dipindahkan kedalam kotak ayat
terdapat di bawah ayat tersebut.
Pada proses latihan menulis ayat berlangsung guru hendaklah menghampiri masingmasing murid. Jika guru mendapati murid melakukan kesalahan dalam penulisan ayat,
guru mesti memberikan arahan dan membimbing murid tersebut. Misalnya, guru kembali
mendemonstrasikan didepan kelas bagaimana menulis ayat al-Quran dengan kaedah yang
baik.
Hj. Gazali menyatakan. Pada masa latihan menulis ayat al-Quran berlangsung. Murid
dianjurkan menulis menggunakan pen dan tidak dibenarkan memakai pensel. Tujuannya
ialah. Jika murid menulis ayat menggunakan pensel hal yang berlaku ialah. Murid akan
memadam setiap kesalahan pada tiap-tiap tulisan yang salah atau tulisan yang mereka
anggap kurang mantap/cantik. Hal ini menyebabkan mereka akan menghabiskan masa.
Manakala jika murid memakai pen, mereka tidak dapat memadam kesalahan tersebut.
Ianya bertujuan untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada murid untuk
pertemuan selanjutnya, agar murid lebih berhati-hati dalam latihan menulis ayat agar
tidak terjadi kesalahan yang sama.
3. Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan
muratal (Tartilul Quran).
Tartil adalah masdar (nama terbitan) dari kata kerja rattala. Kalimah ini membawa
maksud membaca dengan terag, lemah lembut, perlahan dan tidak tergopoh gapah.
(Muhammad Arabi, 1994). Sementara Husni Sheikh Othman (1974) pula menyebut
Tartil adalah lafaz yang meliputi kalimah Tahqiq, hadar dan tadwir. Terkandung juga
di dalamnya pengertian tajwid dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya serta
memperelokkan penyebutan lafaz-lafaznya dengan suara yang baik mengikuti
kemampuan seseorang disamping memelihara waqaf dan ibtida
At-Tartil adalah nama khusus kepada bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran secara tartil
adalah bacaan yang bernilai tinggi dan bacaannya bukan hanya sekedar mengetahui dan
memahami hukum sahaja tetapi juga perlu diusahakan dan diketemukan bacaan yang
tepat dan perkara ini perlu dilakukan pada awal zaman kanak-kanak lagi. (Nik Jafar Nik
Ismail, 1998).

Materi pelajaran dengan lagu tartil sebagamana telah diterangkan di atas, telahpun
diperkenalkan guru kepada murid sedari awal lagi. Misalnya, pada permulaan pengajaran
guru terlebih dahulu membaca Tangauz dan Basmallah mengikut bacaan tartil untu
kemudian diikuti murid secara bersama-sama. materi bacaan lagu tartil akan dimantapkan
lagi apabila murid telah mulai mempelajari ilmu tajwid praktis pada buku siri dua.
Langkah-langkah pengajaran yang dilakukan guru pada materi ilmu tajwid praktis dalam
buku siri dua tidak jauh berbeza dengan buku siri satu. Perbezaan hanya dari segi materi
sahaja. Pada setiap awal pengajaran buku siri dua, guru terlebih dahulu akan
memperdengarkan kepada murid bacaan lagu muratal yang terdapat dalam kaset dengan
menggunakan media tape recorder. Kaset tersebut ialah bacaan lagu tartil yang
dibawakan sendiri oleh haji Gazali.
Menurut Hj. Gazali. Apabila murid membaca ayat-ayat al-Quran dengan bacaan tartil
ianya akan menjadikan bacaan tersebut terdengar lebih indah dan merdu. Tujuan lain
ialah untuk memudahkan murid mempraktekan ilmu tajwid yang telah dipelajari,
misalnya. Bagaimana cara memanjangkan bunyi bacaan yang dilamakan (mad), bacaan
dengung (Gunnah), dan tidak dengung (Bilagunnah), dan bagaimana cara mewaqafkan
bacaan dtengah-tengah ayat serta cara berhenti pada akhir ayat di dlaam al-Quran.
Jika satu materi pelajaran ilmu tajwid telah diterangkan di hadapan kelas dan guru
lansung mencontohkan kepada murid bagaiamana cara membacanya. Maka langkah
selanjutnya ialah, murid akan mengulang kembali bacaan tersebut secara bersama-sama
atau guru juga boleh memerintahkan seorang murid untuk membaca sebuah ayat dengan
gaya lagu tartil. Manakala disaat salah seorang murid membaca murid lain
berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan bacaan rakan kawan mereka.
Startegi lain ialah, guru boleh menyuruh murid yang lebih mahir bacaan tartilnya untuk
mengulangkan bacaan rakannya yang belum mahir. Ianya bertujuan agar pengajaran jadi
menyeronokan dan tidak membosankan.
4. Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.
Evaluasi yang melibatkan murid akan dilaksanakn pada setiap penutup pengajaran.
Misalnya, pada materi memperkenalkan huruf hijaiyah. Setelah pengajaran membaca dan
menulis selesai dilaksanakan, sebagai tes kefahaman murid terhadap materi yang telah
diajarkan. Guru akan memberikan arahan kepada murid untuk mengira atau mencari
huruf-huruf yang telah dipelajari dalam sebuah ayat. Contohnya, berapakah huruf alif,
lam dan minyang terdapat didalam surat Al-Baqarah ayat 2? Berapakah banyak bacaan
yang di dengungkan (gunnah) dan tidak didengungkan (bilagunnah) dalam surat alBaqrah ayat 15?
Setelah murid selesai mengerjakan soalan-soalan yang diketengahkan oleh guru. Langkah
selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk saling menukarkan buku
pegangan masing-masing mereka kepada rakan di samping kiri atau kanan mereka. Ini
juga membantu guru untuk lebih memudahkan evaluasi dan melihat apakah murid sudah
menguasai materi atau sebaliknya.

Bagi murid yang mendapatkan nilai yang cemerlang disetiap pengajaran. Guru
digalakkan memberikan pujian atau hadiah. Misalnya, murid akan diberi hadiah seperti
pen, buku atau pelbagai hal menarik lainnya. Jika guru tidak mampu memberikan hadiahhadiah berupa materi, guru juga boleh melaksanakan cara lain. Misalnya, sepuluh orang
murid yang memperoleh nlai baik mereka akan pulang lebih awal daripada rakanrakannya. Hal ini bertujuan agar murid dihargai dengan apa yang telah diperoleh dan
dicapainya. Hj. Gazali menyatakan, pada bagian ini kreatifiti guru sangatlah digalakkan
5. Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.
Hj. Gazali menyatakan. Guru hendaklah menggunakan alat tulis (Whiteboard Marker)
yang berwarna-warni semasa memberikan apapun jua materi pengajaran. Adakah ianya
pelajaran memperkenalkan huruf, membaca bacaan yang berbaris dua serta materi-materi
berikutnya. Hal ini akan selari dengan warna yang terdapat didalam buku pegangan
murid, kerana penulis selalu memberikan tanda warna pada setiap materi inti yang akan
dipelajari samaada buku satu atau dua. Ini bertujuan agar murid lebih mudah melihat dan
faham kepada materi, tujuan lainnya adalah agar tidak bercelaru antara contoh materi
dengan materi sebenar.
Misalnya, materi memperkenalkan huruf hijaiyah alif, lam danmim. Setelah guru
mencontohkan cara menulis dan memperkenalkan cara membacanya. Selanjutnya guru
akan memerintahkan murid untuk mengulang membaca huruf-huruf tersebut pada contoh
ayat al-Quran yang telah sedia ada dalam buku pegangan. Untuk memudahkan murid
dalam pembacaan penulis telah memberikan tanda khusus iaitu warna merah kepada
huruf (alif, lam dan mim) yang akan dibaca murid. Warna ini selalu ada sampai kepada
materi ilmu tajwid praktis yang terdapat dalam buku siri dua.
3.4 Perkembangan Metode Tartil
Sebelum metode Tartil ditulis dalam bentuk buku seperti saat sekarang ini. Penulis
menjelaskan, pada awalnya metode Tartil hanya digunakan oleh guru-guru al-Quran yang
berkhidmat di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) sahaja. Kemudian pada tahun
1998 pihak kementerian menawarkan agar metode Tartil tersebut juga diselenggarakan
disekolah-sekolah dasar (SD). Ini bertujuan untuk kelas pemulihan al-Quran bagi murid
darjah lima dan enam yang masih buta baca tulis al-Quran. Penulis bersetuju untuk
diselenggarakan di dua buah sekolah rendah di zon Padang Barat dengan jumlah murid
230 orang, 10 orang guru pengajar dan dibantu oleh 2 orang pengawas. Perkembangan itu
semakin membaik sebagaimana digambarkan dalam jadual 2.1 berikut:
Tahun

Jumlah Sekolah

No
1
2

1999

4 sekolah

Jumlah Murid
200 orang

2000

11 sekolah

150 orang

3
4
5
6
7
8

2001
2002
2003
2004
2005
2006

75 sekolah
250 sekolah
60 sekolah
60 sekolah
25 sekolah
400 sekolah

3.750 oran
12.500 orang
3000 orang
3000 orang
1.250 orang
22.860 orang

Sumber: Kementerian Pendidikan Padang. 2006.


Jadual 2.1. Perkembangan metode Tartil dari tahun 1999 hingga 2006.
Laporan Jabatan Pendidikan Bandar Padang (2006). Menyatakan, pengalaman kami
menggunakan metode Tartil kepada 400 buah Sekolah Rendah di Bandar Padang, secara
keseluruhan, metode Tartil telah mampu membolehkan murid untuk dapat membaca dan
menulis al-Quran dengan baik dan waktu yang lebih singkat. Walau bagaimanapun
laporan di atas tidaklah berbentuk kajian, terhad kepada penilaian secara pengamatan
sahaja dari pihak kementerian.
Setelah metode Tartil berhasil dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Bandar
Padang. Kini pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Agama Bandar Padang
menyarankan agar program pengajaran dan pembelajaran metode Tartil dipusatkan
sepenuhnya di seluruh Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) dan lembaga
pengajaran al-Quran yang sedia ada. Hal ini disebabkan apabila program tersebut
dilaksanakan di sekolah ianya memerlukan biaya yang besar untuk gaji guru mahupun
pentadbirannya. Manakala jika diadakan di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA)
pihak Kementerian hanya perlu mempertingkatkan lagi kualiti guru dan pentadbirannya
sahaja. Tegasnya. seluruh biaya program tidak lagi ditanggung oleh kementerian
sepenuhnya. (Kementrian Pendidikan dan Kementrian Agama Bandar Padang 2006).
Untuk menambah profesionalisme guru dalam mengajarkan metode Tartil, maka pada
tahun 2004 Hj Gazali menubuhkan lembaga Baca Tulis Quran (BTQ). Lembaga tersebut
berpusat di Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ)
Sumatera Barat. Ianya bertujuan untuk memberikan latihan-latihan bagi guru-guru yang
akan mengajar menggunakan metode Tartil. Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu
dikuasai guru iaitu: (i) kemahiran ilmu tajwid (ii) kemahiran melagukan ayat al-Quran
dengan bacaan muratal (Tartilul Quran), (iii) kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran
dengan seni Khatil Quransehingga tulisan guru dapat dijadikan model bagi murid dalam
pengajaran dan pembelajaran menulis ayat al-Quran. Disamping itu, guru juga diberikan
pelatihan pedagogi oleh pakar pendidikan yang dijemput selama pelatihan. (Gazali 2007)
Selain memberikan pelatihan di lembaga yang telah ditubuhkan tersebut. Hj. Gazali juga
telah memberikan latihan bagi guru pengajaran al-Quran seluruh daerah di Sumatera
Barat. beliau juga dijemput untuk memberikan pelatihan metode Tartil di pelbagai daerah
di Indonesia. Diantaranya, Negeri Riau, Lampung, Palembang dan Jakarta. (Gazali, 2007)

Manakala perkembangan metode Tartil di luar negara. Pada tahun 2004 Hj. Gazali
dijemput oleh pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban untuk memperkenalkan metode
Tartil. Kemudian pada awal tahun 2004 tersebut sekolah tersebut telah menggunakan
metode Tartil sebagai asas pengajaran al-Quran bagi murid-muridnya. Ini didukung oleh
(Khalil Bin Jali, 2009) pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban. Melaporkan semenjak
diperkenalkannya metode Tartil dari tahun 2004 sehingga 2009 oleh Hj. Gazali. Maka
kaedah tartil telah berjaya dengan mencapai tahap penguasaan 90% ke atas murid dalam
pembelajaran tilawah al-Quran.
Pengkaji juga telah mula mengembangkan metode Tartil ini sama ada di Indonesia
mahupun Malaysia, bermula dari pengkaji melanjutkan pengajian program master di
Fakulti Pendidikan, pengkhususan Pendidikan Islam bulan januari 2009, pengkaji telah
mulai melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran dengan menggunakan metode Tartil di
beberapa sekolah rendah yang ada di Selangor. diantaranya adalah Sekolah Sri Aesyah
Bangi, Sekolah Rendah Ugama Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri Al-Amin
Sungai Tangkas. Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya dalam masa yang
lebih singkat dan hasil lebih baik melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran pada kelas
pemulihan al-Quran dibeberapa sekolah tersebut.
Kesimpulannya, metode Tartil merupakan sebuah inovasi yang lebih baharu dalam
pendidikan Islam khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran,
meskipun metode ini belum menyeluruh digunakan oleh para guru al-Quran sama ada di
Indonesia, Malaysia, Singapore dan Negara Islam lainnya. Namun pengkaji menillai dari
awal penemuan sampai perkembangannya samapai pada ini menunjukkan bahawa
metode Tartil dapat cepat diterima oleh dunia pendidikan, utamanya guru pendidikan
Islam yang mengajar pendidikan tilawah al-Quran
4.0 KAJIAN FAKTOR-FAKTOR PENDUKUNG KEBERHASILAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mohd Majid (2005) menjelaskan bahawa kepentingan merujuk kajian lepas bagi
seseorang pengkaji dapat membantu pengkaji menerang dan menjelaskan latar belakang
sesuatu masalah dan mengenal pasti sejauh mana masalah yang wujud dalam sesuatu
bidang telah dikaji. Perbincangan tentang faktorfaktor pendukung pengajaran al-Quran
dalam kajian ini akan difokuskan kepada (i) kajian faktor Input guru, (ii) kajian faktor
inputpenggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran, (iii) Kajian pengetahuan guru
terhadap disiplin ilmu yang diajar, (iv) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran
terhadap sikap belajar murid, (v) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap
minat belajar murid, (vi) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi
belajar murid
4.1 Faktor input guru
Faktor input guru sebagaimana dalam model pengajaran dan pembelajaran Dunkin dan
Biddle (1974), antara yang diberi penekanan ialah hubungan amalan pengajaran dan
pembelajaran guru dengan pencapaian murid. Dalam model ini amalan pengajaran dan

pembelajaran guru yang diperhatikan ialah segala tingkah laku guru dalam bilik darjah
yang memberi kesan kepada pencapaian murid. Manakala pencapaian murid yang diukur
adalah merangkumi tahap pengetahuan atau kemahiran yang dicapai murid dan juga
sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan pandangan ini, maka
kajian hubungan faktor guru dengan pencapaian murid dalam pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran adalah antara yang menjadi fokus kajian ini.
Kajian Long dan Hoy (2006) di Midwesten United State melibatkan murid sekolah
menengah luar bandar. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa kuantitatif dan kualitatif.
Sampel murid terdiri dari 112 orang yang mewakili berbagai bangsa. Dalam fasa
kuantitatif sampel murid dikehendaki membuat penilaian terhadap amalan pengajaran
dan pembelajaran guru mereka yang meliputi Bahasa Inggeris dan Sains Sosial.
Instrumen soal selidik amalan pengajaran guru berdasarkan Instrument Teacher
Nomination. Dapatan kajian hasil ujian Exploratory Factor Analyisis mendapati sebanyak
62.17 varians menyumbang kepada amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang
dikategorikan sebagai pengajaran berkesan. Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran
dan pembelajaran guru yang terdiri daripada pemboleh ubah pengurusan guru, penyampai
guru, semangat guru, kesungguhan guru, prihatin guru terhadap murid, metode
pengajaran dan pembelajaran guru, menunjukanfactor loading yang tinggi terhadap
amalan pengajaran berkesan guru iaitu melebihi 0.4.
Seterusnya Nik Mohd Rahimi (2005) telah menjalankan kajian berkaitan pengajaran dan
pembelajaran guru dengan menggunakan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).
Kajian melibatkan 1665 orang murid dan 100 orang guru. Tujuan utama kajian ini ialah
menilai kemahiran mendengar bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam
Kelantan. Aspek yang dinilai dari guru ialah teknik pengajaran, alat bantu mengajar, dan
persepsi guru terhadap kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru bahasa Arab yang mengoptimumkan penggunaan teknik pengajaran dan alat
bantu mengajar akan mempengaruhi pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab, hal ini
menunjukan bahawa pengajaran dan pembelajaran guru yang efektif akan memberi kesan
terhadap peningkatan akademik murid.
Kajian lain yang boleh dirujuk tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran guru
dengan peningkatan pencapaian murid ialah Hanuni (2003), Ab. Halim et al. (2004),
Love dan Kruger (2005), Renaud dan Murray (2005), rata-rata kajian yang telah
dijalankan menunjukan bahawa hubungan pengajaran dan pembelajaran guru berkait
rapat dengan peningkatan dan penacapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Merujuk kepada kajian-kajin lepas yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa.
Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan, sikap ambil guru terhadap
murid, kreatifiti guru dalam mengurus bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran
akan dapat memberansangkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta
mempunyai impak teradap pencapaian dan sikap belajar murid.
Tegasnya, amalan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai kaedah bukan
sahaja berguna dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran dalam

pengajaran dan pembelajaran, malah jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik
minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pada input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar.
Mengikut teori Wolberg (1984) di mana kualiti dan penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru merupakan satu daripada sembilan faktor keberhasilan pengajaran.
Pemilihan kaedah mestilah dapat menarik minat murid, kreatif dan inovatif. Ia juga
menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah akan dapat
mempengaruhi hasil sikap dan pencapaian belajar murid.
Berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran, menurut Mohd Yusuf (2000), Ahmad
(1997),dan Hasan (1981) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik
yang bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang
tersusun. Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kajian ini
diantara kaedah yang dapat digunakan oleh seseorang guru semasa pengajaran dan
pembelajaran ialah talaqi dan musyafahah (Mohd Yusuf Ahmad 2000). Tegasnya, apa
saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran al-Quran, maka ia adalah kaedah.
Kajian Fatimah (2002) secara keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa. Penggunaan
kaedah mengajar yang tepat merupakan faktor terpenting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ianya menentukan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh
seseorang guru. Nik Salida Maizah (2004) menyatakan pemilihan teknik dan alat bantu
mengajar yang sesuai telah membantu 70.6% sampel berminat untuk belajar tilawah alQuran walaupun 14.7% hanya mampu di aras baik dan 23.3% tidak berminat dan tidak
menguasai tilawah al-Quran.
Kajian Mohd Alwi Yusof et al (2003) menyatakan penggunaan kaedah Iqra pada
umumnya memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di sekolah rendah kebangsaan. Manakala hasil kajian Mohd Naim (2003)
tentang pencapaian tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra di sekolah
Kebangsaan daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca al-Quran
dengan baik, 35.4% masih berada pada tahap buta huruf al-Quran. Amri Daud (2005)
model enam bulan khatam al-Quran, dapatan ujian murid yang mengikuti program ini
75.8% mencapai objektif dan terdapat 15.2% yang tidak boleh menguasai bacaan alQuran. Ini menunjukkan pencapaian objektif agak sederhana.
Kajian Mohd Firdaus (2008) dengan tajuk Keberkesanan penggunaan alat sebenar
sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran kemahiran hidup. Dapatan kajian merumuskan (i) murid sedar dengan
penggunaan alat sebenar sebagai ABM dapat menarik minat murid untuk mempelajari
mata pelajaran Kemahiran Hidup. (ii) Penggunaan alat sebenar dalam pengajaran
Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak membosankan. (iii) Penggunaan

alat sebenar membolehkan murid mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. (iv)


Murid dapat memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup dengan baik.
Kajian Ab. Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2008) hasil kajian tentang
penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah teknikal Johor
Bahru. Dapatan kajian melaporkan penggunaan alat bantu mengajar adalah penting bagi
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mempengaruhi sikap, minat dan
pencapaian murid dalam akademik. Ini selari dengan kajian (Arumugan 2006; Yahya
Othman et al. 2008). Kesan penggunaan alat bantu mengajar dengan komputer
dikalangan murid adalah positif dan dapat memberi pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.
Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk mengenai hubungan penggunaan kaedah dan bahan
bantu mengajar dengan pencapaian murid iaitu Shahrin bin Hashim et al. (2009), Choy
Sau Kam et al. (2003). Mereka menyimpulkan bahawa amalan pengajaran dan
pembelajaran guru yang baik serta pemilihan kaedah yang tepat bukan sahaja berguna
dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran kepada murid, malah jika
digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman
yang seronok kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, mengenai penggunaan teknik dan pemilihan
kaedah yang sesuai merupakan salah penyumbang ke atas pencapaian murid dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, merujuk kepada amalan pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran yang berkesan, guru hendaklah memilih pendekatan
yang sesuai. Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap terbaik untuk satusatu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Antara pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran ialah pendekatan induktif (AhmadMohd
Salleh 1997), di mana para guru mengemukakan contoh bacaan al-Quran mengikut
sesuatu hukum tajwid dan seterusnya para murid mengaplikasikan contoh bacaan guru
dalam bacaan al-Quran yang dibaca.
Memandangkan pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran melibatkan pengajaran
kemahiran. Maka mengajar kemahiran perlu menekankan kepada arahan, demonstrasi
dan pembaikan kesilapan murid. Disamping itu juga, guru mesti mampu
memperdengarkan bacaan yang fasih dengan suara yang merdu, hal ini akan memupuk
perasaan cinta murid terhadap al-Quran. kaedah mengajar merupakan faktor terpenting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya akan menentukan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru.
4.3 Faktor pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar
Selanjutnya perbincangan ini akan dilanjutkan dengan kajian tentang pengetahuan guru
terhadap disiplin ilmu yang diajar dengan peningkatan dan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian korelasi antara pengetahuan guru degan pencapaian
murid ialah seperti kajian Heather et al. (2005) mendapati terdapat hubungan yang
siginifikan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu pengetahuan guru dengan

keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian menunjukan


bahawa untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian murid diantaranya iaitu
dengan menambah dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan guru tentang disiplin ilmu
yang diajar agar kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Harbison dan Hanushek (1992), Mullens et al. (1996) dan Rowan et al. (1997) mendapati
bahawa pengetahuan guru tentang disiplin ilmu yang diajar adalah merupakan sebagai
alat ukuran peramal untuk menentukan keberkesanan amalan pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Namun kajian Shulman
(1986), Wilson et al. (1987) dan Ball (1990) membuktikan bahawa tidak memadai setakat
ilmu pengetahuan sahaja yang akan menentukan pencapaian murid, bahkan apa yang
penting juga ialah kreatifiti yang guru gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Darling-Hammond (2000) dan Goldhaber dan Brewer (2000) berkaitan dengan faktor
pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar serta kualiti guru yang terdiri dari
input dan proses dan perkaitannya dengan pencapaian murid menunjukkan bahawa
terdapatnya hubungan yang kuat antara pembolehubah kualiti guru dengan pencapaian
murid.
Banyak kajian membuktikan bahawa pencapaian baik murid adalah hasil pengaruh
daripada guru yang telah banyak diberi latihan professional berkaitan disiplin yang
diceburi. Latihan ini akan menjadikan guru menguasai secara mendalam kurikulum yang
diajar dan juga menjadikan para guru lebih mahir dari segi pedagogi. (Cohen dan Hill,
1997; Wiley dan Yoon, 1995; Brown, Smith dan Stein, 1995). Kajian-kajian lain
mendapati murid akan mencapai pencapaian yang tinggi apabila diajar oleh para guru
yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mahir, contohnya guru yang
mempunyai ijazah sarjana. Oleh itu wujud hubungan yang positif antara pencapaian
pelajaran dengan latar belakang pendidikan guru (Knoblock, 1986;Sanders, Skoniehardin dan Phelps, 1994).
Guru merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh
(Crow & Crow, 1983), iaitu guru yang efektif ialah guruguru yang mempunyai sifat
sifat seperti berikut :
i. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya.
ii. Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat pelbagai contoh
yang dapat membantu murid memahami suatu konsep denganmudah.
iii. Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan baik
dalam pengajarannya .

Berdasarkan perbincangan berkaitan kajian-kaian lepas, hal tersebut jelas menunjukkan


bahawa pengetahuan furu terhadap ilmu yang diajar, pengalaman guru terhadap bidang
yang diceburi, latar belakang pendidikan seorang guru akan mempengaruhi pencapaian
murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengetahuan guru terhadap ilmu
yang diajar penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat murid untuk
menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Disamping pengetahuan guru, faktor lain yang juga ikut menyumbang ialah berkait rapat
dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Al-Nahlawi (1988)
menyenaraikan sifat-sifat dan ciri-ciri guru berteraskan ajaran Islam, iaitu pertama,
hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani, iaitu sentiasa
didasari dengan tuntutan Islam. Kedua, seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang
dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. Ketiga, sentiasa bersabar
dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya. Keempat, hendaklah jujur
dengan apa yang disampaikan. Antara tanda sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan
apa yang diajar. Seterusnya yang kelima, guru hendaklah sentiasa berusaha menambah
ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya.
4.4 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaranterhadap sikap belajar murid
Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia terletak di
dalam sanubari dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang dalam realiti
kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan tercari-cari.
Melalui sikap, seseorang boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan
jati diri. Bagi seseorang murid sikap itulah yang perlu ada dalam diri mereka. Banyak
kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat
dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid.
Sikap merupakan kecenderungan perasaan seseorang terhadap sesuatu objek samada
perasaan itu memihak (favorable) atau tidak memihak (unfavorable). (Vesta &
Thompson, 1970). (Nasution 1998; Walgito, 2004; Ramayulis, 2004; Zakiah, 2005; Syah
2005) menyatakan apabila seseorang telah melalui pembelajaran. Maka ianya akan
nampak melalui tiga aspek iaitu; aspek: (i) kognitif (konseptual), (ii) afektif (emosional),
(iii) konatif (perilaku atau action component). Aspek kognitif iaitu komponen yang
berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan. Misalnya, dalam pembelajaran
bagaimana murid mempersepsi sesuatu pelajaran, persepsi tersebut akan merubah sikap
murid terhadap pelajaran berkenaan. Aspek afektif iaitu. Sikap murid yang berhubungan
dengan rasa senang atau tidak senang terhadap sesuatu objek. Manakala aspek konatif
pula iaitu. Berkaitan dengan kecenderungan untuk berperilaku atau tindak balas murid
terhadap sesuatu objek dalam hal ini tentu mata pelajaran.
Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa sikap murid terhadap mata
pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaian hasil belajarnya. Misalnya kajian yang
dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik untuk menguji sikap
murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan

geografi di kalangan 231 pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil
dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid
terhadap mata pelajaran itu. Siti Rahayah (1988), untuk mengenal pasti sikap murid
Tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Sains dan pencapaian mereka dalam mata
pelajaran sains paduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
siginfikan antara sikap murid dengan pencapaian mata pelajaran sains.
Sebagaimana Abdullah (2004) kajian terhadap sikap dan motivasi murid-murid Dusun
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001)
telah mengkaji tentang sikap murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan
kajian menyimpulkan bahawa terdapat hubungankait antara sikap murid terhadap mata
pelajaran dengan hasil pencapaian yang diraihnya. Kajian Purwaningsih (2007),
mendapati bahawa. Sikap ilmiah murid terhadap mata pelajaran matematik merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi hasil belajar seseorang murid.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian Lim (2001) yang menyatakan murid Cina
dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana mempunyai kemahuan yang tinggi
untuk mempelajari Bahasa Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib lulus untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian Suwarnee et al. (2000)
mendapati murid Melayu terdorong untuk mempelajari Bahasa Melayu bukan sahaja
untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi kerana sikap dan kesedaran tentang
persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Sebaliknya bertentangan dengan kajian Azizi et al. (2007). Kajian yang dibuat untuk
mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya
dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Hasil kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran
matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Selari dengan kajian Zainudin Bin
Abu Bakar et al. (2007) Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor sikap, rakan sebaya
dan ibu bapa berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pencapaian bahasa
Inggeris.
Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu
perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang
akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering
menyatakan bahawa kegagalan murid-murid disebabkan oleh sikap mereka yang negatif
seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau
fenomena ( Robbins, 1986). Kesimpulannya. Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata
pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut.
Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan
murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru
dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajarinya. Maklumat yang
diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa
kepada pencapaian yang cemerlang
4.5 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaranterhadap minat belajar murid
Minat erat hubungannya dengan dorongan (drive), motif, dan reaksi emosional. Minat
juga dikaitkan dengan kecenderungan hati yang tingi terhadap sesuatu, (Crow and Crow,
1984; Tidjan, 1997; Pramudita, 2004).. Manakala Skinner (1990) berpendapat bahawa
minat sebagai motif yang menunjukkan arah perhatian individu terhadap obyek yang
menarik atau menyenangkannya, seseorang yang mempunyai minat terhadap sesuatu
objek tertentu. Maka ia cenderung akan berusaha aktif dengan obyek tersebut.
Menurut Gage pula (1965), minat belajar adalah keadaan dalaman individu yang akan
memberikan kecenderungan bertindak dalam menghadapi suatu obyek atau peristiwa,
didalamnya terdapat unsur pemikiran, perasaan yang menyertai pemikiran dan kesiapan
untuk bertindak. Kajian-kajian mengenai hubungan minat murid dengan pencapaian hasil
belajar telah lama dikaji oleh kalangan penyelidik, diantara kajian-kajian tersebut
menyimpulkan terdapat hubungan yang erat antara minat belajar murid terhadap suatu
mata pelajaran dengan pencapaian hasil belajar pada mata pelajaran berkenaan.
Rallison (1941), kajian yang dibuat di kalangan murid-murid berumur 11,12 dan 13 tahun
di bandar New Castle, England, telah mendapati minat pelajar mempunyai hubung-kait
yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa
Inggeris, llmu Alam dan sejarah. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement
Abilities (VMA) dijelaskan faktor minat saling mempengaruhi pencapaian murid-murid
tersebut.
Fitt (1957) kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara minat
pelajar terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian
setelah beliau menggunakan soal selidik di kalangan 1244 orang pelajar di bandar itu.
Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur pelajar dari rendah ke peringkat
menengah mempengaruhi perubahan minat pelajar terhadap persekolahan mereka.
Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagaibagai teknik. Austrin misalnya menggunakan Multidimensional Achievement Orientation
Scale (MAOS), Schultz menggunakan Attitude-Interest Questionaire dan Jackson
bersama Getzel menggunakan Iowa Test ofEducational Development (TED), bagi
menghubungkan minat dengan pencapaian.
Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji
hubungan minat dengan pencapaian pelajar di kalangan pelajar gred 6 di enam buah
sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan
Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara minat dan
pencapaian belajar pelajar. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass
sebelumnya yang menyatakan kegagalan mencari korelasi antara minat pelajar terhadap
pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92
orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam

membuat ukuran minat dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari
jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.
Nofrizal (2006) kajian tentang hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran:
kajian di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat. Dapatan
kajian merumuskan faktor minat murid sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan
membaca al-Quran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang
sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan strategi
belajar.
4.6 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaranterhadap prestasi belajar murid
Terdapat beberapa pandangan yang dikemukan pakar dalam menjelaskan prestasi
belajar. (Djamarah, 1994; Ahmadi, 2005; Supriyono, 2004; Muhibbin Syah & Abdullah,
2008; Ahmad Tafsir 2008). Prestasi belajar ialah berupa nilai-nilai yang boleh diukur
sebagai hasil dari usaha belajar yang telah dicapai seseorang. Disamping itu, prestasi
belajar juga boleh dilihat dari penguasaan pengetahuan atau keterampilan yang telah
didapatkan murid melalui mata pelajaran yang diajarkan. Hal ini dapat dilihat dan
ditunjukkan dengan nilai ujian atau markah yang diberikan oleh guru terhadap hasil ujian
seseorang murid.
(Bloom, 1956; Sudjana, 1990; Abdullah, 2008; Anni, 2004) menyatakan. Prestasi belajar
merupakan hasil perubahan tingkah laku yang diharapkan dari murid setelah melalui
pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi tiga aspek iaitu (i) mengetahui(knowing),
(ii) terampil melaksanakan atau mengerjakan yang ia ketahui itu (doing), (iii)
melaksanakan yang ia ketahui itu secara berterusan (being).
Skinner & Belmont (1993) menyatakan hubungan-hubungan di bilik darjah adalah
penting kerana ianya merupakan keperluan psikologi asas kepada seorang kanak-kanak
semasa berhubung dengan orang lain. Kajian empirikal telah mendukomentasikan kesan
positif sifat ambil peduli dan hubungan guru-murid akan membantu terhadap pencapaian
murid. Ini disokong oleh (Wentzel, 1998) bahawa sokongan guru berkait lansung kepada
matlamat masteri peribadi pelajar, minat dalam kelas dan gred purata pencapaian
akademik.
Robinson (2002) telah menguji model komprehensif hubungan antara persepsi pelajar
terhadap sekolah dan bilik darjah dengan kepercayaan motivasi, penggunaan strategi
pembelajaran regulasi kendiri dan prestasi belajar murid. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa amalan guru di bilik darjah mempengaruhi secara tidak lansung terhadap prestasi
atau pencapaian pelajar.
Obach (2003) pula membuat kajian longitudinal menguji pengaruh faktor-faktor motivasi
terhadap persepsi kendiri akademik pelajar. Kajian dilakukan selama tiga tahun terhadap
pelajar gred lima, keenam dan ketujuh sekolah-sekolah luar bandar yang terletak di
selatan Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang lebih berumur
mempunyai persepsi kendiri akademik yang lebih tinggi padaripada pelajar yang lebih

muda. Pelajar yang berorientasi masteri dalam pembelajaran, melakukan pemantauan


kendiri, dan tekun dalam pembelajaran, melihat diri mereka lebih kompeten dalam
akademik.
Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk tentang kesan pengajaran dan pembelajaran
terhadap prestasi murid iaitu (Irfan Naufal 2000; Abdul Razak et al 2000; Kamaruddin et
al 2000 Caraway et al 2003). Banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam dan luar
negara tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran dengan prestasi dan pencapaian
akademik murid. Tegasnya, guru biasanya berdepan dengan bilangan murid yang ramai
dan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh mereka semasa berlansungnya pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sudah tentu amatlah sukar untuk mempengaruhi
murid-murid dalam erti kata yang sebenarnya kalau dilihat dari aspek pengajaran guru.
Walau bagaimanapun, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan penyelidik terdahulu,
kita dapat mengetahui dan mengenal pasti faktor-faktor penting yang dapat dilakukan
seseorang guru untuk memotivasi murid sehingga mengantarkan mereka berjaya dan
memperolehi markah yang cemerlang dalam akademik.
5.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Kajian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah banyak dijalankan oleh ahli
pendidikan mahupun penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun perlu pengkaji jelaskan
lagi, bahawa kajian yang berkaitan lansung dengan metode Tartil belum banyak ditemui
sampai sekarang. Hal ini disebabkan oleh metode Tartil merupakan sebuah kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif masih baharu berbanding kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran lainnya.
Oleh itu, perbincangan selanjutnya akan memaparkan kajian-kajian yang telah dibuat
oleh penyelidik sama ada di luar mahupun didalam negara yang pengkaji nilai
berhungkait dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
5. 1 Kajian Pendidikan al-Quran di Malaysia
Nor Kamaliah (1987) mendapati Kaedah Pengajaran Cara Baru iaitu keluaran Jabatan
Agama Islam Kelantan dapat memberi peningkatan dalam membaca di kalangan anakanak. Kaedah ini telah membantu kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah
untuk menghafal surah-surah lazim dengan bacaan yang betul. Abd Razak (1988) dalam
kajiannya merumuskan bahawa kelemahan murid dalam pengajian al-Quran berpunca
daripada masa 30 menit untuk satu pengajaraan Asuhan Membaca al-Quran tidak
mencukupi, murid terlalu ramai dalam satu kelas Pendidikan Islam, guru tidak
memberikan perhatian kepada semua murid, ayat-ayat yang digunakan dalam sukatan
terlalu tinggi, murid tidak mempelajari al-Quran di rumah dan tidak ada kelas tambahan
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
Rodziah (1991) mendapati faktor kelemahan dalam membaca al-Quran berdasarkan
sebutan huruf dan hukum tajwid yang betul dalam kalangan murid disebabkan oleh sikap

mereka dan sikap ibu bapa. Dalam kajiannya terdapat 75% murid tidak menghadiri kelas
pengajian al-Quran disebabkan tidak ada kawan untuk diajak ke kelas pengajian.
Manakala 60% ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak dalam
pengajian al-Quran kepada guru-guru al-Quran. Anak-anak tidak digalakkan untuk
mengulangkaji al-Quran di rumah. Abdul Halim (1996) berdasarkan maklum balas
daripada responden yang terdiri daripada 407 murid, guru dan pegawai agama di daerah
Kota Bharu, didapati kandungan Tilawah al-Quran yang banyak dalam sukatan
merupakan masalah utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan murid
dalam pengajaran al-Quran.
Rosmawati (1993) kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji
Othman, Kucing. Sarawak mendapati kemampuan murid dalam menguasai bacaan alQuran adalah hanya pada tahap memuaskan sahaja. Terdapat juga daripada kalangan
murid yang lansung tidak boleh membaca al-Quran. Hal ini berpunca kerana murid tidak
didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran semenjak kecil. Manakala
Maimunah (1995) kajian tentang kemahiran membaca al-Quran di kalangan 60 murid
Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Selayang Baru, Gombak mendapati pencapaian
murid secara keseluruhannya masih berada pada tahap sederhana yang hampir kepada
lemah. Dalam kajian beliau, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar
belakang pendidikan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian kemahiran membaca
al-Quran murid. Walaupun begitu terdapat hubungan yang signifikan antara faktor
pendidikan asas al-Quran sebelum masuk ke sekolah menengah dengan kemahiran
membaca al-Quran.
Farehan (2000) dalam kajiannya tentang kemahiran membaca nun sakinah di kalangan
murid Tingkatan tiga di sebuah sekolah di daerah Petaling mendapati penguasaan murid
dalam kemahiran ini dibahagikan dalam empat peringkat, iaitu baik, sederhana, lemah
dan sangat lemah mengikuti nisbah 13:20:12:8. Punca kelemahan murid membaca nun
sakinah dalam kajian ini ialah persekitaran keluarga yang daif, pengalaman pembelajaran
kurang sesuai dan sikap murid sendiri terhadap kepentingan membaca al-Quran.
Manakala Raihan (2000) tentang penguasaan kemairan membaca al-Quran di mana tahap
pengusaan murid Tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan gurun Kedah
dalam membaca al-Quran adalah 40% berada pada tahap sederhana, 16.6% sederhana
lemah dan 8.9% lemah. Hal ini menunjukkan bahwa murid masih menunjukkan
kelemahan dalam penguasaan celik al-Quran.
Mohammad Sabri (2001) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah Hattawiyah
dalam pembelajaran tilawah al-Quran mendapati sebanyak 89% daripada responden
berada pada tahap sederhana dan lemah dalam kebolehan membaca al-Quran.
Mohammad Naim (2003) dengan tajuk Pencapaian Tilawah al-Quran melalui
penggunaan kaedah Iqra di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu
menunjukkan hipotesis nul ditolak, iaitu terdapat perbezaan pencapaian tilawah al-Quran
dalam kalangan murid berasaskan sekolah agama sebelah petang. Hasil temu bual
terhadap 10 orang guru Pendidikan Islam juga menunjukkan bahawa masa pengajaran
tilawah al-Quran yang tidak mencukupi menyebabkan murid terabai sehingga tamat

tahun enam. Apatah lagi jarang sekali guru mengadakan kelas pemulihan kerana tidak
mempunyai kelapangan waktu.
Hal ini didukung oleh kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik al-Quran dikalangan
pelajar Tingkatan satu di Kuala Lumpur dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun
63% dari responden adalah mereka yang telah khatam al-Quran, namun tahap
keseluruhan bacaan responden masih berada pada tahap sederhana dan lemah, hal ini
bermakna walaupun sebahagiaan besar dari pelajar telah melalui khatam al-Quran akan
tetapi belum jaminan mereka boleh membaca al-Quran mengikut kaedah yang benar dan
baik.
Kajian Ad. Halim et al. (2004) tentang amalan pengajaran dan pembelajaran guru
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran di Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan di Selangor, Perak dan Terengganu menunjukkan pandangan guru
Pendidikan Islam bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran yang
memberi kesan kepada murid ialah kaedah tasmi dantashih dengan nilai min 3.50.
kemudian diikuti oleh kaedah latih tubi, talaqi dan musyafahah serta halaqah dan
tadarus yang mencapai julat min antara 3.38 dan 3.13. namun begitu, kaedah kuliah
merupakan kaedah yang paling kerap (3.04) digunakan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Manakala kaedah lain seperti bacaan beramai-ramai, latih tubi,
perbincangan serta talaqi dan musyafahah dengan julat antara 2.73 dan 2.99.
Armah Aru (1996) mendapati kaedah Iqra amat berkesan dan berjaya dan sepatutnya
diteruskan. Kaedah ini berjaya kerana ia mudah dipelajari dan menyebabkan murid
berminat dalam mempelajari al-Quran. HJ Mohd Mukri (1994) menyatakan teknik
pengajaran kaedah Iqra ialah secara CBMA (Cara Belajar Murid Aktif) di mana
pengajaran lebih berpusat kepada murid bukan bergantung sepenuhnya kepada guru.
Bahan pelajaran disusun lengkap, terancang dan terarah dari pelajaran asas huruf demi
huruf hinggalah ke atas satu kalimah yang bermakna.
Meriam (1999) mendapati 72 % murid mengakui dapat membaca al-Quran dengan
lancar. Hal ini menunjukkan pelaksanaan Kaedah Iqra di sekolah dan disokong dengan
mengaji di rumah, menjadikan kaedah ini berkesan untuk digunakan oleh semua murid
mempelajari al-Quran dengan mudah dan cepat. Haji Abdullah (1999) dengan tajuk
Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di Tingkatan Satu Sekolah Menengah
Arab Negara Brunei Darussalam terhadap 235 orang murid dan 57 orang guru agama
mendapati guru agama bersikap positif dalam menjalankan pengajaran al-Quran dimana
min keseluruhan untuk konstruk kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran
guru adalah 4.0. bagaimanapun kaedah kajian yang digunakan hanya kaedah soal selidik
semata dan tidak melibatkan kaedah lain selain pemerhatian. Manakala sampel guru
kesemuanya daripada sekolah menengah Arab.
5.2 Kajian Pendidikan Al-Quran di Indonesia
Di Indonesia kajian-kaian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran tidak
berkembang sebagaimana di Malaysia, amat jarang ditemukan hasil-hasil kajian yang

mendedahkan hasilnya secara terperinci, sehingga kajian-kajian tersebut tidak dapat


dirujuk sepenuhnya, kerana kajian tersebut hanyalah berbentuk kertas konsep sahaja,
walau bagaimanapun pengkaji melihat bermula pada tahun 2000 hinggalah sekarang
sudah mulai penyelidik membuat beberapa kajian, itupun terbatas kepada pelajar yang
mengambil program Sarjana (S2) di peringkat Universiti Islam di pelbagai negeri di
Indonesia dan beberapa orang yang mengambil pengajian di luar negara.
Jazer (1989). Menyatakan dari 160 juta jiwa populasi penduduk Indonesia yang beragama
Islam, (59%) dari mereka berada pada tahap yang lemah dalam membaca al-Quran,
terdapat sebahagian besar yang lansung tidak boleh membaca atau buta huruf al-Quran,
ini amatlah membimbangkan dengan realiti bahawa Indonesia memiliki populasi
masyarakat Islam terbesar di dunia dan jauh dari nilai-nilai Ketuhanan Yang Maha Esa
yang terdapat dalam Pancasila sebagai asas Negara. Kajian sebagaimana dapatan di atas
tidak dibuat dengan terperinci, kajian ini juga bersifat tinjauan sahaja.
Selanjutnya pengkaji temui kajian sebagaimana dilaporkan oleh Ahmad Hadi (2000),
Munandar (2000), Ahmad Burhan (2001), Sinambela (2003) dan Syartini (2003). Semua
kajian ini hanyalah tinjauan di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA)
Bandar Padang Negeri Sumatera Barat. Kajian di atas juga hanya menggunakan
pemerhatian sahaja. Walaupun terdapat beberapa kajian yang menggunakan instrumen
soal selidik. Namun tidak melibatkan sampel yang banyak.
Kajian Firdaus Ghani (2004) kajian di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran
(TPSA) Bandar Padang Negeri Sumatera Barat melibatkan 320 orang murid, pengiraan
statistik menunjukkan seramai 171 orang murid (53.4%) menacapai tahap cemerlang, 25
orang murid (7.8%) mencapai tahap baik, 2 orang murid (0.6%) mencapai tahap lemah
dan 122 orang murid (38.1%) berada pada tahap yang mengecewakan dan gagal iaitu
sangat lemah. Tahap yang sangat lemah ini sebenarnya daripada segi bacaan al-Quran
menggambarkan ketidakmampuan murid membaca al-Quran keseluruhannya atau dengan
bahasa yang mudah ialah buta al-Quran ini didukung oleh (Yulizar Bila, 2010) dengan
tajuk Masalah guru dalam pengajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang Sumatera
Barat. Mendapati masalah pentadbiran dan pengurusan merupakan penyumbang utama
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang
Negeri Sumatera Barat
Nofrizal (2006) dengan tajuk Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran:
kajian di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat hasil kajian
melaporkan faktor minat sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca alQuran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang sepenuhnya, faktor
lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan strategi belajar.
Kajian (Muslim 2008) dengan tajuk Keberkesan pembelajaran baca tulis al-Quran
menggunakan buku Al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Quran Nurut-taqwa Malang,
pengambilan data menggunakan ujian pre-test dan post-test dengan menggunakan rumus
nilai purata murid, dan Uji-t berpasangan (Paired T-tes). Berdasarkan analisis dokumen,

secara keseluruhan kaedah al-Barqy mempunyai kesan yang baik terhadap murid dalam
pengajaran dan pembelajaran al-Quran di lembaga tersebut.
Muhammad Yusuf (2009) Keberkesanan Metod Tartila dalam pengajaran tilawah alQuran: Satu kajian di lembaga Tahfizul Quran Jendela Hati Bandung. Dapatan kajian
merumuskan Metode tartila memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di lembaga Tahfizul Quran Jendela Hati Bandung, ianya perlu
diteruskan dan dipertingkatkan lagi untuk mencapai celik al-Quran di kalangan murid.
Kajian mengenai metode Tartil yang dapat dirujuk pengkaji temukan di tulis oleh dua
orang daripada pelajar yang mengambil program Sarjana (S1) di Institut Islam Negeri
Sumatera Barat.
Afriza (2003) dengan tajuk Pelaksanaan Pengajaran al-Quran dengan Menggunakan
Metode Tartil di Sekolah Rendah: kajian satu buah sekolah rendah Bandar Padang
kajian ini melibatkan 40 orang murid yang diajar menggunakan metode Tartil. Secara
keseluruhan menurut pengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran
menggunakan metode Tartil pada tahap yang memuaskan.
Kajian tersebut didukung oleh Hayatul Chairi (2007) dengan tajuk Pengajaran al-Quran
dengan Metode Tartil: Satu tinjauan terhadap satu buah Taman Pendidikan Seni AlQuran Nur Khairat di Bandar Padang: dapatan kajian merumuskan bahawa metode Tartil
memberi kesan yang baik terhadap pengajaran al-Quran di Taman Pendidikan Seni AlQuran Nur Khairat.
Sebagai kesimpulan, dari beberapa kajian lepas yang telah pengkaji terangkan di atas
sama ada di dalam mahupun di luar negara. Maka teranglah, kajian yang sedang
dijalankan ini merupakan kajian awal tentang metode tartil yang melibatkan sampel yang
agak ramai dengan menggunanakan metodologi yang juga berbeza.

RUJUKAN
Al-Quran
American Psycological Association. 1985. Standards foe Education and Psycological
Testing. Wasington D.C. APA.
Al-Qardhawi, Yusuf. 2010. Menghafal al-Quran; Seri Tarbiyah. Mizan. Bandung.
Ahmad Hadi. 2000. Pendidikan al-Quran: Realiti dan Cabaran di masa akan
datang.Kertas konsep dibentangkan pada seminar pendidikan. Padang. Indonesia

Ahmad Burhan. 2001. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan murid di Sekolah


Rendah Bandar Padang. Kertas konsep dibentangkan pada seminar pendidikan al-Quran.
Padang Indonesia.
Abdul Halim El-Muhammady. 1991.
Ummah.Penerbitan Hikmah. Kuala Lumpur.

Peranannya

Dalam

Pembangunan

Al-Qushairi an-Naisaburi. 1995. Sahih Muslim. Mesir: Wizarah al-Auqaf al-Misriah


Al-Badry, MuhammadAbdullah. 1983. Al-Quran al-Karim tarikhuhu waulumuh. Mesir:
dar al-Maarif
Al-Buti, Said Ramadhan. 1991. Fiqih Serah nabawiyah. Beirut: Darul Fikri
Ab. Razak Othman. 1988. Sistem Pendidikan Islam sekolah-sekolah menengah di
Malaysia kini: malamat dan kejayaaan.Latihan ilmiah Fakulti Usuluddin Akademik
Islam. Universiti Malaya.
Al-Asqalani. Mohd. Ali. 1994. Fathul Bari sarah Saheh Bukhari. Beirut: darul Kutub.
Atan Long. 1980. Pedagogi kaedah Am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Qadir Leong. 1998. Tajwid al-Quran rasm uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam.
Ab. Halim Haji Haron. 1996. Pengajian al-Quran dalam program KBSM. Tesis Sarjana
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malysia.
Ab. Halim Tamuri. 2005. Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan Islam
disekolah rendah dan menengah.Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat
Kebangsaan Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri. 2006. Modul pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran:
pendekatan masa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul
Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Kurikulum Pendidikan
Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul
Ghani & Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran Pendidikan Islam
disekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006,
Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Raof Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah
menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Anifriza. 2003. Pelaksanaan pengajaran al-Quran dengan metode Tartil: satu tinjauan
di sebuah Sekolah Rendah Bandar Padang. Laporan Skripsi Sarjana. Sekolah Tinggi
Agama Islam Negeri (STAIN) Batu Sangkar.
Armah Aru. 1996. Cara pelaksanaan kaedah Iqra tahap satu tahun tiga. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Nahlawi, Abdul Rahman. 1988. Usul al-tarbiyah al-Islamiyah wa asalibuha.
Damsyik: Dar al-Fikr.
Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam. Terj.
Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.
Atan Long. 1993. Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn.
Bhd. Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu pendekatan mengajar
Pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Karya Bistari.
Bungin, B. 2003. Analisis data penelitian kualitatif: Pemahaman filosofis dan
metodologis ke arah pengusaan model aplikasi. Jakarta: P.T. Raja Grafindo Persada.
Bloom, B.S. Madaus, G.F & Hastigs, J.T 1981. Evaluation to improve learning. New
York: Mc. Graw-Hill.
Creswell, J. W. 2005. Research design: qualitative and quantitave approaches. Thousand
Oaks: SAGE Publication.
Farehan Mohd Hani. 2000. Kemahiran membaca nun sakinah di kalangan pelajar
tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling. Projek Penyelidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Firdaus Ghani. 2004. Kajian kemahiran al-Quran di Sekolah Rendah Bandar Padang.
Jurnal Pendidikan Indonesia. Universiti Putra Indonesia. Bandung.
Fraenkel, J.R.& Wallen. N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.
Fraw-Hill Inc.
Jazer. 1989. Permasalahan pengajaran al-Quran di Indonesia. Laporan Kemeterian
Agama Republik Indonesia.

Feldman, K. A. 1989. Instructional effectiveness of college teachers as judged by


teachers themselves, current and former students, colleagues, administrators and external
observers. Research in Higher Education. 30(2): 137-194.
Gazhali. 2008. Metode Tartil I Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran . CV.
Najwa. Padang.
. Tajwid Praktis Metode Tartil II Cara Cepat Membaca dan Menulis Al- Quran
CV. Najwa. Padang.
Ghazali Basri. 1991. Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan: satu
analisis. Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 4: Disember.
Hayatul Chairi. 2007. Studi tentang membaca al-Quran dengan menggunakan metode
Tartil: Satu kajian di Taman Pendidikan Seni Al-Quran Nur Khairat Bandar Padang.
Laporan Skripsi Sarjana. Institut Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman Bonjol Padang
Halim Naam. 2005. Pelaksanaan j-QAF. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke- 4.
Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan Langgulung. 1981. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Aman.
Haji Abdullah Haji Tapa. 1999. Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di
Tingkatan Satu Sekolah Menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Projek Penyelidikan
Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hativa, N., Barak, R. & Simhi, E. 1999. Expert university teachers: thinking, knowledge
and practice regarding effective teaching behaviors. Annual Meeting American
Educational Research Assosiation.
Ibn Khaldun. 2000. Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ishak Abbas. 1985. Memahami tajwid dan tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Sri Kota.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 2000. Laporan status kadar celik al-Quran sekolahsekolah kebangsaan Negeri Sarawak.
Khalil Qattan, Manna,. 1992. Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran. Jakarta. Litera Antar Nusa
Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak & Mohamed Amin Embi.
2003.Tahap amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Satu
kajian di sekolah-sekolah menengah agama di Kelantan. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam Siri 2. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Azmi, J. & Ab. Halim, T. 2008. Pendidikan islam kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Agama Republik Indonesia. 2000. Strategi pendidikan al-Quran di
Indonesia. Jakarta.
Kementerian Agama Negeri Sumatera Barat. 2010. Laporan kerja jabatan kebajikan
Islam. Padang
Kementerian Pendidikan Bandar Padang Negeri Sumatera Barat. 2003. Perubahan
Peraturan daerah tentang pendidkan sekolah rendah. Padang
Komari. 2008. Metode pengajaran baca tulis al-Quran. Kertas kerja disampaikan pada
pelatihan Nasional guru dan pengelola TPSA. Makasar.
Hohd Mukri Abdullah. 1994. Kaedah Iqra; dalam asuhan Tilawah al-Quran. Kertas Kerja
Seminar Nasyid Pringkat Kebangsaan Kali ke 2. Kuala Lumpur.
Majid Konting, M. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala umpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mok Soon,S. 1992. Panduan latihan UKELP bahagian am. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman. SDN. BHD.
Muhammad Yusuf. 2009. Keberkesanan metod Tartila dalam pengajaran tilawah alQuran dari perspektif guru lembaga Tahfizul Quran Jendela Hati Bandung Indonesia.
Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Bin Isa at-Turmiziy as-Salmiy, al-Jami Ash-Shahih Sunan at Turmidzi.
Jilid 5. Beirut: Dar Ihya at-Turast al-Arabiy. T-tarikh.
Munandar .2000. Kajian pelaksanaan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang: kajian di
beberapa buah Taman Pendidikan Seni Al-Quran. Laporan Skripsi Sarjana. Institut
Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman Bonjol Padang.
Merian Hj. Ghazali. 1999. Kesan kaedah Iqra terhadap pencapaian asas Tilawah tahap
satu. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Sabri Satar. 2001. Keberkesanan kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran
tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yakub Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. 2008. Keupayaan bacaan
al-Quran di kalangan pelajara tingkatan empat: kajian di beberapa buah sekolah
menengah terpilih di Negeri Terengganu. Journal of Al-Quran & Hadith ISSN. 13943723. V

Mohammad Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra
di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu
Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan
Iqra sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Posiding Isu semasa Pengajian
Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah: Kolej Universiti Islam
Malaysia.
Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa. 2002. Pengetahuan dan kemahiran pengajaran:
Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Universiti Putra Malaysia. Seminar Kebangsaan
Pendidikan Guru. Alor Star.
Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
Maimunah Ismail. 1995. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar Tingkatan
satu. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd
Mohd Faisal, Zawawi Ismail, Ruhimi Md Saad. 2010. Celik al-Quran: Cabaran dan
Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya
Ngalim Purwanto. 1990. Psikologi pendidikan. Bandung: Rosdakarya.
Nor Kamaliah. 2006. Satu kajian mengenai kaedah pengajian al-Quran yang dianjurkan
oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Fakulti Usuluddin Akademik Islam. Universiti
Malaya.
Nofrizal. 2006. Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran di kalangan
pelajar Madrasah Diniyah Awaliyah luar bandar di Sumatera Barat. Projek Penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raihan Mohd Nordin. 2000. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan
pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun Kedah Darul Aman. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlan Ahmad. 2000. Kemahiran membaca al-Quran dan jawi pelajar-pelajar sekolah
berasrama penuh: satu kajian kes. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramli Ahmad. 2000. Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar Sekolah


Berasrama Penuh. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Roziah Bakar. 1991. Pengajian al-Quran: sistem dan perkembangannya di kalangan
masyarakat Islam di Pulau Pinang. Latihan ILmiah Fakulti Usuluddin, Akademik Islam.
Universiti Malaya.
Rosmawati Umar. 1993. Pembelajaran tilawah alQuran di kalangan pelajar agama:Satu
kajian di SMKA Sheikh Haji Othman, Kucing. Tesis sarjana yang tidak diterbtkan.
Universiti Malaya.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi: Strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Syartini. 2003. Pembelajaran tilawah alQuran di Bandar Padang. Antara harapan dan
Realiti. Penerbit Angkasa Raya. Padang.
Sinambela. 2003. Perkembangan pengajaran al-Quran masyarakat Islam di Sumatera
Barat. Seminar pendidikan. IAIN-IB Padang.
Stufflebeam, D.L. & Shinkfield A.J. 1985. Systematic Evaluation: A self-insturctional
guide to theory and practice. Massachusetts: Kluwer-Nijhoff Publishing.
Sugiyono. 2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CV. Alfabeta.
Shulman, L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 50.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan pengajaran yang berkesan: kajian di
beberapa sekolah menengah di wilayah persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan,
Universiti Malaya.
Wiersma, W. 2000. Research metodh in education: an introduction. Needham Heights:
Allyn and Bacon.
Yulizar Bila. 2010. Masalah guru dalam pengajaran taranum al-Quran di Kota Padang
Sumatera Barat. Tesis sarjana pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

DITERBITKAN DI:

UNCATEGORIZED
ON NOVEMBER 5, 2011 AT 7:19 AM KOMENTAR (3)

URI untuk melacak balik entri ini


adalah:http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajaran-danpembelajaran-membaca-al-quran-dalam-pendi

You might also like