You are on page 1of 30

1.

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa. Secara am, jumlah penduduk Malaysia adalah 27 juta orang. Sebahagian besar daripada bilangan ini terdiri 3 kumpulan etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada 3 kumpulan etnik ini, Malaysia juga diduduki oleh pelbagai kaum lain. Antaranya ialah Sikh, Serani dan Baba-Nyonya. Terdapat juga Orang Asli di beberapa bahagian Semenanjung Malaysia, manakala kaum Pribumi seperti Kadazan-Dusun dan Iban boleh didapati di Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Satu Malaysia dirangka untuk membawa perubahan yang nyata bukan sahaja kepada urusan pentadbiran negara tetapi lebih penting membawa perubahan kepada kualiti hidup rakyat Malaysia. Ia juga merupakan gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Usaha itu penting kerana perbezaan kaum, keturunan serta pegangan agama masyarakat yang berbilang kaum turut memberikan peluang kepada semua pihak untuk mengenali antara satu sama lain. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada

negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

2.0

DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak : Kita berdiri , kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembol etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Kesimpulannya ialah 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembol kepentingan etnik dan kaum. Bangsa Melayu contohnya, tidak boleh berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan membatas tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum-

kaum lain yang berada di Malaysia. Manakala pemimpin pula hendaklah melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Setiap wakil rakyat hendaklah bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. ` Pengertian 1 Malaysia dari sudut dasar kerajaan merupakan usaha untuk menolong mana-mana pihak dan mestilah menjurus kepada pertimbangan supaya negara Malaysia berpaksikan pada prinsip keadilan sosial.

3.0

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia lebih menekankan untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Jika konsep Malaysian Malaysia mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud sekian lama. Keadilan yang diambilnya adalah berdasarkan konsep kesamarataan versi total tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia seperti menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi Konsep 1 Malaysia Rakyat didahu lukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. 1 Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara, di mana untuk mencapai kemajuan bagi negara,

rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu serta perpaduan yang kukuh di antara semua kaum agar pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama Perdana Menteri Tun Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Barisan kepimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 tahun negara ini merdeka. Satu Malaysia juga tidak terpisah daripada dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan ke arah mencapai pembangunan negara.

4.0

NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep 1 Malaysia dan diharapkan ia dapat menyatupadukan rakyat Malaysia . 4.1 Budaya Kecemerlangan

Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara.. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

4.2

Rendah Hati

Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan .

4.3

Penerimaan

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

4.4

Meritokrasi

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

4.5

Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

4.6

Integriti

Kepercayaan dan keyakinan

diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu

diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

5.0

CARTA GARIS MASA SEJARAH PELAKSANAAN DASAR KERAJAAN KE ARAH PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SEJAK MERDEKA HINGGA KINI

TAHUN 1952 1956

PERISTIWA Usaha penyatuan kaum melalui pembentukan Perikatan UMNO MCA Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama. Penubuhan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA). Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar Rancangan Malaya Kedua dilaksanakan. Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal Akta Pelajaran 1961 yang dibentuk berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dikuatkuasakan Pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama. Pembentukan agensi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Pembentukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Akta Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Jabatan perpaduan negara (JPN) dibentuk. Majlis Muhibbah Negara (MMN) ditubuhkan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MPN). Rukun Negara diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penubuhan agensi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Penubuhan agensi Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Penubuhan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 7

1959 1961

1966

1967 1969 1970

1971

1972 1974 1976

Penggabungan JPN dan MMN menjadi Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat Penubuhan Barisan Nasional

1979 1981

1982

1983

1984

1986

1991

1996 2001

Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH). Penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan bagi mengimbangi pemilikan ekuiti antara kaum Pelaksanaan Rancangan Malaysia Keempat. Perbadanan Industri Berat Maalaysia (HICOM) diperkenalkan PNB menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN). Dasar Pandang Ke Timur telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad Dasar Bersih, Cekap dan Amanah telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelaksanaan Dasar Pengurusan Pembelanjaan Awam Diperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran. Pelaksanaan Dasar Perindustrian Negara Tun Dr. Mahathir Mohammad memperkenalkan Dasar Pensyarikatan Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Penswastaan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Kepimpinan Melalui Teladan (KMT Dasar Pertanian Negara dilancarkan Dasar Hala Cara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar dilaksanakan Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelima Penubuhan Perusahaan Outomobil Nasional Berhad (PROTON). Pelancaran Dasar Sains dan Teknologi Penubuhan Pelan Induk Industri Pertama (PIP). Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rancangan Malaysia Keenam dilancarkan. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh. Pelancaran Pelan Induk Industri Kedua (PIP). Rancangan Malaysia Kelapan diperkenalkan Dasar Wawasan Negara ditubuhkan

2006

Penubuhan Rancangan Malaysia Kesembilan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia kelima.

6.0

ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ETNIK SERTA IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA

Dari segi sejarah. Etnik pribumi (Melayu dan Bumiputera) merupakan penduduk asal wilayah ini bermula sejak sebelum kerajaan Melaka lagi. Sedangkan etnik pendatang seperti etnik Cina,India dan lain-lain dibawa masuk oleh penjajah Inggeris dalam abad ke 19 untuk tujuan ekonomi. Perbezaan sejarah ini merupakan faktor yang menjadi penghalang kearah penyatuan bangsa.Terdapat pelbagai cabaran hubungan etnik di Malaysia. Antaranya ialah dari :

6.1

Aspek sosial

Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza.

Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin

kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati

6.2

Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi: Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. 10

Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi bagi mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.

Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi kemiskinan.

Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara.

6.3

Aspek Politik

Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh

11

semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya

mengakibatkan

semua

etnik

akan

saling

berusaha

untuk

mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing

6.4

Aspek Agama, Bahasa dan Kebudayaan

Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. 12

6.5

Aspek Globalisasi

Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja

7.0

PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT DALAM KONSEP 1 MALAYSIA

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan di antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di antara 1990 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

13

Bermula dari kemerdekaan sehinggalah kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Persetujuan yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai bentuk dan lambanglambang negara, hak setiap kaum, serta kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, adalah menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan, serta integrasi antara wilayah. Pengimbangan taraf sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan tidak puashati di kalangan golongan yang tertentu. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetulkan dan apa-apa perasaan tidak puashati dapat dibendung

14

Sistem pendidikan merupakan alah satu alat terpenting dan berkesan bagi membantu identiti nasional, semangat kebangsaan serta cinta kepada negara, dan perpaduan negara. Peranan sistem pendidikan dalam hal ini meliputi beberapa aspek, di antaranya menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat negara yang masih berusia muda; dan menyediakan saluran penyebaran, penerapan dan pendidikan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan. Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Universiti (sama ada Awam ataupun Swasta) yang menggunakan satu bahasa perantaraan (Bahasa Malaysia); kurikulum dan ko-kurikulum yang seragam dan satu jenis peperiksaan serta satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Usaha memajukan penggunaan satu bahasa yang sama atau common language merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang serba berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama, kedudukan ekonomi dan sebagainya. Ia membolehkan semua kaum dan

keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk mengintepretasi alam dan realiti dan juga mewujudkan satu ciri persamaan di antara mereka yang juga merupakan salah satu unsur utama kebudayaan kebangsaan. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa, Bahasa Kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu dan segala usaha akan terus

15

dilaksanakan bagi memaju dan mengembangkan penggunaannya dalam segala bidang. Semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dan agama Islam juga adalah agama Persekutuan. Untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap

kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti agama kaum lain hendaklah sentiasa diamalkan. Media massa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Di samping itu, medium internet juga perlu digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan maklumat berhubung perpaduan. 8.0 CADANGAN KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain. Rumah terbuka ini akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengungjungi ke

16

rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Penerimaan budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajarpelajar sekolah bukan Melayu. Sukatan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspekaspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek kenegaraan dan Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah penting kurikulum yang ada menguatkan peribadi moral dan sahsiah para pelajar. Ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada segala nilai rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.

17

9.0

PENUTUP

Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, setiap etnik itu mempunyai identiti yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian identiti ini merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usahausaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik. Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap etnik mempunyai sikap menghormati hak-hak yang menjadi identiti etnik lain.

18

PETA MINDA

ASPEK SOSIAL

GLOBALISASI

CABARAN HUBUNGAN ETNIK


NILAI ANTARA ETNIK

ASPEK EKONOMI

ASPEK POLITIK

RAJAH 1: CABARAN HUBUNGAN ETNIK

19

CABARAN KEPENTINGAN ETNIK DARI ASPEK SOSIAL

PEMISAHAN FIZIKAL

SISTEM PENDIDIKAN YANG TERASING

POLIRISASI DALAM KALANGAN PELAJAR

KONTRAK SOSIAL

RAJAH 2: CABARAN KEPENTINGAN ETNIK DARI ASPEK SOSIAL

Kesan dasar 'pecah dan perintah"

Pemisahan tempat tinggal antara etnik

Pemisahan kegiatan ekonomi

RAJAH 3: CABARAN DARI ASPEK EKONOMI

20

Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman

Semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik

CABARAN POLITIK Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya

Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja

RAJAH 3: CABARAN DARI ASPEK POLITIK

21

Aspek Agama, Bahasa dan Kebudayaan


Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan . Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etniketnik yang lain.
RAJAH 4: CABARAN DARI ASPEK AGAMA, BAHASA & KEBUDAYAAN

22

ASPEK GLOBALISASI
Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat

pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsurunsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja

RAJAH 5: CABARAN DARI ASPEK GLOBALISASI

23

Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Menubuhkan Sekolah Wawasan

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Program Latihan Khidmat Negara

PERANAN KERAJAAN

RAJAH 6: PERANAN KERAJAAN

24

RUJUKAN

Aniza Anis Sallihudin,(2010) Rakyat Malaysia 1Malaysia Kuala Lumpur : Kahwai & Young Publications Sdn.Bhd. Jabatan Penerangan Malaysia, (2009) 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. (2009) Artikel Pilihan 1 Malaysia. Alor Setar : Bahagian Rujukan Perbadanan Perpustakaan Awam ,Kedah. Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. (2009) Membudayakan konsep 1 Malaysia. Alor Setar : Borang Keratan Akhbar Sinar http://www.scribd.com/doc/25182411/Bangsa-%E2%80%93-Konsep-PembinaanDan-Cabaran http://zahirzainudin.blogspot.com http://www.1malaysia.com.my/my/news/mempersiap-rakyat-harungi-cabaran-1malaysia/ http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia

25

REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menamatkan kerja tugasan yang telah diberikan. Banyak ilmu dapat ditimba dengan membuat kerja tugasan ini. pelbagai cabaran dan dugaan datang menimpa tetapi saya kental mengharungi cabaran yang datang tanpa berputus asa. Tugasan ini diberi pada 3 Mac 2011 dan pada masa itu bermulanya kerja tugasan ini dilakukan. Saya telah melihat kertas kerja yang diberikan oleh pensyarah saya untuk merangka kerja yang perlu dilakukan sebeum kerja ini dimulakan. Tugasan kerja kursus pendek ini dilaksanakan secara berkumpulan. Saya dan rakan saya Mohamad Firdaus telah berbincang untuk membahagikan tugas supaya kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah. Selepas melihat soalan, kamu merangka strategi untuk dgunakan semasa proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya saya mencari maklumat di perpustakaan Insitut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Di sana saya mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan Hubungan Etnik & 1 Malaysia untuk dijadikan rujukan. Setelah itu, saya telah pergi ke perpustakaan Alor Setar untuk mencari maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberi. Saya mula mencari isu-isu yang berkaitan dengan kerja. Setelah selesai saya mula mencari di internet dengan melayari tiap-tiap hari. Saya juga tidak lupa berkolaborasi dengan pensyarah saya. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan untuk saling bertukar pendapat dan idea. Kemudian saya mula menaip maklumat yang saya perolehi. Saya juga mencari maklumat lain di majalah untuk ditambah di dalam maklumat yang dikehendaki. Setelah selesai semuanya saya mula menyusun semua maklumat dan mula membuat tugaan ini sehingga berjaya menyiapkannya. Akhir kata dari saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zahir kerana sudi membantu saya dalam menyediakan kerja ini. Kepada rakan-rakan, ucapan terima kasih saya ucapkan. Sekian. (Muhammad Hafiz Bin Jamal)

26

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya sempurnakan Kerja Kursus pendek Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini untuk Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP SEMESTER 3 2011 ) dengan jayanya. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Encik Zahir selaku pensyarah pembimbing kerana bantuan dan tunjuk ajarnya. Saya dan rakan kumpulan saya telah berusaha gigih dan bertungkus lumus menyempurnakan KKP ini kerana tugasan ini agak mencabar juga dari segi kekangan masa. Tugasan kami ini banyak berfokus pada konsep 1Malaysia merangkumi cabaran cabaran dan usaha usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memupuk hubungan etnik di malaysia. Pada awalnya saya dan rakan saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus projek ini seperti kesulitan untuk memahami kehendak sebenar soalan pada mulanya. Namun setelah perjumpaan dengan Puan Salmah dan beliau telah memberi penerangan yang lebih terperinci, maka masalah kami pun selesai serta kami telah memahami soalan tersebut dengan jitu. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah membantu kami. Tugasan KKP ini sedikit sebanyak telah mambantu saya untuk memahami konsep 1Malaysia yang telah menjadi seruan padu Perdana menteri Malaysia kita yang dihormati. Hal ini kerana dalam proses menyempurnakan tugasan KKP ini saya telah mendapat maklumat tambahan mengenai isu isu, cabaran dan usaha gigih kerajaan dalam memupuk semangat hubungan etnik menerusi konsep 1Malaysia ini.Menerusi konsep 1Malaysia juga saya dapati bahawa apabila perpaduandicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Selain itu dengan menyiapkan KKP ini juga saya dapat lihat keberkesanan konsep 1Malaysia kini sejurus setelah konsep ini semakin dikenali dan diterima pakai dalam segenap lapisan masyarakat. Saya juga dapat menyuarakan pendapat saya menerusi tugasan KKP ini. Kesimpulannya tugasan ini nyata mampu membentuk diri saya untuk menjadi guru yang berkemahiran dan berpandangan jauh ke depan seterusnya melahirkan murid 27

murid yang boleh menjadi aset negara dan mendukung juga konsep 1Malaysia ini serta mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan perhubungan etnik di malaysia ini. Maka secara tidak langsung segala isi dalam tugasan ini akan saya gunakan serta aplikasikan kelak dalam pengajaran di sekolah sebagai guru yang sebenar kelak, insyaAllah.

Mohamad Firdaus bin Rashid Mac 2011

28

29

30

You might also like