You are on page 1of 15

JENIS-JENIS RISIKO KEPENTINGAN INSURANS KEPADA PENIAGA PERBEZAAN DI ANTARA INSURANS ISLAM DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

POLISI : PERJANJIAN @ KONTRAK DI

ANTARA INSURED DENGAN INSURER.


PAMPASAN

: GANTI RUGI YANG AKAN DIBAYAR JIKA BERLAKU SESUATU RISIKO YANG DIINSURANSKAN.

NOTA LINDUNG : POLISI SEMENTARA

Koperasi Felcra Sendayan Berhad menginsuranskan premisnya daripada kebakaran sebanyak RM30 000 dengan bayaran tahunan RM350. Ia membeli daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Koperasi telah terbakar dan kos memperbaiki akibat kebakaran ialah RM20 000.

KOPERASI FELCRA SENDAYAN


TAKAFUL IKHLAS

RM 350

RM 20, 000

Risiko kebakaran, risiko kecurian, risiko kematian

Perubahan fesyen, perubahan citarasa pengguna

RISIKO BOLEH INSURANS : RISIKO YANG KEKERAPAN KEJADIAN BOLEH DIJANGKA DAN DIKIRA SECAR A ILMU HISAB.

RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS: RISIKO YANG KEKERAPAN KEJADIAN TIDAK BOLEH DAN DIKIRA

APAKAH JENIS RISIKO BAGI GAMBAR BERIKUT ????

KEPADA INDIVIDU 1. Memberi perlindungan jika berlaku risiko yang diinsuranskan 2. Membantu individu merancang masa depan 3. Dapat menanam tabiat menyimpan & berjimat cermat KEPADA PENIAGA 1. Dapat memberi tumpuan terhadap perniagaan 2. Dapat meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran KEPADA NEGARA 1. Membangunkan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan & peningkatan taraf hidup masyarakat

1. KEPENTINGAN BOLEH INSURANS

Seseorang yang beli insurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta yang diinsuranskan. 2. PENUH PERCAYA MUTLAK Insured mesti memberi maklumat yang benar tentang risiko yang hendak diinsuranskan.

INDEMNITI - Ganti rugi dibayar kepada insured ke atas risiko yang

diinsuranskan. - Terbahagi kepada 3 jenis:


- i)SUMBANGAN - Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa

insurer, & jika risiko insurans berlaku, setiap insurer akan membayar ganti rugi dengan menyumbangkan bahagian masing-masing.
- Contoh: Zamroni membeli 3polisi insurans daripada

3insurer untuk menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM300 000. Jika kebakaran berlaku, setiap insurer hanya membayar 1/3 daripada jumlah kerugian.

SUBROGASI - Insured tidak boleh membuat sebarang tuntutan

daripada pihak lain setelah menerima bayaran ganti rugi daripada insurer.
- Contoh : - Kereta Amir telah remuk akibat kemalangan. Dia

telah menerima ganti rugi sebanyak RM26 000 daripada insurer. Kereta tersebut kemudian dijual dengan harga RM4000. Maka, Amir tidak berhak ke atas RM4000 tersebut kerana telah menerima ganti rugi sebanyak RM26000.

DOKTRIN SEBAB HAMPIRAN

-Ganti rugi hanya dibayar kepada insured sekiranya kerugian yang dialami berpunca daripada risiko yang diinsuranskan.

-jika kerugian yang dialami bukan berpunca daripada risiko yang diinsuranskan, maka ganti rugi tidak akan dibayar.
- Contoh : Syarikat Komputer Siva menginsuranskan muatan komputer yang dibawa oleh sebuah lori daripada risiko kerosakan sekiranya berlaku kemalangan. Lori berkenaan telah terlibat dengan kemalangan dan muatan dicuri. Oleh itu, ganti rugi tidak dibayar kerana kecurian bukanlah risiko yang diinsuranskan.

INSURANS ISLAM (TAKAFUL) Tertakluk kepada Akta Takaful 1984

INSURANS KONVENSIONAL Tertakluk kepada Akta Insurans 1963

Tiada unsur riba, maisir dan gharar.


Keuntungan akan dibahagikan mengikut syariat Islam di antara pemegang polisi dengan syarikat takaful. (prinsip Al-Mudharabah). Terdapat Jawatankuasa Syariah yang memastikan operasi syarikat insurans didasarkan kepada syariat Islam.

Mempunyai unsur riba, maisir dan gharar.


Keuntungan pelaburan diberi berdasarkan kadar faedah yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans. Tiada Jawatankuasa Syariah. Syarikat bebas beroperasi dengan aktiviti yang bertentangan dengan syariat Islam.

You might also like