You are on page 1of 31

MODUL 6

PENGURUSAN AIR SAWAH


Disediakan Oleh:

PIDMAMS SMARTFARMING SDN BHD

PENGOPERASIAN SISTEM PENGAIRAN SAWAH PADI


PENGERTIAN OPERASI Operasi Sistem Pengairan Adalah Kerja-kerja Pengendalian Struktur Pengairan Dan Saliran Dalam Sistem Pengairan Bagi Memenuhi Keperluan Air Tanaman.

KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN PADI


1. SUMBER AIR 2. STRUKTUR PENGAMBILAN AIR 3. SISTEM PENGHANTARAN DAN PEMBAHAGIAN AIR 4. SISTEM PENYAMPAIAN AIR KE SAWAH 5. SISTEM PENGGUNAAN AIR DI SAWAH 6. SISTEM SALIRAN 7. SISTEM PAM GUNA SEMULA AIR

PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN TALIAIR BARAT-LAUT SELANGOR


Punca Air (Ibu Bekalan Sg Bernam) Sistem Penghantaran Utama ( Feeder Canal, Sungai Tengi Dan

Terusan Utama) Taliair Pendua Taliair Tersier Saliran Tersier Saliran Pendua Saliran Utama

##Pengurusan Pengendalian Dan Penyelenggaraan Sistem Pengairan Diuruskan Oleh IADA Dan JPS Negeri Bagi Punca Air, Sistem Utama Dan Pendua ## Pengurusan Penyelenggaraan Dan Operasi Sistem Pengairan Dan Saliran Tersier Diuruskan Oleh Petani Melalui Institusi Kumpulan Pengguna Air (KPA)

OBJEKTIF OPERASI
Menyediakan Bekalan Air Yang Optimum Bagi

Mencapai Matlamat Negara, IADA Dan Petani Bagi Pengeluaran Padi Berhasil Tinggi Membantu Pengurusan Aktiviti-aktiviti Tanaman Padi Mengurangkan Kos Pengeluaran Meningkatkan Kecekapan Penggunaan Air Diperingkat Sistem Utama Dan Di Sawah Memaksimumkan Penggunaan Air Hujan Menjaga Alam Sekitar

KONSEP KHIDMAT DALAM PENGAIRAN


Sistem Pengairan Dibahagikan Mengikut Pembahagian

Yang Tersusun Mengikut Kompatmen, Kawasan Khidmat Dan Unit Khidmat Sistem Pembekalan Air Dipisahkan Mengikut Penyusunan Dari Bekalan Kepada Penggunaan Yang Mana Setiap Peringkat Memberi Khidmat Kepada Peringkat Yang Lain Peringkat Bekalan Air Adalah : Ibu Bekalan -> Terusan Utama -> Taliair Pendua -> Taliair Tersier -> Pengguna Air Petunjuk Prestasi Pembekalan Air Adalah Flexibility, Reliability, Equity Dan Adequacy (Keanjalan, Keboleharapan, Kesamarataan Dan Kecukupan) 3 Unsur Keanjalan: Kekerapan, Tempoh, Kadar Alir

STRUKTUR-STRUKTUR DI TALIAIR TERSIER, SALIRAN TERSIER DAN SAWAH


CHO

CHECK
OFFTAKE BENDANG PALONG PARIT SAWAH KOTAK KAWALAN SALIRAN PARIT TERSIER STRUKTUR KAWALAN SALIRAN

Manual Operasi untuk Pengurusan Air di Taliar Tersier dan Dalam Petak Sawah, IADA Barat Laut Selangor
Tujuan: Tujuan manual operasi ini adalah untuk menjadi panduan dan amalan pengurusan air di taliair tersier dan dalam petak sawah bagi kegunaan Kumpulan Pengguna Air dan Semua Petani. Matlamat pengurusan air di peringkat ini adalah untuk mempastikan bekalan air yang saksama, terjamin dan anjal bagi memenuhi keperluan tanaman padi berhasil tinggi, pengurusan tanaman dan bendang yang cekap dan berkesan, penggunaan air yang cekap, penggunaan sumber air hujan yang maksimum dan kelestarian alam sekitar.

Manual Operasi untuk Pengurusan Air di Taliar Tersier dan Dalam Petak Sawah, IADA Barat Laut Selangor
Pendekatan Pendekatan Manual ini adalah ke arah memperkasakan petani dan Kumpulan Pengguna Air bagi menguruskan operasi bagi khidmat penyampaian air (water delivery service) di peringkat tersier dan pengurusan air dalam sawah. Melalui pendekatan ini petani akan diberi kuasa melalui organisasi KPA untuk berkerjasama bagi menguruskan air bagi mengoptimumkan sejumlah kuantiti air yang diperuntukkan bagi setiap taliair tersier (KPA) dan unit khidmat (service unit).

Manual Operasi untuk Pengurusan Air di Taliar Tersier dan Dalam Petak Sawah, IADA Barat Laut Selangor
Pendekatan Melalui pendekatan ini juga petani juga akan diberi lebih keanjalan (flexibility) dalam mendapatkan bekalan air mengikut masa, kadar aliran, kekerapan dan tempoh masa menggunakan bekalan yang disediakan bagi menjimatkan masa dan kos pengurusan tanaman dan sawah.

Kaedah Pembekalan Air


Untuk Musim ini bekalan adalah sama dengan tahun

sebelum ini iaitu Kompatmen 1- Sawah Sempadan akan memulakan bekalan air mulai 1 Julai dengan tempoh pratepu selama 30 hari, diikuti dengan bekalan pencukupan (supplementary supply) selama 85 hari. Bekalan akan dihentikan 2 minggu sebelum sawah yang paling lewat dituai. Secara terperinci, bekalan air dibahagikan kepada dua bahagian, bekalan pratepu dan bekalan bagi tumbesaran tanaman

Kotak Limpah

Palong Batas Sawah Padi Parit

Susunan Infra dan sawah padi

PENGURUSAN AIR SAWAH

Bekalan air pratepu


Tujuan bekalan air pratepu adalah untuk menepukan zon akar

tanaman atau bahagian tanah di atas lapisan keras (hard pan) dan mendapatkan kedalaman yang sesuai untuk penyediaan sawah untuk mencedung atau tabur terus. Untuk tujuan ini dianggarkan air setinggi 250 mm perlu dibekalkan. Manual ini menetapkan bagi menjimatkan penggunaan air, menyusunatur penggunaan jentera ladang dan menjimatkan masa petani menguruskan bekalan air, bekalan serentak seluruh KPA dan giliran diperingkat unit khidmat akan dilaksanakan. Ini dapat dilaksanakan dengan pemasangan field offtake yang berkapasiti besar. Ada dua saiz paip digunakan, iaitu garispusat 100 mm di TASS1 dan TASS6 dan garispusat 150 mm di TASS7 dan TASS8. Field offtake ini dilengkapkan dengan pintuair yang boleh diubah bukaannya untuk mengubah kadaralir mengikut keperluan.

Bekalan air pratepu


TASS1 and TASS6 adalah taliair yang baru dinaiktaraf

kepada longkang konkrit U, menggunakan field offtake bersaiz garispusat 100 mm (4 inci). Kapasiti maksimum adalah 9 liter sesaat. Saiz satu unit khidmat (service unit) adalah 15 hektar (12 lot @1.2 ha). Berdasarkan bekalan air yang diperuntukkan bagi pratepu adalah mengikut kadar 2.33 liter sehektar sesaat, satu lot 1.2 ha diperuntukkan sebanyak 2.8 liter sesaat. Berdasarkan kuantiti ini, satu field offtake perlu digilirkan untuk 4 lot dengan giliran selama 2-3 hari mengikut keadaan tanah dan kandungan air tanah.

Bekalan air pratepu


Adalah dianggarkan 8-12 hari diperlukan untuk

mendapatkan tanah sawah tepu dan kedalaman air diperlukan untuk penyediaan sawah. Dengan itu pada setiap masa 3 buah field offtake sahaja yang boleh dibuka dalam setiap unit khidmat untuk tempoh 2-3 hari setiap lot bagi mendapatkan tepuan dan kedalaman yang diperlukan.

Bekalan air pratepu


TASS7 and TASS8 adalah taliair yang baru pasang dengan field

offtake yang lebih anjal, dilengkapkan dengan pintuair dan tandaan paras air (stick gauge) bersaiz garispusat 150 mm (6 inci), berkongsi dua lot untuk tiap-tiap satu. Field offtake ini telah ditentukurkan (calibrated) di mana hubungan antara ketinggian air di atas parasan bawah pintuair, kadar bukaan dan kadaralir dihubungkan. Kapasiti maksimum adalah 20 liter sesaat. Saiz satu unit khidmat (service unit) adalah 20 hektar (16 lot @1.2 ha). Berdasarkan bekalan air yang diperuntukkan untuk pratepu adalah mengikut kadar 2.33 liter sehektar sesaat, satu lot 1.2 ha diperuntukkan sebanyak 2.8 liter sesaat. Berdasarkan kuantiti ini, satu field offtake perlu digilirkan untuk 8 lot dengan giliran selama 1- 1.5 hari mengikut keadaan tanah dan kandungan air tanah.

Bekalan air pratepu


Adalah dianggarkan 8-12 hari diperlukan untuk

mendapatkan tepuan dan kedalaman air diperlukan untuk penyediaan sawah. Dengan itu pada setiap masa 2 buah field offtake sahaja yang boleh di buka dalam setiap unit khidmat untuk tempoh 1- 1.5 hari setiap lot bagi mendapatkan tepuan dan kedalaman yang diperlukan. Dalam hal ini, lot-lot dapat dibekalkan dalam masa yang lebih cepat.

Bekalan air pratepu

Dengan kaedah ini, lot-lot dapat diurus dengan berkesan

untuk mengatur dan menyelaras penggunaan jentera pembajak dan jentera cedung. Pergerakan jentera mengikut bekalan air. Masa menanam disesuaikan dengan kemampuan jenterajentera di atas dan jentuai kelak. Sela masa menanam dalam unit khidmat adalah perlu untuk mengelakkan keperluan puncak yang serentak di antara lot-lot dalam unit khidmat. Keperluan puncak berlaku pada 3 masa: selepas menabur atau mengubah, peringkat beranak maksimum dan pengisian padi susu. Pada tempuh ini, kadar bekalan pencukupan adalah tidak memadai.

Bekalan air pratepu


Oleh kerana sasaran pratepu dan kedalaman air

dicapai dalam tempoh 12 hari, keperluan air akan berkurangan dengan banyaknya selepas tempoh ini. Untuk sementara, peruntukan air pratepu akan dimanafaatkan bagi mempastikan bekalan air selepas menabur atau mengubah diselesaikan sepenuhnya di mana semua petak mendapat bekalan air dengan kedalaman 50 mm, untuk seterusnya dikekalkan pada sepanjang tempoh bekalan.

Bekalan air pratepu


Pada tempoh pratepuan ini, pintu kawalan saliran petak

ditetapkan pada ketinggian 120 mm bagi menakung air pengairan dan air hujan jika berlaku. Batas sawah perlu dikukuhkan bagi mengurangkan kadar serapan air keluar petak. Perhatian perlu diberi kepada proses mengalirkan keluar air dari petak sawah sawah selepas pembajakan akhir sebelum menabur atau mengubah. Pastikan bahawa air disalirkan dalam tempoh sehari atau lebih selepas pembajakan bagi mengekalkan kesuburan tanah dan mengelakkan penimbusan sistem saliran dan pencemaran air sungai.

Bekalan Air Bagi TumbesaranTanaman


Bekalan air pada peringkat ini bertujuan untuk manyediakan air

yang diperlukan bagi mempastikan tumbesaran padi yang optimum untuk mencapai sasaran hasil 10 tan/ha/musim. Di peringkat ini air berfungsi untuk keperluan sejat-pemeluhan, melarutkan dan mengawal baja dan bahan kimia lain, mengawal suhu, membantu operasi mengawal penyakit dan musuh tanaman padi dan menyediakan ketahanan tanah yang sesuai untuk penggunaan jentuai. Bagi tujuan penjimatan air, pengurusan air diperingkat ini adalah penting kerana tempoh penggunaan air adalah panjang dan berterusan, keperluan bekalan yang berubah-ubah dan potensi untuk memenafaatkan air hujan. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan keperluan air mingguan. Strategi bekalan air minggu berikutnya bergantung kepada status bekalan air pada minggu sebelumnya.

Cara Pembekalan air


Semasa pertumbuhan tanaman kadar alir yang akan dibekalkan

dengan kadar yang ditandakan dalam kurungan dalam unit liter/s. Kadar sepatutnya adalah kadar yang tunjukkan dalam jadual di atas. Bekalan berlebihan yang lebih dari bekalan biasa tergantung kepada status paras air dalam bendang, mengikut mingguan. Semakan status paras air dalam petak untuk menentukan bekalan air untuk minggu akan datang. Jika ada lebihan air pada minggu sebelumnya, bekalan air boleh dikurangkan mengikut kuantiti lebihan yang tersebut. Juga bila berlaku hujan yang lebat, bekalan air boleh dihentikan dan air boleh dipesongkan ke kawasan lain yeng memerlukan. Bekalan air adalah mengikut kadaralir dan tempoh yang ditetapkan. BPSP akan menyediakan panduan menggunakan carta-carta bagi mendapatkan kadaralir yang diperlukan mengikut kedalaman struktur dan saiz bukaan pintu struktur field offtake.

Cara Pembekalan air


Paras ini dinaikkan mengikut ketinggian padi

sehingga paras 50 mm dalam masa 14 hari selepas tabur. Bagi tanaman secara cedung, paras air boleh ditinggikan dalam masa 7 hari mencapai 50 mm. Paras air sasaran pada setiap masa adalah 50 mm. Air dikekalkan pada paras ini Paras 50mm ke 120 mm adalah untuk menakung air hujan dan menyimpan atau menakung dan menyimpan air yang berlebihan di hujung bahagian tersier. Paras air minimum dalam sawah adalah 30 mm dan paras maksimum adalah 120 mm.

Kawalan Kotak Saliran Keluar


Pada tempoh pratepuan, pintu kawalan saliran keluar

petak ditetapkan pada ketinggian 120 mm bagi menakung air pengairan dan air hujan jika berlaku. Batas sawah perlu dikukuhkan bagi mengurangkan kadar serapan air keluar petak. Paras ini dikurangkan mengikut ketinggian padi pada 2 minggu pertama tanaman. Paras air sasaran pada setiap masa adalah 50 mm Paras air minimum dalam sawah adalah 30 mm dan paras maksimum adalah 120 mm.

Kawalan Kotak kawalan saliran


Paras 120 mm adalah paras ketinggian kawalan saliran di

kotak kawalan saliran dalam setiap masa kecuali dua masa: I. Dua minggu pertama selepas tabor (kawal pada 50 mm sahaja) II. Dua minggu terakhir sebelum tuai (berhenti bekalan, biarkan air berkurangan sendiri, kawal pada 50 mm seminggu, kemudian buka pintu kawalan pada minggu kedua). Jika musim hujan, buka pintu kawalan pada minggu pertama. Kawalan paras air pada peringkat Beranak (M3-M4) bergantung kepada sasaran bilangan anak (tiller) padi. Jika sasaran bilangan anak telah tercapai, kedalaman air boleh ditinggikan bagi mencegah pertumbuhan tiller baru.

Tugas Ketua KPA dan Ketua ISU


Ketua KPA dan Ketua ISU bertanggung jawab bagi

mengurus dan menyelaraskan penyampaian air kepada setiap lot dengan kerjasama dari semua ahli KPA Ketua KPA dan Ketua ISU bertanggungjawab memberi penjelasan dan kefahaman dan mendapatkan kerjasama dan bantuan dari semua ahli dalam melaksanakan urusan penyampaian air di KPA dan ISU masing-masing. Jadual bekalan air secara terperinci akan disediakan oleh Unit Pengurusan operasi dan penyelenggaraan pengairan IADA BLS

Tugas Ketua KPA dan Ketua ISU


Ketua KPA setelah berbincang dengan ketua ISU perlu

memberi maklum balas tentang jadual yang dicadangkan dan mengemukan cadangan balas jika perlu. Ketua KPA dan Ketua ISU bertanggungjawab melaksanakan urusan penyampaian air kepada semua lot mengikut tarikh dan masa, kuantiti (kadaralir) dan tempoh yang ditetapkan bagi mencapai sasaran kedalaman air yang ditetapkan Ketua KPA dengan bantuan Ketua ISU perlu mengemukakan status bekalan air di setiap lot dan ISU pada setiap minggu dan perancangan minggu berikutnya kepada Unit Pengurusan Operasi Kompatmen.

Tugas Ketua KPA dan Ketua ISU


Unit Pengurusan Operasi Kompatmen bertanggungjawab

memberi maklumbalas dan menyediakan jadual yang baru jika perlu perubahan pada jadual asal Ketua KPA dan Ketua ISU bertanggungjawab melaksanakan urusan penyampaian air kepada semua lot mengikut tarikh dan masa, kuantiti (kadaralir) dan tempoh yang ditetapkan bagi mencapai sasaran kedalaman air yang ditetapkan mengikut jadual baru Jika keadaan memerlukan, Ketua KPA dan ISU boleh mengemukakan apa-apa masalah berhubung urusan penyampaian air dan kerosakan atau masalah lain infrastruktur pengairan kepada Unit Pengurusan Operasi Kompatmen pada bila-bila masa melalui apa-apa media yang disediakan atau datang sendiri ke pejabat

PROJEK PERINTIS PENGURUSAN AIR DI TASS 7 DAN TASS 8


INFRASTRUKTUR DISEDIAKAN Pengukuran Aliran Air dan Kawalan Offtake Tersier Peranti Alatur Mendatar Peranti Offtake Sawah Injap Pelampung Automatik Paip Kawalan Saliran

You might also like