You are on page 1of 6

PENGGUNAAN KAEDAH TARGET GAMES DI DALAM MENINGKATKAN TAHAP KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID TAHUN 6 Oleh: SITI

HASZIRAH BINTI HASAN ENCIK ALYES BIN ARIFF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN sitihaszirahhasan@gmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk menguji sejauh manakah keberkesanan kaedah Target Games di dalam meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid. Sampel di dalam kajian ini terdiri daripada 14 orang murid tahun 6 Gemilang, dari Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih, Pulau Pinang. Cara yang digunakan untuk mengumpulkan data dalam penyelidikan ini ialah soal selidik, pemerhatian serta ujian pra dan pos. Tindakan telah dijalankan selama 30 minit pada setiap sesi selama 6 minggu berturut-turut. Seramai 12 orang sampel (86%) menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pos berbanding ujian pra. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah Target Games berkesan di dalam meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada awal minggu permulaan praktikum di sebuah sekolah di daerah Prai, pengkaji melihat murid-murid tahun 6 mempunyai masalah yang agak ketara untuk menghubungkaitkan pergerakan mata dan tangan mereka. Melalui pengamatan pengkaji, koordinasi antara kedua anggota murid agak lemah. Oleh itu, untuk mengesahkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji telah menyelitkan unsur koordinasi antara mata dan tangan di dalam aktiviti setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan ke atas mereka. Pengkaji juga membuat pemerhatian berstruktur contohnya di dalam satu aktiviti P&P pada minggu ke 2 pengkaji berpraktikum, murid perlu bermain permainan Tuju Kon. Melalui pemerhatian yang di lakukan, hanya 6 daripada 20 murid yang dapat menjatuhkan kon dengan balingan pundi kacang. Koordinasi antara mata dan tangan murid yang dapat pengkaji perhatikan adalah sangat lemah dimana sekuens pergerakan tangan mereka sewaktu membaling adalah tidak tepat dengan sasaran yang sedang mereka perhatikan. Maka, pengkaji telah merancang tindakan yang sesuai dijalankan ke atas mereka di dalam mengatasi masalah koordinasi yang mereka alami. . 2.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pengkaji memfokuskan kajian kepada membantu menyelesaikan masalah koordinasi diantara mata dan tangan murid menggunakan kaedah Target Games.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Untuk menyelidik kewujudan masalah koordinasi antara mata dan tangan di kalangan murid. 2. Untuk mengkaji kebolehgunaan Target Games di dalam meningkatkan tahap koordinasi antara mata dan tangan murid. 3. Untuk mengukur keberkesanan target games di dalam meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Prai, Pulau Pinang. Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti terdiri daripada murid-murid Tahun 6 yang mengalami masalah dalam koordinasi antara mata dan tangan. Bilangan murid yang adalah adalah seramai 14 orang. Murid murid terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa seperti Melayu, Cina, India dan Kadazan. Ciri-ciri kumpulan sasaran dari segi jantina pula adalah terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan yang berbeza prestasi akademik dan sukan serta latar belakang keluarga.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN (a) Tinjauan Awal Masalah Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan awal masalah dengan lebih mendalam bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan dilakukan menggunakan dua jenis instrumen iaitu soal selidik dan Ujian Pra Mengawal dan Mengelecek Bola Keranjang. Melalui edaran borang soal selidik, pengkaji dapat mengumpul data dan mengenal pasti data kasar tentang tahap pengetahuan dan keupayaan koordinasi diantara mata dan tangan murid mengikut pandangan mereka sendiri. Melalui Ujian Pra Mengawal dan Mengelecek Bola Keranjang yang dijalankan kepada murid pula, pengkaji telah memperolehi data tentang tahap koordinasi antara mata dan tangan murid secara lebih terperinci berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

(b) Analisis Tinjauan Awal Jadual 11 : Dapatan Ujian Pra INSTRUMEN JUMLAH MURID Ujian Mengawal dan Mengelecek Bola Keranjang 13 1 ANALISIS DAPATAN TAHAP Lemah Sederhana % 93% 7%

Sebanyak 13 dari 14 orang murid mendapat skor melebihi 19.69 saat bagi lelaki dan 22.07 bagi perempuan sewaktu Ujian Pra. , sebanyak 13 orang murid mendapat tahap pencapaian lemah dan hanya seorang yang mendapat tahap pencapaian sederhana. Tidak ada murid yang memperolehi pencapaian baik, sangat baik mahupun cemerlang. Ini bermakna, 93% dari murid mempunyai tahap koordinasi mata dan tangan yang lemah. Semakin lama masa yang diambil oleh murid untuk mengawal dan mengelecek bola, semakin lemah tahap koordinasi mata dan tangan mereka.

(c) Merancang Tindakan Prosedur kajian tindakan ini dilaksanakan berpandukan kepada gelung model kajian tindakan Stephen Kemmis & McTaggart (1988). Lingkaran berkenaan boleh berulang ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah dapat diselesaikan. Prosedur dimulakan dengan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati seperti dalam rajah berikut :

Memerhati (Observe)

Mereflek (Reflect)

Bertindak (Action)

Merancang (Plan)

Rajah 1: Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart,1988

(d) Pelaksanaan Kajian

Tindakan Awal

12 Februari 2013 19 Februari 2013 26 Februari 2013 5 Mac 2013

Mengedarkan borang soal selidik Pra Menjalankan Ujian Pra Melaksanakan rawatan 1 Melaksanakan rawatan 2 Melaksanakan rawatan 3 Melaksanakan rawatan 4 Melaksanakan rawatan 5

Tindakan Intervensi

12 Mac 2013 19 Mac 2013 2 April 2013

9 April 2013
Tindakan Akhir 16 April 2013 19 April 2013

Melaksanakan rawatan 6
Menjalankan Ujian Pos Mengedarkan borang soal selidik pos

(e) Pemerhatian/Penilaian yang Dijalankan Berdasarkan dapatan yang telah dianalisis, pengkaji dapat merumuskan bahawa terdapat peningkatan yang positif antara semua responden dalam kajian ini. Seramai 12 daripada 14 murid meningkat pencapaian mereka setelah ujian pos dilaksanakan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan kaedah Target Games dalam permasalahan ini menunjukkan keputusan yang selari dengan objektif kajian. Kaedah ini dilihat telah dapat meningkatkan tahap koordinasi antara mata dan tangan murid Tahun 6. Kaedah Target Games adalah merupakan salah satu permainan di bawah cabang TGfU. Apa-apa sahaja permainan yang objektifnya adalah untuk mendekekatkan objek kepada sasaran dinamakan sebagai Target Games. Griffin , Mitchell & Oslin (1997), menyatakan bahawa dalam Target Games ini, pemain boleh membuat lakuan sama ada melempar, meluncur, atau memukul objek dengan matlamat untuk mendaratkan atau mendekatkan objek tersebut pada sasaran yang ditetapkan. Melalui penggunaan kaedah permainan ini dilihat merupakan suatu kaedah yang sangat sesuai di dalam meningkatkan tahap koordinasi kanak-kanak kerana kaedah ini bukan sahaja mampu menajamkan fokus visual murid sewaktu balingan tetapi juga dapat mewujudkan suasana yang lebih seronok sewaktu P&P.

Hasil dapatan ini kajian ini juga disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh Judith Miller (2006), yang bertajuk Primary School-Aged Children And Fundamental Motor skills What is all The Fuss About?. Beliau telah memfokuskan kajian koordinasi mata dan tangan ke atas kanak-kanak di Australia dengan menggunakan Amalgamated Striking Instrument. Beliau mendapati bahawa peningkatan berlaku apabila respondan kerap melakukan latihan pukulan bola yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Penggunaan kaedah Target Games dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam meningkatkan tahap kordinasi mata dan tangan murid. Selain itu, ia juga telah meningkatkan minat dan keseronokan murid untuk belajar. Secara keseluruhannya, ia telah mencapai objektif yang telah disasarkan.

6.0 CADANGAN Kajian ini telah membuktikan kejayaan pengkaji dalam mengatasi masalah koordinasi mata dan tangan dikalangan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Target Games. Semasa proses menjalankan kajian, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa penambahbaikan dan isu-isu tertentu yang boleh dikaji lagi dalam kajian seterusnya. Antara penambahbaikan dan isu tersebut adalah

6.1 Memanjangkan Tempoh Intervensi dan Kajian Kaedah Target Games dilihat berkesan di dalam meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid. Namun begitu, untuk meningkatkan sesuatu kemahiran motor seseorang bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa tempoh intervensi yang telah dijalankan adalah tidak mencukupi. Tempoh masa intervensi dan kajian seharusnya dipanjangkan lagi untuk melihat keberkesanan dan peningkatan yang lebih memberansangkan.

6.3 Meluaskan Penggunaan Kaedah Target Games Target Games merupakan salah satu cabang yang terdapat di bawah model taktikal TGfU. Model ini merupakan model yang masih boleh dianggap baru diperkenalkan di negara kita. Maka tidak ramai yang menggunakan kaedah ini di dalam membantu meningkatkan objektif P&P atau menggunakan kaedah ini di dalam kajian mereka. Pengkaji telah menggunakan kaedah Target Games di dalam meningkatkan tahap koordinasi murid sahaja. Pengkaji berpendapat bahawa pengkaji-pengkaji seterusnya boleh mengkaji keberkesanan Target Games ini di dalam skop masalah yang lain pula. 6.4 Menggunakan Target Games Di Dalam Meningkatkan Minat Murid Target Games bukan sahaja membantu di dalam meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid, tetapi juga dapat meningkatkan minat dan daya tumpuan murid sewaktu sesi P&P. Sewaktu kaedah ini dilaksanakan, murid kelihatan begitu seronok bermain, namun rasa seronok itu tidak menjejaskan objektif yang dirancang oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa kaedah Target Games juga sesuai digunakan pengkaji-pengkaji lain, di dalam membantu mengatasi masalah minat dan daya tumpuan murid sewaktu sesi P&P.

7.0 RUJUKAN Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Quantum Books 9 (1) 106-110 Griffin, L. L., Mitchell, S. A., & Oslin, J. L. (1997). Teaching Sport Concepts And Skills: A Tactical Games Approach. Champaign, IL: Human Kinetics. Miller. J. (2006). Primary School-Aged Children And Fundamental Motor skills What is all The Fuss About?. Adelaide: Australian Association. Kemmis, S.& McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner(pp. 44, 5-6). Melbourne: Deakin University Press.

You might also like