You are on page 1of 7

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN

1MURID 1SUKAN
2013

BALAPAN DAN PADANG

BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG


KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN
TAHUN 2013
1.

NAMA PROGRAM
Kejohanan Balapan dan Padang Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan.

2.

PENGANJUR
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.

PENGELOLA
Jabatan Pendidikan Negeri yang dilantik oleh Bahagian Sukan, KPM.

4.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan Peraturan Am Piala Menteri
Pendidikan 1Murid 1Sukan dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia

5.

6.

PERATURAN TAMBAHAN
5.1

Selain daripada peraturan umum di atas, kejohanan ini adalah berasaskan


sekolah (school based) yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah,
Daerah, Negeri dan Kebangsaan untuk memberi peluang lebih ramai
murid menyertai pertandingan sukan balapan dan padang di bawah
Program 1Murid 1Sukan.

5.2

Sebarang keraguan boleh dibuat dan diputuskan semasa taklimat


dengan pengurus pasukan.

5.3

Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan


peraturan tambahan, selaras dengan konsep dan matlamat
penganjuran Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan.

KELAYAKAN PESERTA
2

7.

8.

6.1

Peserta adalah terdiri daripada murid yang tidak pernah mewakili sekolah
dalam sebarang pertandingan balapan dan padang di peringkat, daerah,
negeri atau negara.

6.2

Murid yang berada di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan
Negeri (SSN) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

6.3

Murid yang didaftarkan di bawah program Pusat Latihan Daerah


(PLD/SPTS) juga tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

JENIS PERTANDINGAN
7.1.

Individu

7.2.

Berpasukan

PENDAFTARAN PENYERTAAN
8.1

Penyertaan peserta bagi Kejohanan ini boleh terdiri daripada murid Kelas
Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sahaja

8.2

Setiap pasukan negeri hendaklah mendaftarkan peserta seperti berikut:


KATEGORI
Lelaki
Perempuan

9.

JUMLAH
6
6
12

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


9.1

Setiap peserta akan mengambil bahagian dalam 4 acara individu dan 1


acara berpasukan.
BIL
1
2
3
4
5

10.

BILANGAN PENYERTAAN
6
6
JUMLAH

ACARA
100 meter
Lompat Jauh
Lontar Peluru
800 meter
Medley Relay
JUMLAH

LELAKI
X
X
X (4kg)
X
X
5

PEREMPUAN
X
X
X (4kg)
X
X
5

ACARA LARI BERGANTI-GANTI CAMPURAN (MEDLEY RELAY)


3

10.1

Setiap pasukan boleh mendaftarkan 6 pelari

10.2

Susunan pelari adalah seperti berikut :


BIL
1
2
3
4
5

11

ACARA
100 meter
100 meter
200 meter
400 meter
800 meter

KATEGORI
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki

Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

10.3

Pelari pertama akan bermula di permulaan 4 x 100M (1 stagger) dan


berlari mengikut lorong masing-masing.

10.4

Pelari kedua akan menerima baton di dalam petak pertukaran baton


pertama acara 4 x 100M dan berlari mengikut lorong masing-masing.

10.5

Pelari ketiga akan menerima baton dalam petak pertukaran baton kedua
acara 4 x 100 dan berlari mengikut lorong masing-masing.

10.6

Pelari keempat akan menunggu di garisan penerimaan baton pelari ketiga


acara 4 x 400M dan terus memotong masuk ke lorong pertama.

10.7

Pelari kelima akan berlari mengikut kedudukan pelari di lorong pertama

10.8

Setiap pasukan akan berlari hanya sekali sahaja. Jika terdapat lebih
daripada 8 pasukan, ianya akan dibahagikan kepada beberapa saringan
dan pasukan yang mencatatkan masa terbaik akan menjadi pemenang.

HADIAH-HADIAH
11.1
11.2

12.

SUSUNAN
PELARI
Pelari Pertama
Pelari Kedua
Pelari Ketiga
Pelari Keempat
Pelari Kelima

Piala
Pingat

SISTEM PEMARKAHAN
4

12.1

13

Sistem pemarkahan perdasarkam skema Sukan Prestasi Tinggi Sekolah


(SPTS). Sila rujuk lampiran A.

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


13.1

Penentuan Peserta Terbaik Mengikut Acara.


13.1.1 Peserta yang mendapat skor tertinggi dalam setiap acara individu
akan diistiharkan sebagai pemenang.

13.2

Penentuan Peserta Terbaik Keseluruhan.


13.2.1 Skor peserta akan dicampur dalam semua acara individu dan
peserta yang berjaya mengumpul jumlah skor tertinggi akan
diistiharkan sebagai peserta terbaik.

13.3

Johan Keseluruhan Mengikut Kategori


13.3.1 Skor pasukan tertinggi akan diistiharkan sebagai johan.

13.4

Johan Keseluruhan
13.4.1 Negeri yang mengumpul skor tertinggi daripada jumlah kategori
lelaki dan kategori perempuan akan diistiharkan sebagai Johan dan
diikuti tempat kedua hingga kelima belas.

14.

PENGENALAN PASUKAN TAG


14.1

Huruf / Nombor Peserta / Warna dan nombor berikut akan digunakan :

14.2

Warna nombor hitam atas kain putih.


BIL

NEGERI

HURUF

LELAKI

PEREMPUAN

1.

PERAK

A001 A006

A007 A012

2.

SELANGOR

B013 B018

B019 B024

3.

PAHANG

C025 C030

C031 C036

4.

KELANTAN

D037 D042

D043 D048

5.

SABAH

E049 E054

E055 E060
5

6.

JOHOR

J061 J066

J067 J072

7.

KEDAH

K073 K078

K079 K084

MELAKA

M085 M090

M091 M096

9.

NEGERI
SEMBILAN

N097 N102

N103 N108

10. PULAU PINANG

P109 P115

P116 P121

11. PERLIS

R122 R127

R128 R133

12. SARAWAK

S134 S139

S140 S145

13. TERENGGANU

T146 T151

T152 T157

14. KUALA LUMPUR

W158
W163

W164 W169

15. W.P. LABUAN

L170 L175

L176 L181

Y182-Y187

Y188-Y193

16

15.

W.P
PUTRAJAYA

BANTAHAN
15.1

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOM, Peraturan


Am MSSM kecuali perkara-perkara berikut :

15.2

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta


hendaklah diselesaikan semasa taklimat Pengurus Pasukan.

15.3

Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum


pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian
dalam bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut
akan dikemukakan kepada penganjur kelak.

15.4

Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan


hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :
6

15.1
15.2
15.5

16.

Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi


acara-acara peringkat awal.
Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi
acara-acara peringkat akhir.

Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan


wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus
Sahaja )

HAL-HAL LAIN
16.1

Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempattempat tersebut.

16.2

Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN
PENGURUS KEJOHANAN.

16.3

Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau
kecederaan lain berlaku :
i.
ii.
iii.
iv.

16.4

Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan kestadium.


Semasa kejohanan dijalankan.
Di dalam dan luar kawasan stadium.
Di tempat-tempat penginapan.

Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk


mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

Kejohanan Piala Menteri Pendidikan1Murid 1Sukan 2013


Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like