You are on page 1of 2

Latihan Kesalahan Penggunaan Istilah 1. Anak-anak muda sekarang lebih suka berada di rumah daripada melihat filem di pawagam.

2. Ramai pelancong dari Amerika dan Eropah berehat di Pulau Tioman kerana tertambat oleh keindahan pulau tersebut. 3. Ayah telah membeli beberapa cebis poster untuk digunakan bagi menceriakan dinding rumah. 4. Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya menaiki bukit dan merentas hutan rimba dalam program menawan puncak Gunung Ledang. 5. Rahmat melahirkan perasaan kecewanya setelah beliau tidak berjaya meletakkan kaki di puncak Gunung Ledang. 6. Para pengusaha dinasihati supaya cepat berusaha untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka. 7. Encik Ali dan isterinya sedang menangkap ikan di tepi sungai tersebut dengan menggunakan beberapa batang joran. 8. Mahkamah telah menjatuhi hukuman maut kepada penjenayah yang kejam itu. 9. Mak Tua sedang menyulam tikar mengkuang untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya. 10. Kawasan hutan di sempadan di antara Thailand dengan Kelantan merupakan kawasan penyusupan barang-barang ke Malaysia. 11. Kawasan semak itu perlu dipotong untuk mengindahkan pemandangan di sekitar pekan tersebut. 12. Penduduk Kampung Semangat telah berusaha menangkap harimau yang memakan lembu ternakan mereka. 13. Banyak rumah bertingkat-tingkat dibina di bandar-bandar besar untuk mengatasi masalah tempat tinggal penduduk kota 14. Masyarakat Melayu pada umumnya memasak ketupat menjelang Hari Raya. 15. Bunyi burung pada waktu subuh menandakan hari mahu siang. 16. Beberapa ekor harimau yang bertempiaran di pinggir hutan Kampung Tualang telah dilaporkan membaham beberapa ekor anak lembu kepunyaan penduduk kampung berkenaan. 17. Dahan-dahan pokok telah tumbang apabila ditiup angin kencang pada pagi semalam. 18. Emak menjaja kuih dengan menjinjing bakul di atas kepala. 19. Hujan halus telah turun ketika perlawanan itu sedang berlangsung. 20. Mereka telah belajar berlawan daripada mahaguru silat di pinggir kampung. 21. Encik Kamil menghalau makhluk halus dengan ilmu kedoktorannya . 22. Anda perlu menimbus pokok bunga itu mengikut jarak yang sama supaya kedudukannya lebih teratur. 23. Tauke pasar besar itu mengupah orang Islam untuk memotong ayam bagi menghasilkan daging ayam yang halal. 24. Kerja-kerja menimbus jalan yang berlubang-lubang itu dilakukan oleh pekerja dari Jabatan Kerja Raya. 25. Kerja-kerja pembersihan telah dilangsungkan di kolam tersebut setelah airnya dibuang oleh mesin penyedut air. 26. Pengikut kursus kem motivasi telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri ketika sesat di dalam hutan. 27. Mengikut undang-undang Melayu lama, mereka yang melawan kepada raja akan dihukum bunuh. 28. Kapal kargo itu hanya boleh berlabuh di pelabuhan itu ketika air naik . 29. Pada tahun lepas, Pasukan Kadet Sekolah Menengah Sri Menanti telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan kawat kaki yang diadakan di Dataran Tangkak sempena hari kemerdekaan.

30. Kita perlu memuji perbuatan ahli-ahli persatuan tersebut kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung pada masa yang ditetapkan. 31. Ramai pendatang dari negara-negara Eropah datang ke Malaysia bertujuan menyaksikan perlumbaan kereta Formula 1. 32. Bonda menangis kerana terkenang akan ayah yang telah mati. 33. Pertandingan bola sepak antara Johor dengan Selangor pada hari Ahad lalu dibekukan kerana hujan lebat. 34. Warganegara asing kerap kali terlibat dalam kelakuan jenayah di negara kita. 35. Pendekar Ali mendapati kemahiran bersilat daripada arwah ayahnya sendiri. 36. Amin sangat benci akan perangai adiknya yang bersifat cuai ketika berbelanja. 37. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan gendangan kompang oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bukit Indah. 38. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan satu pendapat bagi membendung wabak selesema burung daripada merebak kepada orang ramai. 39. Pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. 40. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanahair yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi. 41. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi mengurangkan pergerakan wang ke luar negara. 42. Anggota kumpulan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh. 43. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat. 44. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepat kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih tertunda. 45. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kegagalan perumahan itu disebabkan dengan kelemahan pengurusan syarikat terbabit. 46. Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan oleh mereka kepada pihak mempelai perempuan. 47. Para cendekiawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari perjalanan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita. 48. Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkat kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 49. Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. 50. Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. 51. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat surat daripada pihak polis. 52. Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu. 53. Selepas menggoreng bawang, tukang masak itu memasukkan ayam dan santan ke dalam kuali. 54. Siti Nurhaliza adalah penyanyi yang amat terkenal sekali di Malaysia. 55. Tun Mahathir mempunyai pesonaliti yang dikagumi oleh kawan dan lawan. 56. Ramai pengunjung hadir pada hari terakhir pameran untuk memberi darah. 57. Chong mendapat anugerah penceramah terbaik dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan. 58. Bangunan bersejarah mesti dipelihara agar bukti sejarah dapat dilihat oleh generasi depan. 59. Yang Berusaha Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Raja datang melawat mangsa-mangsa banjir di sekolah. 60. Nenek berwasiat kepada saya agar tidak meninggalkan sembahyang.

You might also like