You are on page 1of 13

Inklusif VS Integrasi

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)

Matlamat program inklusif

memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.

Program Pendidikan Khas Integrasi : Prohram yang disediakan di sekolah-sekolah biasa. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan

Matlamat Integrasi
Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Strategi Pelaksanaan
Guru resos beroperasi sepenuh masa. Memberi bimbingan untuk Matemati, Bahasa Malaysia secara Individu dan mengurukan integrasi dalam pendidikan Seni, Pravokasional, P.J, MT, BM. Membantu guru kelas KKBP dan guru kelas biasa. Mengendalikan pengajaran di Kelas KKBP. Bekerjasama dengan guru resos dalam mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan salaing bantu membantu dalam penyediaan RPI.

Pelajar KKBP mengikut jadual kelas biasa dan akan pulang ke Kelas KKBP apabila pelajaran diikuti tamat. Matapelajaran yang dijangkakan boleh di Integrasikan adalah Pravolasional, PJ, Seni. BM dan Matematik kepada pelajar yang boleh sahaja.

Penempatan program
integrasi Di bangunan pendidikan khas disekolah Disahkan oleh pakar perubatan Perlu mendapatkan pengesahan Jabatan kebajikan masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pelajaran Negeri inklusif Disaring/ dinilai oleh guru yang mengajar murid khas Persetujuan penempatan diputuskan dalam mesyuarat guru

Perbezaan antara individu dan penyesuaian


integrasi inklusif

Disahkan oleh pakar perubatan Bermasalah domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosioemosi namun masih boleh mengurus diri Mengikut kurikulum PK.

Kerjasama antara guru PK dan aliran perdana Menggalakkan penglibatan pelajar yang dikenal pasti mampu belajar Mengikut kurikulum arus perdana

Keberkesanan sekolah khas


murid Mengembangkan aspek JERIS Peluang menerima pengajaran dan menyertai aktiviti yang sama dengan pelajar normal Meningkatkan keyakinan diri dan mendidik mereka supaya berdikari Melibatkan dengan masyarakat Ibu bapa Memberi pengetahuan tentang PK Memberi kesedaran tentang keupayaan anak-anak mereka Kanak-kanak mendapat pendidikan sempurna Hubungan antara pihak sekolah dapat di eratkan guru Menambah dan membuka skop baru dalam PK Menimbulkan kesedaran hak kanakkanak PK kepada masyarakat Anjakan paradigma terhadap golongan ini Wujud sumbangan dan aktiviti Menyalur maklumat yang tepat kepada ibu bapam dan masyarakat

Rujukan :
http://sekolah.mmu.edu.my/smkserikota/kela s%20khas.htm tarikh akses 25 Ogos 2010 http://www.scribd.com/doc/25006519/1-ApaItu-Pendidikan-Khas tarikh akses 25 Ogos 2010 http://www.slideshare.net/yunjie/pendidikankhas tarikh akses 25 Ogos 2010 http://ppdlms.edu.my/pk/ tarikh akses 25 Ogos 2010

You might also like