You are on page 1of 12

DEFINISI MISKONSEPSI Ada banyak istilah yang sering digunakan bagi menerangkan tentang idea sedia ada kanak-kanak

tentang sains. Miskonsepsi, kerangka altenatif, prekonsepsi, idea alternatif, dan sains kanakkanak supayanya membawa maksud yang sama, iaitu konsep sains yang dipunyai oleh kanakkanak melalui pengalamannya. Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya ( Martin et al.,2002). Manakala Novak dan Gowin(1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsepkonsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi. Betul miskonsepsi selalu dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak ditangani oleh guruguru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan wujudnya miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran. Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga dapat terjadi pada buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber rujukan maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami miskonsepsi dan bahkan makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudah terjadi. Oleh karena itu, memang tidak mudah memperbaiki miskonsepsi, namun guru hendaknya selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali hal yang terjadi pada kanak-kanak.

PUNCA MISKONSEPSI Apakah punca berlakunya miskonsepsi ini? Di antaranya; 1) Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat melihat sesuatu daripada pelbagai aspek. 2) Apabila kanak-kanak bertanya kepada ibu-bapa atau ahli keluarga yang lain tentang sesuatu fenomena mereka kadangkala memberi maklumat yang kurang tepat sebab mereka pun kurang tahu tetang fenomena itu. 3) Penerangan yang mereka dapat daripada pelbagai sumber seperti media cetak dan elektronik dimana kadangkala kesahihan faktanya boleh diragui. Harlen (2000) mencadangkan beberapa sebab berlakunya miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Di antaranya; Pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian bukti yang dijumpai oleh kanakkanak. Kanak-kanak hanya beri perhatian kepada aspek yang didapati melalui deria meraka dan tidak berdasarkan pemikiran logik. Contohnya, dia alami matahari bergerak ikutnya, jadi begitulah matahari bergerak. Kanak-kanak yang muda hanya boleh fokus kepada satu-sat ciri sahaja semasa mengkaji sesuatu fenomena atau objek.Contohnya, benda hidup bergerak, jadi kereta itu benda hidup sebab ia bergerak Kanak-kanak guna istilah tertentu tetapi kurang memahami konsep sebenar Kanak-kanak tidak mahu melepaskan idea mereka sebab tidak terdapat penerangan lain yang logik pada mereka.

KATEGORI MISKONSEPSI Miskonsepsi boleh dikategorikan seperti berikut; 1.Preconceived notions Pembentukan konsep yang berakar umbi daripada pengalaman seharian. Contohnya, ramai orang percaya air bawah tanah mengalir dalam sungai sebab pemerhatian mereka air yang di atas tanah mengalir sebegitu. 2.Kepercayaan bukansaintifik Pandangan yang mereka pelajari daripada sumber selain daripada Pendidikan Sains contohnya daripada pengajaran agama atau mitos. Contohnya teori tenang permulaan kehidupan di Bumi. 3.Salah-faham konsep Wujud apabila cara pengajaran konsep sains tidak mengambilkira atau tidak mencabar paradoks dan percanggahan yang timbul daripada preconceived notions dan kepercayaan bukan-saintifik. Bagi menangani kekeliruan mereka membina teori yang lemah tentang konsep tersebut. 4.Miskonsepsi Vernakular Wujud kerana penggunaan istilah yang maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan seharian. 5.Miskonsepsi fakta Maklumat yang dipelajari semasa umur muda dan telah kekal lama, tidak dicabar sehingga dewasa.

BAGAIMANA MISKONSEPSI TERJADI Bagaimana idea kanak-kanak mempengaruhi pembelajaran? Miskonsepsi dapat membentuk konsep awal, kesalahan hubungan yang tidak benar antara konsep-konsep, gagasan intuitif atau pandangan yang salah. Secara terperinci, miskonsepsi boleh menyebabkan: Pengertian yang tidak tepat tentang konsep, Penggunaan konsep yang salah, Klasifikasi contoh-contoh yang salah tentang penerapan konsep, Makna konsep yang berbeza, Kekeliruan konsep-konsep yang berbeza, dan Hubungan hierarki konsep-konsep yang tidak benar

Ringkasnya, sekiranya miskonsepsi tidak dicabar dan dibetulkan ianya akan menyebabkan muridmurid akan membentuk kefahaman sains yang salah yang berterusan. Terdapat banyak miskonsepsi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji dalam pelbagai topik sains. Berikut adalah beberapa miskonsepsi yang biasa dipunyai oleh kanak-kanak mengikut topik-topik tertentu. MISKONSEPSI YANG BIASA DALAM TAJUK BERAT DAN JISIM 1.Konsep berat dengan jatuh bebas (Bar et al., 1994; Galili & Kaplan, 1996), 2. Konsep jatuh bebas dengan (Bachman, 1984), konsep berat dengan (King, 1962), 3. Konsep berat dengan daya graviti (Galili, 1993 & 2001; Ruggiero et al., 1985), serta 4. Konsep jisim dengan inersia (Domenech et al., 1993; King, 2007).

CONTOH MISKONSEPSI DALAM TAJUK BERAT DAN JISIM Miskonsepsi : Objek berat jatuh terlebih dahulu berbanding objek ringan Fakta Sains : Graviti menarik semua objek pada kadar yang sama Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini merujuk kepada konsep jatuh bebas. Konsep

jatuh bebas menyatakan bahawa objek yang jatuh, tidak dipengaruhi oleh daya luar yang lain dan hanya dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Maka berat objek tidak akan memberi kesan kepada kelajuan objek untuk jatuh.

PUNCA BERLAKUNYA MISKONSEPSI DALAM TAJUK BERAT DAN JISIM 1. Huraian sukatan mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat di Malaysia tidak menekankan perbezaan antara kedua-dua konsep jisim dan berat ini dalam topik pembelajaran fizik sehingga kemungkinan menyebabkan kebanyakan pelajar keliru dan menghadapi masalah miskonsepsi atau konsepsi alternatif tentang konsep jisim dan berat. 2. Hal ini disokong oleh Mullet (1990) yang menyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada rancangan pengajaran mengenai konsep jisim dan berat adalah diajar pada tahun pengajaran yang berlainan di sekolah. 3. Masalah yang mengakibatkan pelajar tidak dapat membezakan antara konsep jisim dengan berat adalah disebabkan masalah miskonsepsi berlaku melalui pengalaman harian mereka (Mullet, 1990). 4. Lazimnya, pelajar didedahkan dengan konsep jisim yang biasa digunakan dalam sukatan timbangan sejak kecil lagi, namun konsep jisim tersebut hanya dikenali sebagai berat dalam kehidupan harian mereka.

CARA MENGENAL PASTI Miskonsepsi boleh dikenalpasti atau ditaksir dengan pelbagai cara.. Di antaranya; 1.Temubual Guru memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanakkanak. Kemudian, kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep di atas. Dari sini kita akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada dan sekaligus ditanyakan dari mana mereka memperoleh miskonsepsi tersebut. Dua kaedah temubual yang banyak digunakan adalah `interviews-aboutinstances (Osborne and Gilbert, 1980) dan and `interviews-about-events (Osborne and Freyberg, 1987). Lukisan yang ringkas bagi mengambarkan scenario tertentu digunakan sebagai rangsangan( Rajah 12.2). Kad gambar ini diletak atas meja, satu demi satu dan ringkasan komen dibacakan. Temubual dijalankan selama lebih kurang empat puluh minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis. 2. Penyoalan Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan minta kanakkanak menjawab secara jujur dan tegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Guru boleh gunakan bentuk soalan esei atau objektif. Ujian objektif akan mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa ujud di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah contoh soalan yang telah digunakan dalam satu kajian di sekolah Lewis and Clark, USA; Soalan berbentuk esei atau soalan terbuka boleh juga digunakan. Soalan bentuk

ini mungkin sesuai kalau anda ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Justru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan maklumat ini anda akan dapat memilih cara yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak. Anda boleh juga menemubual kanak-kanak ini selanjutnya untuk mendapat penjelsan yang lebih mendalam 3. Pemerhatian Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. n. Dari diskusi di kelas itu dapat dikenal pasti apakah idea mereka tepat atau tidak (Harlen, 1992:176). Dari diskusi tersebut, guru dapat mengerti konsep-konsep alternatif yang dipunyai siswa. 4. Ramalan Meramal, memerhati, dan menerang boleh digunakan juga untuk mengenal pasti miskonsepsi kanak-kanak. Anda perlu sediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan fokus tajuk. Kemudian ikut langkah berikut;

5. Peta Konsep Novak (1985 : 94) mendefinisikan peta konsep sebagai suatu alat skematis untuk mewakili suatu rangkaian konsep yang digambarkan dalam suatu kerangka. Peta itu mengungkapkan hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep dan menekankan gagasan-gagasan pokok. Miskonsepsi dapat diidentifikasi dengan melihat hubungan antara dua konsep apakah benar atau tidak. Biasanya miskonsepsi dapat dilihat dalam proposisi yang salah dan tidak adanya hubungan yang lengkap antar konsep. Dengan membandingkan peta konsep yang dilukis oleh kanak-kanak dengan peta konsep yang guru bina, kita akan dapat mengenal pasti miskonsepsi yang ujud pada kanak-kanak tersebut.

Sebelum dapat gunakan peta konsep sebagai alat untuk mengenal pasti miskonsepsi, anda perlu melatih kanak-kanak cara membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan;

konsep-konsep yang berkaitan; -konsep ikut hirarki daripada yang am kepada yang spesifik; -konsep tersebut dengan garisan;

CARA MENGATASI MISKONSEPSI Ada banyak cara untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi. Secara umum cara yang tepat untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi adalah mencari bentuk kesalahan yang dimiliki kanak-kanak itu, mencari sebab-sebabnya, dan menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi miskonsepsi tersebut. Perkara pertama yang harus dilakukan guru adalah memahami kerangka berfikir kanak-kanak. Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan cara mengatasi miskonsepsi tersebut. Hal yang dapat dilakukan guru adalah: a. memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau tertulis; b. bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat kanak-kanak keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur; dan c. mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya mengandung miskonsepsi, dan guru membiarkan kanak-kanak berbincang dengan bebas.

Cara mengatasi miskonsepsi bergantung pada penyebabnya. Selanjutnya kita akan berbincang cara mengatasi miskonsepsi berdasarkan penyebab iaitu kanak-kanak itu sendiri, guru, dan kaedah pembelajaran yang digunakan guru di kelas. Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Kanak-kanak Kemampuan kanak-kanak untuk mempelajari konsep-konsep sains adalah tidak sama.Sebahagian kanak-kanak yang lambat untuk memahami konsep yang diajar, ada pula kanak-kanak tidak dapat menangkap konsep yang diajarkan guru secara lengkap dan tepat. Konsep yang tidak lengkap itu dipercayai kanak-kanak sebagai konsep sudah lengkap dan benar, padahal sebenarnya konsep tersebut belum lengkap dikuasai kanak-kanak. Dalam menghadapi hal ini, guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Oleh karena pemahaman konsep sendiri memerlukan proses yang terusmenerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak, maka kanak-kanak yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya kefahamannya. Untuk beberapa kanak-kanak, guru perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka.Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat cenderung tidak mendengarkan dan memperhatikan secara penuh, mereka cenderung mengabaikan apa yang diajarkan guru. Dalam mempelajari buku teks pun cenderung tidak teliti dan kadang-kadang hanya membaca dengan sambil lalu saja. Akibatnya, konsep yang dipelajari menjadi sukar dan kanak-kanak tersebut cenderung mengalami miskonsepsi. Untuk mengatasi hal ini ada beberapa hal yang dapat dilakukan guru yaitu membantu kanak-kanak untuk

meningkatkan motivasi dan minatnya belajar. Beberapa cara yang dapat dilakukan guru untuk meningkatkan minat belajar kanak-kanak, antara lain: 1) Guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran. 2) Guru menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak. 3) Guru berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak suka belajar. 4) Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahwa sesungguhnya kanak-kanak dapat belajar 5) Guru lebih bersabar dalam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran. Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Guru Miskonsepsi dapat terjadi tidak hanya disebabkan kanak-kanak itu sendiri tetapi juga dapat disebabkan oleh guru yang memberikan pembelajaran di kelas kanak-kanak tersebut. Miskonsepsi yang disebabkan oleh guru dapat terjadi karena guru tidak menguasai konsep yang benar dari bahan ajar yang akan diberikan sehingga guru keliru menjelaskan konsep tersebut ke kanak-kanak. Guru yang tidak menguasai konsep secara benar perlu belajar lagi, baik belajar secara sendiri maupun belajar bersama dengan guru lainnya. Guru juga perlu menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya harus selalu ditingkatkan dan diperbaharui. Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh kaedah Pembelajaran yang Digunakan Guru Miskonsepsi pada kanak-kanak juga dapat disebabkan proses pembelajaran yang dialami tidak kukuh. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran dengan kaedah ceramah saja tanpa pernah

melakukan aktiviti hands-on akan cenderung mengalami miskonsepsi. Hal sama juga terjadi jika kanak-kanak menerima pembelajaran dengan satu kaedah pembelajaran yang sama sahaja juga cenderung mengalami miskonsepsi.Oleh karena itu, untuk mengatasi miskonsepsi pada kanakkanak, guru perlu melakukan variasi kaedah pembelajaran agar kanak-kanak tidak bosan dan terus dimotivasi untuk belajar . Cara terbaik untuk menangani miskonsepsi adalah dengan menyediakan pengalaman secara langsung yang boleh membuktikan itu adalah miskonsepsi. Penutup Miskonsepsi wujud di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kewujudannya kadangkala tidak disedari apabila kaedah pengajaran anda tidak mengenal pasti kefahaman kanak-kanak sebelum anda memperkenalkan konsep baru. Juga apabila soal-jawab dilakukan kanak-kanak akan memberi jawapan yang guru ingin dengar supaya guru puas hati. Sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam modul ini, adalah amat penting untuk menyedari miskonsepsi yang ujud di kalangan murid-murid dan seterusnya menanganinya agar kanak-kanak membentuk konsep sains yang tepat. Pilih satu tajuk, daya, gerakan, sifat jirim atau haba, huraikan kaedah dan teknik yang anda boleh gunakan untuk membantu pelajar mengatasi miskonsepti tersebut. Tuliskan satu laporan yang mengandungi aspek berikut: Miskonsepsi yang biasa Cara untuk mengenal pasti miskonsepsi Kaedah dan teknik untuk mengatasi miskonsepsi Mengumpul bukti miskonsepsi diperbetulkan Laporan yang diserah tidak melebihi 20 mukasurat, taip double-space menggunakan 12 pt. font

You might also like