You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN PROGRAM CURAHAN KASIH LIMPAHAN ILMU ANJURAN PISMP 6.

07 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI Program Curahan Kasih Limpahan Ilmu anjuran PISMP 6.07 bersama anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar telah diadakan di Taman Wetland, Putrajaya pada 20 Oktober 2013 yang lalu. Seramai lebih kurang 30 orang anak-anak yatim telah diraikan bersama dua orang warden asrama berkenaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama mereka antaranya permainan indoor dan outdoor. Sebagai jawatankuasa kebajikan dan kerohanian, pelbagai kebaikan dan kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang program ini dijalankan. Antara kebaikan yang telah dikenalpasti ialah jawatankuasa pelaksana dapat bersamasama berjemaah semasa menunaikan solat asar di sana. Hal ini dapat membentuk peribadi sebagai seorang bakal guru agar sentiasa bersabar dan tidak mudah patah semangat dalam berdepan dengan latar belakang murid yang berbeza dan yang memerlukan kasih sayang daripada orang lain lebih-lebih lagi anak-anak yatim seperti mereka. Kaum adam telah menjalani ibadah solat di ruang tepi bangunan kerana ruang solat yang agak sempit. Oleh hal yang demikian, selaku jawatankuasa kebajikan dan kerohanian telah mengambil inisiatif untuk membentangkan beberapa buah bunting yang bersih dan tidak digunakan lagi untuk dijadikan sebagai alas mereka dalam menyempurnakan ibadah solat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang program ini dijalankan. Antaranya ialah tempat wuduk yang terletak dalam ruang solat yang kecil. Hal ini telah menyebabkan berlaku sedikit masalah bagi anak-anak yatim lelaki dan ahli jawatankuasa lelaki untuk mengambil wuduk apabila ruang tersebut dipenuhi dengan kaum hawa. Selain itu, anak-anak ini juga agak sukar untuk dikawal pergerakan mereka apabila berlaku situasi tersebut. Mereka lebih suka meninjau-ninjau kawasan sekeliling yang mungkin sebelum ini mereka belum pernah lihat membuatkan mereka begitu teruja sehingga sukar untuk dikawal oleh fasilitator, lebih-lebih lagi sementara menunggu kaum wanita selesai solat. Oleh hal yang demikian, beberapa alternatif atau cadangan penambahbaikan yang difikirkan sesuai untuk diaplikasikan pada masa akan datang ialah, perlu diberikan keutamaan kepada lelaki dahulu untuk mengambil wuduk sekiranya surau dan tempat wuduk agak kecil untuk kumpulan yang besar. Selain itu, pihak penganjur perlu lebih tegas dalam memberikan

arahan agar mereka tidak mengambil kesempatan kerana telah terlalu selesa dengan layanan baik yang diberikan. Secara keselurhannya program ini berjaya mencapai matlamat utama iaitu untuk mendedahkan anak-anak yatim kepada ilmu dan persekitaran di luar rumah dan sekolah, memperkenalkan anak-anak yatim dengan abang/kakak angkat yang baru, menjadi medium bagi halaqain untuk menyumbang tenaga dan jasa kepada masyarakat sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan halaqian.

You might also like