You are on page 1of 2

Jawatankuasa Makanan Sebelum melaksanakan Program Curahan Kasih Limpahan Ilmu bersama Anak-anak Yatim Rumah Bakti Al-Kausar,

kami telah mengadakan beberapa kali perjumpaan untuk membincangkan semua perkara berkaitan program yang akan dilaksanakan ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah aspek makanan, persiapan tempat, aktiviti, kebajikan dan kerohanian dan sebagainya. Setelah menerima amanah dan tugas selaku AJK Makanan, saya telah berbincang bersama Pengarah Program Program Curahan Kasih Limpahan Ilmu iaitu saudara Ahmad Lutfi bin Adanan serta AJK Perhubungan iaitu saudara Mohd Ruzaifi bin Abdul Rasid dan juga saudari Nurul Shafina binti Hamedi. Antara perkara yang dibincangkan ialah senarai menu, bilangan jemputan dan juga waktu yang sesuai untuk makan. Selanjutnya, langkah yang dilaksanakan menjelang pelaksanaan program ini ialah mengisi borang L.O untuk meminta peruntukan daripada pihak IPG Kampus Pendidikan Islam. Kami juga turut mengumpul RM 15 seorang bagi menampung dan juga sebagai alternatif jika berlaku sebarang kemungkinan atau permasalahan bagi makanan. Seterusnya, pada 15 Oktober 2013, saya telah berhubung dengan salah seorang kakitangan Kafe Pentadbiran IPG Kampus Pendidikan Islam untuk menempah makanan namun malangnya, mereka tidak dapat menyediakan atas sebab-sebab yang tertentu. Pada keesokan harinya, saya telah berjumpa dengan seorang pengusaha kedai makan iaitu Abang We dan setelah berbincang, beliau bersetuju untuk menyediakan semua menu yang telah dirancang. Menu tersebut ialah Waktu 12.30 tengah hari Menu Nasi putih, ayam kari, sayur campur, sambal belacan, air sirap 4.00 petang Kuih donut, karipap, air teh o panas 50 bungkus Jumlah 20 bungkus

4.00 petang

Nasi putih, ayam kurma, sayur campur, air sirap

30 bungkus

Jadual 1: Senarai menu makanan Program Curahan Kasih Limpahan Ilmu Pada 20 Oktober 2013 bersamaaan hari Ahad merupakan hari berlangsungnya program yang dirancang. Setelah melaksanakan persiapan di Taman Wetland Putrajaya, kami semua berehat untuk makan tengah hari di wakaf yang terdapat di sana pada jam 1.00 petang. Setelah itu, kami melaksanakan beberapa aktiviti Permainan Bahasa di Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya. Saya dan AJK Tugastugas Khas iaitu saudara Muhammad Zulkefli bin Zainal Abidin telah mengambil makanan petang di IPG Kampus Pendidikan Islam pada jam 3.45 petang. Namun, kami sebenarnya menunggu selama 30 minit atas sebab-sebab tertentu daripada pihak Abang We. Setelah sampai di Taman Wetland Putrajaya saya terus menyusun makanan dan minuman di atas meja bagi memudahkan semua anak yatim dan juga fasilitator mengambilnya. Saya juga turut menyediakan makanan bagi tiga orang tetamu jemputan bertempat di wakaf yang terdapat di Taman Wetland Putrajaya. Akhir sekali, makanan malam turut diberikan kepada semua anak yatim serta dua orang pengiring Rumah Bakti Al-Kausar , seorang pemandu bas IPG Kampus Pendidikan Islam dan pensyarah kursus iaitu Puan Nazariyah binti Sani. Bekalan air mineral juga turut diberikan kepada mereka serta semua fasilitator.

You might also like