You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT KURIKULUM (SESI PAGI)
BIL.2/2013
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 13.06.2013
: 1.00 pm
: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:
1. EN. SIM THIAM HUAT (PENGETUA)
2. EN. ABDUL RAHMAN BIN TAIR (PK 1)
3. EN. SAMRI BIN SUHAILI (PK HEM)
4. EN. KALONG ANAK KAYANG (PK KK)
5. PN. FLORA SIMAH ANAK ANDING (PK T6)
6. CIK SUZAIMAWATI SAHARI
7. EN. MOHAMAD ALI BIN KARUNA
8. PN. PAZIAH BINTI PAUZI
9. PN. WONG HIE MING
10. EN. ACHIRES JEKES
11. PN. KUAN SWEE KHIM
12. PN.CHRISTINE PRISCILLA
13. PN. FLORENCE LAU
14. EN EUGENE NGUI
15. CIK JESSICA ABAS
16. CIK YII HUONG KEE
17. CIK FLORENCE JAMES EMBU
18. PN.MARIA RENGGA
19. PN. CHAI PIK YEN
20. EN. LING EE SONG
21. CIK YII CHEN POH
22. EN. STALIN JUAN
23. CIK NOR FITRIYAH BT HASAN@YAHYA
24. PN. SERI AZLINA
25. PN. NUR FADHILAH
26. PN. MUTI SHEM
27. PN. NORITING KUPONG
28. PN. WAN ASMAHANIM
29. PN. PRICILLA KUNJAN
30. PN. CALLIE CHEN
31. EN. TING JACK YEW
32. CIK HO JIA LING
33. CIK YIAU DEE CHOO
34. PN. WONG HIA HONG
35. PN. WONG LING LEE
36. CIK SIM HUI FONG
37. PN. SIA LEH KING
38. CIK NORAINI BINTI YASIM
39. PN. KOH SIAW SIEW

40. CIK LIM PEI YING


41. CIK AUDREY ROBIN
42. PN. NOR AZIMAH BINTI SAID
43. PN. RAHMAH BT. SAADI
44. PN. HASLINA BINTI BAHADARI
45. PN. SITI NORAZIAH BT. KAMARUDDIN
46. EN. WONG SING KEE
47. PN. TING SIU FONG
48. PN. LAU POUNG ING
49. PN. LINA WONG
50. EN. NGADAN UNAU
51. EN. NIK MOHD. FARIS B. NIK HARUN
52. EN. KOLEH ANYAN
53. EN. MOHD. AMINUDDIN SULAIMAN
54. EN. KAIN DING
55. EN. FARABI FIKHRI BIN ROSLI
56. EN. MUHAMMAD FAIZAL ISMAIL
57. EN. MOHD ZAHIRUDDIN ADNAN
TIDAK HADIR (BERSEBAB)
1. CIK CHANG HUI THIN (Cuti Sakit)
2. EN. MIOR NOR KHAIRI (Cuti Rehat
Isteri Bersalin)
3. PN. LUCY SERIAN (Ujian Lisan)
4. EN. MOHD. AIMAN (Kem JPAM)
5. EN. MOHD. HISYAMUDDIN (Drama
Komsas)
6. CIK NOR FAUZIAH (Kem JPAM)
7. EN. SII KIONG MING (Taklimat)
8. EN. WONG KING YAO (Kursus
TIDAK HADIR
1. EN. JANTAN DENG
2. PN. WAHIDAH

1.0

Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 En. Sim Thiam Huat mengucapkan selamat sejahtera serta mengalu-alukan kedatangan guruguru yang hadir ke mesyuarat staff pada kali ini.
1.2 Pengetua menyatakan bahawa mesyuarat kali ini adalah sebagai induksi kepada semua guru
selepas beliau menghadiri mesyuarat Persatuan Pengetua Zon Bintulu pada beberapa hari
lalu. Pengetua juga memerihalkan beberapa buah perkara yang akan diutarakan dalam
mesyuarat.
Tindakan : Pengetua

2.0

Sistem dan Prosedur Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam


2.1 Cepat, Tepat & Integriti merupakan slogan baru Perkhidmatan Awam selaras dengan
ekspektasi dan permintaan rakyat yang semakin meningkat serta cabaran masa depan yang
semakin kompetitif
2.2 PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) yang dilaksanakan untuk tempoh 13 tahun
(2013-2015) mempunyai 11 anjakan di mana guru-guru disaran untuk menghayati dan
memahami konsep PPPM yang menjadi teras kepada pendidkan negara kita.
Tindakan : Semua guru

3.0

Mesyuarat Persatuan Pengetua Zon Bintulu


3.1 En. Sim Thiam Huat telah menghadiri mesyuarat Persatuan Pengetua Zon Bintulu pada 21
Jun 2013 yang mana di dalam mesyuarat tersebut menekankan mengenai hal-hal akademik
melibatkan teknik menjawab soalan serta PAT (Perkongisan Amalan Terbaik) untuk PMR dan
SPM serta soalan setara untuk Gerak Gempur SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah) dan PMR
(Matematik dan Bahasa Inggeris) yang akan diadakan pada 26hb dan 27hb Ogos
3.2 Selain itu, Biro Sahsiah akan mengadakan program jati diri untuk pelajar-pelajar yang
bermasalah. Jangkaan tarikh ialah selepas peperiksaan PMR dan setiap sekolah diminta
menghantar 20 orang pelajar. Majlis kaunselor Bintulu akan membantu dalam pengendalian
program ini
Tindakan : Semua guru

4.0

Kursus NPQEL
4.1 Mulai 2014, pengambilan pengetua adalah berdasarkan kelayakan NPQEL yang mana semua
pegawai pendidikan digalakkan memohon untuk kursus NPQEL.
4.2 Tiada tarikh tutup permohonan dan sebagai maklumat tambahan,pada 2014 16 orang
pengetua akan bersara di Sarawak.
Tindakan : Guru berkenaan

5.0

Penggunaan & Penyimpanan Komputer Riba


5.1 En. Sim Thiam Huat menegaskan bahawa sebarang penggunaan dan penyimpanan komputer riba
hendaklah direkod mengikut tatacara yang ditetapkan.
5.2 Komputer riba yang diguna perlu disimpan di tempat yang selamat mengikut Pekeliling Perolehan &
Pengurusan Aset Bil. 3 Tahun 2009 yang mana komputer riba yang ingin dipinjam / digunakan oleh
pegawai hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan yang bertanggungjawab
5.3 Selain itu Pegawai Aset hendaklah memastikan pergerakan komputer riba dicatatkan pada
KEW.PA-6 dan mempunyai bukti kebenaran secara bertulis oleh Ketua Jabatan menggunakan
borang BPPA-20.
Tindakan : Semua guru

6.0

Skim Insuran Murid


6.1 En. Sim Thiam Huat turut menerangkan skim insuran yang disediakan untuk para pelajar iaitu
skim takaful dan Insurans SIMS (Skim Insuran Murid Sekolah). Insurans SIMS adalah skim
takaful kemalangan berkelompok dan percuma kepada pelajar yang mana skim ini melindungi
murid yang menggunakan kenderaan bas sekolah yang berlesen dan berdaftar
Tindakan : Semua guru

7.0

Sarana Ibubapa dan Sarana Guru


7.1 En. Sim Thiam Huat menegaskan terdapat 6 elemen yang perlu difahami oleh guru, ibubapa
dan masyarakat di mana semua sekolah perlu melaksanakan Sarana Ibubapa dan guru. Hasil
dapatan soal selidik boleh guna sebagai panduan untuk melaksanakan sarana sekolah.
Tindakan : Semua guru

8.0

RIMUP
8.1 En. Sim Thiam Huat turut menyatakan bahawa program RIMUP perlu diteruskan 5 program
utama RIMUP perlu dilaksanakan dan dilapor yang mana JPN akan memberikan RM1000
kepada setiap sekolah untuk program RIMUP.
8.2 En. Sim Thiam Huat juga meningatkan semua guru diwajibkan untuk menghadiri program
SIWP yang akan diadakan di Kolej Vokasional pada 15 Jun 2013.
Tindakan : Guru berkenaan

9.0

Sekolah Penyayang
9.1 En. Sim Thiam Huat juga mengingatkan bahawa program Sekolah Penyayang perlu
diteruskan dan setiap program yang dilaksanakan perlu mempunyai laporan.
Tindakan : Semua guru

10.0

Program Gerakan Turun Padang (GTP)


10.1 Program GTP merupakan satu usaha JPNS untuk membantu meningkatkan prestasi
akademik. Objektif GTP adalah membantu meningkatkan prestasi pencapaian SPM sekolah,
membimbing dan memantau perancangan dan pelaksanaan program akademik sekolah serta
memotivasikan murid-murid sekolah oleh kepimpinan atasan daripada JPN Sarawak.
10.2 Di Daerah Bintulu, SMK Kemena telah terpilih terlibat dalam program GTP. Dijangkakan
pada bulan Jun dan Julai sekolah berkenaan akan dilawati oleh JPN Sarawak.
Tindakan : Semua Guru

11.0

SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)


11.1 Sistem pengurusan sekolah diperkenalkan untuk menangani isu beban tugas guru yang mana
melibatkan pengintegrasian satu data pendidikan KPM
11.2
Sebanyak 22 modul pengurusan sekolah digunakan di 88 sekolah bestari.
11.3 Faedah yang akan diperolehi dengan pengenalan sistem ini adalah semua sekolah akan
menggunakan satu sistem pengurusan sekolah atau satu pengkalan data yang sama dan
mengurangkan masalah yang timbul di kalangan guru.
Tindakan : Semua Guru

12.0

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)


12.1 Pentafsiran adalah sebahagian drp strategi PdP, bukan satu tugas tambahan
12.2 Tujuan Pentafsiran bukan hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan
merupakan satu mekanisma bagi membantu murid utk memperbaiki atau meningkatkan
pembelajaran; bagi guru memperbaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada
keberkesanan program pembangunan pendidikan.
12.3 Pengajaran adalah menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan pentaksiran adalah
menggunakan Dokumen Standard Prestasi (DSP).
12.4 Pemantauan luaran pelaksanaan PBS telah dibuat oleh 3 orang pegawai dari JPNS (Sektor
Penilaian & Peperiksaan) dan hasil pemantauan adalah seperti berikut :
i. Semua guru tingkatan 1 & 2 telah melaksanakan PBS mengikut prosedur dan ketetapan
dalam Buku Panduan Pengurusan PBS.
ii. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Fail Induk PBS telah disediakan dengan
kemas & mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP.
iii. Penyimpanan evidens dalam Fail Perkembangan Murid tidak kemaskini dan sistematik.
Evidens terkini tidak dimasukkan dan bagi sesetengah matapelajaran, evidens tidak
dimasukkan.
iv. Penyimpanan evidens dalam Fail Showcase juga tidak kemaskini dan sistematik. Evidens
terbaik tidak dimasukkan dan bagi sesetengah matapelajaran, evidens tidak dimasukkan.

v. Semua guru hendaklah menulis tarikh pada rekod transit untuk memudahkan guru
membuat pelaporan dalam SPPBS.
vi. Instrumen pentaksiran yang digunakan tidak diletakkan kenyataan menguasai dan tidak
menguasai
vii. Guru digalakkan mengadakan mesyuarat ikut matapelajaran untuk membuat ketetapan
dari segi penyelarasan skor bagi item yang disediakan
viii. Penjaminan kualiti (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan, Pengesanan) dalam
pelaksanaan PBS harus dilaksanakan kerana ia merupakan indikator atau petunjuk utama
bagi menjamin kualiti dalam pentaksiran seperti kesahan & kebolehpercayaan skor,
kebolehtadbiran instrumen & keadilan kepada murid
ix. Jadual kerja pentaksiran PBS sekolah perlu disediakan
x. Guru digalakkan sentiasa melayari laman web SPPBS dan laman web LP untuk
mendapatkan pengumuman yang terkini.
xi. Kemasukan prestasi murid dalam SPPBS perlu dibuat secepat mungkin. Pemantauan
oleh pengetua pada 31 Mei 2013 mendapati :
- B. Ingeris Ting. 1 & 2 belum ada data
- Bbp. Matapelajaran hanya dikey-in prestasi murid sehingga Januari sahaja
- Ada matapelajaran yang belum key-in presatsi sejak Januari
xii. Penghantaran Laporan kedua Pemantauan Dalaman PBS kepada JPN ialah 30
September
13.0

14.0

15.0

Tindakan : Semua guru


LDP
13.1 7 hari LDP adalah salah satu syarat untuk kenaikan pangkat dan LDP secara school based 2013
harus berfokus kepada Pembelajaran & pengajaran , Kepakaran , Kepimpinan dan Pembangunan
kemdiri
13.2 Sebagai makluman, KPM telah mengagihkan peruntukan untuk mengadakan LDP secara school
based dengan anggaran RM3.00 seorang. Peruntukan sebanyak RM321 (untuk 107 orang ) telah
diterima pada 6hb Jun.
13.3 Laporan Prestasi Perbelanjaan bulanan perlu dihantar pada hari terkhir setiap bulan sehingga 31
Disember 2013 dan sekolah perlu menghantar perancangan LDP school based 2013 sebelum 30
Jun 2013
Tindakan : Semua Guru
Kejohanan Sukan Tingkatan 6
14.1 Kejohanan Sukan Tingkatan 6 diadakan sebagai salah satu aktiviti sukan dalam penilaian kokurikulum Tingkatan 6 yang mana akan diadakan pada semester 2 persekolahan Ting.6 ; had
umur 18 hingga 21 tahun
14.2 Tujuan penganjuran sukan ini adalah untuk memberi pengalaman & pengetahuan dalam
penganjuran aktiviti sukan, kepimpinan serta latihan dalam pengurusan sukan
dengan
melibatkan mereka dalam J/K kecil pengelolaan.
14.3
Pada 2013, 3 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu : Futsal ; Bola Jaring ; Bola Tampar
(L & P)
14.4 Kejohanan peringkat Kebangsaan akan diadakan di Negeri Sembilan pada 3 hingga 6 September
2013
14.5 SMK Asyakirin bertanggungjawab menganjurkan / menyelaraskan pembentukan pasukan Futsal
Bintulu
Tindakan : Guru berkenaan
Kem Sukan JPN Sarawak
15.1 Tujuan penganjuran kem ini adalah untuk memberi peluang kepada semua murid yang kurang
aktif, berbakat & berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi dan untuk peringkat sekolah
menengah ,murid Tingkatan 2 sahaja akan terlibat
15.2 Dicadangkan kem sukan peringkat sekolah di adakan pada 5 hingga 6 Julai 2013 ; pelaporan
pelaksanaan kem sukan ke PPD sebelum 17 Julai 2013
Tindakan : Guru berkenaan

16.0

Kejohanan Piala 1 Murid 1 Sukan JPN


16.1 En. Sim Thiam Huat menyatakan bahawa murid yang mewakili sekolah di peringkat Zon tidak
dibenarkan menyertai Kejohanan Piala 1 Murid 1 Sukan.
Tindakan : Guru berkenaan

17.0

Waran Tambang Mengunjungi Wilayah


17.1 En. Sim Thiam Huat turut menyatakan bahawa terdapat 3 syarikat di Bintulu yang mengendalikan
waran tambang tambang mengunjungi wilayah iaitu SITT Travel, Sayu Travel dan ITC
(Intercontinental) dan menasihatkan agar guru-guru tidak menggunakan satu perkhidmatan
syarikat sahaja.
Tindakan : Guru berkenaan

18.0

Program Orientasi Untuk Guru-guru Baharu termasuk Guru Interim


18.1 Program orientasi yang melibatkan Guru-guru baharu termasuk Guru Interim akan diteruskan dan
tempoh pelaksanaan adalah antara 1 hingga 3 tahun.
Tindakan : Guru berkenaan
Elaun-elaun guru
19.1 En. Sim Thiam Huat menjelaskan elaun-elaun yang layak diperolehi oleh guru-guru iaitu :
a) ITKA (Imbuhan Tetap Khidmat Awam) untuk Gred 1 hingga 42 sahaja misalnya N1,N7
dan DG41. Sebagai contoh guru yang mempunyai gred DG41 akan mendapat elaun ITKA
sebanyak RM300
b) ITK (Imbuhan Tetap Keraian) untuk Gred DG43 dan ke atas misalnya DG44, DG48 dan
DG54. Sebagai contoh guru yang mempunyai gred DG44 layak untuk mendapat ITK
sebanyak RM400 manakala gred DG48 layak untuk mendapat ITK sebanyak RM550.

19.0

Tindakan : Guru berkenaan


20.0

21.0

22.0

23.0

Pemasangan 1Bestarinet
20.1 Mulai 2013, Bahagian Teknologi Pendidikan telah dipertanggungjawabkan bagi tujuan
pembayaran talian internet interim dan 1BestariNet dan sekolah perlu menghantar Laporan
Status Capaian Talian Internet ke PPD Bintulu pada 25hb setiap bulan yang akan dilakukan oleh
Juruteknik Komputer.
20.2 Juruteknik komputer juga berperanan mengenalpasti punca masalah capaian internet di sekolah
dan melapor kepada pihak Helpdesk ISP dan salinan dihantar ke PKG.
Tindakan : Juruteknik Komputer
IQPSS & I-Nilam
21.1 En. Sim Thiam Huat menegaskan bahawa data IQPSS dan I-Nilam perlu diisi secepat mungkin
dan diharap semua guru dapat memberi kerjasama dengan mengisi data yang diperlukan
sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Tindakan : Guru berkenaan
Data EMIS
22.1 EMIS akan dimuatnaik sebanyak 2 kali sebulan iaitu pada setiap pertengahan bulan dan hujung
bulan berkenaan dan Guru Data sekolah perlu menyemak semula koordinat sekolah.
Tindakan : Guru berkenaan
Pengurusan Perbelanjaan
23.1 Menurut En. Sim Thiam Huat perbelanjaan PCG hanya mencapai purata 8.3% setiap bulan dan
perbelanjaan yang dibuat masih rendah. Berikut merupakan pecahan, peruntukan dan
belanjawan yang telah dilakukan :

Perkara

Pecahan

Peruntukan

Belanja (%)

Yuran Khas sekolah


@RM9.00 seorang
murid

Sukan/permainan ;
PJ ;
P.seni ;
perpustakaan ;
pusat sumber

RM12,546.

0%

Bantuan Bayaran
Tambahan
Persekolahan
@RM29.50 seorang
murid

Sukan ;
Aktiviti P.Islam ,
Aktiviti P.Moral ;
Ko-kurikulum ;
Insuran Takaful ;
Kertas ujian sekolah

RM41,123

< 25 %

.
Tindakan : Guru berkenaan
24.0

25.0

26.0

LDP ( Latihan Dalam Perkhidmatan )


24.1 Data dalam e-SPLG perlu sentiasa dikemaskini. Tindakan perlu dibuat untuk guru-guru dan
kakitangan sokongan yang masih belum menghadiri apa-apa kursus setakat bulan ini, antaranya
dengan mengadakan LDP berasaskan sekolah atau book review.
24.2 Terdapat beberapa elemen baru dalam e-SPLG, Modul SULPD dan Modul Individu. Setiap
individu perlu sentiasa mengemaskini akaun e-SPLG masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
Jawatan hakiki SISC+ dan SiPartners+ sepenuh masa di PPD
25.1 Sebagai langkah KPM menyediakan sokongan kepada pengetua / GB untuk membantu mereka
meningkatkan prestasi sekolah, kementerian akan menempatkan jurulatih matapelajaran khusus
Program Penambahbaikan Sekolah (School improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan
juga jurulatih pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners /
SiPartners ) secara sepenuh masa di PPD.
25.2 Para jurulatih akan bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah
berprestasi rendah, iatu sekolah dalam band 5, 6 & 7 (Anjakan ke-6 dalam PPPM.
25.3 Guru-guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Matematik yang berminat diminta memohon
melalui PPD. Tarikh tutup 14 Jun 2013. Sila jumpa PK1 untuk mengisi borang
Tindakan : Semua Guru
GeMS 2013
26.1 Gerakan Menjulang Sarawak (GeMS) 2011 2015 merupakan perancangan strategik JPN
Sarawak untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan pendidikan di semua peringkat yang mana
terdapat 6 teras strategik & 6 matlamat utama untuk menjulang pendidikan Sarawak dalam
bidang akademik, ko-kurikulum dan perwatakan murid.
26.2 Semua sekolah perlu membuat perancangan strategik berasaskan GeMS 2011-2015 dengan
mengambil kira keadaan setempat serta keperluan masing-masing
26.3 Cakera liut berkaitan GeMS telah diedar kepada sekolah pada Disember 2012 dan pihak sekolah
perlu memastikan maklumat & data GeMS yang dihantar ke PPD adalah data yang sebenar dan
sahih untuk 2013
26.4 Dua pelaporan perlu dibuat sepanjang tahun, iaitu Rumusan Keseluruhan Pelaksanaan GeMS
2013 dan Pelaporan Status Pelaksanaan Memperkasakan Sekolah.
26.5 Rumusan Keseluruhan Pelaksanaan GeMS perlu dihantar 2 kali, iaitu bulan Jun dan Disember
2013. Manakala Pelaporan Status Pelaksanaan Memperkasakan Sekolah dibuat 2 bulan sekali.
Tarikh-tarikh penghantaran yang telah ditetapkan, iaitu 20 Mac 2013, 25 April 2013, 27 Jun 2013,
29 Ogos 2013 dan 29 Oktober 2013.
Tindakan : Semua Guru

27.0

28.0

29.0

BISP
27.1 Guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 layak dibayar
BISP manakala guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik Tingkatan 1 dan 2 tidak dilayak
dibayar BISP.
Tindakan : Guru berkenaan
Iklan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang
28.1 En. Sim Thiam Huat turut menyatakan tentang guru cemerlang dan pensyarah cemerlang yang
mana urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang di sekolah secara KUP dan peluang
kenaikan pangkat ke D44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C.
28.2 Guru-guru berminat boleh memohon sebelum 21 Jun 2013 dan calon yang layak akan dinilai oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Tindakan : Semua guru
Sumbangan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
29.1 Sumber Kewangan Tabung KWAPM terdiri daripada Peruntukan tahunan kerajaan , Sumbangan
pihak luar : syarikat korporat & individu perseorangan serta skim potongan gaji sukarela
kakitangan awam mulai 2006
29.2 KPM menyeru kakitangan khidmat awam memberi sumbangan melalui surat bertarikh 10 April
2013 yang mana sumbangan adalah dikecualikan cukai pendapatan
29.3 Potongan minimum ialah RM1.00 sebulan dan penjawat awam yang berminat membuat
sumbangan secara sukarela perlu mengisi Borang kebenaran Potongan Gaji Bulanan yang boleh
diperolehi daripada Ketua Pembantu Tadbir.
Tindakan : Semua Guru

30.0

31.0

32.0

Amalan jimat cermat


30.1 En. Sim Thiam Huat menegaskan tentang amalan berjimat cermat yang perlu dipupuk di
kalangan pelajar dan guru-guru termasuklah aspek kebersihan dan keselamatan persekitaran
sekolah.
30.2 Semua pihak perlu bekerjasama untuk mewujudkan suasana sekolah yang harmoni disamping
suasan pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar.
30.3 Semua guru diminta lebih peka dan membuat laporan jika terdapat sebarang kerosakan yang
berlaku.
Tindakan : Semua Guru
Iklan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang
31.1 En. Sim Thiam Huat turut menjelaskan tentang keberhutangan yang mana keberhutangan
bermakna pegawai tidak boleh membuat pinjaman peribadi melebihi 10 kali jumlah emolumen
atau jumlah potongan melebihi 60% dari emolumen.
31.2 Pengetua tidak boleh menandatangani boring kosong untuk urusan pinjaman peribadi guru dan
staf.
Tindakan : Semua Guru
Data Kehadiran harian murid secara online
32.1 En. Sim Thiam Huat berkongsi dengan guru-guru mengenai data kehadiran murid secara online
( APDM Sekolah Menengah Bintulu pada 20-23 Mei 2013). Data-data adalah seperti berikut :

Tarikh
20/5
21/5
22/5
23/5

33.0

Asyakirin
89.3 %
83.2 %
85.6 %
89.2 %

Penutup

Bandar
---11 %
40 %
----

Kemena
58.9 %
55.2 %
45.9 %
40.3 %

Baru
-------------

Bintulu
87.6 %
91.4 %
88.8 %
38.8 %

Kidurong
96%
94%
97%
96%

Pengetua mengucapkan terima kasih atas perhatian semua guru dan diharapkan semua guru
mendapat iktibar dan lebih komited menjalankan tugas yang diamanahkan untuk menjayakan misi dan
visi pendidikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................................................
(NIK MOHD FARIS BIN NIK HARUN

........................................
(SIM THIAM HUAT)
Pengetua,
SMK Asyakirin.

You might also like