You are on page 1of 19

Anda ingin menulis rencana yang bertajuk Sekolah Bebas Dadah bersempena dengan kempen antidadah peringkat sekolah.

Tulis rencana tersebut dengan lengkap. Sekolah Bebas Dadah Oleh Tan Si Yuen Dadah merupakan masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yangmendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Maka, pihak kerajaan telah bercadang untuk memulakan pencegahan dari awal lagi. Langkah ini dimulakan dengan menjadikan pelajar sebagai sasarannya. Oleh itu, usaha menjadikan sekolah supaya bebas daripada dadah merupakan langkah yang baik kerana jika kita hendak mendidik biarlah bermula dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan program antidadah pada peringkat sekolah. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan untuk menanamkan sifat benci akan dadah seperti ceramah, taklimat, pameran tentang jenis dadah yang berbahaya dan pertandingan melukis poster. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang bahayanya dadah .Sebagai contoh, sebelum memulakan pelajaran, setiap guru akan menceritakan kesan-kesan buruk yang diakibatkan oleh dadah. Tegasnya, program seperti ini akan meningkatkan kesedaran dan kosbagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah dapat dikurangkan.

Selain itu, kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) antidadah di sekolah juga harus ditubuhkan. Mereka yang menjadi ahli dalam kelab ini haruslah memainkan peranan mereka dengan memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan merokok. Hal ini dikatakan demikian keranaketagihan rokok dan perasaan ingin mencuba sesuatu akan mendorong mereka mengambil dadah Berdasarkan kajian oleh ahli psikologi, para remaja lebih mudah menerima nasihat dan pandangan daripada rakan sebaya mereka.. Dengan adanya pasukan seperti ini,kita dapat melakukan sesuatu dalam usaha untuk menyekat masyarakat terutamanya golongan pelajar terlibat dalam gejala penagihan dadah.. Bukan itu sahaja, program ujian urin perlu diwujudkan di sekolahsekolah. Melalui cara ini, pihak polis dapat membantu pihak sekolah mengesan kes-kes berisiko dadah di sekolah dan membantu pelajar yang terlibat bebas daripada dadah. Apabila seseorang itu dikenal pasti terlibat dalam penagihan dadah, pelajar tersebut hendaklah dimasukkan terus ke pusat pemulihan untuk pencegahan awal. Sebagai contoh, mana-mana pelajar yang disyaki menagih dadah atau ketagihan rokok yang melampau hendaklah dipanggil untuk ujian urin. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran pelajar supaya menjauhi amalan merokokdan juga gejala penagihan dadah.

Seterusnya, pihak sekolah hendaklah mengadakan Kempen Tak Nak sepanjang tahun. Kempen ini penting kerana remaja perlu diingatkan dari semasa ke semasa tentang gejala penagihan dadah bermula dengan aktiviti merokok. Kempen ini hendaklah dijalankan

dengan menampal poster di tempat yang menjadi tumpuan remaja di sekolah, papan-pan iklan, dan sebagainya. Sebagai contoh, setiap sekolah mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua papan iklan yang tertulis Tak Nak Merokok di kawasan sekolah. Melalui cara ini, remaja akan sentiasa ingat bahawa aktiviti merokok merupakan jalan atau laluan utama mereka untuk melibatkan diri dalam gejala penagihan dadah. . Sebagai kesimpulannya, semua pelajar memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah sosial ini. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk membasmi gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja. Kata-kata hikmat cegah sebelum parah harus ada pada setiap warga sekolah bagi merealisasikan sekolah bebas daripada dadah Tegasnya, pendidikan pencegahan dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan dadah pada peringkat awal. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil matlamat kita, iaitu sekolah bebas daripada dadah pada tahun 2012 akan terlaksana.

perlu mencorakkannya. Malah, hadis Rasulullah S.A.W. ada mengatakan bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang bersih melainkan dua orang tuanya yang berperanan mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani,atau Majusi. Jelaslah di sini bahawa keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam membentuk diri anak-anak dari segala aspek. Persoalannya,pernahkah ibu bapa renungkan sejauh mana peranan yang mereka mainkan berpengaruh dalam perjalanan hidup anak mereka?

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG


Institusi keluarga terdiri daripada bapa,ibu,anak-anak dan saudara mara. Setiap unit mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri. Walaupun keluarga merupakan agen sosial yang terkecil dalam masyarakat,namun keluarga memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan insan yang cemerlang. Ibu bapa terutamanya,mempunyai tanggungjawab yang besar kerana anakanak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapalah yang

Slogan Rumahku Syurgaku membawa erti keluarga yang bahagia. Dalam hal ini,ibu bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang aman dan damai. Menurut Dr. Hassan Ali,Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia,kesejahteraan bermula dari rumah,maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah akan dapat mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu,ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai iltizam untuk melahirkan insan yang utuh dari segi emosi,akhlak,dan moraliti dalam mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina jati diri mereka. Oleh itu,anak-anak terutamanya remaja yang baru sahaja berumur setahun jagung,darah setampuk pinang ini,tidak akan bercermin di air keruh. Selain itu,mereka juga lebih tenang dan lebih mudah menerima pelajaran bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan teraba-raba dalam mencari hala tuju kerana mereka sudah mempunyai keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang mereka. Justeru,dapatlah disimpulkan bahawa keluarga yang bahagia menjadi sumber

kekuatan mereka dalam menempuh usia remaja yang penuh cabaran.

Selain itu,ibu bapa bertanggungjawab memberikan ilmu kepada anak-anak. Peranan ilmu dalam kehidupan seseorang individu sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, anak-anak mestilah dipupuk supaya mencintai ilmu. Misalnya, ibu bapa wajar membudayakan amalan membaca dalam keluarga. Sesungguhnya, ilmu umpama cahaya yang akan menerangi hidup kita dengan membawa kejayaan. Menurut Islam,menuntut ilmu itu difardhukan kepada setiap muslim. Malah,Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada anak-anak supaya mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang seterusnya akan melahirkan insan yang lebih intelektual dan berketrampilan.

Malaysia,Norizan Sharif mengatakan bahawa ibu bapa sebagai golongan veteran haruslah membina kekuatan dalaman diri anakanak dengan asas agama. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi,didikan agama yang secukupnya akan menjadi benteng yang kukuh dalam menangkis segala anasir yang tidak baik dan seterusnya akan memandu mereka ke arah kecemerlangan. Justeru,ibu bapa amat berperanan dalam memberikan didikan agama yang baik dalam usaha menjadikan mereka insan yang cemerlang.

Pada era globalisasi dan modenisasi ini,tugas mendidik,menjaga dan melindungi anak-anak daripada perkara yang negatif bukanlah suatu perkara yang ringan dan mudah bagi sesebuah keluarga. Bekalan pendidikan yang berkualiti dari sekolah,menanamkan rasa tanggungjawab dan disiplin,tidak cukup sekiranya tidak diimbangi dengan bekal pendidikan agama yang baik. Kita sendiri dapat melihat hakikat bahawa golongan yang berpelajaran turut terlibat dalam kes-kes jenayah yang berlaku pada hari ini. Oleh itu,tidak lengkaplah seorang individu itu sekiranya tidak menghayati nilai-nilai agama. Dalam hal ini,ibu bapa mesti bertindak sejak peringkat akar umbi lagi dalam usaha menerapkan nilai agama. Bak kata pepatah,sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Menurut Presiden Persatuan Penggerak Komuniti

Di samping itu,ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak. Oleh hal yang demikian,mereka mesti menjadi role model kepada anak-anak. Bagi menjadi role model yang baik, ibu bapa mestilah memulakannya daripada diri mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Misalnya,dari segi penampilan diri,ibu bapa yang menjadi role model ini,perlu berketrampilan sopan dan tidak melanggar batasan agama dan budaya. Mereka juga perlu menjadi pengurus rumahtangga yang baik iaitu dari segi pengurusan masa,pengurusan diri,sehinggalah ke pengurusan kewangan. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa,ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,bapa borek anak rintik,dan bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Tambahan pula,keluarga merupakan sumber inspirasi kepada setiap individu. Sentuhan kasih sayang dan dakapan mesra menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa seharusnya menjadi pemudah cara kepada anak-anak supaya mereka dapat membebaskan diri daripada belenggu masalah.

Sebagai contoh,apabila anak-anak berhadapan dengan masalah pelajaran atau gangguan emosi,ibu bapa perlu menjadi pendengar yang setia dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat juga anak-anak yang mengalami tekanan sehingga mereka hilang kawalan diri dan putus asa,ibu bapalah orang pertama yang seharusnya menghidupkan kembali semangat mereka dan memberikan bimbingan untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak,mereka pasti akan mencari orang luar yang belum tentu dapat menjadi penggalak dan pembimbing ke jalan yang benar. Justeru,ibu bapalah yang harus menjadi penggalak dan pembimbing yang terbaik supaya mudah bagi mereka untuk mengharungi segala cabaran dalam usaha menjadi insan yang cemerlang.

Pada masa yang sama,anak-anak mestilah diberikan perhatian. Ibu bapa mestilah peka terhadap faktor-faktor di sekeliling anak-anak mereka. Misalnya,ibu bapa mestilah mengawal dan memantau pergaulan anak-anak dengan rakan supaya mereka tidak akan mudah terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tersilap langkah dalam memilih rakan. Malah,kita dapat melihat pada setiap hari,isu negatif yang melibatkan generasi muda menghiasi lembaran akhbar. Contohnya, gejala merokok dalam kalangan remaja. Isu negatif seumpama ini bertitik tolak daripada pengaruh rakan sebaya. Hal ini bermakna,ibu bapa berperanan mengawal dan melindungi anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara negatif yang akhirnya akan menjadi penghalang kepada kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

kecemerlangan anak-anak. Oleh itu,ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan sebelum melayari bahtera rumahtangga demi melahirkan ibu bapa yang prihatin. Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi tanggungjawab suami,isteri,dan anak-anak serta batasan-batasan hak mereka ini diharapkan dapat membantu mereka dalam membentuk sahsiah atau disiplin anak-anak. Sesungguhnya disiplin yang kukuh adalah pencetus kecemerlangan dan kegemilangan. Hal ini seiring dengan kata-kata mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang berhasrat menjana rakyat Malaysia menjadi cemerlang,gemilang,dan terbilang dalam usaha mewujudkan negara yang maju. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa peranan keluarga ini sebenarnya memberi sumbangan dalam pembentukan sesebuah negara. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa maju atau mundur sesebuah negara terletak di tangan ibu bapa yang membentuk sesebuah institusi keluarga.

Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu bapa menjadi modal insan yang utama untuk menjana

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG


PENDAHULUAN AYAT HURAIAN: Dalam era langit terbuka ini , Negara Malaysia semakin gah menempa nama di persada antarabangsa. Pihak kerajaan juga telah menguar-uarkan keperluan masyarakat madani untuk merealisasikan wawasan kudsi 2020 melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Selaras dengan hasrat kerajaan , pembentukan modal insan cemerlang merupakan aspek yang amat penting bagi kemajuan sesebuah tamadun. Maka , ibu bapalah yang harus memainkan peranan penting dalam memikul tanggungjawab yang kudus ini. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling suci dalam mendidik dan membentuk haluan generasi tunas negara ini. Nicolo Machiavelli pernah mengatakan bahawa institusi keluarga amat penting dalam pembentukan tamadun yang berinovasi dan cemerlang. Persoalan uang menerjah kita semua ialah apakah peranan ibu bapa dalam membentuk modal insan yang cemerlang? ISI 1 Mendepani arus globalisasi sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa harus memainkan peranan dalam memberikan didikan awal kepada anak-anak. Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Jika merah , merahlah ia. Jika biru , birulah ia. Maka ibu bapalah yang harus berperanan dalam mencorakkan anak mereka dengan corak yang terang. Ibu bapa merupakan segala-galanya bagi anak-anak. Ibu bapa haruslah melengkapkan diri anak-anak mereka dari aspek jasmani , rohani ,

emosi , sahsiah dan intelek. Maka , ibu bapa haruslah mengajar anak- anak untuk menjadi seorang insan yang berdisiplin. Mereka juga harus memenuhi diri anak anak dengan ilmu duniawi. Ilmu bagaikan lautan luas yang tiada hujungnya. Oleh itu , ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk mempraktikkan konsep pembelajaran sepanjang hidup. Ibu bapa juga harus mengajar anakanak mereka cara untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan cara untuk menjaga kesihatan anak-anak mereka. Profesor Diraja Engku Aziz pernah mengungkapkan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa merupakan profesor pertama bagi mereka. Maka , ibu bapa harus sedar bahawa mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam membentuk generasi muda untuk menjadi modal insan cemerlang di landasan yang betul. ISI 2 Pada mutakhir ini , memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa harus menjadi suri teladan yang positif kepada anak-anak dalam membentuk modal insan cemerlang. Ibu bapa merupakan insan yang berada paling dekat dengan anak-anak. Sejak mereka dilahirkan ibu bapa menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. Maka , segala tindak-tanduk ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak kerana mereka menghabiskan kebanyakan masa bersama ibu bapa.Hal ini secara langsung menunjukkan ibu bapa harus menjadi role model ataupun suri teladan yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh , ibu bapa haruslah mengamalkan pemakanan seimbang dan sentiasa melakukan aktiviti riadah pada waktu senggang.Ibu bapa juga harus sentiasa menjaga kebersihan diri dan rumah. Hal ini secara langsung akan menjadi ikutan anakanak untuk menjadi generasi unggul yang cemerlang , gemilang dan terbilang. Keadaan ini diibaratkan bapak borek anak rintik.

Tuntasnya , ibu bapa sememangya wajar menjadi suri teladan yang unggul kepada anak-anak dalam proses pembentukan golongan yang berwawasan bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. ISI 3 Dalam arus kemodenan ini , satu lagi modus operandi yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ialah memberi didikan agama yang kudus kepada anak-anak. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa ajarlah anakmu dengan rotan selepas anakmu berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat. Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Maka ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka untuk mendalami ilmu agama dan mencintai Tuhan. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta. Tiada ilmu yang mulia melainkan ilmu agama di dunia ini. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa tanpa ilmu agama ilmu duniawi akan menjadi buta. Ibu bapa haruslah menyeru anak- anak untuk membaca dan memahami kitab-kitab agama. Ibu bapa juga harus sentiasa membawa anak-anak ke tempat beribadah. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti ketakwaan , kesabaran , kegigihan , keikhlasan dan bertanggunjawab. Maka , ibu bapa seharusnya memberi didikan agama yang suci kepada anak anak dalam membentuk golongan yang bersahsiah tinggi dan seterusnya untuk membentuk modal insan cemerlang. PENUTUP Akhirulkalam , gagasan dan tugas untuk memupuk , membangun , meningkatkan dan membentuk modal insan cemerlang adalah suatu tanggungjawab yang besar. Maka , ibu bapa

yang harus memainkan peranan penting dalam memupuk golongan tunas yang tidak ternilai ini ke haluan yang cemerlang , gemilang dan terbilang. Pembentukan modal insan cemerlang ini sudah tentu akan memupuk tamadun yang berionavasi dan seterusnya dapat memajukan negara ini standing dengan negara-negara lain bak kata pepatah duduk sama rendah , berdiri sama tinggi.

Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara


Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yangmenyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini. Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan

penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air danelektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan. Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini. Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan

sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara. Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik. Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas

melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan agar menjadi ikutan remaja. Ulaskan pernyataan ini.

Analisis soalan: Tema Tugasan/arahan : semangat kejiranan semakin luntur : mengulas peranan ibu bapa dalam memupuk semangat kejiranan dalam diri golongan remaja. Format : tiada

bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga disisihkan. Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan remaja kerana tingkah laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau tidak mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Siapakah insan yang pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah kalau bukan jiran di sebelah rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi merealisasikan hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni. Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan atau role-model kepada anak-anak . Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh dan mendidik anak-anak dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih, anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama malah nilainilai sosialyang murni. Justeru dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan

Susun papan satu persatu, Agar redup dahan rumbia; Hidup berjiran bantu membantu, Agar hidup harmoni bahagia.

Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup berjiran. Amalan bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni dan bahagia. Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.Kehidupan moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan manusia dalam arus kesibukan yang tidak

kekal dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja. Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara yang berkaitan hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan tersebut. Tak kenal maka tak cinta, justeru, amalan kunjungmengunjung mesti diamalkan supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan dapat diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana di sekeliling. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Apa yang sering berlaku setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa leka menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan. Mereka lebih rela memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-mengunjung semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini , lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan remaja. Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga, dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang berkenaan. Di kawasan kampung misalnya, aktiviti marhaban pada

Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau majlis perkahwinan, kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan diri secara aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat, beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran yang lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama ini adalah yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja. Seperti ungkapan serampang dua mata, aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memupuk dan menghidupkan semula semangat hidup berjiran malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran remaja terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan internet. Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat pada masa kini. Tanpa hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru, sebagai pemimpin keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan meninggalkan gambaran yang mendalam kepada remaja. Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup berbaik-baik dengan jiran, seterusnya mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni dan bahagia.

Hubungan Kekeluargaan yang Erat Amat Penting dalam Melahirkan Keluarga Bahagia.
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, istilah 'Rumahku Syurgaku' kian terhakis dalam pemikiran masyarakat. Istilah itu seolah-olah telah hanyut ditelan zaman kerana masyarakat hari ini lebih menumpukan kepada kerjaya dan berlumba-lumba mengejar kemewahan hidup. Kesan daripada itu, institusi keluarga kian rapuh dan berlaku pelbagai pergolakan dalam keluarga. Untuk mengembalikan kegemilangan keluarga, ibu bapa melaksanakan tanggunjawab dengan cemerlang dan perlu bijak menguruskan masa agar hubungan kekeluargaan dapat diperkukuhkan dan dipertautkan kembali. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga akan saya huraikan dalam perenggan berikutnya.

anak sesuai dengan zaman semasa. Sikap mengongkong kehidupan anak-anak akan membuatkan mereka memberontak dan akan cuba bertindak di luarkawalan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mencari ruang masa untuk berbincang dan mendengar permasalahan anak-anak agar mereka dapat meluahkan perasaan berkaitan dengan hal peribadi, keperluan hidup dan memberi idea untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia selari dengan peribahasa muafakat membawa berkat. Dalam kesempatan ini juga, ibu bapa boleh memberi teguran tehadap tingkah laku anak-anak yang dianggap tidak sesuai. Jelaslah bahawa bersikap terbuka mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antara peranan utama ibu bapa untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga ialah denganmemperuntukkan masa bersama-sama ahli kelurga. Jika ibu bapa dapat menjadualkan masa untuk bersamasama dengan anak-anak dalam tempoh tertentu, anak-anak akan berasa dihargai, diberi perhatian dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa oleh memperuntukkan masa untuk makan bersama-sama, solat berjemaah, mengadakan mesyuarat keluarga atau sebagainya. Dengacara ini, hubungan ahli keluarga akan dapat dipereratkan dan menimbulkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga.

Ibu bapa juga perlu merancang untuk membawa anakanak mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi. Aktiviti riadah dan rekreasi ini umpama serampang dua mata kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, melepaskan tekanan kerja tetapi juga dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. Dalam hal ini, ibu bapa bukan sahaja dapat bersiar-siar, beriadah atau melancong dengan anak-anak tetapi dapat bermesra, bergurau senda dan memahami hati budi anak-anak. Antara aktiviti beriadah yang baik ialah melancong, berkelah, membeli-belah dan sebagainya. Konotasinya, dengan aktiviti beriadah dan berreakrasi dapat memantapkan ikatan kekeluargaan.

Selain itu, ibu bapa juga perlu bersikap terbuka dengan anak-anak. Ibu bapa perlu memberi kebebasan yang terkawal kepada anak-

Peranan ibu bapa yang seterusnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah denganmenyediakan keperluan harian dan pembelajaran anak-anak. Sebagai anak, mereka mendambakan keperluan sepertimana yang diperoleh rakan-rakan mereka. Antara keperluan harian yang diinginkan ialah pakaian, makanan dan hiburan. Sewajarnya ibu bapa memenuhi keperluan tersebut

mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak tidak berasa terasing atau ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Keperluan pembelajaran juga perlu dipenuhi agar anakanak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna sama ada di sekolah atau di rumah. Antara keperluan pembelajaran ialah alat tulis,buku-buku latihan dan bilik belajar yang sempurna. Jika semua keperluan ini dapat dipenuhi, anak-anak akan berasa seronok dan ukhwah keluarga dapat dimantapkan.

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

Konklusinya, ibu bapa perlulah melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam mendidik anak-anak dengan sempurna agar ikatan kekeluargaan dapat dipereratkan. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan anak-anak hanya kerana untuk mengejar kemewahan hidup atau kerana mementingkan kerjaya. Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih, ibu bapalah yang berhak untuk mencorakkan kehidupan anak-anak, untuk menjadikan mereka itu berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kemesraan yang terjalin antara ibu bapa dan anak-anak akan mewujudkan keluarga yang bahagia.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah pasangan yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas,

penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkahlangkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangathangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai pelajar, jelaskan cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.
Analisis soalan Tema : jasa dan pengorbanan Guru Arahan : menjelaskan cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru Format : tiada (Huraian)

generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial seterusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. Justeru, memang tidak dapat disangkal lagi golongan guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk kepimpinan negara ke arah kemajuan. Seterusnya generasi inilah yang bakal memacu pembangunan negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negaranegara lain yang maju. Begitulah besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru. Oleh itu, apakah cara dan wadah yang paling bermakna dapat dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan gurunya? Memang tidak dapat dinafikan, golongan pelajar merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menaragading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putusbagai air sungai yang mengalir. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan. Juseru pelajar mesti bergaul dengan guru persis seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Sebagai pelajar, mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan memberi salam, mengucapkan salam sejahtera,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Demikianlah indahnya bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk Usman Awang mantan Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru. Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa agar menjadi

serta ucapan terima kasih perlulah sentiasa bermain di bibir seorang pelajar. Bahasa yang sopan dengan nada suara yang lemah lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar kerana adalah tidak wajar seseorang pelajar meninggikan suara di hadapan gurunya. Hormatilah guru sebagaimana kita menghormati ibu bapa. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru yang menjalankan tugasnya. Segala arahan dan suruhan guru dipatuhi. Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita. Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang guru. Guru mana yang tidak gembira apabila anak didiknya mengukir kejayaan dalam peperiksaan. Hati guru yang mana yang tidakberbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, Belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu menggembirakan hati seorang guru serta turut dapat mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia(STPM). Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah berharga serta memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahajaibarat mencurahkan air ke daun

keladi ataupun mencurahkan garam ke laut.Dalam hal ini, pelajar seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih. Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinismasyarakat terhadap tugas dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak berjasa. Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Dalam hal ini

sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semasa sambutan Hari Guru, para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada guru-guru yang mengajar mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang diibaratkan lebah yang menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu dicurahkan kepada bakal pemimpin negara pada masa depan ini. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan perasaan simpati ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang, budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. Dengan berbuat demikian kita dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi guru. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan ganjaran atas kebaikan yang kita berikan.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi kejayaan seseorang anak didikmu'.

Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya bagi mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan.

Langkah-langkah Mengatasi Kegiatan Jenayah dalam Kalangan Remaja


Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Mungkinkah ini salah satu carapergaulan remaja sekarang? Tegasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak leluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk mengekang gejala ini daripada kehidupan seharian. Usaha yang paling utama dan efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja di negara ini adalah dengan cara ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam kebejatan sosial seperti gejala jenayah ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari setiap perkara yang dilakukan samaada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya, ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anakanak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada remaja dan anak-anak supaya

mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat tinggal dan tempat mengadu masalah. Selain ini, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah dalam kalangan remaja yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah pihak berkuasa perlu mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antara langkah untuk mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat adalah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurangkurangnya dapat menakutkan remaja yang ingin melakukan jenayah. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa waswas kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah dalam kalangan remaja. Seterusnya, pengenalan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk menbanteras kes jenayah dalam kalangan remaja. Seandainya, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) menjadi pelajaran teras sudah pasti masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi. Matapelajaran PSK ini merupakan satu langkah kearah mambentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan

memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula matapelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah terang lagi bersuluh, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula matapelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah dalam kalangan remaja juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pada hari ini banyak kempen yang diadakan di sekolah seperti cendawan tumbuh selepas hujan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja terutamanya peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana para pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Seandainya para pelajar diberi pendedahan awal tentang kes-kes jenayah, sudah tentu masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada kepada pesalah. Tegasnya, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja yang semakin leluasa. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti

ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan remaja untuk sentiasa melakukan perkaraperkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolongmenolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial didefinisikan sebagai pertubuhan yangmencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubat. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, sudah pasti kegiatan jenayah dalan kalangan remaja akan semakin leluasa. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. Tegasnya, penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan salah satu langkah prakmatik dan dogmatik dalam menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja. Konklusinya, kegiatan jenayah dalam kalangan remaja mendatangkan impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara malah turut menjadi virus epidimik yang akan menjatuhkan imej negara di mata seantero dunia. Oleh sebab itu, begitu peri vitalnya setiap orang menyedari peranan mereka dalam membanteras jenayah dalam kalangan remaja. Sebelum nasi menjadi bubur, masyarakat perlulah menggembleng tenaga untuk membanteras jenayah yang semakin membarah di Malaysia. Hal ini sekali gus dapat meminimumkan statistik jenayah sosial dalam kalangan remaja seterusnya negara Malaysia dapat melahirkan remaja yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti.

You might also like