You are on page 1of 4

1. Lukiskan pelan bilik darjah tempat anda bersama mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

Pintu depan

Pintu belakang

Penanda: Papan Putih Meja Murid Rak buku

Papan Notis

Bangku Panjang

Tempat letak penyapu

Meja Guru

Sudut bacaan

2. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan. Bahan pengajaran yang pertama sekali ialah papan putih. Papan putih menjadi kemudahan asas guru dalam sesi pengajaran. Guru telah menulis topik serta isi-isi penting pada papan untuk rujukan murid. Selain itu, guru turut menampal bahan bantu mengajar pada papan putih. Penggunaan papan putih membolehkan setiap murid melihat maklumat yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih jelas dan sistematik. Selain daripada itu, sudut bacaan turut disediakan di belakang kelas. Banyak jenis buku dibekalkan di sudut tersebut. Murid boleh membuat rujukan serta bacaan apabila mereka mempunyai masa lapang. Dengan adanya sudut bacaan, murid yang tidak mempunyai masa untuk pergi ke perpustakaan sekolah boleh mendapatkan bahan bacaan dengan mudah. Bahan serta sumber pengajaran pembelajaran turut dipamerkan di bilik darjah di papan notis. Terdapat papan notis kecil disediakan di depan bilik darjah yang telah saya menjalani pemerhatian. Papan notis tersebut membuat catatan berkaitan kerja rumah yang perlu disiapkan serta ujian yang akan dijalankan. Papan notis tersebut memainkan peranan sebagai peringatan kepada murid. Selain itu, papan notis yang lebih besar disediakan di belakang bilik darjah. Papan notis tersebut digunakan untuk mempamerkan hasil tugasan murid yang baik dan ini dapat memberi peluang kepada murid yang lain untuk merujuk hasil tugasan rakan mereka. Murid-murid secara tidak langsung akan dipupuk untuk melakukan kerja mereka dengan baik supaya dapat dipamerkan kepada rakan mereka di dalam kelas.

3. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Antara bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid dalam kelas ialah papan putih, sudut bacaan serta papan notis. Papan putih merupakan alat yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran. Dengan penggunaan papan putih, guru boleh menyuruh murid untuk menjawab soalan dalam bentuk tulisan. Sudut bacaan pula membolehkan murid mendapat maklumat tambahan atau maklumat diluar bidang sukatan pembelajaran melalui bacaan. Murid-murid boleh membuat bacaan pada waktu rehat atau sebelum kelas bermula. Papan notis membenarkan hasil murid yang baik dipaparkan. Murid boleh mengambil peluang untuk membaca hasil rakan mereka dan menjadikan ia sebagai satu contoh kepada mereka.

4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT? Semasa menjalani sesi pemerhatian, guru sesi tersebut tidak menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran beliau. Bukan itu sahaja, tiada kelengkapan LCD selain skrin LCD dibekalkan dalam kelas. Pada pendapat saya, keadaa ini berlaku mungkin disebabkan murid-murid masih belum mempunyai kemahiran dalam penggunaan kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, kemudahan ICT tetap disediakan di Makmal Komputer sekolah. Walaupun kemudahan tidak dibekalkan di dalam kelas, murid masih berpeluang untuk mempelajari kemahiran penggunaan kemudahaan ICT semasa kelas ICT.

5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Melalui pemerhatian saya, murid-murid dalam kelas tersebut banyak melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka banyak memberi respon kepada guru mereka. Apabila guru

mengemukakan soalan, murid-murid berebut untuk memberi jawapan. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengajaran guru tersebut berjaya menarik perhatian anak murid beliau. Apabila aktiviti kumpulan dijalankan, murid-murid banyak membuat perbincangan. Mereka membantu antara satu dengan yang lain dengan menyumbang idea-idea.

6. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Cara pembahagian kumpulan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah pembahagian mengikut tempat duduk. Murid dibahagi kepada lima kumpulan mengikut tempat duduk mereka. Kumpulan ini digunapakai pada setiap sesi P&P. Setiap guru boleh memberi markah jika murid mempunyai perlakuan yang baik dalam kelas. Penggunaan kaedah ini membantu dalam mengawal tingkah laku murid semasa P&P berlangsung. Selain menjaga tingkah laku sendiri, mereka turut akan menjaga tingkah laku rakan mereka.

You might also like