You are on page 1of 2

Mengurus Perubahan

Information Communication Technology (lCT) memainkan peranan yang penting dalam merubah suasana sekolah secara menyeluruh. Terdapat enam gaya perubahan yang akan dihadapi oleh para pengetua dan guru besar. Perubahan pertama ialah dalam sekolah itu sendiri yang melibatkan kerja membina prosedur baru, aliran kerja, kumpulan kerja, asas pengetahuan, perkhidmatan dan komunikasi. Perubahan kedua berkaitan dengan struktur organisasi sekolah antaranya kewujudan unit Information Technology (IT) yang akan memudahkan perhubungan maklumat kepada pengguna dan memberikan laporan mengenai sekolah dengan tepat, cepat dan lengkap. Ketiganya ialah hubungan antara sekolah dengan pihak luar seperti pelanggan baru, hubungan dengan para pembekal, rakan kongsi dan persatuan atau persekutuan. Perubahan keempat pula penting dalam bidang ekonomi yang melibatkan penggunaan alatan elektronik, bentuk baru pasaran promosi sekolah dan pengiklanan, kos urusniaga atau belanjawan sekolah dan gaya pentadbiran dalam hubungannya dengan pelanggan dan pembekal. Seterusnya ialah perubahan penting dalam pentadbiran sekolah yang melibatkan pelbagai unsur elektronik iaitu menggunakan persidangan video, mel elektronik, mesyuarat secara elektronik, alat kumpulan (groupware) dan syarahan tamu elektronik. Keadaan ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh serta keupayaan untuk memudahkan membuat projek sekolah yang selalunya menghadapi kekangan masa, kawasan dan jarak. Perubahan keenam ialah dalam pembangunan nasional, lnstitusi sekolah akan berhadapan dengan saingan nasional dan antarabangsa termasuk aspek kemudahan awam. Sekolah akan menggunakan jumlah perbelanjaan yang besar dalam membangunkan teknologi maklumat dan mendedahkan peluang untuk memperbaiki perkhidmatan sekolah kepada orang awam.

Perubahan pengurusan sekolah yang menggunakan lCT akan kelihatan bukan sahaja daripada aspek fizikal iaitu peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, tetapi juga daripada aspek keadaan sekeliling termasuk motivasi dan kepentingannya kepada pelajar. Dalam hal ini pengurusan mudah untuk ditentukan, madamatnya jelas yang memfokus kepada cita-cita mernperolehi pencapaian persekolahan yang tinggi di samping menyediakan arahan dan peraturan yang komprehensif dalam usaha mendisiplinkan pelajar, serta membantu mengurangi kesilapan pada tahap paling minima. Para guru juga mampu membina perubahan dengan cara menyediakan metodologi pengajaran dan sistem pengajaran yang berkesan dalam membantu dan menyokong pencapaian serta matlamat sekolah. Sesetengah masalah penggunaan lCT dalam membuat keputusan dihalang oleh kesukaran untuk memperolehi maklumat yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Memperolehi maklumat yang lengkap dan tepat juga menjadi masalah kepada pengurusan dan pentadbiran berciri manual. Dengan adanya ICT, proses membuat keputusan menjadi lebih mudah. Yang pentingnya ialah keputusan yang dilakukan itu berkesan, tepat dan lengkap.

You might also like