You are on page 1of 8

Tugasan 2: Menganalisis penggunaan bahasa yang terdapat dalam teks sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah sama ada

dari sudut morfologi, sintaksis atau semantik serta membuat perbandingan dengan penggunaan bahasa Melayu zaman Sekarang. Panjang Tugasan tidak melebihi 8 muka surat. 3.0 3.1 KAJIAN TEKS HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI PENGENALAN Semantik merupakan bidang yang mengkaji dan menganalisis makna dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalinkan komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapkan. 3.2 OBJEKTIF KAJIAN

i.

Menganalisis kata sendi nama yang terdapat dalam petikan teks Hikayat Abdullah.

ii.

Mengkaji penggunakan kata sendi nama dalam petikan teks Hikayat Abdullah.

3.3

BATASAN KAJIAN Kajian ini dibataskan kepada aspek golongan kata Kata Sendi Nama yang terdapat dalam Bab 1 teks Hikayat Abdullah muka surat 1 hingga muka surat 7.

3.4

DEFINISI KONSEP

Kata Sendi Nama merupakan kata tugas dibawah golongan kata dalam morfologi bahasa Melayu. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk

merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain. Malah, kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. 3.5 KAEDAH KAJIAN Kaedah yang digunakan ialah kajian kepustakaan iaitu dengan merujuk bukubuku di perpustakaan. Selain itu, kajian ini berbentuk kualitatif iaitu

penganalisisan data secara huraian/deskriptif. 3.6 PROSEDUR KAJIAN Menurut Elliott (1978) dalam buku Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011:13), terdapat lima fasa dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu pengenalpastian masalah, perancangan tindakan, pengumpulan data,

penganalisisan data dan perancangan untuk tindakan masa hadapan. Pengkaji telah menggunakan prosedur yang dicadangkan oleh Elliott (1978) semasa menjalankan kajian ini. Berikut merupakan prosedur yang digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian: i. Mengenal pasti sampel kajian iaitu buku bahasa Melayu Klasik Hikayat Abdullah, bab I. ii. Pengumpulan data kajian iaitu mencari kata sendi nama dalam buku Hikayat Abdullah. iii. Mengidentifikasi dan mengklasifikasikan bidang morfologi dari aspek kata sendi nama dan perbandingan penggunaannya dengan bahasa Melayu sekarang. iv. Membuat rumusan keseluruhan tentang kata sendi nama yang digunakan dalam buku bahasa Melayu Abdullah.

3.7

PERSAMPELAN Sampel yang dipilih ialah teks Hikayat Abdullah muka surat 1 hingga 7.

3.8

KERANGKA KONSEPTUAL

Sampel Kajian Teks Hikayat Abdullah Munsyi

Pengumpulan Data

Mengidentifikasi dan Mengklasifikasi Morfologi - Kata Tugas (Kata Sendi Nama) Menjelas dan Menghuraikan Kata Sendi Nama Membuat Rumusan

3.9

DAPATAN KAJIAN 3.9.1 Pengenalan

Penggunaan kata sendi nama dalam bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu kini tidak banyak berubah dari segi fungsinya dalam ayat. Tugas kata sendi nama ini secara umum ialah merangkaikan frasa nama dengankata-kata ataufrasa lain. Tugas dan fungsinya berbeza berdasarkan konteks

penggunaannya yang khusus.

3.9.2 Analisis Kata Sendi Nama Dalam Teks Hikayat Abdullah Kata Sendi Nama 1. dari 2. daripada 3. ke 4. kepada 7. di 8. dengan 9. akan 10. oleh

5. pada 6. dalam

11. seperti 12. sehingga

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penggunaan kata sendi nama dapat dilihat seperti yang yang terdapat pada jadual di atas. Antara kata sendi nama yang terdapat dalam petikan teks ini ialah dari, daripada, ke, kepada, pada, dalam, di, dengan, akan, oleh, seperti, dan sehingga. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, tugas dan fungsi kata sendi nama ini tidak banyak berubah dalam karya bahasa Melayu klasik ini dengan bahasa Melayu kini. Analisis bagi penggunaan kata sendi nama ini dapat dilihat seperti berikut:

Maka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampailah kepada masa aku dipersembahkan oleh ibuku..

Maka sedikit hari datanglah perintah dari Betawi yaitu.. Penggunaan kata sendi nama dari berfungsi untuk menunjukkan masa, tempat dan arah. Berdasarkan contoh penggunaannya dalam Hikayat Abdullah ini,

penggunaan dari masih menunjukkan masa iaitu dari zaman moyangku dan menunjukkan tempat seperti perintah dari Betawi.

Sebermula maka kemudian daripada bapaku itu tinggal di Sungai Baharu. Maka kemudian daripada matinya itu, maka anak-anaknya itupun turun. Bagi contoh di atas, kata sendi daripada digunakan untuk hal yang lebih umum seperti orang, perbandingan, asal kejadian atau bahagian tertentu. Dalam teks kajian ini, contoh 1 iaitu Sebermula maka kemudian daripada bapaku itu tinggal di Sungai Baharu merupakan ayat yang menggunakan kata sendi nama daripada untuk orang.

Contoh 2 pula, Maka kemudian daripada matinya itu, maka anak-anaknya itupun turun menunjukkan fungsinya bagi menunjukkan asal kejadian itu.

Kata sendi nama ke pula berfungsi untuk menerangkan tempat, arah, waktu atau masa dan tidak boleh digunakan untuk menunjukkan manusia atau haiwan. Seperti contoh yang telah diberikan, ayat-ayat ini digunakan untuk menunjukkan arah dan tempat.

..semuanya pergi ke sebelah Tanah Jawa.(arah) Apabila ia sampai ke labuhan,(tempat) Penggunaan kata sendi kepada digunakan untuk benda bernyawa, abstrak, pecahan atau perubahan keadaan. Contoh dalam teks kajian ini dapat dilihat seperti berikut:

1. maka ia ada belajar kepada encik punya bapa, lamanya setahun delapan bulan.. 2. Maka pergilah bapaku kepada segala negeri-negeri yang tersebut itu. Contoh 1 menunjukkan penggunaan kepada yang merujuk kepada orang, dan contoh 2 pula merujuk kepada pecahan atau perubahaan keadaan.

Seterusnya, penggunaan kata sendi nama pada juga digunakan untuk waktu, orang, tempat dan benda abstrak. Contoh ayat yang menggunakan kata sendi merujuk waktu ialah seperti berikut: Maka pada masa itu Inggeris memegang perintah dalam Melaka.

Maka sekalian perkara perkara ini ialah pekerjaannya mencari makan pada zaman itu.

Selain itu juga, kata sendi nama dalam berfungsi untuk menerangkan jarak lingkungan yang tidak mempunyai ruang. Contoh yang terdapat dalam petikan yang dikaji ialah seperti berikut: yaitu zaman Holanda yang dahulu dalam negeri Melaka..

Maka adapun surat yang tersebut adalah kudapati dalam peti tulis bapaku, maka Seterusnya, penggunaan kata sendi nama di juga digunakan merujuk tempat dan arah. Akan tetapi, penggunaan di ini tidak boleh digunakan untuk masa. Contoh ayat yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut. Malah penggunaannya tepat mengikut fungsi kata ini sendiri.

..maka sampai selesai peperangan itu ada tiga tahun lamanya ia di sana, maka kembalilah pula ke Melaka.

..tidaklah berkira-kira lagi, duduk dengan kesenangan, berteriak di kiri, di kanan menyahut Kata sendi nama dengan digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, perbandingan, padanan, kesan atau cara. Dalam contoh berikut, penggunaan dengan ini didapati membawa maksud bersama-sama iaitu bersama-sama nenekku dan bersama-sama bininya. ..maka diperisterikan oranglah ia dengan nenekku perempuan, yang bernama Paryaci

..lalu cerailah ia dengan bininya yang di Sungai Bahuru itu, lalu pulanglah ke Melaka. Kata sendi yang seterusnya ialah akan. Akan digunakan di hadapan kata nama untuk manusia dan haiwan. Contoh yang terdapat pada petikan yang dikaji ialah seperti berikut.

1. ..dengan tiada berperang atau bersusah, sebab Adriaan Kock itubelot diberinya jalan akan Inggeris itu naik dari ke kebunnya.. 2. ..adik-kakak bapaku yang di dalam Melaka terlalu sukacita hendak mengawinkan akan dia dalam Melaka. Selain itu, kata oleh merupakan kata sendi nama yang digunakan untuk membentuk ayat pasif dan membentuk hubungan yang membawa maksud sebab. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaannya dalam teks Hikayat Abdullah ini terhasil daripada ayat pasif yang digunakan oleh penulis seperti berikut: Surat ini namanya dalam bahasa Inggeris character, diberi oleh Tuan Marsden kepda encik punya bapa

Maka tiada berapa lamanyaTuan Cook itupun belayarlah, digantikan oleh Tuan Farquhar menjadi raja di Melaka.

Kata seperti yang menunjukkan perbandingan juga dikategorikan sebagai kata sendi nama. Contoh ayat yang menunjukkan perbandingan menggunakan kata seperti ini ialah seperti berikut.

Maka bahawasanya adalah bapaku kepada zaman itu umpamanya seperti tikus yang jatuh ke dalam gedung beras, tidaklah berkira-kira lagi,.. Penggunaan kata sendi nama sehingga pula berfungsi untuk menerangkan masa dan peringkat. Seperti contoh yang terdapat dalam teks kajian, penggunaan sehingga ini digunakan untuk menerangkan masa.

Maka pergilah bapaku ke Riau, sehingga Holanda berperang dengan Bugis dan Melayu, maka sampai selesai peperangan itu

4.0

PENUTUP

4.1

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dilihat bahawa penulis karya ini menggunakan kata sendi nama yang berfungsi untuk menyambung frasa-frasa dengan frasa yang lain. Fungsi kata sendi nama ini adalah pelbagai seperti merujuk kepada masa, tempat, orang, arah, dan banyak lagi.

Oleh itu, kajian ini memperlihatkan bagamana penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu dengan masa kini dari aspek penggunaan kata sendi nama sama ada ia mempunyai fungsi yang sama atau mempunyai perubahan baik perubahan yang besar ataupun kecil.

4.2

CADANGAN

Sebagai cadangan. kajian ini dapat dijalankan lagi secara terperinci dan menyeluruh agar pelbagai lagi penggunaan kata sendi nama yang dapat diketahui. Selain itu, batasan kajian ini diluaskan lagi supaya kajian ini dapat menghasilkan hasil yang lebih banyak dan terperinci.

You might also like