You are on page 1of 1

PROGRAM SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN SLOT 1 (CERAMAH PUISI TRADISIONAL)

Slot ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Semua peserta ceramah telah duduk mengikut unit masing-masing. Pensyarah-pensyarah dari unit Ilmu Pendidikan juga turut menghadirkan diri bagi ceramah ini. Tajuk ceramah pertama ialah puisi tradisional. Ia telah disampaikan oleh pensyarah dari jabatan pengajian Melayu iaitu Dr. Wan Zaliha bt. Wan Othman. Penceramah telah memulakan ceramah dengan memperkenalkan diri beliau. Beliau telah memberikan pelbagai input berkaitan dengan puisi tradisional dengan sangat jelas. Pertama beliau telah memperkenalkan sejarah puisi tradisional. Beliau memberikan definisi yang lengkap tentang puisi tradisional. Seterusnya, beliau telah memberi input tentang jenis-jenis puisi tradisional seperti syair, seloka, dan banyak lagi. Penceramah telah menunjukkan pelbagai contoh bagi setiap jenis puisi tradisional. Beliau telah memberikan fokus terhadap syair. Beliau menyanyikan syair yang ditunjukkan sebagai contoh. Beliau juga memberikan maklumat tentang ciri-ciri syair dari gaya bahasa, tema, rima, dan bentuk agar semua peserta ceramah dapat menghasilkan syair pada akhir program. Apabila penceramah selesai memberikan ceramah, beliau telah memaparkan beberapa klip video berkaitan dengan persembahan syair. Selepas itu, beberapa pensyarah dan guru pelatih dari setiap unit telah menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan dan menyanyikan syair. Akhirnya, sesi soal jawab telah diadakan. Beberapa guru pelatih telah menanya soalan kepada penceramah dan beliau telah menjelaskan keraguan para guru pelatih dengan baik. Slot 1 telah berakhir pada pukul 10.30 pagi.

You might also like