You are on page 1of 1

EXERCISE 2-1

PC WORK memasang komputer dari pelbagai komponen yang dibekalkan oleh


pelbagai kilang. Syarikatnya dan pusat memasang komputernya agak kecil dan barangan
jualan secara borong disimpan di sebuah tempat di Redmon, Washington, di kawasan
perindustrian.
Senarai di bawah ialah beberapa jenis kos yang ditanggung oleh syarikat itu.

Soalan

Bagi setiap kos, tunjukkan samada ia dikategorikan sebagai Buruh Langsung,


Bahan Mentah Langsung, Overhead Perkilangan, Jualan dan Pemasaran,
Kos Pentadbiran.

1) Kos Pemacu Cakera Keras yang dipasang ke komputer (B. Mentah Langsung)
2) Kos Pengiklanan dalam surat khabar ‘Puget Computer Sound’ (Jualan Dan Pemasaran)
3) Upah Pekerja yang memasang komponen komputer. (Buruh Langsung)
4) Komisen Atas Jualan yang dibayar kepada syarikat penjualan (Jualan Dan Pemasaran)
5) Upah Penyelia dalam kedai memasang komputer. (Overhead Perkilangan)
6) Upah akauntan dalam syarikat itu. (Kos Pentadbiran)
7) Susutnilai Peralatan yang digunakan untuk menguji komputer
yang dipasang sebelum dijual kepada pelanggan. (Kos Pentadbiran)
8) Sewa ke atas Bangunan di kawasan perindustrian. (Kos Pentadbiran)

Note :

Buruh Langsung – Pekerja yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu
produk.
Bahan Mentah Langsung – Bahan yang terlibat secara langsung bagi menghasilkan
produk hingga menjadi produk akhir.
Overhead Perkilangan – Semua kos yang terlibat dalam pembikinan sesuatu produk
kecuali Buruh Langsung dan Bahan Mentah Langsung.
Kos Jualan dan Pemasaran – Semua kos yang diperlukan untuk mendapatkan pesanan
pelanggan dan bagi memastikan penghantaran barangan
kepada pelanggan.
Kos Pentadbiran – Semua kos yang berkaitan dengan pengurusan am sesebuah syarikat
secara keseluruhan.
Cth : Ganjaran Eksekutif, Kos Perjalanan Eksekutif, Gaji Setiausaha,
Susutnilai Peralatan dan Bangunan

You might also like