You are on page 1of 51

HUBUNGAN ANTARA MINAT TERHADAP AMALI SAINS BIOLOGI DENGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU

HASNAH BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULATAN IDRIS

2007

HUBUNGAN ANTARA MINAT TERHADAP AMALI SAINS BIOLOGI DENGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU

HASNAH BINTI MOHAMAD

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULATAN IDRIS

2007

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

26.09.2007

HASNAH BINTI MOHAMAD D20041018454

ii

PENGHARGAAN

Assalamualakum w.b.t Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di atas limpah dan rahmat-Nya menganugerahkan rezeki dan kesihatan kepada saya untuk melaksanakan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah penyelia Dr. Ong Eng Tek yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat sehingga saya dapat menyiapkan laporan ilmiah ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa juga kepada pensyarah penyelidikan, Dr. Maria Salih yang telah mengajar saya bagi subjek penyelidikan ini dan memberi tunjuk ajar dalam menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan juga saya hulurkan kepada ahli keluarga saya kerana telah banyak membantu dan memberi dorongan semasa saya mengikuti program ini. Dengan sokongan penuh daripada mereka, saya dapat menghadapi segala rintangan dan kesulitan dengan tabah hati.

Tidak lupa juga saya ucapkan kepada kawan-kawan terutama kawan serumah dan seperjuangan yang telah memberikan sokongan moral, nasihat dan kerjasama sehingga saya berjaya menyiapkan laporan ini.

Semoga sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan penyelidikan ini akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t dan didoakan agar berbahagia selalu.

Sekian, terima kasih.

iii

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Bharu. Kajian ini merupakan satu gabungan kepada kaedah Causal comparative dan kaedah korelasi. Kaedah Causal comparative digunakan untuk mengkaji perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi melalui ujian t. Manakala kaedah korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS dengan menggunakan ujian korelasi. Kajian ini melibatkan 120 responden yang terdiri daripada 60 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan tingkatan 4 aliran sains tulen. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak kelompok. Instrumen kajian ini iaitu soal selidik terdiri daripada tiga bahagian, iaitu maklumat pelajar, 15 soalan yang menggunakan skala Likert berkaitan minat terhadap amali sains Biologi dan 36 soalan objektif berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Keputusan yang didapati menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai minat yang positif terhadap amali sains Biologi dan memiliki tahap penguasaan KPS yang baik. Ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan secara statistik terhadap amali sains Biologi antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Bagi ujian korelasi tidak terdapat perhubungan yang signifikan secara statistik antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS. Kesimpulannya, minat terhadap amali sains Biologi tidak mempengaruhi tahap penguasaan KPS pelajar tingkatan 4 di Kota Bharu.

iv

ABSTRACT The aim of this research is to determine a significant correlation between the interest in Biology practical work and the levels of students acquisition of Science Process Skill among form 4 students in Kota Bharu. This research is a combination of both Causal comparative and correlation methods. Causal comparative method was used to determine the difference of interest in Biology practical work between students genders by using t-test. While correlation method was used to identify the relationship between students interest in Biology practical work and the levels of students acquisition of Science Process Skill by using correlation test. The samples of this survey study were 120 pure science stream students consisted of 60 boys and 60 girls. The samples were chosen by cluster random sampling. The instrument which was a questionnaire consisted of three parts, namely student background, 15 Likert scale items on interest in Biology practical work and 36 multiple choice questions on Science Process Skills. The dataset gathered was analyzed by using SPSS programme. The result showed that most of the students have positive interests in Biology practical work and the students level of acquisition in Science Process Skills is good. For ttest, there was no statistically significant difference in students interest in Biology practical work between genders. While, correlation test showed that there was no statistically significant relationship between students interest in Biology practical work and the acquisition level of Science Process Skill. The conclusion is the interest in Biology practical work does not influence the level of acquisition in Science Process Skill among form 4 students in Kota Bharu.

KANDUNGAN Muka Surat

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI GRAF SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v viii ix x

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

PENDAHULUAN Pengenalan Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Signifikan Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional 1 3 4 5 5 6 7 8

BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.4

KAJIAN LITERATUR Minat terhadap Sains dan amali Sains Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Kemahiran proses sains (KPS) Hubungan amali Sains dan penguasaan KPS 11 12 13 14

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Sampel Kajian Prosedur Kajian Instrumen Kajian 16 17 17 18

vi

3.5 3.6 3.7 3.8 3.9

Kesahan Instrumen Kebolehpercayaan Instrumen Minat Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Minat Analisis Data Pengukuran skala bagi minat pelajar terhadap amali sains Biologi

19 20 20 21

22

3.10

Pengukuran skala bagi tahap minat pelajar terhadap amali sains Biologi 23

3.11

Pengukuran skala bagi tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains 24

BAB 4 4.1 4.2

DAPATAN KAJIAN Pengenalan Minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4 4.3 Tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS) pelajar tingkatan 4 4.4 Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi 4.5 Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains 30 29 28 26 25

BAB 5 5.1

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4 5.2 5.3 Tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS) Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi 5.4 Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains 5.5 5.6 Cadangan Kesimpulan 34 34 35 33 32 33

vii

RUJUKAN

37

LAMPIRAN

vii

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka surat

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3

Skala bagi darjah persetujuan Skala Likert Nilai pekali korelasi Pearson Ringkasan statistik yang digunakan bagi setiap hipotesis kajian Jeda dan skala bagi sikap pelajar terhadap amali sains Biologi Skala dan tahap minat pelajar terhadap amali sains Biologi Skala dan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains pelajar Min skor minat terhadap amali sains Biologi Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS

19 21 22 22 23 24 26 29

30

ix

SENARAI GRAF

Rajah

Muka Surat

4.1 4.2

Graf min skor minat terhadap amali sains Biologi Carta pai tahap penguasaan KPS pelajar tingkatan 4

27 28

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

1 2 3 4

Borang Soal Selidik Soalan Ujian KPS Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Kelantan

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan asas-asas kajian menjadi pilihan dan kenapa perlu dikaji. Objektif-objektif kajian berserta kesignifikanan kajian juga dikemukakan bagi mengukuhkan supaya kajian dapat dijalankan.

1.1

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan sentiasa disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan terkini. Justeru, kerajaan telah menitikberatkan sains dan teknologi dalam kurikulum sekolah untuk melahirkan generasi yang dapat memimpin negara ke arah sebuah negara moden dan maju selari dengan perubahan dunia. Kerajaan juga telah merangka pelbagai cara untuk memperkukuhkan modal insan. Salah satu cara adalah melalui pembinaan masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Di samping itu, penekanan juga akan diberikan bagi menyediakan asas yang kukuh dalam Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta

memupuk etika dan disiplin yang baik di kalangan pelajar (Rancangan Malaysia Ke9).

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka.

Kurikulum sains di sekolah telah digubal bagi memberi penekanan kepada aspek kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk melahirkan generasi yang berketerampilan, kreatif dan beretika bagi menerajui kemajuan sains dan teknologi negara pada masa hadapan. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan sains memberi penekanan kepada pemerolehan ilmu dan penekanan khusus kepada kerja amali di dalam makmal sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Kurikulum Biologi pula digubal bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Oleh yang demikian, murid mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertangungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Dalam kurikulum sains KBSM, proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Biologi haruslah berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman sendiri yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Aktiviti inkuiri dan penemuan melibatkan pelajar mengenalpasti masalah seterusnya merancang dan menjalankan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran tertentu dengan lebih berkesan. Ini bermakna, segala aktiviti pengajaran yang dirancang sewajarnya melibatkan pelajar secara aktif bagi menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif.

1.2

Penyataan masalah

Kemahiran saintifik yang merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif perlu dikuasai dengan baik oleh setiap pelajar bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat kritis, kreatif dan berketerampilan yang

mengamalkan budaya sains dan teknologi. Namun, masih terdapat pelajar walaupun sudah berada di pusat pengajian tinggi tetapi masih belum menguasai kemahiran tersebut dengan baik dan berkesan.

Keadaan ini juga dinyatakan oleh Alyas Mohamad (tidak dinyatakan tahun) dalam kajiannya bahawa kebanyakan konsep sains di kalangan pelajar sains yang sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu didapati kurang penguasaan dan mantap. Konsep-konsep asas sains tidak dikuasai oleh pelajar sedangkan mereka telah mempelajarinya semasa di peringkat sekolah menengah dahulu. Hal ini menyebabkan timbul kesulitan bagi mereka untuk mendalami sains pada peringkat pengajian seterusnya. Selain itu, pelajar juga didapati kurang menguasai kemahiran manipulatif yang meliputi penggunaan alatan atau radas semasa menjalankan eksperimen sains.

Salah satu tujuan perlaksanaan amali sains dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains khususnya Biologi adalah untuk menerapkan kemahiran saintifik kepada pelajar. Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat terhadap amali sains. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif dengan baik. Oleh itu, satu kajian tentang minat pelajar terhadap amali sains di peringkat sekolah menengah mampu memberi gambaran kepada hubungan perlaksanaan amali sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan penguasaan kemahiran proses sains.

1.3

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah:

1.3.1

Untuk mengetahui sejauh manakah minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4.

1.3.2

Untuk mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan kemahiran proses sains di kalangan pelajar tingkatan 4.

1.3.3

Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi.

1.3.4

Untuk mengenalpasti hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains.

1.4

Persoalan kajian

Persoalan kajian ini adalah:

1.4.1

Sejauh manakah minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4?

1.4.2

Sejauh manakah tahap penguasaan kemahiran proses sains di kalangan pelajar tingkatan 4?

1.4.3

Adakah terdapat perbezaan minat yang signifikan secara statistik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi?

1.4.4

Adakah terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains?

1.5

Hipotesis kajian

Hipotesis Null (Ho) bagi kajian ini adalah:

1.5.1

Tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan secara statistik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi.

1.5.2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran saintifik.

1.6

Signifikan kajian

Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat membantu pihak-pihak terbabit untuk mengambil langkah yang sewajarnya dalam memastikan perlaksanaan amali sains yang lebih berkesan dan mantap di sekolah terutama di peringkat menengah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terutama penggubal kurikulum dapat menilai semula tempoh waktu untuk amali sains dijalankan agar pelajar mempunyai masa yang sesuai dan mencukupi untuk melakukan aktiviti amali sains. Di samping itu, amali sains tidak membosankan dan boleh menarik minat pelajar.

Selain itu, pihak kementerian juga dapat menyediakan peralatan dan kemudahan makmal yang mencukupi bagi setiap sekolah agar amali sains khususnya dalam mata pelajaran Biologi dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Antaranya ialah menyediakan spesimen segar yang mencukupi dan model 3D yang lengkap agar pembelajaran pelajar melalui aktiviti amali menyeronokkan di samping menarik minat pelajar terhadap amali sains dan mata pelajaran Biologi khususnya. Amali sains yang dijalankan dengan baik dapat membantu pembelajaran pelajar dan dapat meningkatkan kemahiran saintifik di kalangan pelajar khususnya dalam mata pelajaran Biologi.

Selain itu pihak sekolah dapat menyediakan makmal sains yang lengkap dan selesa bagi aktiviti amali yang berkesan. Ini sebab, aktiviti amali merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran mata pelajaran Biologi. Melalui aktiviti seumpama ini pelajar dapat memahami konsep-konsep dan fenomena-fenomena sains yang kompleks dengan lebih mudah. Di samping itu minat dan rasa ingin tahu pelajar terhadap sains akan dapat dipertingkatkan.

Para guru juga dapat memperbaiki mutu pengajaran mereka di samping merancang pengajaran yang lebih berkesan. Melalui aktiviti amali, guru sebenarnya dapat menilai tahap penguasaan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang

diajar. Menurut Threlfall (2005) dalam kajiannya menyatakan bahawa penilaian formatif adalah sangat penting bagi guru-guru dalam merangka perancangan pengajaran harian. Melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui tahap pencapaian pelajar dan menggunakan kaedah pengajaran yang terbaik dan bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar. Amali sains merupakan salah satu daripada contoh penilaian formatif. Ini disebabkan dalam pembelajaran secara eksperimen, setiap laporan amali yang dihantar oleh pelajar akan dinilai oleh guru. Menerusi penilaian tersebut, guru akan dapat mengetahui aras kefahaman pelajar.

Bagi pelajar pula dapat membantu meningkatkan minat terhadap subjek Biologi melalui kaedah amali sains. Amali sains memberi peluang kepada pelajar untuk menguji tahap kemahiran saintifik dan kefahaman pelajar. Selain itu diharapkan kajian ini juga akan memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan amali sains dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Ini sebab, melalui amali sains akan membolehkan pelajar memahami konsep-konsep yang terdapat dalam Biologi dan memperkukuh pengetahuan Biologi pelajar.

Memandangkan keperluan sumber manusia yang berkemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi menjelang Tahun 2020, kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains di peringkat sekolah harus diberi tumpuan. Dalam hal ini, penerapan amali sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains adalah penting dan harus dikaji dan diteliti. Kajian ini mungkin dapat memberi maklumat serta membantu penggunaan dan pengurusan makmal sains dengan lebih berkesan lagi.

1.7

Batasan kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah di daerah Kota Bharu. Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh negeri atau negara. Walaubagaimanapun dapatan kajian ini mungkin dapat memberi

sedikit gambaran umum terhadap kedudukan semua pelajar Sains Biologi tingkatan empat.

1.8

Definisi operasional

1.8.1

Minat

Menurut Kamus Dewan (2005), minat bermaksud keinginan (kecenderungan atau kesukaan) ke arah sesuatu. Minat dalam kajian ini adalah kesukaan pelajar untuk melakukan amali sains Biologi.

1.8.2

Amali Sains

Menurut Nurzatulshima Kamarudin (2002), amali sains merupakan satu teknik pembelajaran di mana pelajar diberi peluang untuk belajar melalui pengalaman secara terancang di dalam makmal. Dalam kajian ini amali sains merupakan salah satu aktiviti pembelajaran Biologi yang dijalankan di dalam makmal dengan menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang disediakan berdasarkan kemahiran saintifik yang dipelajari.

1.8.3

Kemahiran Proses Sains (KPS)

KPS merupakan satu dari dua komponen Kemahiran Saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada KPS dan juga Kemahiran Manipulatif. KPS adalah proses-proses yang berlaku dari aspek kognitif (minds-on) yang berlaku dalam fikiran individu yang melakukan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja amali sains. KPS adalah proses mental yang terlibat dalam melakukan penyelidikan Sains. Komponen yang terkandung dalam KPS disusun mengikut tahap ringkas dan senang kepada yang lebih kompleks, ialah memerhati, mengelas, mengukur, menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi dengan menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Berikut merupakan huraian setiap komponen KPS

berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan Lima yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2002):

1.8.3.1

Memerhatikan

Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

1.8.3.2

Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

1.8.3.3

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

1.8.3.4

Membuat inferens

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

1.8.3.5

Meramalkan

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

1.8.3.6

Berkomunikasi

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

1.8.3.7

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.

10

1.8.3.8

Mentafsirkan data

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

1.8.3.9

Mendefinisikan secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

1.8.3.10

Mengawal pemboleh ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

1.8.3.11

Membuat hipotesis

Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

1.8.3.12 Merancang

Mengeksperimen dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis,

mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

Dalam kajian ini, kemahiran proses sains merujuk kepada kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar aliran Sains tulen khususnya pelajar Biologi.

BAB 2

TINJAUAN LITERASI

Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian serta dapatan-dapatan yang diperolehi oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama ada dari dalam negara mahu pun luar negara. Dapatan-dapatan tersebut dijadikan sebagai landasan atau pun rujukan bagi penghasilan kajian ini.

2.1

Minat terhadap Sains dan amali Sains

Terdapat kajian terdahulu yang mendapati bahawa kanak-kanak akan berminat dengan Sains sekiranya mereka diberi peluang yang cukup untuk bereksperimen dengan Sains. Kanak-kanak juga perlu digalakkan untuk berfikir tentang alam di sekeliling mereka dan berinteraksi dengannya. Kenyataan ini disokong oleh Siti Fatimah Abd Rahman (2002) yang menyatakan masa terbaik untuk memberi pendidikan sains kepada anak-anak ialah ketika mereka berasa ingin tahu tentang persekitaran mereka. Pengalaman-pengalaman yang menggunakan deria seperti merasa, mendengar, menyentuh, melihat dan menghidu, dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi lebih observant (teliti dalam pemerhatian) dan curious (rasa ingin tahu). Kenyataan ini turut

12

disokong oleh Roden (2005) yang mengatakan bahawa pupils attitudes towards science reveal that their attitudes are formed at an early age.

Banyak kajian yang telah dijalankan dan mendapati bahawa pelajar yang mempunyai sikap yang baik dan positif akan mempunyai pencapaian yang baik. Menurut Chaplain (2000), pelajar yang mempunyai sikap yang positif dapat meningkatkan motivasi terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran sains dan memperbaiki pencapaian dari segi akademik. Ini bermakna, sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif akan berupaya untuk memperbaiki serta berpeluang untuk memperoleh pencapaian yang baik dan meningkatkan minat terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran sains yang dijalankan di dalam makmal.

2.2

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA)

Menurut Rodziah Ismail (2004), Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan kualiti. Ia digunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses pendidikan. Sistem penaksiran ini dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan

dimoderatkan. Pelaksanaan di peringkat sekolah bermaksud sistem ini dirancang, ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor di peringkat sekolah menggunakan panduan PEKA yang diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sistem ini telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi pelajar tingkatan empat dan tahun berikutnya bagi pelajar tingkatan lima.

Manakala Mohd Nazri Abdul Hamid (2000) dalam kajian ilmiah beliau juga mendapati kebolehan pelajar menguasai penilaian kerja amali (PEKA) mempengaruhi

13

pencapaian sains UPSR. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penilaian kerja amali (PEKA) dan sains UPSR. Ini bermakna pelajar yang dapat menguasai PEKA juga pasti dapat menguasai sains UPSR (ujian bertulis) dengan baik. Sehubungan itu, guru-guru sains sepatutnya bekerja keras supaya semua pelajar dapat menguasai PEKA dengan baik kerana ia meliputi kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Selain itu, aktiviti dalam PEKA membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep sains dengan berkesan. Oleh sebab pencapaian kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif) mempengaruhi mata pelajaran sains

keseluruhannya, maka komitmen di kalangan guru sangat penting ke arah peningkatan prestasi pelajar.

2.3

Kemahiran Proses Sains (KPS)

Kurikulum sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam. Dalam Kurikulum ini, kemahiran saintifik yang dimaksudkan terdiri daipada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seseorang pelajar dikira menguasai kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan seumpama dengannya

Menurut Lay Yoon Fah (2001), kemahiran proses sains merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kurikulum Sains. Kemahiran ini mewakili pemikiran rasional dan logikal yang digunakan dalam bidang Sains. Penguasaan kemahiran proses sains membolehkan seseorang individu bertindak terhadap maklumat dan seterusnya menghasilkan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kenyataan ini telah disokong oleh Anne Garton (1999) yang mengatakan Primary students learn by hands-on integrated programs, so the scientific process of questioning, researching and experimenting will become familiar to students.

14

Lawson (1995) pula menjelaskan bahawa kemahiran proses sains penting untuk allow adolescent to go beyond descriptions and create and test hypothetical (non-observable) explainations for what is encountered. Selain itu, pelajar dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni yang paling tinggi sekali iaitu mengetahui, memahami dan meyakini tentang rahsia kejadian alam sarwajagat, kejadian makhluk manusia dan penciptaansistem keseluruhannya. Keupayaan untuk memahami, menyelesaikan masalah, membuat keputusan yang munasabah atau bijak dan sebagainya depend on creative and critical thinking skills.

2.4

Hubungan amali sains penguasaan dan kemahiran proses sains (KPS)

Kaedah amali merupakan satu teknik pembelajaran di mana pelajar diberi peluang untuk belajar melalui pengalaman. Melalui kaedah ini, pelajar menjalankan aktiviti secara terancang di dalam makmal. Kaedah amali membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahan-bahan atau peralatan sains untuk membuat pemerhatian serta memahami fenomena sains. Penggunaan kaedah amali dapat menerapkan secara langsung kemahiran saintifik kepada pelajar. Melalui kerja amali yang dijalankan, pelajar akan memperolehi kedua-dua kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains seperti memerhati, mengukur, mentafsir maklumat dan kemahiran manipulatif yang merangkumi kemahiran mengguna, mengendali dan menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat (Nurzatulshima Kamarudin, 2002).

Kenyataan ini disokong oleh Mahazir Othman (1998) yang menyatakan aktiviti makmal adalah bertujuan meneguhkan pembelajaran tentang sesuatu konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah. Ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran saintifik supaya boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Ia turut melengkapkan para pelajar dengan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains yang melibatkan pemikiran secara sistematik, objektif, kreatif, kritis, analitis dan rasional.

15

Terdapat juga beberapa kajian lepas yang mengkaji penguasaan kemahiran manipulatif bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Foo See Fong (1998) yang bertajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Pelajar Kimia Tingkatan 4, kajian tentang peranan kerja amali. Daripada hasil kajian didapati kelas eksperimen memperolehi min skor 13.15 iaitu tahap penguasaan yang tinggi manakala min skor bagi kelas kawalan ialah 10.55 iaitu pada tahap sederhana. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar di dalam kelas eksperimen diberi peluang untuk melakukan kerja-kerja amali di makmal kimia. Maka pelajar dapat memahami dan menguasai teknik-teknik mengendalikan peralatan sains dan bahan kimia dengan baik. Ini dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dan membantu pelajar memperkukuhkan konsep atau teori sains yang dipelajari.

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini menghuraikan metodologi yang dijalankan oleh penyelidik. Kajian ini hanya tertumpu pada minat pelajar tingkatan empat terhadap amali sains Biologi dan juga tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains. Dalam memperolehi data tersebut, penyelidik membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan proses penganalisaan data.

3.1

Rekabentuk kajian

Kajian ini merupakan satu gabungan kepada kaedah Causal comparative dan kaedah korelasi. Kaedah Causal comparative digunakan untuk mengkaji perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi. Manakala kaedah korelasi pula digunakan untuk mengkaji hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS).

17

3.2

Sampel kajian

Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan tingkatan empat dari 2 buah sekolah di daerah Kota Bharu. Dua buah sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Zainab 1 dan Maktab Sultan Ismail. Sampel dipilih secara persampelan rawak berkelompok (cluster random sampling). Kaedah persampelan ini digunakan memandangkan pelajar dipilih secara

berkelompok dan bukan secara individu. Sampel pelajar dari kedua-dua sekolah tersebut adalah pelajar yang mengikuti aliran Sains Tulen.

3.3

Prosedur Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Seterusnya beberapa langkah telah disusun untuk memastikan proses dan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. Langkah-langkah tersebut ialah:

Langkah 1 Mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah yang dipilih daripada Fakulti Sains dan Teknologi.

Langkah 2 Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah untuk membuat kajian di sekolah tersebut.

Langkah 3 Mendapat bantuan daripada guru sekolah untuk memilih dan mengumpulkan sampel kajian yang sesuai dengan persampelan rawak.

18

Langkah 4 Selepas sampel kajian dikenalpasti, maka borang soal selidik diedarkan untuk dijawab.

Langkah 5 Borang soal selidik yang telah ditanda akan dikumpul dan disusun.

Langkah 6 Menganalisis data berdasarkan borang soal selidik.

Langkah 7 Membuat rumusan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya memberikan cadangan atau idea yang bernas untuk kajian lanjutan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap Kemahiran Proses Sains dan juga minat pelajar terhadap amali sains Biologi.

3.4

Instrumen kajian

Satu instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik yang ditadbir kepada semua sampel pelajar. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A mengenai maklumat am pelajar seperti bangsa, jantina dan pencapaian Biologi dalam ujian pertengahan tahun. Manakala bahagian B mengandungi 15 item berkenaan minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan lima skala respons (5 untuk sangat setuju dan 1 untuk sangat tidak setuju). Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemarkahan Skala Likert yang digunakan. Kategori persetujuan adalah seperti berikut:

19

Jadual 3.1 Skala Bagi Darjah Persetujuan Skala Likert ______________________________________________ Skala Likert Markah ______________________________________________ Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju 5 4 3 2 1

Bahagian C mengandungi ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang terdiri daripada 36 item aneka jawapan dan merangkumi kesemua komponen dalam kemahiran proses sains.

3.5

Kesahan instrumen

Dari segi kesahan instrumen minat, penyelidik telah meminta penyelia untuk meneliti item-item instrumen dalam memastikan item-item tersebut mengukur minat pelajar terhadap amali sains Biologi. Kesahan ini perlu bagi memastikan instrumen kajian adalah sah dari segi isi kandungan dan format kajian. Walau bagaimanapun, untuk bahagian C soal selidik yang mengandungi Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang terdiri daripada 36 item aneka jawapan tidak perlu diambil pengesahan kerana telah ditentukan kesahannya oleh Burn, Okey dan Wise (1985) daripada University of Cambridge dan telah diterjemahkan oleh Ong Eng Tek dengan kebenaran penulis. Soalan ujian ini merangkumi kesemua komponen yang terdapat di dalam KPS.

20

3.6

Kebolehpercayaan instrumen minat

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan ke atas responden seramai 20 orang pelajar. Responden terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu. Soal selidik bagi kajian rintis telah dibawa sendiri oleh pengkaji ke sekolah terlibat dan dikutip sendiri pada hari yang sama.

Kajian rintis ini bertujuan untuk memastikan instrumen kajian atau item soal selidik yang akan digunakan nanti adalah besesuaian dari segi kebolehpercayaan dalaman dan kesahan (Sekaran, 2003). Instrumen telah diubahsuai daripada instrumen yang telah digunakan dalam kajian-kajian terdahulu. Instrumen juga telah disemak dan dimurnikan melalui perbincangan bersama penyelia supaya nilai alfa yang baik bagi kebolehpercayaan instrumen kajian diperolehi.

3.7

Analisis kebolehpercayaan instrumen minat

Ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen minat diuji dengan analisis Cronbach Alpha. Melalui analisis tersebut, nilai koefisyen Cronbach Alpha () yang telah diperolehi bagi instrumen kajian adalah 0.857. Menurut Sekaran (2003), nilai koefisyen Cronbach Alpha adalah reliability coefficients yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Nilai alfa yang menghampiri 1.0, menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi. Manakala nilai alfa yang kurang daripada 0.6 menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang lemah. Berdasarkan nilai alfa yang telah diperolehi, ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen minat adalah kuat dan tinggi. Maka kesemua item yang terdapat dalam instrumen ini telah diguna pakai sewaktu menjalankan kajian sebenar.

21

3.8

Analisis data

Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferential dengan menggunakan pakej SPSS (Statistical Package for the Social Science). Analisis diskriptif digunakan untuk menganalisis minat terhadap amali sains Biologi dan tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS) di kalangan pelajar tingkatan 4. Analisis diskriptif yang terlibat adalah peratusan, min skor, sisihan piawai dan analisis varians sehala.

Manakala analisis secara inferential menggunakan Ujian-t untuk sampel kajian tidak bersandar (Independent-samples t test) dan ujian korelasi. Ujian-t digunakan untuk mengenalpasti kesignifikanan perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi. Ujian kolerasi pula digunakan dalam analisis data untuk mengetahui hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Dalam mentafsir hubungan di antara pemboleh ubah dalam korelasi Pearson, skala Gilford digunakan. Jadual 3.2 menunjukkan nilai r dan kekuatan hubungan.

Jadual 3.2 Nilai Pekali Korelasi Pearson

Nilai Pekali Korelasi, r Kurang daripada 0.20 0.20 hingga 0.40 0.40 hingga 0.70 0.70 hingga 0.90 Lebih daripada 0.90

Kekuatan hubungan Sangat lemah Lemah Sederhana Kuat Sangat kuat

22

Secara ringkasnya, kesemua hipotesis kajian akan diuji berdasarkan kaedah statistik seperti jadual 3.3 di bawah:

Jadual 3.3 Ringkasan statistik yang digunakan bagi setiap hipotesis kajian

Bil.

Hipotesis H01 : Tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan secara

Jenis statistik

statistik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi H02 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan secara

Ujian-t

statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran saintifik

Korelasi Pearson

3.9

Pengukuran skala bagi minat pelajar terhadap amali sains Biologi

Skala tertinggi Skala Likert setiap item Skala terendah Skala Likert setiap item Perbezaan skala Jeda perbezaan skala

=5 =1 =4 = 4/5 = 0.8

Daripada pengiraan tersebut, jeda dan skala bagi sikap (minat) pelajar terhadap amali sains Biologi terbentuk seperti berikut:

23

Jadual 3.4 Jeda dan Skala Bagi Sikap Pelajar terhadap Amali Sains Biologi ______________________________________________ Julat Min Sikap Pelajar ______________________________________________ 1.00 1.80 1.81 2.61 2.62 3.42 3.43 4.23 4.24 5.00 Sangat Negatif Negatif Tidak Pasti Positif Sangat Positif

_______________________________________________

Sikap sangat negatif, negatif dan tidak pasti digabungkan dan ditafsirkan sebagai mempunyai sikap negatif manakala sikap positif dan sangat positif digabungkan dan ditafsirkan mempunyai sikap positif (Nor Adzha Che Man, 2005). Oleh yang demikian, penggunaan min skor dapat menentukan sama ada sikap pelajar iaitu dari segi minat terhadap amali sains Biologi adalah positif atau negatif.

3.10

Pengukuran skala bagi tahap minat pelajar terhadap amali sains Biologi

Penyelidik telah membahagikan tahap minat pelajar tingkatan 4 terhadap amali sains Biologi kepada beberapa tahap berdasarkan skala markah yang dikira daripada itemitem yang terdapat dalam bahagian B soal selidik. Jadual 3.5 di sebelah menunjukkan skala dan tahap minat pelajar terhadap amali sains Biologi.

24

Jadual 3.5 Skala dan Tahap Minat Pelajar terhadap Amali Sains Biologi ______________________________________________ Skala markah Tahap minat ______________________________________________ 1 19 20 38 39 57 58 75 Tidak berminat Rendah Sederhana Tinggi

_______________________________________________

3.11

Pengukuran skala bagi tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains

Penyelidik telah membahagikan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains pelajar tingkatan 4 kepada beberapa tahap berdasarkan skala markah yang dikira daripada item-item yang terdapat dalam bahagian C soal selidik (Ujian Kemahiran Proses Sains). Jadual 3.6 Skala dan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar _______________________________________________________ Skala markah Tahap penguasaan KPS _______________________________________________________ 0 - 25 26 - 50 51 - 75 76 - 100 Lemah Sederhana Baik Cemerlang

________________________________________________________

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Bab ini menghuraikan dengan terperinci data-data yang diperolehi semasa di lapangan dan dianalisakan. Penganalisaan data-data dibuat mengikut peringkat demi peringkat soalan kajian. Bantuan jadual-jadual yang mengandungi hasil penganalisaan disertakan bagi memudahkan pemahaman. Hasil dari penganalisaan ini akan memudahkan perbincangan dibuat.

4.1

Pengenalan

Dalam bab ini semua soalan kajian akan dijawab. Analisis yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4

Minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4. Tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS) pelajar tingkatan 4. Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi. Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains.

26

4.2

Minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4.

Persoalan kajian 1: Sejauh manakah minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4?

Bagi menjawab persoalan tersebut, respon pelajar telah diperolehi daripada item 1 hingga 15 yang terdapat dalam bahagian B soal selidik. Respon bagi setiap item telah dianalisis menggunakan min skor dan purata min skor bagi minat pelajar lelaki dan perempuan secara keseluruhan terhadap amali sains Biologi.

Jadual 4.1 Min Skor Minat Terhadap Amali Sains Biologi

No. Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jumlah Purata Min Skor

Min Skor Minat Pelajar Terhadap Amali Sains Lelaki Perempuan Keseluruhan 4.08 4.03 4.06 3.55 3.92 3.74 3.85 3.90 3.88 4.37 4.40 4.39 3.53 3.57 3.55 4.37 4.28 4.33 4.05 3.90 3.98 4.02 4.10 4.06 4.13 4.00 4.07 4.25 4.40 4.33 3.50 3.43 3.47 4.33 4.22 4.28 4.37 4.37 4.37 4.15 4.17 4.16 3.93 4.10 4.02 60.48 60.79 60.64 4.03 4.05 4.04

27

Berdasarkan jadual 4.1 di sebelah, purata min skor bagi pelajar lelaki adalah 4.03 manakala purata min skor bagi pelajar perempuan adalah 4.05. Memandangkan penyelidik ingin melihat minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4, maka purata min skor secara keseluruhan iaitu 4.04 diambil kira untuk dibandingkan dengan jadual jeda dan skala bagi sikap pelajar terhadap amali sains Biologi seperti di jadual 3.2. Min skor 4.04 berada pada skala sikap yang positif. Ini bermakna keseluruhan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Bharu mempunyai minat yang positif terhadap amali sains Biologi.

Min Skor minat terhadap Amali Sains Biologi


5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 4.39 3.74 3.88 3.55 4.33 4.33 3.47 4.28 4.37

4.06

3.98

4.06

4.07

4.16

4.02

M in S k or

8 No. Item

10

11

12

13

14

15

Minat positif

Minat sangat positif

Rajah 4.1

Rajah 4.1 di atas menunjukkan minat pelajar tingkatan 4 adalah positif baerdasarkan jadual 3.6. Melalui taburan min skor tersebut, item nombor 4, 6, 10, 12 dan 13 menunjukkan min skor untuk minat sangat positif terhadap amali sains Biologi. Manakala item 1, 2, 3, 5, 7, 8, 9, 11, 14 dan 15 pula menunjukkan min skor bagi minat yang positif. Menurut Nor Adzha (2005), sikap positif dan sangat positif digabungkan dan ditafsirkan sebagai mempunyai sikap positif.

28

4.3

Tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS) pelajar tingkatan 4

Persoalan kajian 2: Sejauh manakah tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar tingkatan 4?

Bagi menjawab persoalan tersebut, respon pelajar telah diperolehi daripada bahagian C soal selidik yang mengandungi 36 item Ujian Kemahiran Proses Sains.. Respon bagi setiap item telah dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan bagi setiap tahap penguasaan KPS.

Tahap Penguasaan KPS Pelajar Tingkatan 4


Lemah; 2; 2% Cemerlang; 27; 23% Sederhana; 14; 12%

Baik; 77; 63%

Rajah 4.2

Rajah 4.2 menunjukkan bilangan pelajar dan peratus bagi tahap penguasaan KPS pelajar tingkatan 4. Daripada jumlah 120 responden, 63% daripadanya iaitu seramai 77 responden mempunyai tahap penguasaan KPS yang baik. 23% yang lain iaitu seramai 27 responden di tahap yang cemerlang, 14 responden (12% daripada keseluruhan responden) mempunyai tahap penguasaan KPS yang sederhana dan selebihnya iaitu 2 responden adalah di tahap yang lemah.

29

4.4

Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi

Persoalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan minat yang signifikan secara statistik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi?

Bagi menjawab persoalan tersebut, respon pelajar telah diperolehi daripada item 1 hingga 15 yang terdapat dalam bahagian B soal selidik. Respon bagi setiap item telah dianalisis menggunakan ujian-t untuk sampel kajian tidak bersandar (Independent-samples t test) untuk mengetahui kesignifikanan perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi.

Jadual 4.2 Perbezaan Minat Antara Gender Pelajar Terhadap Amali Sains Biologi

Jantina

min

sisihan piawai 7.189

Lelaki

60

60.48

-0.252

0.802

Perempuan

60

60.78

5.782

Berdasarkan jadual 4.2, menunjukkan nilai signifikan untuk Ujian t bagi perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi adalah 0.802. Ini menunjukkan bahawa nilai signifikan adalah lebih besar daripada nilai aras signifikan yang telah ditetapkan iaitu 0.05. Maka tidak wujud perbezaan minat yang signifikan secara statistik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi. Dengan erti kata lain hipotesis Null (Ho) bagi persoalan kajian ini diterima disebabkan nilai P > 0.05.

Min markah bagi minat pelajar terhadap amali sains Biologi iaitu 60.48 bagi pelajar lelaki dan 60.78 bagi pelajar perempuan juga menunjukkan perbezaan min

30

yang tidak signifikan secara statistik. Kedua-dua nilai min ini terletak pada skala markah bagi tahap minat yang tinggi terhadap amali sains Biologi.

4.5

Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan

tahap penguasaan kemahiran proses sains

Persoalan kajian 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains.

Bagi menjawab persoalan tersebut, respon pelajar telah diperolehi daripada bahagian B dan bahagian C soal selidik yang mengandungi item-item berkenaan minat terhadap amali sains Biologi dan Ujian Kemahiran Proses Sains. Respon bagi setiap item telah dianalisis menggunakan ujian korelasi untuk mengetahui hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar.

Jadual 4.3 Hubungan Antara Minat Pelajar Terhadap Amali Sains Biologi Dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS)

Pembolehubah Minat terhadap Amali sains Biologi

Tahap penguasaan KPS Nilai Korelasi Pearson, r = 0.095 Nilai Signifikan = 0.300

Hubungan signifikan pada aras keertian 0.05

31

Dari Jadual 4.3, didapati pekali kolerasi Pearson bagi minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS adalah 0.095 dan nilai signifikannya ialah 0.300 iaitu lebih besar dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (P>0.05). Dengan erti kata lain, hipotesis Null (Ho) bagi persoalan kajian ini diterima. Maka tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Bab ini membincangkan dapatan kajian, kesimpulan dan cadangan kajian. Hasil dari perbincangan dan kesimpulan ini menunjukkan minat pelajar tingkatan empat terhadap amali sains Biologi tidak mempunyai hubungan dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Beberapa cadangan dan pandangan turut dikemukakan dalam usaha untuk meningkatkan minat terhadap amali sains Biologi dan tahap penguasaan kemahiran proses sains di kalangan pelajar tingkatan 4.

5.1

Minat terhadap amali sains Biologi di kalangan pelajar tingkatan 4

Dapatan menunjukkan purata min skor bagi minat pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Bharu terhadap amali sains Biologi adalah 4.04. Berdasarkan jeda dan skala bagi sikap (minat) pelajar terhadap amali sains Biologi yang dibentuk, min skor 4.04 yang berada dalam skala sikap yang positif menunjukkan pelajar mempunyai minat yang positif dan sangat positif terhadap amali sains Biologi yang dilaksanakan di sekolah. Minat yang positif terhadap amali sains Biologi sebenarnya mampu mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

33

Dapatan yang diperolehi ini selari dengan kenyataan Chaplain (2000) yang berpendapat bahawa pelajar yang mempunyai sikap yang positif dapat meningkatkan motivasi terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran sains dan memperbaiki pencapaian dari segi akademik. Ini bermakna, sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif akan berupaya untuk memperbaiki serta berpeluang untuk memperoleh pencapaian yang baik dan meningkatkan minat terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran sains yang dijalankan di dalam makmal.

5.2

Tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS)

Daripada dapatan kajian, tahap penguasaan KPS bagi 63% daripada responden adalah di tahap yang baik. Walaupun masih terdapat pelajar yang mempunyai penguasaan KPS di tahap yang lemah dan sederhana namun peratusan pelajar yang berjaya menguasai KPS dengan baik dan cemerlang adalah lebih tinggi berbanding yang lemah dan sederhana. Penyelidik berpendapat, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan KPS seseorang pelajar. Antaranya ialah peluang untuk pelajar memperkembangkan setiap komponen KPS seperti membuat inferens, membuat hipotesis dan sebagainya. Peluang ini harus diberikan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Sains berlangsung dan tidak hanya sewaktu berada di dalam makmal sains sahaja.

5.3

Perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi

Hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap amali sains Biologi. Min markah bagi minat terhadap amali sains bagi kedua-dua gender hampir sama dan menunjukkan perbezaan min yang tidak signifikan secara statistik. Minat yang hampir sama antara pelajar mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah kemudahan makmal Biologi di sekolah yang mampu menarik minat pelajar untuk melakukan kerja amali.

34

5.4

Hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan

tahap penguasaan kemahiran proses sains

Daripada dapatan kajian, tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Maka minat untuk menjalankan amali sains Biologi tidak akan mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Faiza Hussein (2003) yang mendapati tiada hubungan yang signifikan antara minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Biologi dengan pencapaian mereka dalam PEKA Biologi tetapi terdapat korelasi yang signifikan antara minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Biologi dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Biologi. Kajian beliau menunjukkan bahawa minat terhadap mata pelajaran biologi tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam PEKA biologi.

Namun, melalui kerja amali, tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar boleh dikembangkan sekalipun mereka mempunyai sikap atau minat yang berbezabeza terhadap amali sains Biologi. Ini ditegaskan oleh Nazatulshima (2002) yang mengatakan penggunaan kaedah amali dapat menerapkan secara langsung kemahiran saintifik kepada pelajar. Melalui kerja amali yang dijalankan, pelajar akan memperolehi kedua-dua kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains seperti memerhati, mengukur, mentafsir maklumat dan kemahiran manipulatif yang merangkumi kemahiran mengguna, mengendali dan menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat.

5.5

Cadangan

Beberapa persoalan yang dikemukakan telah dapat dijawab dalam kajian ini, tetapi ianya tidaklah tepat sepenuhnya. Daripada analisis data yang dibuat, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara minat pelajar terhadap amali

35

sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Oleh itu, persoalan atau kajian ini boleh diteruskan oleh penyelidik atau pihak-pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ada beberapa kajian yang boleh dicadangkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai hubungan antara minat pelajar terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

5.6.1 Kajian yang sama dijalankan tetapi dengan bilangan sampel yang berlainan dan lebih besar.

5.6.2 .Kajian mengenai perbezaan minat terhadap amali sains iaitu antara amali sains Biologi dan amali sains yang lain. Dapatan kajian ini dapat membantu guru menyesuaikan teknik pelaksanaan kerja amali Biologi untuk membantu meningkatkan minat pelajar terhadap amali sains Biologi.

5.6

Kesimpulan

Minat terhadap amali sains Biologi perlu dipupuk di kalangan pelajar terutamanya pelajar tingkatan 4 kerana mereka merupakan golongan pertama yang diperkenalkan mata pelajaran Biologi. Sikap atau minat yang positif terhadap amali sains Biologi boleh merangsang pembelajaran Biologi dengan lebih baik dan berkesan. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk memupuk minat pelajar terhadap amali sains Biologi. Guru-guru yang prihatin dengan minat pelajar mereka akan sentiasa membina dan menyokong segala aktiviti pelajar terutama sewaktu menjalankan amali sains. Keadaan ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran Biologi dengan lebih berkesan. Kaedah pengajaran dan pelaksanaan amali sains juga boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam berbagai bidang khususnya dalam mata pelajaran Biologi dan penguasaan kemahiran proses sains.

36

Dengan itu pelaksanaan amali sains yang berkesan akan meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. Namun pelaksanaan ini memerlukan kesungguhan daripada semua pihak terutama para guru agar tahap penguasaan kemahiran proses sains setiap pelajar adalah di tahap yang cemerlang. Selain itu, pihak sekolah dan kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan makmal yang lengkap dan kondusif untuk memupuk minat pelajar menjalani amali sains terutamanya amali sains Biologi. Oleh itu, semangat dan keyakinan semua pihak adalah penting untuk melaksanakan amali sains Biologi dengan jayanya. Semua pihak perlu berusaha dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

37

RUJUKAN

Alyas Mohamad (tidak dinyatakan tahun). Amali sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains teras di kalangan pelajar tingkatan empat. Diperoleh Februaru 3,2007 daipada http://mpkt.edu.my/penerbitan/03%20Amali%20Sains.doc Anne Garton (1999). Science in the Classroom (book 1). United Kingdom: Oxford University Press. Burn, Okey dan Wise (1985). Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Ong Eng Tek, Terjemah). University of Cambridge. (Karya asli diterbitkan 1985) Chaplain, R.D. (2000). Beyond exam results? Differences in the social and psychological perception of young males and females at school. Education studies, 26 (2), 177-190. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd. Faiza Hussein (2003). The Implementation of Peka Biologi among form 4 students in Sekolah Menengah Hillcrest Seri Gombak, Selangor Darul Ehsan. Diperoleh Februari 2,2007 daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/sains.htm?PHPSESSID=d0233dd0 1e762cd1672c475852ce5c73 Foo See Fong (1998). Kemahiran manipulatif pelajar kimia tingkatan 4: Satu kajian tentang peranan kerja amali. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. (2005). Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010). Diperoleh Februari 3,2007 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/misi.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pengurusan dan keselamatan makmal Sains sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Biologi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Biologi tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lawson, A.E. (1995). Science Teaching and Development of Thinking. Belmont: Wardsworth Publishing Company.

38

Lay Yoon Fah (2001). Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu di Kalangan Guru Sains Sekolah Rendah. Jurnal Keningau, 4. Diperoleh Februari 10,2007 daripada http://www.geocities.com/jpmmpks/jurnal/03lyf_sains1.pdf Mahazir Othman (1998). Peranan amali dan makmal sains. Jurnal pendidikan Sek. Men.Sains Selangor, 2, 69-72. Mohd Nazri Abdul Hamid (2000). Kebolehan pelajar menguasai penilaian kerja amali (PEKA) mempengaruhi pencapaian sains UPSR: Satu kajian di sekolahsekolah rendah luar Bandar di daerah Kinta. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nor Adzha Che Man (2005). Hubungan kesedaran dan sikap terhadap penggunaan komputer dengan tahap celik computer di kalangan tentera darat. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Sintok: Universiti Utara Malaysia Nurzatulshima Kamarudin (2002). Analisis pengajaran dan pembelajaran fizik melalui kaedah amali. Kertas kerja, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Poh Swee Hiang (1998). Pedagogi Sains: Penilaian dan pengurusan kurikulum sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Roden, J., Ward, H., Hewlett, C. & Foreman, J. (2005). Teaching Science in the Primary Classroom: A practical guide. London: Paul Chapman Publishing. Rodziah Ismail (2004) Tahap Pencapaian Latihan Kemahiran Proses Sains Pelajarpelajar Sekolah Di Negeri Perlis Diperoleh Februari 2,2007 daripada http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Prosding% 20Seminar%20R&D%20BMKPM%202004/BAHAGIAN%201.pdf Sekaran, U. (2003). Research methods for business. A skill building approach (Second Edition). John Wiley & Sons Inc.187-222. Siti Fatimah Abd Rahman (2002, Julai 25). Menanam minat terhadap Sains. Utusan Malaysia, 21. Threlfall, J. (2005). The formative use of a Assessment Information in Planning- the Notion of Contingent Planning. British Journal of Educational Studies, 29(5), 54-65.

Reliability
Warnings The space saver method is used. That is, the covariance matrix is not calculated or used in the analysis.
Case Processing Summary N Cases Valid Excludeda Total 20 0 20 % 100.0 .0 100.0

a. Listwise deletion based on all variables in the procedure.


Reliability Statistics Cronbach's Alpha .857 N of Items 15

Correlations
Descriptive Statistics MINAT AMALI SAINS MARKAH KPS Mean 60.63 65.62 Std. Deviation 6.497 14.362 N 120 120

Correlations MINAT AMALI MARKAH KPS SAINS 1 .095 . .300 120 120 .095 1 .300 . 120 120

MINAT AMALI SAINS Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N MARKAH KPS Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

Test
Group Statistics GENDER MINAT AMALI SAINS lelaki perempuan N 60 60 Mean 60.48 60.78 Std. Deviation 7.189 5.782 Std. Error Mean .928 .746

You might also like