You are on page 1of 2

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu

yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

TARIKH IKLAN :

12 NOVEMBER 2013 JAWATAN Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur. Menjawab, menapis dan membuat panggilan telefon untuk pegawai Kumpulan Pengurusan. KRITERIA YANG DIPERLUKAN KELAYAKAN Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang. Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik. Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan. Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21 Kekosongan : 5 Kekosongan

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer; DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

GAJI * Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Skim Gaji Jawatan : RM1,507.00 RM4,854.00 Bagi pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat adalah layak dipertimbang oleh LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke skim Pembantu Tadbir yang diiklankan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

FAEDAH

a)

mempunyai kelayakan akademik seperti di atas; DAN

b)

berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan; BIDANG TUGAS

LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan berjalan lancar. Memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan seperti menaip, menyediakan suratmenyurat, laporan dan pengurusan fail.

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya . Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. MAKLUMAT TEMU DUGA Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:* Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan Kerjaya); dan * Melalui Surat Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 25 NOVEMBER 2013 NOTA Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang berikut : pertanyaan boleh menghubungi nombor

Unit Pengambilan dan Penempatan di talian : 03-8313 8888 sambungan 21079, 21081,21082,21083, 21084,21085,21041,21042 dan 21048.

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA

You might also like