You are on page 1of 3

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

K epen
tingan Puasa
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk
ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim.
Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam?
Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian
keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar,


janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi
membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan
fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya,
selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh
iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun
lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan
mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut
dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan
penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit
lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa
manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak
keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah
tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara
di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
Kepentingan Puasa__________________________________________________

menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan


kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan

larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.


Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak
sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku
kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan


hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah
mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya
melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama
airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha
bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH


TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA
YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan
kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh
menanggung kesusahan kerana
ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah
dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh
berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-
marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin
meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk
menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu
bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah
dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak
yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu
sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu
melainkan hanya lapar dan dahaga."

Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.

You might also like