You are on page 1of 1

2.

1 PROSES MENUJU KEPADA TAMATNYA SISTEM MONARKI BERKUASA MUTLAK DI PERANCIS Pemerintahan di Perancis semasa Revolusi Perancis adalah di bawah Raja Louis ke-XVI. Raja Louis masih mengamalkan pemerintahan kerajaan melalui sistem monarki berkuasa mutlak. Menurut Munro Price(1988) dalam bukunya The Fall of The French Monarchy mengatakan bahawa, The King ruled by divine right; he was responsible for his actions only to god.1 Dengan kuasa mutlak yang diperolehi oleh Raja Louis, rakyat tidak boleh menentangnya kerana segala arahannya adalah mandat daripada tuhan. Hanya tuhan yang boleh menghukum atas segala tindakannya atau arahannya. Oleh itu,rakyat Perancis perlulah mengikut semua yang diarahkan oleh raja kerana kuasa mutlak yang dimiliki raja.

Namun kepercayaan terhadap kuasa mutlak dan mandat dari tuhan yang dimiliki oleh raja semakin hilang. Pengaruh ini telah di bawa oleh golongan Kesedaran yang inginkan perubahan terhadap politik dan sosial Perancis. Montesquie antaranya mengatakan bahawa beliau menolak kuasa mandat daripada tuhan yang diperoleh oleh raja dalam bukunya Spirit of Law ketika Zaman Kesedaran atau Enlightment. Pada zaman sekitar tahun 1746 hingga 1770 tersebut, idea kesedaran semakin memuncak di mana karya-karya golongan kesedaran telah dihasilkan sehingga timbulnya konflik mereka dengan golongan pemerintah.2 Berbeza dengan Voltaire yang mana perjuangan adalah berdasarkan these royale, yang meletakkan kedudukan raja sebagai punca bagi segala undang-undang dan kebebasan rakyat. Bagi Voltaire, sebuah kerajaan yang teguh dan rakyat yang bebas, mestilah mempunyai sistem pemerintahan berpusat dengan raja yang berkuasa mutlak dibantu oleh satu kelas elit yang berkesedaran bagi memastikan wujudnya kemakmuran negara. Namun, perjuangan these republicaine oleh Rousseau pula agak berbeza. Beliau memperjuangkan hak kebebasan dan persamaan untuk semua yang direka oleh Calvin pada kurun ke-16.3 Asas kepada idea-idea Kesedaran ini adalah berpunca daripada kesan revolusi dalam bidang sains asas. Tokoh seperti Isaac Newton, Galilei Galileo dan Francis telah menjadi ikutan kepada pergerakan Kesedaran.

1 2

Munro Price, The Fall of the French Monarchy, London: Pan Books, hlm, 33. L.G. Crocker (ed.), The Age of Enlightenment, London: Macmillan, 1969, hlm, 16. 3 Azmi Ariffin, Les Philophes Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di Sebalik Bayang Revolusioner, Universiti Sains Malaysia(USM): Malaysian Journal of History, Politics & Strategies Studies, Vol. 37 (2010): 122152, hlm, 137.

You might also like