You are on page 1of 4

2.

0 KEPENTINGAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA SEBAGAI MEKANISME PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA

'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di Malaysia kerana terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum namun semangat tolong-menolong dalam kalangan rakyat sangat dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Sikap saling bantu-membantu ini telah menjadi satu elemen terpenting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan merupakan aset terpenting di Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Antara kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sesungguhnya, perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kehidupan yang harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia kerana kewujudan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Sehingga kini, ramai yang masih tertanya-tanya apakah formula yang digunakan di Malaysia sehingga para pemimpin mampu mencipta suasana yang ceria dan harmoni dalam sebuah komuniti yang memiliki banyak perbezaan. Formula yang digunakan ialah dengan menghayati dan mengamalkan rukun Negara dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kepentingan rukun Negara bukan sahaja untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, tetapi ia sangat berkait rapat dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

2.1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Kepentingan rukun Negara yang pertama ialah melalui prinsip rukun Negara

yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Agama merupakan ciri yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat kerana tanpa agama, sukar untuk

membentuk keperibadian individu, bangsa dan Negara. Apabila setiap rakyat sangat taat kepada Tuhan dan ajaran agamanya maka mereka tidak mudah didorong untuk melakukan kejahatan yang dapat menghilangkan perpaduan di dalam Negara dan membunuh kemerdekaan yang dicapai seperti sifat hasad dengki, cemburu dengan keistimewaan kaum lain, pertelingkahan antara kaum dan sebagainya. Sekiranya hal negatif tersebut berlaku, sudah tentu penjajah dengan mudah merebut kemerdekaan Negara kita. Di samping itu, prinsip pertama ini juga membuktikan bahawa Malaysia menghormati kebebasan beragama dan menolak sebagarang pegangan atau fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Berdasarkan perlembagaan di Malaysia, Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi Negara namun, setiap rakyat diberi kebebasan beragama. Prinsip ini juga mengelakkan daripada dikenakan diskriminasi kepada mana-mana warganegara atas dasar kepercayaan agama mereka.

2.2

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Prinsip rukun Negara yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

prinsip ini bermaksud bahawa setiap warganegara dikehendaki menumpukan sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Manakala pada peringkat negeri, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja dan Yang dipertua Negeri masingmasing, di samping kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sikap kesetiaan ini merupakan satu nilai yang amat berharga dan menjadi ikatan yang memupuk kecintaan kepada Negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan Negara merupakan antara faktor yang menyumbang dalam menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, prinsip kedua ini juga bertujuan untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk kepentingan Negara. Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat yang memiliki sifat-sifat seperti mematuhi undang-undang dan menjaga harta awam sebagai hak milik bersama, menghormati symbol-simbol yang menajdi lambing kedaulatan Negara, sanggup

menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan Negara dan masyarakat serta bersedia untuk mempertahankan Negara daripada sebarang pemcerobohan dari luar. 2.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN Seterusnya ialah prinsip yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan.

Perlembangaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Negara yang berperanan memberikan perlindungan, hak dan keistimewaan kepada setiap orang yang menjadi warganegara. Prinsip ini akan melahirkan rakyat yang menghormati dan memahami latar belakang sejarah serta kandungan perlembagaan tersebut. Mereka juga akan dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan. Antara perkara asas yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap warganegara ialah konsep Raja Berpelembagaan, kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera yang lain, Islam sebagai agama rasmi di amping jaminan tentang kebebasa beragama, bahasa Melayu sebagai ahasa Kebangsaan dan kebebasan untuk mengamalkan bahasa ibunda masing-masing serta jaminan tentang hak kerakyatan dan kebebasan asasi rakyat. 2.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Prinsip rukun Negara yang keempat pula ialah Kedaulatan Undang- Undang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Kebebasan asasi setiap warganegara yang dijamin ialah setiap rakyat memiliki kebebasan bersuara, perlindungan yang sama di sisi undang-undang, kebebasan beragama, kebebasan memiliki harta dan sebagainya. Hak yang sama rata ini dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan atau tindakan negatif daripada rakyat yang akan memberi kesan buruk kepada Negara. Tambahan lagi, kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat.

2.5

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip rukun Negara yang terakhir ialah kesopanan dan kesusilaan. Prinsip terakhir menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kesimpulannya, penerimaan seluruh rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya dalam kehidpan masing-masing dapat membantu usaha ke arah melahirkan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Tambahan pula, dengan kewujudan Rukun Negara, ia dapat menghapuskan perasaan kegelisahan rakyat, tekanan hidup dan mengurangkan kesan krisis dalam kehidupan masyarakat dan Negara serta menjamin kestabilan politik dan sistem kerajaa yang berlandaskan amalan demokrasi.

You might also like