You are on page 1of 11

BAHAGIAN B : ESEI ILMIAH TAJUK : KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN IMPAKNYA

KEPADA PERSEDIAAN GURU DI DALAM BILIK DARJAH Dewasa ini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan.

Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003) Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan rendah seseorang murid yang belajar selama enam tahun di sekolah

itu menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam

perhubungan sehari-hari dan dalam mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekoah rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan muridmurid memahami perkara yang dibaca. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalam objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan dan berkesan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai

untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada

umumnya, terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran.

Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.

Di dalam bilik darjah, kemahiran membaca diaplikasikan secara penggabungjalinan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui program penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkan dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat

digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin (2007) pula mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalah seperti membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, membaca, menaakul..... dan sebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. penggabungjalinan dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, disebabkan peri pentingnya kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid, maka guru perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Hal ini kerana, pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca dengan tepat dan lancar. Namun begitu, walaupun kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dicapai dalam sesuatu pengajaran, tetapi kemahiran mendengar, bertutur dan menulis tidak boleh diabaikan kerana ia juga merupakan elemen penting dalam sesuatu pengajaran bahasa.Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanakkanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan Program

kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar dan baik.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah

segera ke sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis. Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak. Selain itu, pada masa kini juga masih ramai lagi yang keciciran bukan sahaja dalam kemahiran membaca malahan 3M juga. Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan berita dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah lagi yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Utusan Malaysia, 2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof (BN-Petra Jaya) mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran 3M. Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberikan respon tentang masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak 3.1 juta murid di negara ini yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca, menulis dan mengira namun beliau memberitahu juga bahawa kementerian telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Program Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis yang dikenali sebagai Probim. Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan. Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah ataupun buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula daripada peringkat sekolah tendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan matlamat sukatan pelajaran tersebut.

Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata- mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka, mesej yang hendak disampaikan oleh penulis itu, sukar difaham oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperolehi. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta- fakta (reading for details or facts). Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca

mempunyai banyak kepentingannya.

IMPAK KEMAHIRAN MEMBACA TERHADAP PERSEDIAAN GURU DI DALAM BILIK DARJAH Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran membaca menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar. Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk

dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin,2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah guru perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu sudah menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu. Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru.

Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan

pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti pengayaan. asas Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti

yang dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau

kebangsaaan. Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masingmasing. Guru boleh menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi

kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Impak kemahiran pemulihan membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti

bagi murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan

bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Oleh yang demikian, aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek. Goleman (1995) mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang tinggi mampu mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (selfmanagement), memotivasi diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin hubungan dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti emosinya sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu keputusan dengan bijak (Shukri Zain, 2007).

Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan mereka bersemangat untuk belajar membaca dan lebih mahir. Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung kepada latihan mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang bahasa yang menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi serta dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan.

RUMUSAN Seseorang murid lazimnya harus banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, murid digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid perlu menggunakan pembacaan. Oleh itu, dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh murid. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Terdapat banyak kaedah yang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca seperti membaca secara berhati-hati iaitu dengan menumpukan terhadap apa yang dibaca dan mengelakkan gangguan televisyen serta bunyi bising semasa membaca. Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca seperti pelajar buta huruf namun begitu, kerajaan telah menjalankan banyak program untuk mengatasi masalah seperti ini. Walaupun demikian, masalah ini tidak mudah untuk diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru. kaedah-kaedah yang sesuai dalam

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Yusuf (2005). Nota Kuliah Prinsip Pengajaran Penulisan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Azman Wan Chik (1986). Mengajar bahasa malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah pengajaran bahasa melayu kurikulum bersepadu sekoah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malayasia. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995). Bacalah sayang!: panduan untuk ibu bapa ke arah pembacaan awal. Selangor: Times Editions Pte.Ltd. Shukri Zain (2007). Pengantar pemikiran. Tanjong Malim: Quantum Books. Yusup Hashim dan Razmah Man (2005). Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi. Tanjong Malim: Syarikat Perintis Tanjong Malim

3.1 juta murid gagal kuasai kemahiran 3M (2007). Diperolehi pada 6 November 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1211&pub=utusan_malaysia& sec=parlimen&pg=pa_01.htm&arc=hive Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak berilmu keluarga beruntung. Diperoleh pada 6 November 2013 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/ Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 6 November 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_ malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada 7 November 2013 daripada

http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca (2005). Diperolehi pada 7 November 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013& pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada 10 November 2013 daripada http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca (2005). Diperolehi pada 10 November 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&pub=utusanmalaysia&sec =muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 12 November 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_ malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

You might also like