You are on page 1of 1

1.

Pinjaman pendidikan MIED akan ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang


mengikuti
kursus di Institusi-institusi pengajian tinggi dalam negeri dan luar negeri.

2.Bagi kursus di Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, semua kursus perlu


diluluskan
oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), manakala semua kursus luar negeri perlu
diiktiraf
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3.MIED akan menimbang permohonan pinjaman daripada 20% hingga 50% nilai yuran
pengajian
tinggi.

4.MIED akan mengenakan kadar faedah 6% setahun mengikut syarat-syarat yang


ditetapkan di
dalam surat perjanjian.

5.Semua permohonan perlu kemukakan salinan surat tawaran daripada institusi


pengajian tinggi
yang mengesahkan bahawa pemohon layak mengikuti kursus yang dipilih, dalam
institusi berkenaan.

6.Pinjaman pendidikan MIED tidak akan ditawarkan kepada pemegang-pemegang pinjaman


lain.

7.Keputusan permohonan dan jumlah amaun pinjaman akan ditetapkan oleh Lembaga
MIED.

8.Pembayaran pinjaman akan dilakukan menerusi Pejabat Bendahari Institusi


pengajian berkenaan.

9.Pinjaman pendidikan MIED hanya akan diberi kepada pemohon yang layak sahaja.

10.Salinan Sijil keputusan akademik, Kenyataan pendapatan, Kad pengenalan, Salinan


surat tawaran institusi pengajian tinggi dan sebagainya wajib disertakan untuk
menyokong permohonan.

11.Kelulusan pinjaman adalah untuk satu tahun sahaja dan pelanjutannya bergantung
kepada kedudukan
kewangan MIED dan kejayaan pelajar pada tahun pinjaman diberi.

12.Sekiranya pinjaman diluluskan, pemohon perlu menandatangani satu surat


perjanjian dengan MIED
mengenai pembayaran balik pinjaman. Pembayaran balik akan bermula dalam enam bulan
selepas
permohon menamatkan kursusnya. Dua orang yang diterima oleh MIED adalah perlu
sebagai penjamin
kepada peminjam yang telah diberi pinjaman.

You might also like