You are on page 1of 4

Ke mana pergi peniaga Melayu selepas Ramadan ?

MALAYSIA adalah sebuah negara yang unik dan indah. Pesta Bazar Ramadan memang sesuatu yang dijenamakan sebagai 1Malaysia. Ia menarik semua kaum, semua orang untuk mengunjunginya. Apabila tiba Bulan Ramadhan akan muncul pelbagai aktiviti-aktiviti perniagaan yang di lakukan secara Jualan Bazaar di tempat dan lokasi strategik di seluruh Negara. Kewujudan bazaar - bazar seperti ini adalah sebagai memenuhi tuntutan para pengguna atau pembeli yang akan menyambut hari raya yang akan menjelang 30 hari kemudian. Dimana kesibukan pengguna atau pembeli berbelanja adalah lebih agresif daripada bulan - bulan sebelum ini, walaupun di dalam bulan ini setiap imat Islam sedang menjalani ibadah puasa iaitu tiang ke-3 di dalam rukun Islam.

Sepanjang bulan Ramadhan ini juga muncul beribu - beribu peniaga atau usahawan Melayu dari persembunyian, dimana di dalam bulan-bulan yang lain, kebanyakan daripada mereka tidak menjalankan aktiviti perniagaan langsung. Golongan peniaga atau usahawan Melayu ini hanya memilih untuk berniaga di dalam bulan Ramadhan untuk selama 30 hari dan akan melakukan pelbagai jenis perniagaan yang mereka "Mahir" dan yang mereka "Biasa" lakukan. Sebagai contoh seorang peniaga nasi kukus di lokasi Bazar Ramadan dapat menghabiskan 80 ekor ayam goreng sehari. Jika seekor ayam dibahagi lapan, ini bermakna sebanyak 640 bungkus nasi dapat dijual dalam sehari. Sebungkus nasi kukusnya berharga RM4.50. Jumlah jualan boleh menghampiri RM3,000 sehari. Katakan keuntungan yang paling sedikit ialah sebanyak 40 peratus dari jumlah jualan, ini membawa kepada untung sebanyak RM1,200 sehari. Ini bermakna dalam sepanjang bulanan Ramadan, katakan beliau dapat berniaga selama 20 hari, pendapatannya boleh melebihi RM20,000.

Golongan peniaga Melayu ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan profesion pekerjaan, usia dan juga jantina. Mereka adalah golongan peniaga yang berada di dalam kumpulan "Oportunis" atau "Pengambil Peluang Keemasan" di dalam masa - masa yang tertentu. Mereka hanya memberikan fokus atau tumpuan di bulan Ramadhan kerana mereka tahu bahawa di Bulan ini pelanggan akan lebih berbelanja daripada bulan-bulan yang lain dan statistik tersebut tidak pernah berubah di sepanjang bulan-bulan Ramadhan yang lalu, walaupun di lihat dari rekod 30 atau 50 tahun yang lalu. Tetapi kemanakah pergi usahawan melayu pergi selepas Ramadhan?

Punca utama perniagaan bermusim di dalam bulan Ramadhan ini masih menjadi pilihan utama adalah:

DARI SUDUT PELUANG Berniaga secara bermusim seperti di bulan-bulan Ramadhan dan di hari-hari perayaan yang lain sememangnya memberikan Pulangan yang Lumayan jika seseorang peniaga atau usahawan itu bijak untuk memilih jenis - jenis produk dan perkhidmatan yang di kehendaki pengguna. Setiap pengguna atau pembeli akan berbelanja secara wajib untuk memenuhi keperluan mereka di dalam menghadapi sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri. Golongan atau kumpulan pengguna atau pembeli yang akan menyambut sesuatu perayaan itu berbelanja di dalam jangka waktu yang sama dan ini akan menyebabkan sesuatu permintaan untuk semua jenis barangan keperluan sesuatu perayaan itu menjadi tinggi dalam tempoh yang singkat. Mungkin yang menjadi persoalannya ke manakah mereka ini pergi selepas bulan Ramadan? Siapakah orang ini yang muncul sebagai peniaga segera dan kemudian kehilangan mereka juga segera selepas 1 Syawal? Adakah mereka sebenarnya pemilik

perniagaan yang sedia ada pada musim bukan bulan puasa, atau mereka ini orang yang mempunyai pekerjaan tetap pada bulan lain dan bercuti pada bulan puasa? Jika dikatakan mereka ini bukan dari kalangan peniaga atau tidak mempunyai bakat berniaga, mereka tidak pula kelihatan kekok untuk berniaga. Mereka semua dapat menguruskan pemasangan khemah dengan baik, melayan pelanggan dengan berkesan dan tidak malu-malu memanggil orang ramai yang lalu lalang. Sebenarnya usahawan Melayu ni mempunyai sifat berniaga atau keusahawan dalam diri masing-masing cuma kita ni ikut season atau ikut musim. Kalau Ramadhan ramailah, kalau Rejab belum tentu. Mungkin juga mereka takut persaingan. Ini adalah masanya orang Melayu Islam berniaga sepuas-puasnya kerana tidak ada persaingan dari kaum lain.

You might also like