You are on page 1of 5

Mengatasi Masalah Penggunaan Kata Sendi Dengan Kaedah Masteri Di Kalangan Murid Tahun 4.

Pembolehubah Pembolehubah tidak bersandar(DV) : Pembolehubah bersandar (IV) : Kaedah Pembelajaran Masteri Pencapaian Akademik Murid Dalam Tajuk Kata Sendi Tujuan Umum :

Kajian Ini bertujuan untuk melihat kesan pendekatan kaedah pengajaran masteri terhadap pembolehubah kajian iaitu pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi. Tujuan Khusus :

Berdasarkan tujuan umum di atas, maka tujuan khusus kajian ini adalah untuk melihat : 1. Kesan pendekatan kaedah pengajaran masteri terhadap pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi. Objektif :

Berdasarkan tujuan di atas, maka objektif kajian ini adalh untuk: 1. Min praujian pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. 2. Min praujian dengan min posujian pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi kumpulan rawatan. 3. Min praujian dengan min posujian pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi kumpulan kawalan. 4. Min posujian pencapaian akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Hipotesis

Pendekatan kaedah pengajaran masteri berkesan terhadap pencapaian akademik berdasarkan hipotesis berikut : H0 : Tidak terdapat perbezaan signiifikan min praujian pencapaian akademik pelajar

tahun 4 dalam topik kata sendi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. HA : Terdapat perbezaan signiifikan min praujian dengan min posujian pencapaian

akademik pelajar tahun 4 dalam topik kata sendi kumpulan rawatan. HA : Terdapat perbezaan signiifikan min praujian dengan min posujian pencapaian

akademik pelajar tingkatan tahun 4 dalam topik kata sendi kumpulan kawalan. H0 : Tidak terdapat perbezaan signiifikan min posujian pencapaian akademik pelajar

tahun 4 dalam topik kata sendi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen Kajian :

Untuk mengukur pembolehubah bersandar, pengkaji menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos dan Soal selidik. Ujian Pra dan Ujian Pos merupakan soalan-soalan berbentuk objektif sebanyak 30 item. Latar Belakang Kajian Dalam Ujian bulanan Mac tahun 4 didapati pelajar sebanyak 40% mencapai sasaran dalam kertas ujian Bahasa Melayu Pemahaman manakala 60% tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Maka Panitia Bahasa Melayu sekolah membuat penganalisisan item soalan pemahaman. Berpandukan analisis soalan didapati soalan pemahaman berbentuk kata sendi menjadi masalah kepada pelajar. Sebanyak 85% murid didapati melakukan kesalahan dalam soalan tatabahasa kata sendi. Apabila melihat pemberatan tajuk ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu didapati tajuk kata sendi adalah salah satu komponen tatabahasa. Pengetahuan terhadap kata sendi amat penting bukan sahaja dalam Kertas 1 Bahasa Melayu malah ia amat penting dalam pembinaan ayat tanpa kesalahan tatabahasa. Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan

tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Tajuk kata sendi tergolong dalam bahagian ketiga iaitu dibawah golongan kata. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan gambar rajah 1.

Morfologi

struktur kata bentuk kata golongan kata

Golongan Kata

kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas

Kata Tugas

terdapat 17 jenis salah satu ialah kata sendi

Gambar rajah 1 : Carta alir penerangan kedudukan kata sendi Selain daripada itu, sebelum memilih tajuk kata sendi ini, kami membuat analisis bilangan soalan yang keluar dalam kertas UPSR dari tahun 2008 hingga 2012. Jadual analisis adalah seperti berikut: Tahun Bilangan soalan 2008 2 Jadual 1 2009 2 2010 3 2011 3 2012 3

: Analisis kertas UPSR bilangan soalan tajuk kata sendi

Dengan berpandukan kepada analisis soalan ini, dapat diberi kata putus bahawa setiap tahun ada soalan dalam tajuk kata sendi. Puratanya boleh dikatakan 2 hingga 3 soalan setiap tahun. Bilangan ini cukup membuktikan akan kepentingan kata sendi dalam penggunaan Bahasa Melayu.

Panduan Pembinaan Instrumen Pembinaan instrumen adalah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Instrumen terdiri daripada 30 item berdasarkan tajuk kata sendi. Semasa pembinaan item dalam instrument Taksonomi Bloom dijadikan panduan. Item digolongan dalam 3 kategori, iaitu aras mudah, aras sederhana dan aras sukar. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas berdasar gambar rajah 2 berikut.

Aras Taksonomi Bloom Pengetahuan

Huraian

Aras yang dikategorikan Mudah

Kefahaman`

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Jadual 2 : Jadual Penerangan Taksonomi Bloom

Mudah

sederhana

Sederhana

Sukar

sukar

Setiap item terdiri daripada soalan-soalan yang berbentuk melengkapkan ayat berdasarkan kata sendi yang betul. Soalan yang berbentuk aneka pilihan diberi 4 opsyen jawapan. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan ketegori salah satu jawapan yang tepat, kurang tepat, tidak berkenaan dan menjadi penganggu kepada jawapan yang betul.

Setiap ayat yang digunakan dalam item ialah ayat tunggal, ajat majmuk dan gabunggan dua ayat majmuk. Setiap ayat yang dibina terdiri daripada enam hingga lima belas perkataan dimana bersesuaian dengan aras bahasa pelajar-pelajar tahun 4. Item melengkapkan ayat akan lebih

You might also like