You are on page 1of 12

PERLEMBAGAAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MUTAH (PERMATA)

[PINDAAN 27 MAC 2013]

BAB PERTAMA PERSATUAN Fasal 01 : Nama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah Jordan atau ringkasnya PERMATA . Fasal 02 : Bahasa Rasmi Bahasa Melayu. Fasal 03 : Penaung dan Penasihat 03.1 Penaung Kedutaan Besar Malaysia ke Amman. 03.2 Penasihat Kehormat Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, Jordan.

03.3 Lembaga Penasihat 03.3.1 Tidak melebihi 4 orang. 03.3.2 Dua orang daripadanya dilantik dalam Mesyuarat Agung dengan persetujuan 2/3 ahli yang hadir. 03.3.3 Anggota selebihnya boleh dilantik oleh Lembaga Tadbir. Fasal 04 : Alamat Tetap PERMATA P.o Box 41, Mutah, 61621 Karak, Jordan. Fasal 05 : Cogankata Logo dan Lagu PERMATA Cemerlang Maju Gemilang Logo

Lagu PERMATA Mendukung satu cita-cita Membawa satu perpaduan Menyatukan kami satu suara Itulah semangat wawasan(2x) Tekun berani dan bersemangat Membina sebuah matlamat Kami berjuang bersepakat(2x) Menuju puncak kejayaan Cemerlang..Maju..Gemilang 2

BAB KEDUA DASAR DAN TUJUAN Fasal 06 : Dasar Dasar PERMATA ialah Al Quran dan Sunnah. Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas Islam. Fasal 07 : Tujuan dan Matlamat 07.1 Tujuan Bersatu menuju kecemerlangan dalam bidang akademik dan berjaya berlandaskan Al Quran dan Sunnah. 07.2 Matlamat 07.2.1 Menyatukan Mahasiswa/wi Malaysia di Universiti Mutah ke arah perpaduan dan perkara-perkara kebajikan. 07.2.2 Mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh ahli. 07.2.3 Membina dan meningkatkan kesedaran ahli dalam pelbagai bidang terutama bidang akademik. 07.2.4 Mewujud dan merapatkan hubungan dengan semua pihak yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA. BAB KETIGA KEAHLIAN Fasal 08 : Jenis Keahlian 08.1 Ahli Rasmi Setiap mahasiswa/wi Malaysia yang belajar di Universiti Mutah.

08.2 Ahli Bersekutu 08.2.1 Bukan mahasiswa/wi Universiti Mutah yang berkahwin dengan ahli rasmi PERMATA. 08.2 .2 Pelajar Malaysia yang tinggal di Mutah dan bukan berstatus pelajar. Fasal 09 : Syarat Pendaftaran Keahlian 09.1 Mengisi borang yang disediakan oleh PERMATA. 09.2 Membayar wang pendaftaran keahlian yang ditentukan oleh Perlembagaan. 09.3 Disahkan keahlian oleh Majlis Tertinggi. 09.4 Setiap ahli yang diterima menganggotai PERMATA akan dimaklumkan pengesahannya secara bertulis daripada pihak Majlis Tertinggi. Fasal 10 : Yuran Keahlian 10.1 Yuran Pendaftaran 10.1.1 Dikenakan sekali sahaja sepanjang pengajian 10.1.2 Jumlah yuran adalah berdasarkan perbincangan Ahli Lembaga Tadbir sesi tersebut mengikut kesesuaian semasa.

Fasal 11 : Kewajipan Ahli Rasmi dan Ahli Bersekutu 11.1 Mematuhi dasar, peraturan dan tatatertib PERMATA. 11.2 Tidak dibenarkan melibat diri dengan mana-mana pertubuhan politik di Jordan secara rasmi. 11.3 Menjaga nama baik dan imej Malaysia, Universiti dan PERMATA. 11.4 Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung PERMATA. Fasal 12 : Hak dan Keistimewaan 12.1 Ahli Rasmi 12.1.1 Berhak mengundi dan dicalonkan. 12.1.2 Berhak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PERMATA dengan mematuhi peraturannya. 12.1.3 Berhak mengikuti semua aktiviti PERMATA. 12.1.4 Berhak memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung. 12.2 Ahli Bersekutu 12.2.1 Berhak mendapat semua yang dimiliki oleh Ahli Rasmi kecuali hak dicalonkan. Fasal 13 : Hilang Keahlian 13.1 Apabila tamat pengajian dan pulang ke Malaysia atau; 13.2 Menyalahi dasar PERMATA atau; 13.3 Melanggar peraturan dan kewajipan sebagai ahli PERMATA. Fasal 14 : Tindakan Perlucutan Ahli 14.1 Sebelum membuat tindakan perlucutan keahlian di bawah fasal 13 ( 13.2 ) dan ( 13.3 ) Majlis Tertinggi hendaklah memberitahu secara bertulis kepada ahli tersebut berdasarkan kepada alasan yang diterima dan ahli tersebut berhak merujuk hal itu kepada pihak Majlis Tertinggi dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat dikeluarkan. 14.2 Perlucutan keahlian dikira sah selepas tempoh itu berakhir.

BAB KEEMPAT PENTADBIRAN Fasal 15 : Lembaga Tadbir Lembaga Tadbir terdiri daripada Majlis Tertinggi dan ketua-ketua Biro yang diketuai oleh Presiden yang dipilih melalui pilihanraya umum. Jawatan-jawatan adalah seperti berikut: 15.1 Majlis Tertinggi 15.1.1 Presiden (siswa) Timbalan Presiden I (siswa) Timbalan Presiden II (siswi) 15.1.2 Setiausaha Agung (siswa) Timbalan Setiausaha (siswi) 15.1.3 Bendahari Agung (siswa) Timbalan Bendahari Agung (siswi) 4

15.2 Ketua-ketua Biro 15.2.1 Ketia Biro Akademik dan Intelektual (siswa) Timbalan Ketua Biro Akademik dan Intelektual (siswi) 15.2.2 Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan (siswa) Timbalan Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan (siswi) 15.2.3 Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (siswa) Timbalan Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan (siswi) 15.2.4 Ketua Biro Penempatan dan Keselamatan (siswa) Timbalan Ketua Biro Penempatan dan Keselamatan (siswi) 15.2.5 Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan (siswa) Timbalan Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan (siswi) 15.2.6 Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan (siswa) Timbalan Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan (siswi) 15.2.7 Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan (siswa) Timbalan Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan (siswi) Fasal 16 : Penjawatan 16.1 Jawatan Presiden (siswa) dan Timbalan Presiden II (siswi) dipertandingkan melalui pilihanraya. 16.2 Semua jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir PERMATA ditentukan melalui pertandingan pilihanraya. Fasal 17 : Tugas-tugas 17.1 Tugas-tugas umum 17.1.1 Bertanggungjawab ke atas keselamatan harta benda dan perjalanan PERMATA. 17.1.2 Berusaha menjayakan dan melicinkan perjalanan PERMATA. 17.1.3 Membentuk AJK Khas apabila diperlukan. 17.1.4 Memberikan kerjasama kepada juruaudit dalam menjayakan tugasnya. 17.1.5 Bertanggungjawab dalam menentukan peruntukan pentadbiran dan biro-biro yang berkaitan dengannya. 17.1.6 Berusaha melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung. 17.1.7 Melantik wakil ke mana-mana persidangan dan pertemuan jika diperlukan. 17.1.8 Berhak melantik sesiapa dari kalangan ahli untuk mengisi sebarang jawatan sekiranya berlaku kekosongan. 17.2 Tugas-tugas Khas Majlis Tertinggi 17.2.1 Presiden 17.2.1.1 Memimpin PERMATA dan bertanggungjawab ke atas kemajuannya. 17.2.1.2 Mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Tadbir dan Majlis Tertinggi serta bertanggungjawab di atas keputusannya. 17.2.1.3 Menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan PERMATA. 17.2.1.4 Menandatangani bersama Bendahari Agung dalam semua urusan pengeluaran wang PERMATA. 17.2.1.5 Bertanggungjawab menyedia dan menghantar laporan khas kepada Penaung dan Penasihat Kehormat. 17.2.2 Timbalan Presiden 1 17.2.2.1 Memangku jawatan Presiden ketika ketiadaannya. 17.2.2.2 Bekerjasama dengan Presiden dalam tugas-tugasnya. 5

17.2.2.3 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Tadbir atau Majlis Tertinggi. 17.2.2.4 Bertanggungjawab memantau aktiviti dan program biro agar selaras dengan dasar dan peraturan PERMATA. 17.2.3 Timbalan Presiden 2 17.2.3.1 Bertanggungjawab memimpin dan menguruskan hal ehwal siswi. 17.2.3.2 Mempengerusikan mesyuarat bahagian siswi apabila diperlukan dengan persetujuan Presiden. 17.2.3.3 Membantu Presiden dalam melaksanakan tugas terutama perkara yang berkaitan dengan siswi. 17.2.3.4 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Tadbir atau Majlis Tertinggi. 17.2.4 Setiausaha Agung 17.2.4.1 Menyediakan surat-surat pekeliling Mesyuarat Agung, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Lembaga Tadbir dengan arahan atau Pengetahuan Presiden. 17.2.4.2 Menyediakan agenda Mesyuarat Agung, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Lembaga Tadbir. 17.2.4.3 Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit Mesyuarat Agung, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Lembaga Tadbir. 17.2.4.4 Mengendalikan urusan surat-menyurat dengan arahan atau pengetahuan Presiden. 17.2.4.5 Menyimpan dan merekodkan surat keluar masuk PERMATA. 17.2.4.6 Menyimpan fail-fail PERMATA. 17.2.4.7 Menyediakan senarai nama dan maklumat ahli PERMATA. 17.2.4.8 Menyediakan laporan tahunan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 17.2.4.9 Menjalankan tugas yang berkaitan dengan PERMATA dengan atau pengetahuan Presiden. 17.2.4.10 Memangku jawatan Presiden ketika ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden. 17.2.4.11 Berhak menubuhkan Jawatankuasa Setiausaha untuk melicinkan pentadbiran. 17.2.5 Timbalan Setiausaha Agung 17.2.5.1 Memangku jawatan Setiausaha Agung ketika ketiadaannya. 17.2.5.2 Bekerjasama dan membantu Setiausaha Agung dalam tugas-tugasnya. 17.2.5.3 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Majlis Tertinggi atau Lembaga Tadbir. 17.2.5.4 Mencatit dan menyediakan minit mesyuarat bahagian siswi. 17.2.6 Bendahari Agung 17.2.6.1 Bertanggungjawab atas segala urusan kewangan PERMATA. 17.2.6.2 Menguruskan kemasukan perbelanjaan keluar masuk wang PERMATA. 17.2.6.3 Mengumpul dan mencatit keluar masuk wang PERMATA di dalam buku akaun. 17.2.6.4Menandatangani bersama Presiden dalam semua urusan pengeluaran wang PERMATA. 17.2.6.5 Menyediakan penyata tahunan kewangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 17.2.6.6 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Majlis Tertinggi atau Lembaga Tadbir kepadanya. 17.2.6.7 Mengeluarkan pekeliling kepada ahli untuk membayar yuran. 17.2.6.8 Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Bendahari untuk melicinkan pentadbiran. 17.2.6.9 Mengumpul dan memungut yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli bahagian siswa.

17.2.7 Timbalan Bendahari Agung 17.2.7.1 Memangku jawatan Bendahari Agung sewaktu ketiadaannya. 17.2.7.2 Membantu Bendahari Agung dalam tugas-tugasnya. 17.2.7.3 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Majlis Tertinggi atau Lembaga Tadbir. 17.2.7.4 Mengumpul dan memungut yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli bahagian siswi dan menyerahkan kepada Bendahari Agung. 17.3 Tugas-tugas umum biro 17.3.1 Setiap biro diketuai oleh seorang ketua biro. 17.3.2 Jawatan ketua-ketua biro dilantik dan ditentukan di dalam Mesyuarat Lembaga Tadbir. 17.3.3 Ketua-ketua biro bertanggungjawab melantik sekurang-kurangnya 4 orang AJK biro terlebih dahulu dan dipersetujui oleh Lembaga Tadbir. 17.3.4 Ketua-ketua biro dengan sendirinya memimpin dan mempengerusikan mesyuarat biro. 17.3.5 Ketua-ketua biro bertanggungjawab membuat laporan biro untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Lembaga Tadbir. 17.3.6 Semua AJK bertanggungjawab untuk merancang aktiviti perlaksanaan biro masingmasing dengan persetujuan Lembaga Tadbir. 17.3.7 Setiap biro perlu membentangkan perbelanjaan masing-masing di dalam Mesyuarat Lembaga Tadbir. 17.3.8 Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Tadbir atau Majlis Tertinggi kepadanya. 17.3.9 Bekerjasama dengan biro-biro lain. 17.4 Tugas-tugas Khas Biro 17.4.1 Ketua Biro Akademik dan Intelektual 17.4.1.1 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal akademik dan pengajian ahli. 17.4.1.2 Merancang dan melaksanakan program-progrm ilmiah yang berkaitan dengan akademik. 17.4.1.3 Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Akademik dan Intelektual. 17.4.1.4 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Akademik dan Intelektual. 17.4.2 Timbalan Ketua Biro Akademik dan Intelektual 17.4.2.1Membantu Ketua Biro Akademik dan Intelektual dalam mengendalikan tugastugasnya. 17.4.3 Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan 17.4.3.1 Mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kebajikan ahli. 17.4.3.2 Membantu menguruskan visa (iqamah) ahli PERMATA. 17.4.3.3 Berusaha mengeratkan persaudaraan dalam kalangan ahli PERMATA. 17.4.3.4Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. 17.4.3.5 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. 17.4.4 Timbalan Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan 17.4.4.1 Membantu Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan dalam mengendalikan tugastugasnya.

17.4.5 Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan 17.4.5.1 Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menganjurkan program program sukan, rekreasi dan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA. 17.4.5.2 Bertanggungjawab menguruskan semua peralatan biro. 17.4.5.3 Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan. 17.4.5.4 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan. 17.4.6 Timbalan Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan 17.4.6.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan dalam menjalankan tugas-tugasnya. 17.4.7 Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan 17.4.7.1 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal ekonomi PERMATA. 17.4.7.2 Berusaha meningkatkan kewangan PERMATA. 17.4.7.3 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Ekonomi. 17.4.7.4 Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Ekonomi. 17.4.8 Timbalan Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan 17.4.8.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Biro Ekonomi dalam menjalankan tugasnya. 17.4.9 Ketua Biro Penempatan dan Keselamatan 17.4.9.1 Membantu menguruskan penempatan ahli PERMATA. 17.4.9.2 Menjaga keselamatan ahli PERMATA. 17.4.9.3Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Penempatan dan Keselamatan. 17.4.9.4 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Penempatan dan Keselamatan 17.4.10 Timbalan Ketua Biro Penempatan dan Keselamatan 17.4.10.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Biro Penempatan dan Keselamatan dalam menjalankan tugasnya. 17.4.11 Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan 17.4.11.1 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal sahsiah dan kepimpinan ahli PERMATA. 17.4.11.2Mengadakan tamrin, muzakarah, ceramah, qiamullail dan program-program tarbiah dan rohani. 17.4.11.3 Menubuhkan dan mempengerusikan AJK kecil Biro Sahsiah dan Kepimpinan. 17.4.11.4 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Sahsiah dan Kepimpinan. 17.4.12 Timbalan Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan 17.4.12.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan dalam menjalankan tugas-tugasnya. 17.4.13 Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan 17.4.13.1 Bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada ahli PERMATA. 17.4.13.2 Menjaga dan mengurus medium penyampaian maklumat. 17.4.13.3 Menubuh dan mempengerusikan AJK kecil Biro Penerangan dan Penerbitan. 17.4.13.4 Menyediakan laporan kegiatan tahunan Biro Penerangan dan Penerbitan. 17.4.14 Timbalan Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan 17.4.14.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan menjalankan tugas-tugasnya. 8

dalam

BAB KELIMA PILIHANRAYA DAN MESYUARAT Fasal 18 : Pilihanraya 18.1 Tarikh Pilihanraya Pilihanraya PERMATA hendaklah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung. 18.2 Suruhanjaya Pilihanraya 18.2.1 Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan bebas yang dilantik oleh Lembaga Tadbir dari kalangan ahli biasa. 18.2.2 Suruhanjaya Pilihanraya hanya berhak mengundi dan tidak berhak dicalonkan dalam pilihanraya tersebut. 18.2.3 Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah menguruskan perjalanan pilihanraya supaya berjalan dengan licin dan teratur. 18.2.4 Suruhanjaya Pilihanraya berhak membuat peraturan pilihanraya yang adil dan saksama. 18.2.5 Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen di dalam pilihanraya tersebut. 18.3 Keputusan Pilihanraya Keputusan pilihanraya hendaklah diisytiharkan dalam Mesyuarat Agung oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya atau wakilnya.

18.4 Bantahan 18.4.1 Sekiranya terdapat sebarang banatahan rasmi terhadap kesahihan keputusan pilihanraya, sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Khas akan dibentuk oleh Lembaga Penasihat. 18.4.2 Keputusan terhadap bantahan hendaklah dibuat dalam masa dua minggu daripada tarikh pilihanraya dan ia adalah muktamad. Fasal 19 : Mesyuarat Agung 19.1 Mesyuarat Agung Tahunan 19.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebaik sahaja Tahun Kewangan PERMATA berakhir. 19.1.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli. 19.1.3 Ahli Mesyuarat Agung adalah ahli rasmi PERMATA yang terdiri daripada : 19.1.3.1 Lembaga Tadbir semasa PERMATA 19.1.3.2 Calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya semasa PERMATA 19.1.3.3 Satu persepuluh orang perwakilan daripada setiap semester 19.1.3.4 4 orang perwakilan daripada setiap biro 19.1.3.5 Semua pimpinan MPMMJ atau wakilnya 19.1.3.6 Semua pimpinan BKAN atau wakilnya 19.1.4 Panggilan mesyuarat hendaklah dibuat oleh Setiausaha Agung melalui surat pekeliling dengan disertakan bersama agenda mesyuarat, penyata tahunan dan penyata kewangan. 19.1.5 Panggilan mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung. 19.1.6 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditentukan oleh Lembaga Tadbir 9

19.1.7 Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak dihadiri oleh dua pertiga ahli, mesyuarat boleh ditukarkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Khas dengan kehadiran satu perdua ahli. Sekiranya masih belum mencukupi satu perdua ahli, mesyuarat boleh ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Tadbir. 19.1.8 Sekiranya masih tidak mencukupi satu pertiga daripada ahli, mesyuarat boleh diteruskan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli yang hadir 19.1.9 Keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad dan dikuatkuasakan selepas keputusan tersebut dibuat. 19.1.10 Pengerusi Tetap dilantik daripada ahli biasa oleh Lembaga Tadbir sebelum Mesyuarat Agung. 19.2 Mesyuarat Agung Khas 19.2.1 Mesyuarat Agung Khas dibuat dengan sebab panggilan Lembaga Tadbir atau setengah daripada jumlah ahli memohon secara bertulis kepada Lembaga Tadbir dengan dinyatakan tujuan Mesyuarat Agung Tahunan Khas diadakan. 19.2.2 Mesyuarat Agung Khas dibuat hanya untuk membincangkan agenda yang telah dinyatakan semasa panggilan mesyuarat dibuat. 19.2.3 Mesyuarat Agung khas hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli. 19.2.4 Pengerusi Mesyuarat Agung Khas adalah mengikut Bab Kelima 19 ceraian (19.1.10). 19.2.5 Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Khas dibuat oleh Setiausaha Agung. Keputusan Mesyuarat Agung ini disahkan dan dikuatkuasakan selepas Mesyuarat Agung Khas diadakan. Fasal 20 : Mesyuarat Lembaga Tadbir 20.1 Mesyuarat Lembaga Tadbir hendaklah diadakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tahun pentadbiran. 20.2 Mesyuarat lembaga Tadbir dianggap sah apabila dihadiri oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli Lembaga Tadbir. 20.3 Panggilan Mesyuarat Lembaga Tadbir hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Mesyuarat Lembaga Tadbir diadakan kecuali mesyuarat tergempar. 20.4 Mesyuarat tergempar mestilah dihadiri oleh setengah daripada Ahli Lembaga Tadbir. 20.5 Keputusan Mesyuarat Lembaga Tadbir adalah muktamad. Fasal 21 : Mesyuarat Tertinggi 21.1 Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah diadakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tahun pentadbiran. 21.2 Mesyuarat Majlis Tertinggi dianggap sah apabila dihadiri dua pertiga daripada Ahli Majlis Tertinggi. 21.3 Panggilan Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat tergempar. 21.4 Mesyuarat tergempar hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya setengah daripada Ahli Majlis Tertinggi. 21.5 Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi adalah muktamad.

10

BAB KEENAM KEWANGAN Fasal 22 : Kewangan 22.1 Sumber Kewangan 22.1.1 Yuran ahli. 22.1.2 Sumbangan derma daripada ahli ahli. 22.1.3 Derma daripada orang perseorangan dan badan-badan. 22.1.4 Sumber-sumber yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA. 22.1.5 Hasil kegiatan dan aktivti PERMATA. 22.2 Tahun Kewangan Bermula dari sesi pentadbiran sehingga seminggu sebelum Mesyuarat Agung.

Fasal 23 : Juruaudit 23.1 Dua orang atau lebih yang bukan Ahli Lembaga Tadbir hendaklah dilantik dalam mesyuarat sebagai Juruaudit PERMATA. 23.2 Tugas-tugas juruaudit 23.2.1 Meneliti segala buku akaun kewangan apabila difikirkan perlu. 23.2.2 Mengesahkan penyata kira-kira kewangan PERMATA untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 23.2.3 Memeriksa penyata kira-kira PERMATA pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden dan berhak membuat laporan kepada Lembaga Tadbir. 23.2.4 Berhak memeriksa harta benda PERMATA dan memastikan dan tidak disalahguna s amada komputer, alatan sukan mahupun lebihan program. 23.2.5 Memberi pendapat di atas laporan kewangan yang dibuat oleh Bendahari Agung untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

BAB KETUJUH PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DASAR Fasal 24 : Pentafsiran Undang-undang Dasar Keputusan Majlis Tertinggi dalam menafsirkan sebarang kekaburan terhadap undang-undang dasar adalah muktamad. Fasal 25 : Pindaan Undang-undang Dasar 25.1 Sebarang cadangan pindaan Undang-undang Dasar PERMATA hendaklah diadakan dalam Mesyuarat Agung dan disahkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli yang hadir. 25.2 Sebarang cadangan pindaan Undang-undang Dasar boleh dibuat oleh mana-mana ahli dengan memberikan kepada Setiausaha Agung secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. Fasal 26 : Pembubaran PERMATA 26.1 Berlaku secara automatik apabila tiada lagi pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Mutah, Jordan. 26.2 Boleh dilakukan dengan persetujuan tiga perempat daripada ahli PERMATA. 26.3 Selepas keputusan pembubaran dipersetujui, Lembaga Tadbir hendaklah melantik seorang jurukira dan AJK khas pemegang amanah harta benda PERMATA. 11

26.4 26.5 26.6 26.7

Semua hutang piutang PERMATA adalah tanggungjawab semua ahli. Segala harta benda PERMATA selepas pembubaran hendaklah dipindakan kepada AJK khas pemegang amanah yang dilantik. AJK khas pemegang amanah hendaklah menyerahkan harta benda yang diamanahkan kepada persatuan baru dibentuk atau mana-mana saluran yang dirasakan munasabah. Pembubaran hendaklah dimaklumkan kepada Penaung dan Penasihat Kehormat.

Draf ini telah disediakan oleh Panel Penggubal Draf Perlembagaan PERMATA yang terdiri daripada : Pengerusi: AJK: Mohd Sofa bin Hj Ahmad Mohd Imran bin Hj Ibrahim Noorazi bin Rani Mohd Radhi bin Yaacob Massaudi bin Hj Din Mazrisyam bin Sharif Ridhuan bin Abdullah Awang Salmi bin Awang Sabudin Shahrul Rizal bin Sati

Perlembagaan ini telah dibahaskan disahkan di dalam Mesyuarat Agung Penubuhan PERMATA kali- 1 pada 28 Oktober 1999 bersamaan pada hari khamis bertempat di Mudarraj Amir Hassan, Universiti Mutah.

Perlembagaan ini disemak dan dikemaskini oleh :

(Muhammad Akmalludin bin Mohd Hamdan) Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah, Sesi Pentadbiran 2013/2014.

Disahkan oleh :

(Mohamad Ehsan bin Sebri) Presiden, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah, Sesi Pentadbiran 2013/2014.

12

You might also like