You are on page 1of 26

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

KOD KURSUS : HBEF 3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA

NORULHUDA BTE HAJI BANDI

NO. MATRIKULASI

730121016506001

NO. KAD PENGNEALAN

730121016506

NO. TELEFON

017133949

E-MEL

norulhudabandi@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


BATU PAHAT

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 1

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Isi kandungan:

PENDAHULUAN

SOALAN TUGASAN

1. PENGENALAN TAJUK
2. DIFINISI TENTANG TAJUK
3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF
4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN
5. PERANANYANG DIMAINKAN OLEH BUKAN KERAJAAN
6. POLISI KERAJAAN MASA KINI
7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF
8. KUPERLUAN LOGISTIK
9. SOKONGAN YANG PERLUKAN

RUMUSAN

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 2

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

PENDAHULUAN

Salam sejahtera, salam perpaduan. dan Salam 1 Malaysia. Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha mengasihi hambanya.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNya, tugasan HBEF
3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan

sebaiknya demi memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan. Di kesempatan yang terbatas


ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Puan Rafiah binti Abdul
Rahman telah banyak memberi bimbingan, bantuan dan pandangan, panduan dan pendedahan
sehinggalah dapat menyiapkan tugasan ini mengikut keperluan dalam jangka waktu yang telah
ditetapkan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala bantuan,
bahan-bahan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kerjasama daripada
kalian semua amat saya hargai. Mudah-mudahan ikatan persahabatan tetap utuh dan abadi untuk
selama-lamanya.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini.

Sekian.

Norul Huda bte Haji Bandi,


730121016505,
0177133949

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 3

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

norulhuda6506@yahoo.com

SOALAN TUGASAN

Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan
inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas.
Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk eportfolio.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek-aspek
berikut :
Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara ini
yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan
Pendidikan Malaysia 2013-2025
Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program pendidikan
inklusif di sekolah anda.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 4

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

1. PENGENALAN TAJUK

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan
yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris and
Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together.Bowe
(1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities)
are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no
disabilities.
INKLUSIF

dalam bahasa

yang mudah untuk

difahami ialah menempatkan murid-murid

bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah.
Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah
terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua

jenis iaitu

inklusif penuh dan inklusif separa.


Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana
mengikuti

semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran

perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka.
Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan
pada mata pelajaran bukan teras.
Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
insklusif akan dapat memastikan:
*

perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 5

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan


kanak-kanak lain.

pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa


dengan kanak-kanak lain.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 6

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

2. DIFINISI TENTANG TAJUK


Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan
negara.
Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan
inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini
diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi.
Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya
adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya
mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti muridmurid lain tanpa mengira status.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang
direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang
luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahankemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah
pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 7

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF


Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid
berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh
negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa.
Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan
formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting
dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan
komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangani murid berkeperluan khas
berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian
rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu.
Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru
terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu
murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid
yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 8

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

kognitif
tingkahlaku sosial/perkembangan sosial
penguasaan bahasa lisan/pertuturan
penguasaan membaca
kemahiran perkembangan (development skills)
kemahiran matematik
(sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 9

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi


memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai
sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan
khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk
Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di
Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara
penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat
keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia
kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan
keperluan sosial.

Keperluan Kesamarataan hak asasi


Malaysia

mengamalkan

sistem

pendidikan

berpusat

dan

Kementerian

Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap


kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan
1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara
umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan
pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 10

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama
dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi
kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu
diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan
kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan
negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya
diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek
pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih
sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek
lain.

Keperluan Pendidikan Berkualiti


Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk
meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 11

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas.
Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana
pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan
bekeperluan khas .

Keperluan Sosial
Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli
masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan
golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli
terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan
arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih
semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina
persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu
memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan
untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif
membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan
diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 12

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

5. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN


Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi
kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu
diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan
kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan
negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya
diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek
pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih
sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek
lain.
Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee
on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan
masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat
keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada
ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah
pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 13

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti
masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan
emosi yang serius.

6. POLISI KERAJAAN MASA KINI


Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

Berdasarkan

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994),
kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif
untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat
akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan
inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan
komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta
Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu
diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.
Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited
untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan
meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan
beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini,

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang
upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention
Deficit

Hyperactivity

Disorder),

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

dan

disleksia.
Page 14

Pertubuhan

Bangsa-Bangsa

Bersatu

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu
yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah
dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas.
Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan
khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada
pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:
Sekolah pendidikan khas:
Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk
masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);
Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):
Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan
Program pendidikan inklusif:
Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas
arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program
inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah
pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 15

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua,
walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya,
Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa
Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan
untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi
perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana.
Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang
upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.

7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF


Majoriti guru di sekolah ini yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri
daripada guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa
yang mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru lelaki 62.7% sementara guru perempuan
37.5%. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang
ramai

mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan

mempunyai tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani
karenah kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa,
kebanyakan guru-guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa .
Guru ini berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini
mereka lebih memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 16

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN


KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA

Mula

Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak

Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri

Isi Borang dan Buat Pemeriksaan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 17

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Kembalikan Borang Yang Lengkap

ke Jabatan Pelajaran Negeri

Proses Penilaian

Temuduga Ibu bapa

Tawaran Penempatan

Tempoh Percubaan

Pengesahan Penempatan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 18

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

8. KEPERLUAN LOGISTIK PENDIDIKAN INKLUSIF


Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah
pembelajaran adalah bersifat up to date tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru
itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga
perlu peka terhadap keperluan guru guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus
sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu membawa guru guru untuk ke luar
Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini. Lawatan keluar Negara
adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat
secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih
praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas
juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang
berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana
di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 19

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu
lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif
terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru
pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar
dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid.
Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja
guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu
membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan
khas.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar
dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang
diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak menunjukkan
pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa
murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding
dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk
anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan
sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka
adalah sememangnya berlainan

Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang
sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah factor keselesaan
yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 20

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar
mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985)
menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan
terdapat interaksi guru murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan
pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

9. SOKONGAN YANG DIPERLUKAN


Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of
EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN) Melalui :
Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang
disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi
dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan
inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP.
Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah
pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu
kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial.

Kementerian akan membangunkan satu set

instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi
murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 21

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan
khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah
pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul
asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan
dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum
dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian
menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011,
kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti
program pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif


Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah
kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya
supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan
mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran
yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan
penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka
kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan
agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas.
Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan
bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti
dalam bidang audiologi dan terapi.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 22

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.


Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan
dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan.
Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan
berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi
pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam
program inklusif menjelang 2025.

RUMUSAN

Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan
meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediaan
peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang professional
(Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca
Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang
kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP
di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah
harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar
bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung
dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 23

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal
penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan
yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi ilmu
diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong
perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya.
Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan
dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator amalan terbaik
pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini pula dijangka
dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.
Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan
pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia
khususnya dan di luar negara umumnya.

PENUTUP

Pada Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan


INKLUSIF HBEF 3503

dalam subjek PENDIDIKAN

yang menghendaki saya melaksanakan kajian tentang

program

pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerja-kerja mencari bahan, membuat kajinan dan
rujukan di sekolah . Saya

membuat rujukan telah bermula secara individu dan

kumpulan.Walaupun pada peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam mengum ul
bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya kerja menyiapkan
tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Juga kepada pensyarah,
rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Benut , Pontian yang telah banyak
memberikan kerja sama dalam menyiapakan tugasan ini.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 24

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Sekian, terima kasih .

BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 25

Norul Huda Hj.

Bandi 73012016506

Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan
Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 26

You might also like