You are on page 1of 8

BAB 1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP ETNIK, BUDAYA, DAN MASYARAKAT

Konsep Etnik Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani ethnos bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciriciri budayanya. Etnisiti - rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia; ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan emik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama dan turun-

temurun daripada nenek moyang itu. Walaupun keturunan itu bermakna keturunan budaya, juga yang lebih ditonjolkan ialah identiti etnik, ras atau sifat-sifat fizikal yang sama. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai now etnicity was viewed largely in term of race, whereas the previous European focus on couraged a nationality or cultural axis for analysis. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut

kedudukan geografi dan sempadan negeri.

Konsep Budaya Budaya - aktiviti-aktiviti persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian, dan sebagainya. Budaya - elemen penting dalam kehidupan. Perkataan budaya berasal dari perkataan Jawa "budaya",

percantuman dua perkataan budhi" dan "daya. Perkataan budhi" dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal manakala "daya" perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Dicantumkan kedua-dua perkataan budaya" membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Budaya boleh diertikan sebagai the way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within. Sumber lain mendefinisikan budaya - tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya).

Budaya dapat di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apaapa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. Rumusan, budaya itu dari sudut bahasa membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. Budaya dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Dua peranan utama pembentukan sesuatu budaya iaitu pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti dan kedua pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri-ciri budaya adalah seperti berikut: Dipelajari : Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: a. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. b. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. c. Umur seseorang. d. Tahap pendidikan. e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. Dikongsi : Budaya dikongsi manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

Sejagat : Budaya bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan wujud dalam semua kelompok manusia. Clyde Kluckhohn mengesan 7 unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. Peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

ii. Mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. iii. Sistem sosial iv. Bahasa v. Kesenian vi. Sistem pengetahuan vii. Agama dan kepercayaan. Diwarisi : Budaya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Berubah : Budaya sentiasa berubah - perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. Perubahan bilangan anggota masyarakat. ii. Pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. Penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. Pertembungan budaya. v. Konflik yang berlaku. vi. Perubahan alam sekitar. Perlambangan : Perlambangan sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya spt. bendera, warna, logo, lambaian tangan dsbnya. Pandangan Semesta : Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian

erat diterjemahkan dalam kehidupan seharian spt. simpulan bahasa, ukuran, tempoh masa dsbnya. Fungsi Budaya : Memenuhi dan menyediakan keperluan : Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Sebagai panduan kepada anggota masyarakat dalam

bertingkahlaku : kepada anggota

Budaya berperanan memberikan panduan masyarakat dalam bertingkahlaku dalam

memberikan panduan, ia meliputi: i. Perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. Perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. Perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. Mengatur hubungan sesama manusia : Kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia dalam kehidupan seharian. Sebagai penggalak kepada manusia untuk mencipta : Budaya pendorong kepada penciptaan memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan. Sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti : Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Konsep Masyarakat Masyarakat terdiri daripada kumpulan individu yang mempunyi hubungan yang sangat lama. Mereka saling berhubung dengan itu timbul perlakuan daripada apa-apa yang difikirkan. Masyarakat adalah kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan sebagainya.

Daripada hubungan ini maka wujud satu organisasi atau institusi tertentu yang dapat menyatukan lagi manusia dalam kumpulan unit sosial. Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. Masyarakat didefinisikan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. Ciri-ciri masyarakat : Manusia yang hidup berkelompok : Hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah yang membentuk masyarakat. Melahirkan kebudayaan : Masyarakat melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian. Mengalami perubahan : Perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu. Berinteraksi : Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Terdapat kepimpinan : Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dsbnya. Dalam masyarakat Melayu

awal,

kepimpinan

bercorak

tertutup

kerana

pemilihan

berdasarkan keturunan. Stratifikasi sosial : Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat. Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta.

TEORI -TEORI HUBUNGAN ETN1K Segregasi : Merupakan hubungan bersifat pemisahan di antara etnik-tnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan - kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akulturasi : Merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak

menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Kejayaan akulturasi bergantung kepada: 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima Asimilasi : Merupakan proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. la berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: 1. Etnik yang berbeza budaya. 2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. 3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada: 1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. 2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik yang lain. 3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. 5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. Faktor penghalang asimilasi ialah: 1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. 2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. 3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. Amalgamasi : Merupakan proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

You might also like