You are on page 1of 27

Pada peringkat perancangan projek pembangunan, keupayaan merancang yang baik menjadi aspek utama yang diambilkira oleh

institusi kewangan. Bincangkan LIMA (5) faktor-faktor yang harus dipertimbangkan oleh pihak pemaju hartanah untuk mendapatkan sumber pembiayaan

Secara umum, kerajaan akan menjalankan aktiviti pembangunan yang menelan belanja yang besar dan faedahnya dinikmati oleh rakyatnya seperti pembinaan lebuhraya, stesen janakuasa elektrik, sistem pengairan dan sebagainya. Manakala, bagi pihak swasta pula lebih berminat kepada projek-projek perindustrian dan perdagangan yang memberi keuntungan. Sesuatu projek pembangunan perlulah dirancang dengan teliti bagi memberikan kesan yang maksimum kepada ekonomi negara.

Oleh itu, salah satu komponen yang amat penting bagi melaksanakan dan menjayakan sesuatu projek itu ialah pembiyaan. Pembiayaan amat penting kerana modal diperlukan untuk menyedia infrastruktur dan modal kerja sesuatu projek. Bagi melaksanakan sesutu projek terdapat pelbagai jenis dan sumber pembiayaan yang boleh kita dapatkan dan pengurusan pembiayaan amat penting kerana modal yang berkesan memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek.

PEMBIAYAAN PROJEK
Pembiayaan projek merupakan suatu tindakan atau proses yang penting dalam menjalankan sebarang aktiviti pembangunan.

Ianya memerlukan proses yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib dan berperanan penting dalam meluluskan permohonan pembiayaan terutama oleh pihak bank dan agensi-agensi kewangan yang ada.

Kesediaan sumber pembiayaan banyak mempengaruhi keadaan


pasaran dan keupayaan atau kuasa membeli.

Hal ini adalah kerana pembiayaan yang diperolehi bagi menampung segala proses pembangunan seperti kos alatan dan sebagainya mempengaruhi output yang dihasilkan sama ada memberi kepuasan ataupun tidak kepada pengguna atau pembeli.

Sekiranya output yang dihasilkan memberi kepuasan yang maksimum, barang atau output tersebut mendapat permintaan yang tinggi dan ini akan meningkatkan lagi keuntungan yang akan diperoleh oleh pihak pemaju atau pengeluar. Sumber pembiayaan boleh dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu pembiayaan sepenuhnya oleh pihak pemaju, perolehan daripada institusi perbankan atau kewangan dan perolehan daripada kedua-duanya sekali.

PERANCANGAN PROJEK Perancangan projek merupakan ringkasan bertulis yang menerangkan tentang cadangan usahaniaga seseorang usahawan, maklumat operasi dan kewangan yang lengkap, strategi dan peluang pemasaran serta keupayaan dan kemahiran penguruspengurusnya.

Perancangan projek sangat penting dan ianya diperlukan kerana segala aktiviti dan proses pembangunan yang ingin dijalankan perlu mengikut apa yang ditetapkan dan sebagai usaha bagi mengelakkan daripada kesan yang negative terhadap persekitaran iaitu kesan kepada manusia dan alam sekitar.

Tujuan perancangan projek adalah untuk menentukan kaedah yang akan digunakan untuk merancang sesuatu projek. Walau bagaimanapun, kejayaan sesuatu perancangan ialah bergantung kepada pengetahuan tentang prosedur yang sedia ada dan kebolehan untuk memilih kaedah yang paling menguntungkan. Dalam merancang sesuatu projek, terdapat beberapa kriteria yang perlu difahami oleh pihak pemaju dalam merancang sesuatu projek yang dikehendaki. Hal ini melibatkan aspekaspek kewangan, teknikal,undang-undang, pasaran, alam sekitar dan lain-lain.

ASPEK YANG DIAMBILKIRA UNTUK MERANCANG SESUATU PROJEK

Aspek Alam Sekitar 2) PASARAN 3) ANALISIS TEKNIKAL 4) KEWANGAN 5) EKONOMI 6) SOSIAL 7) ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA
1)

Dalam sesuatu projek pembinaan, pengurusan modal yang berkesan memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek.

1. Keperibadian (Character)

Keperibadian ini secara dasarnya merupakan data tentang calon pelanggan seperti sifat-sifat peribadi, cara hidup, keadaan dan serba sedikit mengenai latar belakang keluarga pelanggan. Pada dasarnya, ia adalah satu penilaian sejarah peribadi pemilik perniagaan dan latar belakang beliau. Bagi syarikat ini meliputi sejarah pemilik, lembaga pengarah dan pihak pengurusan utama. Hal ini sangat dititik beratkan untuk mengetahui kesanggupan calon tersebut membayar kembali pinjaman mereka dalam masa yang ditetapkan.

2. Kapasiti (Capacity) Kapasiti secara umumnya adalah penilaian keupayaan pelanggan untuk membayar balik pinjaman. Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk membayar pinjaman melalui: Penjanaan aliran wang tunai Lain-lain punca pembayaran balik

3. Modal (Capital)

Biasanya, pemilik syarikat mesti mempunyai dana sendiri untuk melabur dalam syarikat itu sebelum bank akan bersedia untuk menanggung risiko melalui pelaburan mereka sendiri.

Modal adalah pelaburan peribadi pemilik dalam perniagaan beliau yang boleh hilang jika perniagaan itu gagal.
Modal kewangan kebiasaannya berbentuk dana pemegang saham, pendahuluan daripada pengarah dan cagaran pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik.

4.

Returns (hasil yang diperoleh)

Ini membawa maksud penilaian atas hasil yang akan dicapai oleh pemilik syarikat setelah mendapatkan kredit dari pihak bank. Persoalannya apakah hasil tersebut mencukupi untuk membayar kembali hasil pinjaman berserta bunga, disamping cash-flow dan lain-lain.

5. Repayment (pembayaran kembali)

Prinsip ini adalah lanjutan kepada prinsip pertama iaitu returns. Prinsip ini diukur melalui kemampuan membayar kredit tersebut sesuai dengan jadual pembayaran kembali seperti yang ditetapkan.

6. Risk Bearing Ability (kemampuan menanggung risiko)

Selain itu, prinsip ketiga ini juga perlu diperhatikan iaitu sejauh mana kemampuan pemilik syarikat untuk menanggung risiko.
Ketidakmampuan pemilik syarikat berhak diragukan oleh pihak bank.

7. Keadaan
Pembiayaan yang diberikan perlu mempertimbangkan keadaan ekonomi yang dikaitkan dengan prospek usaha calon nasabah.

Keadaan pembiayaan merupakan suatu usaha yang sangat tergantung dari keadaan perekonomian.
Oleh itu, keadaan pembiayaan perlu dikaitkan dengan keadaan ekonomi dalam usaha calon pelanggan.

Antara isu dan cabaran utama untuk mendapatkan pembiayaan adalah pihak bank selalunya akan melihat kepada keperibadian peminjam iaitu melalui perkara yang beretika seperti kejujuran, integriti, kebolehpercayaan, dan moraliti yang diterima oleh masyarakat.

Keperibadian seseorang peminjam itu amat penting dalam sebarang keputusan bank untuk melulus atau menolak permohonan si peminjam kerana ia menunjukan kesanggupan dan niat seseorang itu untuk membayar balik pinjamannya.

Disamping itu juga pihak bank akan meneliti modal iaitu sandaran kepada kewangan seseorang itu boleh ditentukan melalui pegangan ekuitinya dalam perniagaan. Bank akan merasa lebih selesa sekiranya keteguhan kewangan peminjam itu mudah dinilaikan.

Modal adalah satu elemen yang penting untuk membiyai sesuatu perancangan projek itu, sama ada yang baru ataupun yang sudah lama wujud. Bagi mendapatkan modal untuk sesuatu projek pembinaan selalunya memberikan cabaran besar kepada seseorang pengurus projek.

Oleh hal yang demikian, pihak yang terbabit dalam menjalankan proses pembinaan iaitu kontraktor atau pengurus projek, haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengurusan kewangan terutamanya dalam merancang dan mengawal aliran tunai.

You might also like