You are on page 1of 3

Zakat Atas Gaji / Pendapatan

Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan: 22 Mar, 1990 Huraian Tajuk/Isu: Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 25 Syaaban 1410 bersamaan dengan 22 Mac 1990,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).

Keputusan:
"Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat.Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat."

Keterangan/Hujah:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK TENTANG ZAKAT ATAS PENDAPATAN(GAJI) 1. TUJUAN. 1.1. Kertas ini dikemukakan untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai zakat atas pendapatan (gaji) 2. LATAR BELAKANG. 2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 25 Syaaban 1410 bersamaan 22 Mac 1990 kali ke 113 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan . 2.2 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:- 2.2.1 SS Dato" Seri (Dr ) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi 2.2.2 SF Tuan Hj Hasbullah bin Hj Ahmad (Kadi Besar ) 2.2.3 YDH Toh Paduka Indera Tuan Hj Mohd Saman bin Mohamed 2.2.4 AF Dato" Abdul Rahman bin Osman 2.2.5 AF Tuan Hj Yahya bin Mohamed 2.2.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad 2.2.7 Tuan Hj Zulkarnain bin Hj Ahmad 3. PERBINCANGAN HUJJAH DAN ALASAN 3.1 Ahli Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa pendapatan dan gaji termasuk dalam kategori berdasarkan petikan dari kitab juzuk 2 mukasurat 864 " : : . , . " " Zakat gaji dan pekerjaan bebas Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan , sekumpulan yang tidak berkaitan dengan kerajaan (bekerja sendiri) seperti profesion doctor , jurutera ,peguam,tukang jahit , tukang kayu dan lain-lain pekerjaan swasta.Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang berkaitan dengan kerajaan seperti institusi institusi dan syarikat-syarikat samada yang umum atau yang khas di mana pegawainya diberi gaji bulanan . Gaji yang diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan atau swasta adalah disebut oleh ahli feqh sebagai "al-mal al mustafad" (harta perolehan) 3.2 Ahli Mesyuarat juga bersepakat bahawa salah satu syarat yang perlu untuk dipenuhi dalam pembayaran zakat adalah haul berdasar kepada dalil dalil di bawah :- . Tidak dikenakan zakat bagi harta yang tidak sempurma haulnya 3.3 Ahli mesyuarat bersependapat bahawa

syarat zakat bagi memerlukan haul berdasarkan hadith :- Sesiapa yang mendapat perolehan harta , tidak dikenakan zakat atas harta perolehannya sehinggan sempurna haulnya di sisi Tuhannya. Juga berdasarkan petikan dari kitab :- Ditetapkan dalam mazhab yang empat bahawa "al mal al mustafad " tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap haul .Ulama" selain mazhab Syafi"I mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika cukup nisab walaupun di saat akhir sebelum habis haul . 3.4 Ahli mesyuarat berpendapat menqiaskan haul zakat pendapatan dengan zakat tanaman berdasarkan ayat serta pada masa yang sama meletakkan kadar zakat 2.5% berdasarkan zakat emas perak adalah . Penentuan zakat memerlukan kepada nas berdasarkan kepada keterangan di bawah :- 1 136 Perbincangan dalam penetapan zakat adalah didasari dengan datangnya nas dan tiada ruang untuk menggunakan qias. . : : , . 1 132 Masalah pada menyatakan tiada dikenakan zakat pada buah tin .Berkata Imam Nawawi dalam kitab Raudhah : Tanpa khilaf dan ia termasuk dalam persoalan yang masih samar kerana ia diertiakn seperti buah anggur bahkan lebih dari buah anggur. Jawapan : Perbahasan dalam zakat tertakluk kepada datangnya nas . Tiada peranan qias di situ dan tidak sabit wajib mengeluarkan zakat pada buah tin. 3.5 Ahli mesyuarat berpendapat zakat ) ( memerlukan syarat haul berdasar hujjah berikut :- )) ) . . : 1 262 263 Adapun ( ) ia merupakan emas dan perak. Syarat wajib zakat padanya ada lima iaitu Islam , Merdeka, Milik sempurna , cukup nisab dan cukup haul iaitu cukup setahun berdasarkan hadith " tidak perlu zakat pada harta kacuali sempurna haul " walaupun hadith ini dahif tetapi telah ditampung oleh athar sahabi yang sahih dari sahabat yang empat serta yang lain-lain. : : . , . Al hadith : Daripada Ali RA dalam hadith yang panjang sehingga kata-katanya : Apabila kamu ada 200 dirham dan cukup haul maka zakatnya 5 dirham dan tidak dikenakan zakat ke atas kamu sehingga kamu memiliki 20 dinar dan cukup satu haul maka zakatnya adalah separuh dinar , begitulah kiraan zakat seterusnya. 3.6 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa seluruh kitab-kitab ulama" As Syafiiyyah , Hanabilah , Malik Hanafiah dan jumhur Sahabat dan Tabiien mewajibkan zakat emas , perak, binatang ternakan kerbau , lembu,kambing dan unta dengan cukup nisab dan haul Cuma sebahagian kecil daripada sahabat yang kecil dan tabiien yang berpendapat hartaharta seperti wang ringgit, emas perak,dan binatang ternakan wajib dikeluarkan zakatnya apabila sempurna nisab tanpa mengira haul . Ini adalah pendapat Daud Az Zohiri. Kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpegang kepada pesanan beginda SAW : . 17 "wajiblah ke atas kamu untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa" Ar Rasyidin Al Mahdiyyin dan berpegang teguhlah dengannya seperti kamu menggigitnya dengan geraham kamu" Ada beberapa kategori harta yang diwajibkan zakat tanpa haul seperti terkandung dalam keterangan di bawah :- : : Tidak diambil kira haul itu pada zakat tujuh perkara : tanam-tanaman,buah-buahan , galian , rikaz, fitrah,lebihan

untung perniagaan , anak kambing apabila kematian emaknya atau sempurna nisabnya. 3.7 Ahli mesyuarat berpendapat tidak berlaku zakat atas pendapatan atau gaji di zaman Khulafa" Arrasyidin. 4. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH 6.1. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 113 pada hari Khamis 22hb Mac 1990 bersamaan 25hb Syaaban 1410 bersetuju sebulat pendapat iaitu itu wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan( ) oleh Jumhurul Ulama" ) ( dalam mazhab yang empat).

You might also like