You are on page 1of 16

Ciri-Ciri Pemusatan Pelajar Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan

guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunakasi dan interaksi di antara guru dan murid adalh secara dua hala dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalm aktiviti pembelajaran dan pengajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektiv pembelajaran murid. Ciri-Ciri Pemusatan Guru Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunakasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Stratergi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektiv pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyeburan nilai murni atau perkembamgan emosi . Stratergi ini mementingkan pencapaian murid berdasrkan keputusan uijan dan perperiksaan Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk meningat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interprestasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang psitif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian Di bawa stratergi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan

Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.

Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas. http://rujuknota.blogspot.com/search/label/pedagogi Teori Pembelajaran Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif Pelopor dan prinsip Wolfgang Kohler (1887-1967) Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal. Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian.

}Kohler dan pembelajaran celik akal }Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu). }Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut. }Kajian lain (Kohler)

}Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan. }Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut. }Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. }Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.

}Prinsip pembelajaran celik akal Kohler }Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak. }Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

}Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang) }Tokoh utama revolusi kognitif. }Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. }Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. }Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. }Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

}Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat). }Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Pembelajaran penemuan Bruner Konsep mengetahui adalah satu proses. Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian.

Apa itu pembelajaran penemuan? Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.

David Ausubel (1918-kini) Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers. Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung. Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali.

Advance organizers Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif. Bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus. Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.

Contoh AO ialah graphic organizer.

Ausubel dan pembelajaran bermakna. Derivative subsumption, memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari. Correlative subsumption. (Rujuk buku)

Rumusan Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran. Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari. Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.

Pengetahuan biasanya disusun sistematik. Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.

Implikasi terhadap P&P Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P. Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka. * Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran
1.0 Teori Pembelajaran Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai muallim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi kerenah globalisasi . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:

a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna. b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran. c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik. d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian

menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri. e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari. f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri. Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri. Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK. a) Teori Tingkahlaku (behavioris) Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai . Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak

diterapkan di dunia pendidikan meliputi a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan. Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah . a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya akviti dijalankan secara individu. b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindakbalas . Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru. c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti bagus , anda berjaya , jawapan anda betul akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian . d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar. e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada jawapan yang disediakan . Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar. Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran , a) menarik perhatian b) menyatakan objektif pelajaran c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar e) memberikan bimbingan f) tugasan dan soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Dalam merekabentuk perisian PPBK ini ,pendekatan menggunakan teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut a) Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini dimasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian pengguna Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa sebuah gambar mampu menggantikan seribu perkataan. Grafik merupakan blok pembangunan utama dalam pembangunan multimedia.(VilamilCasanova&Molina 1997) Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada pengguna untuk terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

b) Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik sama ada melalui teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini matlamat dan objektif serta apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini diakhir nanti akan dinyatakan . Keadaan ini akan memberikan rangsangan kepada pengguna untuk terus mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer sepertimana yang terdapat dalam tajuk asas perkakasan komputer. c) Melalui perisian ini pengguna akan dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan dan bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh membuat jangkaan masalah untuk membaikpulih komputer. d) Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-elemen yang boleh mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan ikon ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga berkesan untuk menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponen-komponen komputer juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa fungsi komponen komputer dapat membantu pengguna khususnya yang sukar untuk membaca teks. d) Berapa latihan ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz yang mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk mengesan kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir kemajuan yang telah dicapai oleh pengguna khususnya dalam topik-topik tertentu semasa menggunakan perisian ini . Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan maklumbalas yang positif . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas positif ini dapat menimbulkan minat , rangsangan dan motivasi kepada pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Pengguna akan diberi peluang untuk menunjukkan penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran sebelum melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas . Jawapan boleh diberikan melalui penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan kekunci. Jawapan yang diberikan adalah lebih mencabar. Pengguna juga dikehendaki memberikan jawapan atau tindakbalas terhadap soslan-soalan dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna tidak dapat menjawab atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer akan mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan kebenaran untuk menjawab semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain. e) Perisian ini juga mengambilkira faktor penilaian akhir peristiwa pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz dalam perisian ini. Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini boleh mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuannya dalam situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar.

b) Teori Konstruktivisme Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut. a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah e) Pembelajaran berpusatkan pelajar f) Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori l) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar p) Pelajar bekerja dalam kumpulan

c) Teori Kognitif Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu . 3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian PPBK Pelbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh

dicapai. Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut: a) Pembelajaran koperatif b) Pembelajaran kolaboratif c) Pembelajaran Anjal d) Pembelajaran Bersepadu e) Pembelajaran Aktif f) Pembelajaran Reflektif

a) Strategi Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan.strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui perisian kursus bertajuk perkakasan komputer ini ,pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang meliputi , a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif. b. saling berinteraksi secara bersemuka. c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. d. kemahiran koperatif. e. pemprosesan kumpulan Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan individu ini menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif . anjaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

b) Strategi Pembelajarn Kolaboratif Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan perisian PPBK perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar berpelunagn untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan perisian , pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu

pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. c) Pembelajaran Anjal Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer ini tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik perbezaan pelajar itu sendiri amat perlu diambil kira. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu rasmi ,ataupun diluar waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu mengukuhkan kefahaman yang telah dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga dapat maklumbalas dengan cepat dan positif daripada komputer , keadaan ini akan menimbulkan keseronokan belajar kerana mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran .Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar. d) Pembelajaran Bersepadu Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi kehendak dan keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang memenuhi keperluan pembelajaran individu dan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999) e) Pembelajaran Aktif Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya, dalam aktiviti mengenalpasti komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen berkenaan . Pelajar akan dapat membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut sepertimana yang telah dipelajari sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru . Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka. f) Pembelajaran Reflektif. Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya. RUJUKAN 1-Alessi S.M. & Trollip R. S1991. Computer Based Instruction. Methods And Development. (2nd.Ed.).New Jersey:Prentice Hall. 2-Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet, Rinehart & Winston.

3-Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing. 4-Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer, Berita Harian : 1. 5-Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship Applications:A Conceptual Blueprint. KL. 6-Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey: 7-Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27 8-Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November 2627. 9-Wittrock, M.C. 1986. The cognitive movement in education. Educational Psychologist, 13, 1529. 10-Yusup Hashim.1998. Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam 11-Zoraini Wati Abas .1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. sumber: http://members.tripod.com/~ishakothman/ppbk3.htm

http://ilyasak.blogspot.com/2008/11/teori-dan-strategi-pengajaran.html

Strategi Pengajaran

Strategi Pengajaran
Pemusatan Guru
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tradisional. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyakmendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik serta banyak bertindak dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai nilai murni dan perkembangan emosi oleh guru. Strategi ini mementingkan pencapaian murid murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru tertumpu kepada penyampaian fakta fakta. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid juga adalah pasif dan sifat sifat sosial positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh

guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, murid murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak permahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap muris dengan amali yang lebih tinggi dankerap.

Pemusatan Murid
Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran danpembelajaran. Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain lain).Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dankritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adlaah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat demokratik dalam strategi ini. Murid murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilikdarjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ujian formatif lebih ditekankan dan keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid murid memahami fakta fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif seperti tolong menolong, berkerjasama dan bertolak ansur selalu dipupuk. Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.Di bawah strategi pemusatan murid, murid murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain

Berasaskan Bahan
Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,peta specimen,

model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan- tele dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan kronkrit. Ini menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid.Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.

Berasaskan Tugasan/ aktiviti


Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan denganberkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu,guru perlu terlebih dahulu menyediakan murid menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti. Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru boleh membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang bagaimana memenuhi kehendak tugasan. Sekiranya bacaab ialah sebahagian daripada tugasan, guru mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi strategi yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu. Kebanyakan tugasan bersama sama dengan murid, memberi maklum balas umum tentang

persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada matlamat keseluruhan http://qirakira.blogspot.com/2010/10/strategi-pengajaran.html

You might also like