You are on page 1of 0

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA







PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN
PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

















INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010













2



PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai
memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
Kanan : 2.5 cm daripada jidai kanan
Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali
tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi
sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan
teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
DUA baris teks.

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali
subtajuk.


3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm
daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan.
Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.
3


ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul)
hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara
berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv .

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman
(i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan
angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai
halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi
halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis
nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan
halaman berikutnya.


4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah
kanan.


5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan: Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskhah untuk pemeriksaan
(penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit keras jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap
pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam
seminar penyelidikan.

5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan
kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit
jenis buckram dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).



6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan
berikut:
Judul lengkap penyelidikan
Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
Penyataan tujuan penyelidikan
Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
Bulan dan Tahun diserahkan
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk
Penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada
birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A.
4


6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah dicetak dengan
jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan
hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun

Contoh:

5.0 cm
IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010
5.0 cm


7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format
Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
8.1 Kertas Kosong
8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah
mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran
B.
8.3 Halaman Pengakuan Penulis
Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia
hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C.
8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan
dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh
pada Lampiran D.
8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan
dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan
sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.
8.6 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti
terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam
kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis
dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu
5

muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan
penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh
pada Lampiran F dan G.
8.7 Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang
terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.
8.8 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan
ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.
8.9 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai
rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.
Sila lihat contoh pada Lampiran J.
8.10 Halaman Senarai Lampiran
Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan
dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.
Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta,
gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke
dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan
perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam
lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang
disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk
tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

8.11 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi
tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format
penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan
kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis
perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat
menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan
perenggan berikutnya.
c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan
Tindakan.
6



1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian


3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN


Tajuk Alternatif

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Apakah Isu Kajian Saya?
2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0 SENARAI RUJUKAN

7


[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh
menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan
Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12 Sistem Rujukan
8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan
dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American
Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah
seperti yang berikut:


(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon,
2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon &
Koh, 2003) telah menunjukkan


(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan
(Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem
pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.



8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.
8


(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.


(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.


(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari
http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia
Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India


Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama
penuh pengarang yang tidak
mempunyai nama keluarga.


Mohd. Ali (2005) menyatakan

Lim (2006) menyokong

Krishnan (2003) menerangkan


Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).
Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.


9.0 Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah
perkataan.

You might also like