You are on page 1of 20

Refleksi Mikropengajaran. Kekuatan.

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan semasa menjalankan mikropengajaran ini ialah ketegasan dan kelantangan suara semasa mengendalikan kelas. Ketegasan dan kelantangan suara amat penting di dalam kelas. Keadaan ini akan menyebabkan murid dapat menerima segala arahan guru dengan tepat ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas. Seterusnya murid akan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap setiap arahan yang diberikan guru. Arahan yang jelas semasa mikropengajaran ini dijalankan dapat menarik perhatian murid untuk melibatkan diri cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Kefahaman murid juga dapat dipertingkatkan dengan memberikan arahan yang jelas dan tepat. Semasa membuat latihan dalam mikropengajaran ini, satu lagi kelebihan yang dapat dilihat ialah mengenai tahap kesediaan murid yang tinggi. Mereka mencuba berinteraksi dengan baik dengan arahan-arahan yang diberikan oleh guru. Selain itu, guru juga perlu memberikan motivasi kepada murid supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan mudah. Ini juga dapat dikesan semasa menjalankan sesi mikropengajaran ini. Keprihatinan guru terhadap murid juga menjadi kelebihan kepada kejayaan sesi ini. Guru memberikan perhatian secara individu dan kumpulan kepada murid yang menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Keadaan ini akan mampu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan. Kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan mikropengajaran ini ialah kekurangan bahan bantu mengajar semasa membuat latihan. Kaedah menggunakan kapur dan papan hitam telah biasa digunakan sejak sekian lama. Ketepatan pengurusan masa kurang sempurna kerana masa yang diambil terlalu cepat untuk murid membina kefahaman mereka. Berdasarkan perbandingan rakaman dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah tidak seiring. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai

dan gangguan-gangguan lain. Bagaimanapun, saya rasa masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah masalah pemantauan oleh guru. Guru perlu sentiasa memantau aktiviti murid dan memberikan ransangan supaya murid berasa seronok untuk bertanya kepada guru. Guru perlu memantau murid yang tidak membuat latihan atau dan membantu murid yang menghadapi masalah untuk menjawab soalan.

Langkah mengatasi. Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan. Bagi mengatasi masalah yang timbul semasa sesi mikropengajaran ini dijalankan, penggunaan bahan bantu mengajar perlu diadakan untuk setiap langkah untuk menambah pemahaman murid dengan lebih jelas. Bahan konkrit sangat penting untuk murid tahun 1. Keadaan in akan membimbing kea rah pemikiran yang lebih untuk kefahaman mereka. Dari segi pengurusan masa pula, guru perlu menepati ketepatan dalam pengurusan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian. Ketepatan menguruskan masa dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan membuat guru mudah mengatur setiap bahagian dalam penyampaian setiap langkah. Seterusnya dapat pengajaran dapat dijalankam dengan sempurna dari langkah permulaan sehinggalah langkah yang terakhir. Pemantauan terhadap murid perlu kerap dijalankan. Keadaan ini akan memudahkan murid untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas juga akan berjalan dengan baik sekiranya guru sentiasa membuat pemantauan secar kumpulan atau individu. Kaedah ini akan membantu guru mengawal kelas dengan baik sama ada dari segi tingkah laku atau kefahaman murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Komunikasi antara guru dan murid juga perlu ditingkatkan supaya suasana pembelajaran menjadi ceria dan menjadikan sesi ini berjaya.

REFLEKSI 2

Refleksi Makropengajaran Kekuatan. Saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar (bahan maujud) sangat menarik minat murid. Penggunaan bahan maujud untuk set induksi memberikan murid panduan untuk mengikuti sesi pembelajaran. Selain dari itu, kemahiran menyoal murid juga menjadi kekuatan pada sesi makropengajaran ini. Kemahiran mengawal kelas dengan baik juga menjadi kunci kepada kejayaan menjalankan makropengajaran ini. Saya dapati kemahiran mengawal kelas sangat penting untuk guru bagi menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya akan memberikan murid lebih perhatian untuk mengikuti sesi seterusnya. Selain dari itu, kejelasan suara memainkan peranan yang penting semasa menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Ini juga adalah kelebihan yang saya dapati semasa menjalankan makropengajaran ini. Dengan penggunaan suara yang jelas dapat membantu murid untuk memahami arahan guru semasa menerima arahan. Penggunaan bahan bantu untuk setiap langkah dapat membantu menarik minat murid utnuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Kamahiran berinteraksi dengan murid juga memainkan peranan penting. Kaedah yang diterapkan ini akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran itu semakin seronok untuk dijalankan. Seterusnya penglibatan murid secara menyeluruh akan terlaksana di dalam kelas. Keprihatinan guru dengan individu atau kumpulan juga sangat membantu untuk menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan membantu murid yang mengalami masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati kaedah ini perlu diterapkan untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi semua guru. Seterusnya ianya akan membantu meningkatkan kefahaman murid untuk menguasai sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan.

Kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan makropengajaran ini ialah sepatutnya tumpuan dan perhatian guru perlu lebih kepada kumpulan yang berada di bahagian belakang. Mungkin murid-murid yang berada di bahagian belakang ini kurang jelas dengan bahan bantuan mengajar yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu, bahan bantu mengajar yang perlu dipamerkan oleh perlu lebih besar dan jelas. Bahan bantu mengajar yang kecil dan kurang jelas akan menyukarkan untuk murid yang berada di bahagian belakang untuk melihat bahan bantu mengajar yang ditunjukkan oleh guru. Jika bahan bantu mengajar yang ditunjukkan oleh guru itu terlalu kecil dan kurang jelas ianya akan menyebabkan murid mudah hilang tumpuan dan akan menyebabkan murid akan berasa bosan untuk mengikuti pengajaran guru. Kelemahan ini juga terdapat di dalam makropengajaran saya ini. Tumpuan murid bukan sahaja kepada peranan yang dimainkan oleh guru, rakan di dalam kelas juga turut membantu menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya dapati ada murid yang kurang memberi perhatian semasa guru menyampaikan isi kandungan pengajaran. Kefahaman mereka akan terjejas jika mereka tidak mendapat tumpuan dan perhatian daripada guru. Berdasarkan rakaman pengajaran yang dibuat, saya juga mendapati ada kelemahan semasa meyampaikan arahan pada setiap langkah pengajaran. Saya dapati masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah kurang selari dengan masa yang ditetapkan dalam rancangan pengajaran harian. Keadaan ini sudah pasti akan mengganggu penggunaan masa yang ditetapkan. Kelemahan yang seterusnya adalah dari segi pemantauan. Saya dapati, pemantauan kepada individu atau kumpulan adalah sangat penting bagi mengelakkan murid bising di dalam kelas. Keadaan ini akan menyebabkan kawalan kelas akan terjejas dan menggangu murid-murid yang sedang mengikuti aktiviti-aktiviti di dalam kelas.

Langkah mengatasi.

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan. Bagi mengatasi masalah yang timbul semasa sesi makropengajaran ini dijalankan, penggunaan bahan bantu mengajar perlu diadakan untuk setiap langkah untuk menambah pemahaman murid dengan lebih jelas. Bahan konkrit sangat penting untuk murid tahun satu.. Keadaan ini akan membimbing ke arah pemikiran yang lebih untuk kefahaman mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih besar dan lebih jelas akan membantu murid yang berada di bahagian belakang melihat dengan jelas. Sudah pasti murid di bahagian belakang kelas akan dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Tumpuan murid di dalam kelas juga memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sepatutnya semua murid di dalam kelas perlu tumpuan daripada guru bagi memudahkan murid untuk mengikuti sesi pengajaran dengan sempurna tanpa ada gangguan-gangguan lain. Jika tumpuan guru dapat diberikan sepenuhnya terhadap murid, sudah pasti murid akan berasa seronok untuk mengikuti penyampaian guru. seterusnya murid akan dapat meningkatkan perhatian murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Langkah mengatasi masalah yang timbul di dalam kelas sangat membantu meningkatkan keyakinan guru semasa menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengurusan masa, walaupun terdapat sedikit penggunaan masa yang tidak dapat dituruti dengan baik ianya masih boleh dipertingkatkan lagi. Setelah selesai menjalankan makropengajaran ini, saya dapati pengurusan masa memainkan peranan yang penting untuk sesi ini. Pengurusan masa yang tepat akan melicinkan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemantauan guru di dalam kelas juga saya dapati ianya kurang dijalankan pada peringkat awal pengajaran. Sepatutnya saya sudah mula memantau aktiviti murid daripada peringkat awal lagi supaya kawalan kelas dapat dijalankan dengan baik. Pemantauan individu atau kumpulan akan membantu saya untuk cuba melihat apakah aktiviti yang dilakukan oleh murid selain daripada menumpukan perhatian di dalam kelas. Kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam memberi segala yang terbaik untuk murid di dalam kelas. Membuat refleksi adalah salah satu tingkah laku yang sepatutnya diamalkan oleh semua guru yang berjiwa pendidik. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Matematik (KSSR)

Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Standard Kandungan

: 1 Bestari : 16/11/2011 (Rabu) : 12:00-12:30 Tengah Hari : Nombor dan operasi : Tambah : Murid dibimbing untuk; 2.3 Tambah dalam lingkungan 100.

Objektif

: Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat ; a) Mengetahui simbol tambah, b) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah, c) Menambah dengan betul.

Standard Pembelajaran Fasa/Langkah Set induksi Penjana idea (5 minit) Cadangan aktiviti

: Cadangan komunikasi Cuba kamu teka apakah objek yang berada di dalam genggaman cikgu? Jawapannya adalah gulagula.

a. Minta murid membuat pemerhatian mengenai objek yang akan ditunjukkan oleh guru. Murid meneka objek yang berada di dalam genggaman tangan guru.

b. Memanggil dua orang murid untuk membilang bilangan gula-gula di genggaman tangan kiri dan kanan guru. c. Murid memberitahu bilangan gulagula kepada kelas.

Cuba kamu kira bilangan gula-gula yang terdapat di genggaman tangan cikgu?

Cuba bagitahu kepada rakan berapakah bilangan gula-gula yang kamu kira.

Imaginasi (10 minit) Penjanaan idea

d. Menjumlahkan bilangan gula-gula dalam dua kumpulan.

Mari kita kira semua jumlah gula-gula pada setiap kumpulan.

e. Menerangkan kepada murid mengenai operasi dan simbol yang perlu digunakan untuk operasi penambahan.

Cuba perhatikan simbol tambah seperti huruf apa? Cuba kamu fikirkan, apabila operasi tambah dilakukan, bilangan objek semakin banyak atau semakin sedikit.

f. Memanggil beberapa orang murid untuk menulis simbol tambah di papan hitam. Perkembangan (5 minit) g. Menunjukkan soalan penambahan di dalam ayat matematik. Contoh : Mari kita cuba untuk menambah dengan betul.

2+5= 4+
dengan betul.

=9

h. Membimbing murid untuk menambah

Tindakan Pelaksanaan (5 minit) Amalan berterusan (5 minit) Pentaksiran

i. Mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Cuba selesaikan tugasan yang diberi.

j. Bincangkan hasil kerja murid dan membetulkan jawapan yang salah dengan segera.

Berbincang dengan murid mengenai jawapan mereka.

Penguasaan Standard Pembelajaran berdasarkan penguasaan murid dalam lembaran kerja dan sewaktu murid melakukan aktiviti.

Nilai dan sikap

1. Percaya pada diri sendiri. 2. Memupuk semangat ingin tahu. 3. Berdikari

A. Mari tambah dengan betul. 3 4 3 6 + + + + 4 4 5 2 = = = = 8 5 + + = = 4 4 7 = = + + 2 7

B. Padankan jawapan yang betul. 2 5 3 6 8 + + + + = = 3 3 + + 3 5 5 4 2 =

3
= = = + + = = 9 1 7 9

4 5 6 7 8

C. Warnakan jawapan yang betul. 5 + 1 = + 5 = 9

@Saiful/SKDC2011/Lembaran kerja

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN. Abstrak. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif di dalam kelas ke atas minat, prestasi, pemahaman dan motivasi pelajar dalam menguasai teori dan konsep matematik. Subjek kajian adalah murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Hasil kajian diharap dapat membantu muridmurid memahami kemahiran matematik yang melibatkan operasi penolakan pecahan. Kajian ini juga ingin merujuk kepada tumpuan dan penglibatan murid terhadap sesi pembelajaran. Kajian mendapati, penggunaan pelbagai pendekatan yang sesuai dapat membantu murid untuk menguasai meningkatkan penguasaan operasi penolakan pecahan. Pemerolehan data kajian ini adalah menerusi ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Ujian pra dan soal selidik diberikan kepada para pelajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pasca dan soal selidik dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa

pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan akademik pelajar.

Tajuk. Meningkatkan pemahaman murid mengenai operasi penolakan pecahan dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

Pengenalan. Kajian ini adalah untuk menetukan sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik berkenaan dengan tajuk penolakan pecahan ke atas prestasi murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Sebanyak 35 orang murid dari sebuah kelas telah dijadikan sampel kajian bagi menjayakan kajian ini. Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah boring soal selidik, ujian pra, dan ujian pos untuk mendapatkan data yang diperlukan bagi mengetahui keberkesanan dan pencapaian prestasi murid. Latar belakang kajian.

Pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan guru pada masa kini adalah berpusatkan kepada guru sahaja. Pendekatan ini akan menyebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang rendah dan akan menghadapi kesukaran untuk memahami konsep matematik. Dengan adanya kajian ini, penggunaan kaedah pembelajaran koperatif akan membantu memberi kesan kepada prestasi murid untuk menguasai topik ini. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar berkongsi idea, saling bekerjasama serta membantu antara satu sama lain bagi mendapatkan penyelesaian sebagai satu pasukan. Ianya juga akan membabitkan pelbagai aras kebolehan murid di mana murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah. Keadaan ini akan menambah keyakinan murid untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Pernyataan permasalahan. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan pada masa kini masih belum menarik minat murid yang lemah. Murid berkenaan menganggap mata pelajaran matematik adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan dan membosankan. Oleh itu, mereka akan menganggapnya sesuatu yang sukar lalu menjauhi mata pelajaran tersebut. Keadaan ini akan mengakibatkan mereka kehilangan fokus yang menyebabkan prestasi pencapaian murid akan terjejas. Dengan adanya kaedah pembelajaran koperatif, pengkaji berharap sikap serta minat murid akan berubah terhadap matematik. Secara tidak langsung ianya akan membuktikan keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar berkenaan. Untuk topik penolakan pecahan, masalah yang timbul adalah murid akan berasa keliru apabila mereka hendak melakukan operasi tolak kerana nilai penyebutnya yang berlainan. Oleh itu murid akan berasa betapa sukarnya untuk memahami konsep pecahan tersebut. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan menolak secara terus penyebutpenyebut yang sama terlebih dahulu. Selain dari itu, kegagalan murid untuk mengingati sifir darab akan menyebabkan permasalahan tersebut menjadi berpanjangan. Oleh itu bagi

menyelesaikan permasalahan tersebut, murid digalakkan menghafal sifir darab bagi melancarkan lagi perjalanan strategi yang digunakan. Tujuan kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dapat membantu atau menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui pencapaian prestasi pelajar terhadap kemahiran penolakan pecahan dengan menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif kajian. Objektif kajian ini dijalankan secara terperinci adalah kerana untuk : a) Menentukan sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap topik penolakan pecahan. b) Mengenalpasti sikap dan minat murid belajar melalui kaedah pembelajaran koperatif. c) Melihat pencapaian prestasi murid terhadap kemahiran yang dipelajari melalui pendekatan koperatif. Persoalan kajian. Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji telah mendapat jawapan kepada soalan-soalan berikut: a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan terhadap murid yang dijadikan sampel kajian. b) Adakah murid akan berasa tertarik untuk belajar melalui kaedah koperatif. c) Adakah pencapaian prestasi murid dapat dicapai secara optima dari tajuk yang dipelajari. Kepentingan kajian.

Daripada dapatan kajian ini, penggunaan kaedah pembelajaran koperatif telah mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan semasa murid tersebut mengikuti kelas iaitu: a) Mengenal pasti keberkesanan pencapaian prestasi pelajar terhadap kemahiran yang di pelajari b) Untuk mengetahui sikap pelajar dalam situasi yang dicadangkan. c) Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif yang diaplikasikan dalam sampel yang berkenaan.

Batasan kajian. Kajian ini hanya bertumpu kepada murid-murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka di dalam daerah Nilai, Negeri Sembilan. Responden yang dipilih adalah seramai 35 orang dari satu kelas yang telah dikenalpasti. Kajian yang dijalankan ini dilengkapi dengan data melalui soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Setelah dikaji oleh pengkaji, ianya adalah berdasarkan kepada keberkesanan penggunaan kaedah pembelajatan koperatif serta minat dan sikap murid ke atas pencapaian prestasi mereka. Methodologi kajian. Pengenalan. Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran matematik ke atas pencapaian prestasi murid tahun enam mengenai penolakan pecahan di sekolah. Bagi menjayakan kajian ini, enam kelas tahun enam yang mempunyai kepelbagaian tahap kecerdasan diuji. Bahagian ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, instrument kajian, tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data. Reka bentuk kajian.

Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk tinjauan. Bentuk ini dipilih kerana ianya dapat memudahkan pengkaji untuk menumpukan perhatian serta mengumpul maklumat atau data terhadap kajian yang dijalankan. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran kopertif ini, pengkaji juga dapat melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran berkenaan dapat memperlihatkan perubahan minat dan sikap pelajar yang terbabit dalam pembelajaran matematik. Selain itu, soalan ujian iaitu ujian pra dan ujianj pos diberikan kepada pelajar untuk mendapatkan pencapaian prestasi pelajar tersebut. Murid yang terlibat dalam kajian ini ada seramai 35 orang. Mereka terdiri daripada murid tahun enam. Mereka akan dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan akan dikenalpasti mempunyai murid yang cerdas, tiga orang murid sederhana dan dua orang murid lemah. Pemilihan murid kepada kumpulan tertentu adalah berdasarkan maklumat guru yang mengajar kelas tersebut. Pengkaji telah menjalankan dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Selain itu, akan dijalankan soal selidik. Dengan adanya reka bentuk yang dijalankan ini, pengkaji akan berupaya mendapatkan data atau maklumat bagi membuat analisa. Seterusnya pengkaji akan membuat perbandingan. Instrumen kajian. Kajian ini bertujuan mengenalpasti serta mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif terhadap prestasi pencapaian pe;ajar dalam mata pelajaran matematik yang berkaitan dengan topik penolakan pecahan. Ianya juga untuk mengenalpasti kaedah yang dijalankan dapat memberi kesan terhadap sikap serta minat murid terhadap matematik. Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa instrumen kajian telah digunakan iaitu : a) Ujian pra Ia merupakan set soalan yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bagi bahagian A, soalan adalah berbentuk objektif, manakala bahagian B pula berbentuk subjektif. b) Ujian pos Ia merupakan set soalan yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah soalan berbentuk objektif, manakala bahagian B adalah berbentuk subjektif.

c) Soal selidik Satu soal selidik akan dijalankan ke atas murid-murid yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengesan sejauh mana keberkesanan kaedah yang dipraktikkan terhadap minat dan sikap semasa pembelajaran dijalankan. Tatacara pemerolehan data. Pengkaji telah menjalankan prosedur pengumpulan data di dalam sebuah kelas tahun enam. Seramai 35 orang murid yang di pilih secara rawak akan diberi ujian pra sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan peratus bagi keupayaan murid pada peringkat awal. Selepas murid berkenaan melalui ujian pra, pengkaji akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan adalah seperti yang dicagdangkan iaitu kaedah pembelajaran koperatif. Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran tamat, murid berkenaan akan diuji sekali lagi iaitu dengan menjalankan ujian pos. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana pencapaian prestasi murid hasil dari kaedah pembelajaran koperatif yang dijalankan. Selain dari itu, boring soal selidik akan diedarkan bagi mendapatkan maklumbalas terhadap minat murid.-murid terhadap matapelajaran matematik. Tatacara penganalisasan data. Kesemua data yang dikutip akan dikaji dan di nilai. Ianya adalah berdasarkan objektif kajian itu sendiri dengan menggunakan ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik. Hasil dari dapatan itu, langkah seterusnya yang akan diambil adalah membuat analisa bagi peratusan pencapaian murid dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selain dari itu, kekerapan minat murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif juga akan dianalisa. Sebagai penutup, rumusan juga perlu dilakukan berdasarkan borang soal selidik.

Dapatan kajian. Bahagian ini melaporkan analisis data dan dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian yang membandingkan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional dalam mata

pelajaran matematik. Dapatan kajian ini bermula dengan penerangan tentang subjek kajian dan diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan objektif kajian. Profil responden Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Responden kesemuanya terdiri daripada 68 orang murid tahun enam. Murid terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan iaitu murid yang sederhana dan murid yang lemah. Pengkaji telah menetapkan kelas tahun enam Arif sebagau kelas kawalan yang menjalani pembelajaran tradisional dengan strategi berpusatkan guru dan kelas enam Cemerlang sebagai kelas eksperimen iaitu kelas yang mengikuti pembelajaran koperatif. Kelas enam arif terdiri daripada 21 orang murid lelaki (63.6%) dan murid perempuan seramai 12 orang (34.6%). Responden kumpulan pembelajaran koperatif terdiri daripada 18 orang murid lelaki (51.4%) dan 17 orang murid perempuan (48.6%). Responden kumpulan pembelajaran koperatif terdiri daripada 29 orang murid Melayu (82.9%), lima orang murid India (14.3%) dan satu orang murid kaum lain-lain (2.8%). Bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, responden pula terdiri daripada 22 murid Melayu (66.7%) dan India seramai 11 orang (33.3%). Secara keseluruhannya, bilangan murid melayu adalah seramai 51 orang, murid India seramai 16 orang dan lainlain kaum pula ialah seramai satu orang yang terlibat dalam kajian ini. Ketidakseimbangan yang agak ketara dari segi taburan kaum adalah agak jelas bagi kumpulan pembelajaran koperatif kerana bilangan murid melayu merangkumi sehingga 82.9%. peratusan murid India hanya 14.3%, manakala lain-lain kaum hanyalah 2.8%.

25

20

15 Kumpulan Eksperimen 10 Kumpulan Kawalan

0 Lelaki Perempuan

Jadual 1: Taburan responden mengikut jantina dan strategi pembelajaran.

Perbandingan pembelajaran koperatif dengan dan tradisional terhadap prestasi. Objektif kajian yang pertama iaitu membandingkan kesan strategik pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional terhadap pemahaman murid berdasarkan prestasi ujian. Bagi membandingkan kesan kedua-dua strategi tersebut, ujian pos diadakan di dalam kelas eksperimen. Kedua-dua kelas kawalan dan eksperimen diberikan set soalan yang sama. Data yang terhasil dianalisis dengan mengira frekuensi dan peratusan. Apabila ujian pra dijalankan bagi kedua-dua kumpulan ini didapati bahawa prestasi murid-murid adalah hampir sama. Kedua-dua kumpulan ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara tradisional mereka menunjukkan prestasi sederhana bagi kumpulan pembelajaran koperatif tiada peningkatan ketara yang ditunjukkan manakala kumpulan pembelajaran tradisional masih lagi berada pada prestasi yang sama.

Rumusan.

Bahagian terakhir bagi kajian tindakan ialah mengenai rumusan. Ianya membandingkan pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional. Perbandingan ini dibuat dengan melihat prestasi murid-murid sebelum dan selepas strategi pembelajaran koperatif dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pemahaman murid-murid terhadap mata pelajaran matematik di sekolah. Pengkaji mendapati pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran matematik semakin baik dan meningkat. Murid juga berminat dengan strategi ini kerana mereka dapat melakukan aktiviti kumpulan bersama rakan sekelas. Murid menganggap pembelajaran secara kumpulan adalah satu pengalaman menyeronokkan. Sebelum ini murid hanya menerima pembelajaran sehala daripada gur sahaja. Pembelajaran berpusatkan guru didapati tidak banyak membantu murid dalam meningkatkan tahap pencapaian mereka. Daripada maklum balas yang diberikan, adalah wajar jika pembelajaran koperatif dijadikan strategi alternatif di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama bagi mata pelajaran matematik yang amat memerlukan pemikiran yang krestif dan kritis muridmurid. Bibliografi. Abrami, P.C, Chambers, B, Poulsen C., De Simone, C., D Apollonia, S., & Howden, J. (1995). Classroom Connestions: Understanding and Using Cooperative Learning. New York: Harcourt Brace & Company. Bahagian Pendidikan Guru (1999). Rekreasi Matematik: Edisi Percubaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kagan, S. (1992). Cooperative learning. CA: Kagan Cooperative Learning. Kamisah Osman, Lilia Halim, Norhayati Haji Alwi, Prof. Madya Dr.(2006). Perancangan Kurikulum Pendidikan Sains. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). Tall, D. ( 1994 ). Understanding The Processes of Advanced Mathematical Thinking. Zurich : International Congress of Mathematicians.

Zan, R. ( 2000 ). A Metacognitive Intervention in Mathematics at University Level. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology.

You might also like