You are on page 1of 1

Zulhisham b Shamsuri Lot 1256 kg Batu 8, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu , Kelantan. (910519036011 ) DE120014 Pengarah.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Tuan, Permohonan Rayuan untuk Mendapatkan Pinjaman PTPTN bagi Sesi September 2013 bagi Kes Penangguhan Semester. Dengan segala hormatnya, merujuk perkara diatas, saya Zulhisham b Shamsuri, No k/p (910519036011 ) ingim mengemukakan permohonan supaya pinjaman PTPTN saya diteruskan bagi sesi September 2013. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah menangguh semester pada saat akhir pengajian saya di semester 1 kerana ayah saya sakit tenat di kampung dan doktor mengesahkan ayah saya menghidapi Kanser Usus tahap 4. Pada 4 Julai 2013 ayah saya telah kembali ke Rahmatullah. 3. Saya telah meneruskan pengajian saya pada sesi September 2013 di UTHM. Oleh yang demikian, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan saya pinjaman untuk meneruskan pengajian saya memandangkan keluarga saya telah kehilangan sumber pendapatan. Selama ini, ayah yang menanggung perbelanjaan dengan bekerja sebagai Petani. Tambahan lagi saya mempunyai tiga lagi adik yang masih bersekolah. 4. Saya berharap pihak Tuan/Puan dapat menimbangkan permohonan saya ini.Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Disini saya lampirkan surat kematian dan pengesahan pendapatan daripada Penghulu kampung sebagai rujukan Tuan/Puan.

(22 September 2013)

Yang Benar,

_______________ (Zulhisham b Shamsuri) (910519036011 ) DE120014 No Tel : 0199688923

You might also like