You are on page 1of 1

Tajuk Artikel : Penulis : Sumber :

Educational leadership and management: theory, policy, and practice Tony Bush South African Journal of Education (2007) Vol 27(3)391406

Minat terhadap kepimpinan pendidikan berkembang dan mendapat kepercayaan yang meluas dalam sekitar abad ke 21 di mana mereka percaya bahawa kualiti suatu kepimpinan itu membawa perbezaan yang signifikan kepada sekolah dan pencapaian pelajar. Selain itu, sekolah juga memerlukan pemimpin dan pengurus yang efektif jika mahu menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar. Pihak sekolah memerlukan guru-guru yang terlatih serta komited untuk mencapai objektif ini dan dalam masa yang sama untuk mencapai hasrat ini, pihak sekolah memerlukan kepimpinan yang efektif daripada pihak pentadbir iaitu pengetua di samping sokongan daripada pengurus senior dan juga pengurus pertengahan. Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan yang baik dan kepimpinan yang strategik. Menurut Bush (2003), terdapat beberapa teori yang menyokong kepada bidang pentadbiran dan pengurusan pendidikan serta beberapa model kepimpinan pendidikan seperti model kepimpinan transformasional, model kepimpinan transaksional, model kepimpinan instruksional dan model kepimpinan kotigensi serta model pengurusan seperti model formal,model politik dan model subjektif yang akan membantu kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efektif.

You might also like