You are on page 1of 13

Nama Ahli Kumpulan:

Muhd Yunus Kamil (13167) Muhd Haziq Izzuddin (13343) Syamim Hakimi (13067) Anis Nadhirah (13116) Nur Munirah (13372) Laila Syuhaida (13366)

Menerangkan

kesan revolusi pertanian dan revolusi perindustrian di Eropah perkembangan orang eropah dari Zaman Gelap ke arah yang lebih maju

Menghuraikan

Revolusi Pertanian dan Perindustrian telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah. Kemajuan dalam bidang pertanian menjadikannya punca ekonomi negara. Kemajuan dalam bidang perindustrian telah memperlihatkan peningkatan perdagangan antarabangsa,kemajuan dan perubahan yang besar dalam bidang pengangkutan,di samping memperlihatkan kemunculan golongan buruh dan majikan serta perkembangan Eropah telah menjadi kuasa yang kuat dan kaya.

Pertanian kecil-kecilan berubah kepada besar-besaran Sistem pengurusan ladang lebih teratur dan penggunaan jentera pertanian Hasil ladang dapat dipertingkatkan Menjalankan perdagangan antarabangsa untuk mengeksport lebihan hasil pertanian Kegiatan perindustrian mengambil alih bidang pertanian dan menjadi punca pendapatan utama negara Kedudukan tuan tanah tergugat kerana diambil alih oleh pengusaha dan pemilik ladang

Pengeluaran dalam jumlah yang besar membawa perkembangan perdagangan antarabangsa Mengeksport modal ke seberang laut bagi menceburi bidang perlombongan, perladangan dan pengimportan buruh. Perkembangan pesat dalam bidang pengangkutan di dalam negara dan antarabangsa Berusaha mendapatkan bahan-bahan mentah yang banyak dan berterusan

Barang dieksport dan pasaran luas kerana mempunyai jajahan takluk yang luas
Menjejaskan industri tempatan akibat kemasukan barang dari Eropah

Penciptaan pengangkutan moden seperti kereta api dan rekaan enjin yang berkuasa wap Dapat mengangkut bahan mentah ke kilang dengan cepat, murah dan kuantiti yang banyak

Penggunaan kapal berkuasa wap dapat menggantikan kapal layar


Penghantaran barang lebih cepat dan menjimatkan kos Proses mengeksport dan mengimport barang lebih mudah Pelayaran dapat dijalankan tanpa bergantung kepada cuaca

Penghijrahan

penduduk luar bandar ke

bandar
Perjuangan

menuntut hak dan kebajikan

pekerja
Pergerakan

Luddite 1810 ditubuhkan bagi membantah penggunaan mesin di kilang dan ingin mengekalkan kaedah tradisional

Akta digubal bagi melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja kilang

Akta Kilang 1833 Kanak kanak berumur di bawah 9 tahun dilarang bekerja dan mesti bersekolah
Akta Lombong 1842 Melarang penglibatan kanak kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu Akta Sepuluh jam 1847 Menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari

Semasa revolusi pertanian , bijirin menjadi tanaman utama lebihan hasil dieksport dan para pedagang besar menjadi pedagang antarabangsa. Selepas itu revolusi perindustrian tercetus , kegiatan pembuatan dan pengilangan menggantikan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara Britain . Kesannya , ramai rakyat britain jadi buruh industri berbanding buruh pertanian. Kesan daripada peningkatan hasil pertanian dan perindustrian, britain terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan mendapat keuntungan yang lumayan. Sumbangan sektor pertanian semakin berkurangan.Pada peringkat awal,pengangkutan domestik Britain bergantung kepada baj dan kereta kuda.Selepas itu berubah dengan rekaan dan penggunaan kereta api.Enjin berkuasa wap digunakan untuk menggesakkan gerabak kereta api dan dapat menarik lebih banyak gerabak dengan muatan yang lebih banyak serta boleh dipacu dengan lebih maju.Rel kereta api dibuat daripada kayu,kemudianbesi dan akhirnya keluli.Sistem pengangkutan laut ditingkatkan dengan terciptanya jentera berkuasa wap yang dapat mengangkut muatan lebih banyak dan boleh berlayar lebih jauh dengan selamat.

Semasa Revolusi Pertanian dan Perindustrian , golongn rakyat yang kerja sendiri semakin kurang kerana semakin ramai bekerja sebagai buruh di ladang atau kilang.Revolusi Perindustrian mewujudkan sistem perkilangan di mana pada mulanya kilang tekstil paling banyak. Golongan buruh juga tidak dapat layanan dan pembelaan.Pergerakan Luddite telah berlaku kerana para pekerja tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dan sosial yang berlaku. Kesannya ,Akta Anti Penggabungan(Anti Combination Act) diluluskan tapi menyulitkankan para pekerja yang mengakibatkan para pekerja ditindas majikan. Pihak British berusaha untuk membela kebajikan pekerja dengan menguatkuasakan akta-akta seperti Akta Anti Penggabungan dimansuhkan,Akta Kilang dan Akta Sepuluh Jam diperkenalkan serta Akta Lombong dikuatkuasakan.

Kesimpulannya, Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain sendiri dari segi ekonomi dan pengangkutan. Pekerja-pekerja di Eropah juga terselamat daripada kesulitan bekerja.

Buku

Teks Sejarah Tingkatan 4

Masteri

Memori Melalui Peta Minda Sejarah Tingkatan 4

You might also like